Assalamualaikum,
First of all, saya mintak maaf kalau entry ini mengguris hati mana-mana rakan TTC saya. Tujuan saya post entry ini bukan untuk menunjukkan kegembiraan saya. Sebenarnya, kalau korang nak tau, saya dan suami masing-masing keliru. Saya ambil keputusan nak post entry nih sebab mana laa tahu ada kawan-kawan kat sana yang mengalami kes macam saya.
Ceritanya macam nih, pagi tadi entah macam mana, time bangun tidur saya cakap kat husband mintak dia gerak balik Gua Musang/ Lipis lambat sket. Saya ajak suami ke Klinik Aman (klinik sakit puan yang saya pegi scan Selasa lepas) untuk check lagi skali. Untuk dapatkan kepastian. Ingatkan nak mintak doktor buat ujian darah laa sebab ada komen dalam entry lepas daripada LadyMira & JD yang suruh saya check darah.
Sampai kat Klinik, saya satu-satunya patient time tuh. Masuk jumpa doktor yang sama. Saya cakap yang saya still tak period and ada lagi rasa sakit macam period pain tuh. Doktor cakap nak buat urine test. Saya cakap kat doktor yang saya dah test Jumaat lepas kat rumah, still negative. Doktor cakap takpe. Saya cakap lagi, saya baru jek lepas kencing (sebenarnya saya takut nak buat upt lagi dah. Huhu). Lepas tuh doktor dengan sabar cakap, 'Takpe. Dapat few drops pon takpe'. Hehe. Lepas bagi botol urine tuh dekat nurse, dia ajak masuk bilik doktor sekali. Doktor keluarkan tester. Lain macam sket tester dia, bentuk empat segi. Doktor pon drop urine and doktor tolak tester tuh dekat saya. Saya blur nak tengok macam mana. Doktor explain tengok kat window mana. Pastu doktor hulur tangan dan cakap, 'Congratulations'. Alhamdulillah, Ya Allah! Saya macam tak percaya. Menangis saya depan doktor. Lepas tuh doktor suruh saya pergi HKL and inform yang saya pregnant supaya diorang dapat keep track perkembangan saya. Saya kan buat IUI. Masa keluar, suami tengok saya (suami tak ikut sebab saya tak bagi. huhu). Saya senyum dan angguk. Masa tuh, tengok muka suami tercengang-cengang. Hehe. Priceless!
Then kitorang ke HKL. Saya cakap dekat nurse kat situ saya test positif. Nurse tuh suruh saya pegi buat urine test sekali lagi. Masa tuh dalam pukul 11.30 pagi. Saya test kat Klinik Aman pukul 10.00 pagi macam tuh. Tunggu result. Dapat result, negative! Ahh, sudah. Kenapa jadik macam nih? Ada sesiapa ada pengalaman macam nih? Saya dah sedih dah. Sebab terbayang muka suami yang happy tadi. Lepas tuh nurse suruh masuk bilik scan. Buat TVS. Nurse cakap uterus lining tebal. Ada dot tapi tak jelas. Tiba-tiba doktor pakar masuk bilik tuh, nurse pon cerita yang saya buat IUI, lepas tuh ada bleeding, lepas tuh buat upt kat klinik private positive, tapi kat HKL negative. Doktor tengok kat screen, doktor tunjuk dot kecik kat screen. Doktor cakap, tunggu lagi 2 minggu datang scan balik. Doktor bagi saya duphaston dan folic acid. Ikut doktor, sekarang baru 4 minggu dan 4 hari. Kecik lagi. Saya cerita kat husband, terus kami berdua jadik confused. Ingatkan pergi HKL akan dapat result sama laa. So, bole laa lega sket. Nampaknya tak lega jugak laa. Huhu.
Persoalannya, kenapa ek upt positive bole tukar negative dalam masa tak sampai 3 jam? Saya google kat internet. Huii, macam-macam sangat sampai saya takut nak baca. Terus rasa pening kepala. Suami marah-marah saya dok fikir banyak sangat. Suami suruh repeat upt kat rumah lusa. Ada sesiapa penah jadi macam nih jugak? Sungguh saya risau nih.
Saya mintak maaf sekali lagi kalau entry ini mengguris hati kawan-kawan TTC yang lain.
Ya Allah, permudahkanlah semuanya. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang tak elok. Amin.
Ok, bye!