Tuesday 17 July 2012

Treatment @ HUKM #3 : Bersediakah kami?

Assalamualaikum,

Tadi pukul 9.30 pagi saya ada appointment di HUKM. Tujuan appointment hari ni nak review balik result tests yang saya dan suami dah buat. Seterusnya, doktor akan suggest next treatments.

Alhamdulillah, result tests yang saya buat semua ok dan normal. Syukur Ya Allah. Semen analysis suami tak berapa memberangsangkan. Kena makan supplement lagi la nampak gayanya. Tapi, saya lagi risau kalau saya yang bermasalah. Sebab kalau kita yang perempuan nih, semua libatkan hormon. Payah jugak nak betulkan hormon kan? Tapi kalau lelaki, insyaAllah makan supplement dan makanan berkhasiat pon mampu tambah baik keadaan.

Setelah doktor tengok history kami suami isteri, history IUI kami yang 3 kali gagal, doktor suggest kami buat IVF atau ICSI. Kes kami diserahkan kepada klinik MAC. Appointment pon dah dapat, 15 Ogos untuk consultation dan penerangan lanjut. Tadi doktor anggarkan kos dalam RM8k++ sebab katanya saya tak bermasalah. Mungkin tak perlu ubatan yang mahal.

Persoalannya, bersediakah kami suami isteri? Bersediakah mental dan fizikal kami berdua? Bab kewangan, InsyaAllah boleh manage dan diusahakan. Banyak yang saya dan suami perlu bincang dan fikirkan. Ini bukan hal kecil macam IUI. IVF memerlukan persediaan yang rapi. Banyak proses nak lalui.

Ya Allah, tunjukkan kami jalan. Permudahkan mana yang terbaik untuk kami suami isteri. Amin.

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 3 July 2012

Treatment @ HUKM #2: Klinik MAC

Assalamualaikum,

Saya dan suami sekarang berada di Klinik MAC HUKM. Appointment hari ini just untuk suami. Semen analysis. Tadek la kena jumpa doktor ke apa. Suami is now doing 'the job' dalam Bilik Berkat. Hehe. Saya tengah tunggu kat luar bilik sebab suami request, dia cakap segan dan nanti tak fokus. Haha.

Tapi tadi saya sempat tinjau keadaan dalam bilik tuh. Ada tv, ada dvd player tapi tadek disc. Ada toilet, ada sinki, ada kerusi. Tadek katil. Berbeza dengan previous hospital, ada katil. Tapi tadek tv.

Oh, suami dah call. Dah settle la tuh ;)

Ok, bye!

*Update: Kos rawatan ialah RM 50.00 untuk semen analysis.


- Posted using BlogPress from my iPhone