Wednesday 24 April 2013

Alternative ways to increase sperm count.

Assalamualaikum,

Sebelum memulakan sesi 'sharing is caring', saya nak tanya nih..macam mana rupa blog saya? Elokkah setelah ditukar background? Atau yang dulu lagi elok? Hehe.

Ok, ok. Macam yang saya bagitau dalam entry yang lepas pasal nak share tips untuk increase sperm count husband, sekarang saya nak share laa serba sedikit tips yang saya dapat dari kawan TTC kita jugak. Haiiii :)

Saya pernah  bagitau kat SINI apa supplement yang husband saya ambil untuk increase sperm count. Sepanjang husband saya makan supplement tuh, Alhamdulillah ada improvement. Tapi kan melalui pembacaan saya, Tribestan nih bahan utama dia herba. Jadi, ada sesetengah orang yang tak sesuai dengan herba yang digunakan. Ada yang sebabkan suhu badan meningkat, demam, pening dan sebagainya. Suami saya sesuai pulak. Cuma harga supplement nih agak mahal laa, almost RM200 kalau tak silap saya.

Sekarang, mari-mari saya nak share lagi supplement yang kalau korang google sure korang jumpa banyak  positive feedbacks daripada yang pernah try. Saya rasa ramai pon dah tau pasal supplement nih. Apakah ia? 


Kalau sebelum nih senang nak cari produk nih. Pergi jek kat farmasi, Guardian atau Watson di mana-mana. Mesti ada. Tapi malangnya sekarang nih farmasi-farmasi macam tuh dah tak jual Speman. Tapi jangan risau, kawan TTC saya cakap boleh beli dekat Himalaya Outlet kat MidValley. Selain MidValley, kat mana lagi ada Himalaya Outlet nih? Meh sini saya list untuk korang. Antara outlet yang saya tahu laa kan :)
  • Suria KLCC
  • Sunway Pyramid
  • Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju
  • 1 Utama, Damansara

Speman nih jugak menggunakan herba sebagai bahan asasnya. Korang boleh pergi Himalaya Outlet, minta consultation dulu. Kalau sesuai, boleh lah beli. Kalau tak sesuai, sila baca lagi alternative ways yang akan saya share dengan korang. Hehe. Ada lagi satu produk Himalaya yang boleh diambil bersama-sama Speman iaitu Kapikachu. Cuba korang google kebaikan supplement nih.

Ini adalah alternative ways yang sangat murah dan mudah. Hehe. Bagi suami korang makan buah tembikai hari-hari. Makan banyak-banyak pon takpe. Hehe. Masa mula-mula kawan TTC saya share pasal nih, saya macam surprise jugak sebab saya memang tak tahu. Then she explained to me yang lelaki kena makan benda sejuk-sejuk sebab bagus untuk sperm. Tak macam perempuan yang tak elok makan benda sejuk-sejuk. Ok, barulah make sense. Tembikai kan sejuk. Hehe. Lepas dah tau pasal nih, saya pon rajin laa google sana, google sini. Kenapa tembikai bagus untuk lelaki? Sebabnya,
"Just like tomatoes, watermelon contains lycopene, having unmatched disease-fighting properties and protecting your sperm from cell damage. Watermelon was also found to contain citruline that acts like common erectile dysfunction drugs, enhancing circulatory functioning, which helps in maintaining strong erection."
 "Watermelon may deliver Viagra-like effects to the body's blood vessels and may even increase libido and sperm counts in men."

Hebat, kan? Tak payah nak makan Viagra-viagra tuh semua. Hehe. Kidding! Balik kerja petang nih, semua pergi beli tembikai tau :)

Lagi satu cara yang mudah dan tak memerlukan duit kecuali bayar bil elektrik ialah dengan merendam kemaluan suami (bahagian 'kantung'nya. Alamak, malu pulak nak explain! Korang faham kan? Haha) di dalam bekas yang berisi ais selama lebih kurang 20 minit. Tengok, memang tak memerlukan duit pon. Hehe. Caranya, suruhlah suami duduk melunjur dan letakkan laa bekas berisi ais tuh di bawah bahagian yang nak direndam tuh. Saya ada jugak baca-baca di internet, kalau taknak rendam boleh bungkus ais dalam tuala dan  tekap-tekap di bahagian kemaluannya. Kira buat macam tuam-tuam benjol tuh. Hehe.

Selamat mencuba! Sharing is caring :)

Ok, bye!


Sunday 21 April 2013

Apa Khabar?

Assalamualaikum,

Lama tak jumpa kan? Hehe. Apa khabar? Kepada yang merindui saya, kalau ada laa..saya sihat walafiat. Alhamdulillah. Masih meneruskan kehidupan seharian macam biasa. Masih terus berharap dan berdoa semoga dikurniakan zuriat. Masih mencari-cari alternatif lain untuk dicuba. Mana laa tau mungkin akan berhasil. 

Saya lama tak update blog nih sebab saya dah lama tak buat treatment kat HUKM. Memang saya berehat betul daripada treatment. Bila tak pergi hospital, tiba-tiba rasa kurang pressure. Hehe. Kadang-kadang rasa macam tak terfikir pasal nih. Saya akan sambung semula treatment di HUKM dalam hujung tahun nih. Kami suami isteri akan proceed IVF jika sepanjang tempoh berehat nih kami tak berjaya conceive. Mak mertua pon dah offer nak share kos IVF. Hehe. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki Mama.

Sekarang nih saya dan suami tengah cuba-cuba supplement yang bagus dan ubah sikit gaya hidup kami dengan bersenam dan jaga makan. Saya macam biasa, dok berusaha kurangkan berat walau pon dah bertahun-tahun dok cuba tak pernah berjaya pon! Haha. Takpe, cuba lagi dan lagi dan lagi. Hehe. Tadi baru lepas whatsapp dengan Zana, tanya-tanya pasal produk Shaklee. Nanti nak discuss dengan husband. Ingat nak try Shaklee. Zana ada suggest few product yang sesuai untuk kurangkan berat dan bagus untuk TTC. InshaaAllah akan cuba Shaklee pulak kali nih. Kalau belum rezeki untuk pregnant pon, at least bagus untuk kesihatan. Umur makin meningkat nih kena la jaga kesihatan. Hehe.

Saya rasa rindu dengan TTC circle saya (korang semua laa!). Mintak maaf saya tak reply komen-komen korang kat blog nih. Mintak maaf tak jenguk blog korang. Mintak maaf tak follow sapa-sapa yang follow saya. Saya sibuk dengan kerja sekarang nih. Lepas tuh dekat office saya kadang-kadang blogger kena block. Dengki kan? Tapi, InshaaAllah slowly saya akan follow korang balik. Saya akan reply komen-komen korang. Mintak maaf banyak-banyak tauuu. Jangan kecil hati tauuu. 

Sepanjang saya tak update blog nih, ada jugak 2, 3 orang blog reader saya yang email saya tanya pasal treatments, pasal saya. Alhamdulillah, blog nih temukan saya dengan kawan-kawan yang baik dan supportive. Syukur sangat. Sebab tuh saya rasa kuat. Saya tau saya bukan sorang-sorang. Thanks ya ambil berat pasal saya. Semoga Allah balas kebaikan korang. Amin.


Oklaa, saya nak masuk tidur dah. Nanti saya update lagi sebab saya ada benda nak share dengan korang. Tips untuk suami sebenarnya. Macam mana nak tambah sperm count. Saya dapat tips nih daripada kawan yang saya kenal di blog jugak. Haiii babe! You know who you are. Thanks a lot kongsi tips dengan saya. Izinkan saya share dengan kawan-kawan yang lain ya? Semoga Allah balas kebaikan awak :)

Nanti tau saya share dengan korang. Jom kita tidur duluuu! Byee!