Monday 18 July 2011

Oh, tak sukanya!

Assalamualaikum,

Saya masih belum period. Sudah melebihi sebulan. Tak sukanya situasi macam nih. Period saya memang jarang melebihi sebulan cyclenya. Dulu pernah jadik. Tapi kemudian period. Sekarang nih dok dup dap dup dap tunggu period yang masih tak kunjung tiba.

Janganlah mainkan perasaan saya! Berdebar, tahu? -,-"

Ok, bye!

Wednesday 13 July 2011

Fuhh, lama tak update!

Assalamualaikum,

Hai TTC friends :) Lama jugak tak update nih. Biasa laa, mood blogging hilang lagi. Plus dengan busy sangat kat office, banyak sangat masalah projek. Huhu. Balik rumah memang flat abeh laa. Baring atas sofa sambil tengok TV. Pukul 9.30 malam jek dah belayar dah. Workout pon ke mana. Memang tak ke gym laa. Tapi still gigih lagi workout bersama Jillian Micheals. Sket2 pon ok laa daripada tak buat langsung. Makan still leh control lagi. Berat berapa? Alhamdulillah, menurun sedikit demi sedikit. Sekarang dah 61kg. Semalam timbang :)

Saya rasa badan macam lesu jek bila tak exercise. Malam tdo awal, tapi pagi liat jugak nak bangun. Ishh. Banyak sangat toxin dalam badan kot. Sekarang still busy lagik dengan kerja office. Meeting sesajek. Banyak nak kena settlekan. Lunch pon tak sempat kadang-kadang. Ini bukan rekaan, ini cerita benar. Hehe. Siapa kata kerja government leh goyang kaki? Huhuhu. Kadang-kadang ada terasa macam nak tutup blog nih and concentrate dengan personal blog yang ada tuh. Tapi, sayang pulak dengan entry yang dah ada nih. Sayang pulak dengan TTC friends yang best-best nih. Takpelaa, kata nak rekodkan semua perjalanan TTC dalam nih, InsyaAllah akan diteruskan jugak.

Saya sekarang tengah menunggu hari jek. Bukan hari nak bersalin. Tuh adik saya yang tengah  tunggu hari nak bersalin :p Saya tengah tunggu hari nak period. Sebab saya dan suami plan nak buat 2nd IUI. Kalau diikutkan, hari nih dah CD26. Dah dekat period dah tuh. Harap laa tak period hari Jumaat. Sebab kalau Jumaat, tak dapat lagi laa nak buat IUI. Kalau esok ok jugak. Boleh call klinik terus. Jumaat dah boleh buat TVS CD2. Harap-harap ada peluang kali nih. Kalau boleh biar la sempat sebelum puasa :))

Tadik saya melawat blog Kak Reen, tengok dia update pasal Jus Perawan. Saya pon dalam proses nak mencuba. Tapi lepas abeh period la baru try sebab orang period tak digalakkan minum. Jus nih adik saya yang nak bersalin tuh belikan. Dia suruh try sebab dia kata kawan dia try jus nih and Alhamdulillah berjaya hamil. Maybe adik saya kesian tengok Along dia dah dekat 3 tahun kawen, tapi still tadek anak. Dia baru bape bulan kawen dah nak bersalin. Bunting pelamin la katakan. 

'Thanks Angah. Nanti orang try. Mana laa tau berkat usaha ibu mengandung nih berhasil :p Amin'

Oklaa, itu jelaa dulu update saya kali nih. Till we meet again!

Ok, bye!