Monday, 5 September 2011

New layout, err background?

Assalamualaikum,

Datang kerja hari nih macam tak kerja jek. Mood nak buat kerja still tak mari. Bos pon cuti lagi. Bape orang jek yang ada kat office skang nih. Tuh yang malas-malas tuh. Hehe. So, sementara mood buat menda lain yang tengah bermaharajalela nih, saya pon godek-godek la tukar background laa header laa. Sebenarnya saya nih cepat jemu. Tengok layout yang dulu tuh pon dah rasa boring. Tuh yang gatal tangan tukar nih. Hopefully lepas nih saya akan lebih bersemangat untuk update blog. Heh. Kalau blog tak ber-update jugak tuh, jangan salahkan jemu dengan layout. Tuh tandanya memang pemalas nak update blog laa tuh :p

Suami ada kat rumah sekarang nih. Dia ada kerja kat HQ dia kat KL nih. Separuh hari dah siap kerja dia. Esok pagi-pagi buta baru dia gerak balik ke 'no man land' dia. Haishh. Nih rasa macam nak balik awal nih. Suami ada kat rumah, isteri datang kerja yang macam tak kerja. Apa citer?? Huhu!

Ok, bye!

No comments:

Post a comment