Friday 30 September 2011

Adakah itu 'egg white'?

Assalamualaikum,

Semalam bersamaan CD15, time saya kat toilet petang tuh, saya tengok ada something yang macam 'egg white'. Sebelum-sebelum nih pon selalu nampak, tapi dalam toilet bowl laa. Haha. Tapi semalam kat pantyliner. So, saya pegang dan test keanjalan dia. Oppss! Jangan geli pulak ;p Saya rasa macam 'egg white' laa. Sebab time saya nak buat IUI dulu pon doktor buat time CD16 sebab katanya time tuh saya ovulation. Tapi since period punya cycle kejap panjang kejap pendek, saya selalu tak berapa nak fikir sangat ovulation day. Huhu.

Lepas keluar toilet, saya message suami tanya larat balik ke tak (for those yang read my blog and still tak tau, saya PJJ dengan suami. Weekend jek baru jumpa). Then suami reply cakap yang Jumaat (hari nih) dia meeting. So, ada few things yang kena prepare. Suami tanya kenapa? Saya cakap, tadek apa-apa. Tanak laa bebankan suami. Lagi pon kalau letih-letih pon tak berkualiti jugakkan ;p

Sebenarnya semalam saya macam confident yang tuh adalah 'egg white', tapi saya tak sampai hati nak menyusahkan suami. That's why saya tak cakap pasal tuh bila suami tanya. Hermmm, takpe laa. Kalau ada rezeki, ada laa. InsyaAllah.

Ok, bye!

Owhh, I'm officially 29th today. Alhamdulillah, I'm blessed and grateful with my life. Cuma masih menunggu 'rezeki' yang satu itu :)

Thursday 29 September 2011

Perbualan Suami Isteri #2

Assalamualaikum,

Maaf lah. Saya memang macam nih, kalau rajin update blog tuh, raaaajinnnn sangat. Kalau malas, duduk laa diam-diam tak ber-update blog tuh. Hehe.

Teringat perbualan dengan suami Ahad lepas, dalam kereta time on the way back from rumah mak saya. 
Saya tanya suami, 
'Kalau I bagi U kawen lain, U nak tak?' 

Suami buat muka pelik pastu tanya balik, 
'Kenapa pulak nih?'. 

Saya jawab, 
'Mana la tau kalau U kawen lain entah-entah senang jek U dapat anak. U tak jawab lagi, nak ke tak?'. 

Suami cakap,
'Tak nak. U rasa kita dah habis usaha ke? U rasa U memang tak boleh pregnant? U rasa usaha kita buat treatment nih dah 100% ke? I rasa baru 5% kot. Orang lain lagi  teruk usaha diorang. Berbelas-belas tahun usaha baru dapat anak.' 

Saya terdiam dan jawab, 
'Ermm, betul jugak. I pon tatau kenapa I tanya U soalan macam nih'. 

Dalam hati saya dah curse diri sendiri dah, gatal tanya soalan macam nih dah kenapa? Hishhh. Menyesal pon ada.

Pastu kitorang borak pasal lain. Tetiba suami tanya, 
'Kalau I nak kawen lain U bagi ke? Hahaha'. 
Siap gelak perli lagi tuh. 

Terus saya jawab dengan muka bengang,
'Jangan harap laa I nak bagi!'
Padan muka aku!

Ok, bye!

Approaching the '3 series'

Assalamualaikum,

Almost a week jugak saya tak update blog nih. Bukan apa, tadek cerita menarik nak diceritakan. Hehe. Kehidupan adalah biasa. There are ups and downs. Kadang-kadang gembira (mostly time husband ada kat rumah laa..hehe), kadang-kadang sedih. Biasalahhh, perempuan katanya. Emosi tak stabil tuh adalah perkara biasa. Hehe.

Bangun tidur pagi nih, terus terfikir, 'eh, hari nih dah 29th. Esok I'll be 29th years old. Alamak! I'm approaching the '3 series' dah. Tapi, anak pon belum ada. Haishh.' Opps, bukan nak bagitau yang esok birthday saya *wink* Ceshhh! Hehe.

Pastu bangun dari katil, pegi mandi. Dalam toilet pon dok terfikir lagi, 'Ishh, before I turn 30 years old kena ada seorang anak. Kena jugak!'. Padahal, macam mana laa nak 'kena jugak' ada anak sedangkan bukan urusan kita, bukan kita yang tentukan. Tapi Allah yang tentukan. Takpe, yang penting usaha dan tawakal. Semoga saya dan suami tak putus asa berusaha untuk dapatkan zuriat kami. Amin. 

Erkk, I feel like I'm not ready to add one more year to my ages. Rasa macam baru kelmarin umur 18 tahun! HAHAHA.

Ok, bye!

Friday 23 September 2011

Sakit kepala.

Assalamualaikum,

Hari nih saya EL. Malam semalam saya sakit kepala sangat. Serius macam nak pecah kepala! Berdenyut-denyut. Makan panadol pon tak jalan. Pastu saya makan pain killer sebelum tido. Hilang kejap dan saya tertido. Last saya tengok jam sebelum tertido pukul 10.45 pm.

Dalam pukul 1.50am saya terjaga sebab sakit kepala balik. Tapi saya tak sanggup nak telan pain killer sekali lagi. Saya pusing kanan, sakit lagi. Saya pusing kiri, lagi kuat sakit. Saya baring tegak, kurang sikit. Saya pun stay macam tuh.

Tetiba teringat kalau suami ada kat sini ada jugak orang nak tolong picit kepala ke nak hantar pegi hospital ke kalau tetiba sakit teruk. Huhu. Sudahnya, berjuraian air mata pulak. Teresak-esak nangis sorang- sorang. Haishh. Sensitif sangat
ke? Pastu saya tertido sampai la pukul 5.50am. Bangun solat subuh dan message officemate cakap EL. Sekarang still berdenyut-denyut, tapi dah tak seteruk semalam. Migrain kah?

Ok, bye.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday 15 September 2011

Assalamualaikum,









Snapshot from my twitter's timeline.

Ok, bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone


Masih belum datang.

Assalamualaikum,

Semalam saya masih belum period. Pagi nih pon masih belum period walaupon simptom nak period tuh kuat. Pagi tadi time on the way datang kerja, saya call Klinik untuk cancel appointment. Sedihnya rasa. Tetiba macam everything went the other way round daripada apa yang saya plan. Yelaa, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.Tapi still berharap, kalau tak 'menjadi' lagi bulan nih, biar laa period hari Ahad ke Isnin ke, so that saya still boleh continue dengan treatment.

Bila saya dah ready nak continue treatment, ada pulak halnya. Dugaaaannnnnn ;p 

Ok, bye!

Update @ 11.25AM : Lepas balik breakfast tadik pegi toilet tengok dah ada blood stain kat pantyliner. Misi gagal lagi la nampaknya. Heh. Takpe, cuba lagi! Tapi, yang sedihnya ialah tak dapat continue TVS CD2 sebab esok cuti. Kalau laa esok kerja....Kalau laaa....

Wednesday 14 September 2011

Haihhh laaa!

Assalamualaikum,

Tengok tajuk entry pon dah tau mengeluh. Apa kes? Hehe. Period nih laa. Saya berharap laa sangat period regular 28 hari every month. Last month memang 28 hari. Ingatkan this month pon sama laa, tapi susah sangat aih. 

Tengok tuh, period is 1 day late. Maksudnya hari ke-29 dah hari nih. Owhh, nih Iphone apps yang saya guna untuk track record period saya.

Bukan lahh nak mengeluh sangat, tapi saya kan plan nak sambung treatment. Kalau hari nih period, sok bole la pegi klinik for TVS scan CD2. Tapi kalau esok period? Jumaat dah cuti. Haihhh laa. Haa, kan dah mengeluh lagi. Not good, not good! Hehe. Tapi, tapi, tapi...tadi saya call jugak klinik set appointment untuk esok. Kalau tak period jugak esok, pagi-pagi kena call klinik untuk cancel appointment. Huhu. Saya harap hari nih akan period laa since tanda-tanda tuh dah ada. Hopefully dapat laa sambung treatment kali nih. InsyaAllah :)

Tapi kan....kalau tak period sebab pregnant, bagus gak kan?  

Berharap jugak tuhhhh! 

Ehh, mestilahhh berharap ;p

Doa-doa agar semuanya dipermudahkan kali nih. Amin.

Ok, bye!

Tuesday 6 September 2011

Next Plan.

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, bulan Oktober nih genap 2 tahun perjalanan saya mendapatkan rawatan untuk TTC. Tapi, untuk kes saya, rawatan bermula sebab doktor detect saya ada fibroid. *Boleh refer my previous entry kalau nak tahu*

Dalam hampir 2 tahun mendapatkan rawatan nih, saya pernah try clomid untuk tempoh 1 cycle sahaja. Itu pon dengan dos yang paling sedikit, 25mg. Siap kena potong dua pill tuh sebab sebijik tuh dos 50mg. Alhamdulillah, walaupon dengan dos yang paling sedikit, ada respon yang baik. Telur membesar jugak. Lepas tuh, ding dong ding dong ulang alik klinik, last January saya try IUI. Tapi gagal. Belum rezeki saya dan suami lagi. 

Lepas IUI failed, saya dan suami amik keputusan untuk rest dulu sebulan dua, pada asalnya laa. Bila saya tengok balik, daripada February sampai September nih, dah lebih 6 bulan saya rest rupanya. Huhu. Sebelum puasa arituh ingat nak sambung treatment balik, tapi period buat hal. Delayed sampai 2 minggu. Tak sempat dapatkan treatment. Tapi dalam masa saya berehat tuh, saya ada jugak try alternative lain. Saya dan suami try Biodex. Tapi hanya sekali try sebab saya rasa tak sesuai dengan saya. Berat badan pon makin naik time amik biodex tuh. Pelik kan? Tapi benar. Then, saya amik keputusan untuk memulakan diet dan workout. Alhamdulillah, berat turun sedikit demi sedikit. Slow sket laa penurunan tuh. Saya masih pergi ke gym. 

Kadang-kadang saya terfikir jugak nak try pil herba yang boleh kurangkan berat badan, tapi saya takut. Sekarang nih saya kena speed up sket misi mengurangkan berat saya, sebab saya dan suami plan nak sambung treatment balik for this cycle. InsyaAllah kalau ikutkan perkiraan, minggu depan AF saya akan melawat. Saya dan suami dah sepakat, kami akan proceed dengan second IUI di klinik yang sama (HKL) and if still no luck this time, we'll change to LPPKN or Klinik Hamid Arshat. Hopefully kali nih dipermudahkan semuanya. Amin.

Saya ada discuss dengan suami nak cuba jugak rawatan Islam. Mungkin akan ke Darussyifa' untuk mintak air ke macam mana. Ada orang tanya, kenapa lama sangat saya buat treatment? Kenapa tak teruskan lepas failed IUI arituh? Hemmm, saya sendiri pon amik masa yang lama nak bangkit balik daripada kekecewaan tuh. Saya sendiri rasa give up dengan usaha saya (padahal usaha saya tak laa besar sangat macam orang lain). Saya rasa saya tak sempurna sebab tak dapat conceive naturally, tapi buat IUI pon failed jugak. Macam mana saya nak dapat kekuatan dalam tempoh yang singkat? 

Ya Allah, saya malu nak merungut dengan dugaan Allah kat saya. Saya rasa besar sangat dugaan yang Dia bagi kat saya. Tapi sebenarnya, dugaan orang lain jauhhhh lagi besar daripada saya. Saya rasa kerdil sangat. Saya tahu Allah takkan duga kita lebih daripada yang kita mampu hadapi. Mungkin ini balasan dosa-dosa saya sebelum nih. Atau mungkin sebab saya dah lama tak meminta dengan sungguh-sungguh pada Allah. Saya harap Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Amin.

Ok, bye!

Monday 5 September 2011

New layout, err background?

Assalamualaikum,

Datang kerja hari nih macam tak kerja jek. Mood nak buat kerja still tak mari. Bos pon cuti lagi. Bape orang jek yang ada kat office skang nih. Tuh yang malas-malas tuh. Hehe. So, sementara mood buat menda lain yang tengah bermaharajalela nih, saya pon godek-godek la tukar background laa header laa. Sebenarnya saya nih cepat jemu. Tengok layout yang dulu tuh pon dah rasa boring. Tuh yang gatal tangan tukar nih. Hopefully lepas nih saya akan lebih bersemangat untuk update blog. Heh. Kalau blog tak ber-update jugak tuh, jangan salahkan jemu dengan layout. Tuh tandanya memang pemalas nak update blog laa tuh :p

Suami ada kat rumah sekarang nih. Dia ada kerja kat HQ dia kat KL nih. Separuh hari dah siap kerja dia. Esok pagi-pagi buta baru dia gerak balik ke 'no man land' dia. Haishh. Nih rasa macam nak balik awal nih. Suami ada kat rumah, isteri datang kerja yang macam tak kerja. Apa citer?? Huhu!

Ok, bye!

Doa Memohon Keberkatan dan Rezeki

Assalamualaikum,


"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu."

"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"


Ini adalah doa solat dhuha sebenarnya. Tapi ada seorang Ustazah nih pernah cakap, bagus jugak kalau amalkan doa nih (yang tulisan warna biru tuh) setiap kali lepas sembahyang fardhu, tak semestinya baca selepas buat solat dhuha jek. Wallahualam. Mari sama-sama kita amalkan doa nih.

Tersentuh hati bila baca doa nih T__T

Ok, bye!

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,

Maaf! Dah lama tak update blog. Nak kata cuti raya sakan, tak jugak. Sebab raya tahun nih laa saya paling banyak duduk kat rumah. Tak berjalan ke mana pon. Raya pertama di rumah mertua di KL. Separuh hari jek beraya. Petang tidoq! HAHA. Tak pernah-pernah tidoq di hari pertama Aidilfitri. Nampak sangat tak tau nak buat apa. Program raya kat TV pon saya dah tak amik kesah sangat. Kalau dulu-dulu semangat jugak nak layan program raya. Beza sungguh raya kali nih. Mungkin umur dah makin meningkat kot.

Raya kedua baru balik ke kampung nenek sebelah ayah di Taiping. Beraya sampai raya ke-empat dan gerak balik ke KL hari Jumaat tuh. Ermm, raya saya tak dicemari dengan soalan-soalan maut yang menyentap. TTC-ians sure faham soalan apa kan? Raya sebelum nih pon tak dicemari jugak. Setakat nih saya bersyukur sebab ahli keluarga semua faham dan tak tanya lebih-lebih sangat. Kalau yang dok tny tuh orang luar, saya buat boo layan jek. Malas nak sentap lebih-lebih. Hehe.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (maaf, dah raya ke-tujuh baru nak ucap -,-") dan saya mohon maaf sekiranya ada entry atau comments saya kat u'ols yang menyinggung perasaan. Walaupon kita hanya kenal melalui blog, saya sangat bersyukur diperkenalkan dengan u'ols yang 'spesis' sama macam saya. Hehe. Kita teruskan berusaha, ok? Mana tau nanti ada rezeki kita, anak-anak kita semua sebaya :)) InsyaAllah.


Raya u'ols macam mana? Mesti meriah, kan? Hehe. Selamat Hari Raya!

Ok, bye!