Sunday, 24 April 2011

My Own TTC Chronology - Part 1

Assalamualaikum,

Seperti sangat gigih kan aku update blog nih? Sehari sampai 3 entry! Hahah. Mentang-mentang la baru create blog, semangat lebeyyy nampak~~

Sebenarnya aku macam dah mengantuk, tapi tadik suami suruh buat air and teman dia layan bola jap. Dan alang-alang semangat nak post entry kat blog nih macam dok ada lagik, aku rasa elok jugak aku post pasal kronologi kehidupan aku yang membawa kepada semua usaha untuk mendapatkan anak. Tapi aku tengah cross-check dengan buku nota aku jugak. Aaa, dengan kad appointment klinik jugak. Menyesal aku tak mulakan blog nih awal-awal masa start treatment dulu. Kalau tak kan senang, takyah nak kena check balik. Nih dalam keadaan ingat tak ingat jek nih. Takpe laa, janji isi penting tuh aku tak tinggal kira ok laa.

Mari kita mulakan!

  • November 2008 - Melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pooojaan hatiku! Haha
  • Disember 2008 - Honeymoon di Indonesia
  • Januari - Ogos 2009 - TTC secara natural. Tak pressure sangat nak anak sebab rasa macam baru kawen, tak sampai setahun at that time. Tapi sepanjang tempoh nih selalu kena urinary tract infection (UTI), biasa laa. Sakit orang baru kawen. Jumpa doktor pon doktor senyum-senyum kambing sambil cakap, nih honeymoon disease nin *malu*
  • September 2009 - UTI makin kerap dan pernah berdarah. Buat test pon menunjukkan ada darah dan virus dalam urine. Doktor suspek ada masalah dengan buah pinggang. Cuak aku time nih! Doktor di Klinik Kesihatan Tanglin cepat-cepat buat surat dan refer aku ke HKL untuk ultrasound.
  • Oktober - November 2009 Sampai la masa untuk aku buat ultrasound. Alhamdulillah buah pinggang aku tadek masalah. Tapi pakar scan detect aku ada uterine wall fibroid! At that time saiz dalam 3cm x 3cm. Terus buat surat dan refer aku ke Klinik O&G HKL. Dr. Loo (doktor O&G) yang check aku time tuh cakap tak perlu risau. Fibroid adalah normal bagi perempuan. Lagipon kedudukan fibroid tuh tak ganggu uterus aku. Mengikut beliau, tak perlukan pembedahan sebab uterus aku tak terjejas dan dalam keadaan baik. Doktor kemudian set next appointment 6 bulan selepas check up tuh, untuk monitor tumbesaran fibroid tuh.*di sini la permulaan treatment TTC aku*Jadik, aku dah dapat jawapan kenapa aku period pain sangat teruk selepas kawen. Masa dapat tau ada fibroid, aku down sangat. sebab selalu disogokkan dengan cerita ada fibroid silap-silap takleh pregnant! Suami la jadik penguat semangat aku. Sedih pulak bila ingat balik :(
Panjang la pulak. Aku sambung Part 2 pulak la lepas nih. Hehe.

Ok, bye!


No comments:

Post a Comment