Thursday 29 November 2012

Hati sakit.

Assalamualaikum,

Ini adalah apa yang saya rasa. Apa yang saya nak sangat luahkan kat depan-depan muka orang yang sangat menyakitkan hati nih.

"Ingatlah, apa yang kita ada di dunia nih hanyalah sementara. Semua Allah pinjamkan jek. Jangan terlalu berlagak dengan apa yang kau ada yang orang lain tadek. Lagi satu, kau bukan kawan rapat aku pon. Kau bukan tau apa yang aku usaha ke tak ke. Jadi, jangan cakap macam kau tau sangat apa yang aku dah buat atau belum. Bersyukur dengan kelebihan yang Allah pinjamkan untuk kau. Jangan nak berlagak sangat!"

Saya masih ada hati dan perasaan serta akal fikiran yang waras. Saya takkan pernah sampai hati nak sound ayat kat atas tuh pada siapa-siapa yang berlagak tak kena tempat. Lebih-lebih lagi pada seorang perempuan yang sedang mengandung. Tolong belajar hormat perasaan orang lain.

Maaf, entry ini mungkin penuh kemarahan. Entry ini jugak mungkin akan mengundang ayat-ayat yang mengatakan saya cemburu. Saya tak cemburu! Tapi saya menyampah dengan orang yang berlagak dan tak sedar diri yang semua nih hanyalah pinjaman.

Saya pon ada hati dan perasaan untuk bersedih. Tolong jangan lupa itu.

Ok, bye!

Wednesday 21 November 2012

TTC Experience Sharing

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya ada received email from someone bernama Farrah. 

Ohh, hai Farrah! 
Saya harap awak tak kisah saya kongsi cerita dan maklumat awak kat blog nih. 
Semoga Allah balas kebaikan awak :)

Farrah ada kongsikan dengan saya kaedah perubatan tradisional yang berjaya bantunya pregnant. So, saya rasa saya nak share dengan kawan-kawan TTC yang lain. Ini email Farrah kepada saya,


"Assalamualaikum Ily,

Came across your blog while googling 'halba'.. Pelik kan? Mungkin takdir Allah for me to share my experience with you.

I was diagnosed with PCOS (in both ovaries). so my period mmg tak pernah regular lah. Jadi nk conceive memang susah. Eggs kadang2 ada, kadang2 takde. Bila ada kadang2 tu tak mature. I jumpa 3 different gynae for about 2 years. Semua kasik the same treatment: metformin + clomid.

After a few cycles and I still hadn't conceived, my last gynae referred me to HUKM to do ovarian drilling. After discussion with my husband, we decided not to do it because it's an evasive procedure.. And from my readings, the treatment tak 100% gerenti boleh tolong pon.. We decided to try alternative treatments.. Honestly mmg masa tu i dah give up. Stressed and sedih sgt. My husband were very supportive.. So i kuatkan semangat.. I google about infertility treatments in Malaysia.. Masa tu I ingat nak cari other gynae.. And i found Kamal Quek instead.

I tak ingat he was mentioned in which forum. But mmg ramai yg suggest dia. Tak silap I dia ni mmg ada background medical doctor, but he practices traditional chinese medicine (TCM). He's an Indonesian Chinese Muslim. Tua dah dia ni. He used to have a clinic in Bukit Bintang. But he's now operating from his home in Cheras after his 'retirement'.

So, we went and see him.. That was Ramadhan 2011 (Aug 2011). I was pregnant by Feb 2012. I am now holding my baby boy as I'm typing this email to you.

I know you dah discouraged.. Rasa penat kan. I dulu nangis2 because I get very frustrated. And i didnt share it with anyone other than my husband. My mom pon tak tau about my problem. Tapi, try la jumpa Kamal Quek ni.. Dont expect too much. Just go with an open mind and heart. InsyaAllah dia boleh tolong.

He's like sinseh cina dlm tv. White hair and long white janggut. Tak cakap banyak. If you go and see him, bawak air and minum air banyak before that. Your bladder needs to be full so that he can scan you on his oldskool ultrasound machine. He will ask you loads of questions and rasa your pulse. Ubat dia kasik, makan.. Jangan skip. First time jumpa rasanya ada registration fee, i tak ingat berapa. Ubat per week rm100. Ubat sikit ke banyak ke, still rm 100.

His address: 8 jalan arasakesari, taman taynton view, cheras
Handphone: 016-6221593/016-2778091


Consultation hours:
Mon-Thu: 10am - 4pm
Sun: 10am - 2pm (I think)


Sundays biasanya ramai orang. Better go on weekdays.

Lagi satu, I amalkan baca doa Nabi Zakaria (surah al-anbiyaa', ayat 89):
"Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisiin"
- wahai tuhanku, janganlah kau biarkan aku sendirian tanpa meninggalkan zuriat, dan kaulah sebaik2 yg mewarisi


That's all I want to share with you. Minta maaf kalau2 email from a total stranger ni mengganggu.
Wish you all the best! Do email me if you have any questions or need any help. "

Kepada kawan-kawan yang berminat nak try, boleh laa try. InsyaAllah saya juga akan try bila saya dah ready nanti. Sekarang saya dah ok, cuma rasa nak berehat dan mengurangkan berat badan dulu. Hehe. 

Saya jugak nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak bagi kata-kata semangat untuk saya dalam previous entry. Saya bersyukur kepada Allah sebab dipertemukan dengan korang semua. Thanks a lot!

Lastly, thanks a lot dear Farrah sebab sudi share experience dengan saya :)

Ok, bye!

Monday 5 November 2012

Kata-kata terakhir, maybe?

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan kawan-kawan TTC, saya telah menjalani IUI keempat pada 13 October yang lepas.

Hari ini merupakan CD36. Saya masih belum period. Tapi...dah berkali-kali saya buat upt dan semuanya negatif. Tadi saya ke klinik pakar puan berhampiran rumah dan keputusan tetap sama, negatif. Doktor cakap kemungkinan Utrogestan (ubat progestrone) yang saya kena vaginally inserted menyebabkan period delay. Doktor suggest saya call MAC, HUKM tanya macam mana. Jika perlu stop ubat tersebut, stop laa. Dia tanak ganggu rawatan saya dengan HUKM, so let doktor sana yang decide. Saya dah call, staff MAC cakap, terpulang nak stop atau teruskan sebab dia kata period tetap akan datang kalau tak pregnant. Kalau pregnant, ubat tuh bantu kuatkan rahim selain ubat Duphaston yang saya makan.

Lepas bincang dengan suami, saya decide untuk stop dua-dua ubat dan tunggu period. Cycle saya biasanya 25-29, ini kira dah seminggu la delay.

Perasaan? Frust, tapi tadek la menangis teruk macam sebelum ni. Saya dah ready sebab dah test banyak kali still negatif. Tapi apa yang saya dah fikirkan, saya akan stop blog nih sementara sebab saya rasa saya dah penat nak TTC. Saya rasa macam dah malas nak TTC. IVF/ ICSI pon tatau la macam mana. Proceed or postpone? Saya pon tatau. Sekarang memang saya dah cakap dengan suami saya dah malas nak buat apa-apa. Malas dah nak telab ubat itu, ubat ini. Malas dah nak usaha. Itu yang saya rasa sekarang. Nanti-nanti tak tahu laa macam mana. Next appointment dengan Prof. Zainul on 28 November. Tengok la macam mana. Sekarang saya just harap period datang secepat mungkin.

Saya tau saya pernah janji and cakap tanak give up. Tapi sekarang saya betul-betul dah malas nak fikir dan peduli pasal TTC lagi. Lantaklah. Biar masa yang tentukan.

Kepada kawan-kawan TTC yang dah berjaya dan pregnant, tahniah dan saya doakan semoga semuanya dipermudahkan hingga korang bersalin. Kepada yang masih berusaha, saya doakan usaha korang berhasil. Sungguh saya ikhlas doakan untuk korang.

As for me, saya rasa macam saya nak stop dulu TTC saya. Biar masa menentukan. Thanks for all your kind and supportive words. Saya sangat menghargai doa korang untuk saya. InsyaAllah, ada masa kita jumpa semula kat blog nih. Takecare semua!

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 3 October 2012

Treatment @ HUKM #5: Here We Go Again..

Assalamualaikum,

Here we go again...IUI sekali lagi. Kali keempat dan maybe kali yang terakhir. Kalau tak berjaya, IVF/ ICSI lah jawabnya.

Seperti yang saya ceritakan dalam entry ini , pada 26 September lepas, suami buat test sekali lagi (sebab nak tengok kesesuaian dengan supplement yang dia makan) dan Alhamdulillah, sperm count meningkat. Syukur, Ya Allah! Then Prof. setuju untuk kami cuba IUI sekali lagi. Saya dibekalkan dengan Clomid (dose 150mg, bersamaan 3 biji sekali makan) untuk makan dari CD2 hingga CD6. Sepanjang saya makan Clomid, inilah dose paling banyak saya pernah makan. Kali pertama dan IUI pertama saya, hanya 25mg (separuh pil), kali kedua untuk IUI kedua pulak 50mg (sebiji). Untuk IUI ketiga, saya tak makan Clomid tapi kena ambil folliova jab. Mengikut previous records saya, Clomid dose sikit pon dah ok untuk saya. Kali nih, jangan terlebih dose sudah laa. Kang OHSS pulak! Nauzubillah, minta dijauhkan. InsyaAllah Prof. tau apa yang terbaik untuk saya.

Kelmarin, 1 Oktober saya period (CD1). Semalam CD2 saya ambil Clomid. Seharian kepala saya sakit, perut rasa tak sedap dan badan panas jek. Yup, ini sebahagian daripada kesan Clomid. Sebelum nih amik dose sikit, memang saya tak rasa kesan nih. Yang paling teruk, mood swing habis! Kejap nak marah sangat, kejap nak nangis. Macam orang gila pulak! Haha. Sabar jelaaaaaaaa. Saya sms suami cakap, 'I rasa ada hikmahnya kita duduk jauh-jauh nih. Nak pulak time tengah makan clomid nih. Mood swing macam apa. Kalau U ada mesti kena marah jek dengan I. Tak pasal-pasal kita lak yang gaduh'. Hehe, boleh tahan jugak penangan Clomid nih. Prof. ada bagi planner kat saya, CD8 saya kena ke klinik untuk scan tengok telur membesar tak. Then boleh decide date untuk IUI. 

Inilah usaha kami untuk tahun 2012 nih. Selain tuh, saya dah mula amalkan minum susu kambing campur madu campur serbuk debunga kurma. Serius bau debunga kurma tuh macam sperm! Subhanallah, hebat ciptaan Allah. Memerlukan kegagahan jugak laa nak minum air tuh. Hehe. Saya teguk-teguk tanpa henti dan sambil tahan nafas. Haha.

Semoga usaha kali nih berhasil. Kalau gagal lagi, saya mohon Allah bagi saya dan suami kekuatan nak tempuhinya lagi. Thanks untuk doa kawan-kawan =)

Ok, bye!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kos rawatan di Klinik MAC, HUKM;


Treatment #1: 22.06.2012 - Percuma (kes saya masih belum ditempatkan di bawah Klinik MAC)
Treatment #2: 03.07.2012 - RM 50.00 - Semen Analysis (Klinik MAC)
Treatment #3: 17.07.2012 - Percuma (Review results semua test yang dibuat dan kes ditempatkan di MAC)
Treatment #4: 19.09.2012 - RM 30.00 - Consultation fee
Treatment #5: 26.09.2012 - RM 70.00 - Consultation fee, RM 20.00 & Semen Analysis, RM 50.00

**Jumlah = RM 150.00


Monday 24 September 2012

Treatment @ HUKM #4: Boleh try IUI lagi, tapi...

Assalamualaikum,

Ini adalah update appointment di Klinik MAC, HUKM pada 19 September 2012 yang lepas. Saya dan suami sampai di Klinik MAC pukul 8.55 am. Appointment pukul 9.00 am. Tapi, Ya Allah, kali nih tunggu lama sangat. Pukul 10.45 am macam tuh, Medical Assistant (saya rasa laa) Prof Zainul panggil dan interview kami suami isteri serba sedikit. Tengok results last appointment dan suggestkan untuk proceed IVF/ ICSI. Dia cakap sebab sperm count husband (mengikut result appointment yang lepas agak tak memberangsangkan), better terus buat IVF/ ICSI. Kemudian dia terangkan macam mana prosedur IVF/ ICSI akan dijalankan. Kami dengar dan tanya beberapa soalan terutamanya berkaitan OHSS, planning semua macam mana (sebab senang nak apply cuti nanti).

Lepas dah habis explaination, suami cakap dia nak repeat Semen Analysis test. MA cakap ok, boleh repeat. Kemudian saya explain kat MA yang kami plan nak try IUI sekali lagi dan kalau tak jadi baru buat IVF/ ICSI. MA cakap, nanti bila Prof datang, boleh discuss dengan Prof. Kena tunggu Prof jugak rupanya -__-"
Kami keluar dan tunggu sampai laa Prof sampai.

Lebih kurang pukul 11.30 am, nama saya dipanggil dan kami masuk berjumpa Prof. Prof terus cakap 'Buat IVF/ ICSI terus laa. Jangan buang masa sebab umur pon dah 30 kan. Nanti nak dapat anak nombor dua, tiga, empat sampai enam tak sempat nak kejar lak kang'. Hahaha. Sempat dia buat lawak tuh. Suami cakap, 'Tapi Prof, kami still rasa nak try IUI sekali lagi. Mana tau bila dengan Prof kali nih ada rezeki'. Prof cakap, 'Ok. Next week 26 September (Rabu nih) datang buat Semen Analysis. Tengok result cantik tak. Lepas tuh kita decide. Sebab tanak buang masa sebab sebelum nih IUI dah 3 kali tapi gagal. Kalau result cantik, kita try IUI'. Tapi persoalannya, kalau laa result ok pon still tak boleh buat sebab saya dah CD21 pada Rabu nih. Rasa macam dah melepasi tahap ovulasi dah pon. Next cycle jugak la maknanya. Takpe, kita tengok Rabu nih macam mana. Hehe.

Urusan di Klinik MAC, HUKM selesai dalam pukul 12.15 tengah hari. Cost untuk treatment kali nih ialah sebanyak RM30.00 untuk consultation fee. Total cost sepanjang 3 kali rawatan di MAC adalah sebanyak;

Treatment #1: 22.06.2012 - Percuma (kes saya masih belum ditempatkan di bawah Klinik MAC)
Treatment #2: 03.07.2012 - RM 50.00 - Semen Analysis (Klinik MAC)
Treatment #3: 17.07.2012 - Percuma (Review results semua test yang dibuat dan kes ditempatkan di MAC)
Treatment #4: 19.09.2012 - RM 30.00 - Consultation fee

Semoga appointment hari Rabu nih mendatangkan kebaikan kepada kami suami isteri. InsyaAllah, amin =)

Ok, bye!

Tuesday 18 September 2012

Help me, Ya Allah.

Assalamualaikum,

Esok appointment di Klinik MAC, HUKM. Sepatutnya bulan lepas, tapi saya minta postponed ke esok. Basically apa yang akan dibincangkan adalah berkenaan treatment selanjutnya. Kemungkinan besar doktor akan cadangkan untuk buat ivf/ icsi.

Since last appointment sampai ke hari ini, saya rasa saya masih belum bersedia untuk buat ivf/ icsi. Walaupon dah bincang dengan suami, saya tetap rasa belum bersedia :( suami tau saya tak bersedia dan dia taknak paksa. Suami cakap, 'kalau tak sedia untuk ivf/ icsi, kita try IUI sekali lagi. Mana tau rezeki IUI kat HUKM'. 

Esok kami akan dengar dulu options yang doktor bagi dan tanya kalau ok untuk try IUI sekali lagi. Susah nak decide sebenarnya. Tatau la bila kekuatan nak buat ivf tuh nak datang. Tapi mana laa tau kan kot-kot esok bila jumpa doktor, keputusan berubah pulak. Ya Allah, berikan kami petunjuk. Amin.

Tuesday 28 August 2012

Mari Minum Lemon Setiap Hari!

Assalamualaikum,

Mari kawan-kawan, yang mana yang ada endometriosis, adenomyosis, 'lain-lain'sis dan fibroids tuh! Mari kita minum jus lemon setiap hari. Saya tau ramai yang dah tau khasiat lemon nih kan. Saya dulu-dulu rajin jugaklah teguk air suam letak hirisan lemon dalam tuh, tapi bila masa saya stop amalan berkhasiat tuh saya pon tak pasti. Hehe.
 


Semangat pergi beli lemon kat Giant dan terus buat jus lemon untuk diminum pagi tadi =)

Saya google info pasal lemon sebelum nih dan terjumpa artikel yang menarik daripada blog Prof. Dr. Hamid Arshat . Meh baca sket pasal kebaikan lemon nih.

LEMON

Well - what a remedy for the disease unbelievable - There is no harm just drinking this water as a normal water, day to day.?
 
Please pass this on to your family and friends.
Hello!!! just want to share this good information
 
Just cut 2-3 thin slices of lemon in a cup/container and add drinking water will become "alkaline water",
drink for the whole day, just by adding drinking water. Take it as drinking water every day is good for everybody.
 
The surprising benefits of lemon!
I remain perplexed!
================================
Institute of Health Sciences, 819 N. L.L.C. Charles Street Baltimore , MD 1201.
 
This is the latest in medicine, effective for cancer! Read carefully & you be the judge.
 
Lemon (Citrus ) is a miraculous product to kill cancer cells . It is 10,000 times stronger than chemotherapy . Why do we not know about that? Because there are laboratories interested in making a synthetic version that will bring them huge profits. You can now help a friend in need by letting him/her know that lemon juice is beneficial in preventing the disease.  
Its taste is pleasant and it does not produce the horrific effects of chemotherapy. How many people will die while this closely guarded secret is kept, so as not to jeopardize the beneficial multimillionaires large corporations? As you know, the lemon tree is known for its varieties of lemons and limes.

You can eat the fruit in different ways: you can eat the pulp, juice press, prepare drinks, sorbets, pastries, etc.

It is credited with many virtues, but the most interesting is the effect it produces on cysts and tumors. This plant is a proven remedy against cancers of all types. Some say it is very useful in all variants of cancer. It is considered also as an anti microbial spectrum against bacterial infections and fungi, effective against internal parasites and worms, it regulates blood pressure which is too high and an antidepressant, combats stress and nervous disorders.  

The source of this information is fascinating: it comes from one of the largest drug manufacturers in the world, says that after more than 20 laboratory tests since 1970, the extracts revealed that :  
It destroys the malignant cells in 12 cancers including colon, breast, prostate, lung and pancreas The compounds of this tree showed 10,000 times better than the product Adriamycin, a drug normally used chemotherapeutic in the world, slowing the growth of cancer cells.

And what is even more astonishing: this type of therapy with lemon extract only destroys malignant cancer cells and it does not affect healthy cells.

Institute of Health Sciences, 819 N. L.L.C. Cause Street , Baltimore , MD1201

================================ 

Ok, jom kita try! Bye!
 

Monday 27 August 2012

Hari Raya Saya.

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan TTC dan kepada yang sudi membaca blog saya ini =) Seronok celebrate raya kali nih? Alhamdulillah.

Untuk saya, raya tahun nih Alhamdulillah dapat balik kampung beraya dengan keluarga besar sebelah Ayah saya. Raya ketiga pulak, saya dan suami bergerak dari kampung Ayah ke kampung mak mertua dan ayah mertua. Seronok sebab dapat balance kan sambutan raya kami untuk kedua-dua keluarga. Hehe.

Saya tau, raya merupakan salah satu event yang paling merisaukan bagi kita yang TTC nih. Takut ada soalan cepumas yang menyentapkan hati dan perasaan. Soalan favourite semua orang bila nampak kita yang TTC nih, 'Dah ada isi ke? Bila lagi nih?'. Betul tak, kawan-kawan ku sekalian? Hehe. Lepas tuh, bila raya, saya malas nak jumpa kawan-kawan sekolah, saudara mara sebab takut ditanya soalan nih. Betul, saya memang teruk macam tuh. Raya tahun nih langsung saya tak menziarahi kawan-kawan sekolah ke universiti ke apa ke. Perasaan malas dan 'rendah diri' sebab dah 4 kali raya dok berdua dengan suami buat saya lebih senang duduk kat rumah, layan tetamu yang datang, tolong mak dan makcik cuci pinggan mangkuk yang mengalahkan macam buat kenduri kawen. Biarlah orang nak cakap apa pon pasal saya, biarlah kawan-kawan rasa saya menjauhkan diri, biarlah saudara kata saya tak pandai melawat rumah diorang. Biarlah, janji raya saya tak emosional dek kerana soalan-soalan macam tuh. Baik saya mengelak sebelum terjadi. Yer, saya tau saya kelihatan agak loser di sini.

Sepanjang saya di kampung Ayah saya, mak dan ayah mertua saya, tidak ada seorang pon yang bertanya soalan yang 'menakutkan' itu. Alhamdulillah. Suami saya cakap, diorang semua dah jemu nak tanya soalan tuh kat kitorang. Haha. All in all, saya tidak emosional di hari raya. Itu sudah cukup buat saya, daripada menjawab soalan yang saya dan orang yang bertanya tuh tau memang tiada jawapan (HANYA Allah yang tahu jawapannya), lebih baik saya beraya cara saya =)

Bukan senang tahu nak bawa diri beraya ke rumah kawan-kawan, saudara mara dengan mengetahui akan ada soalan macam  tuh. Bukan senang tahu nak senyum sambil jawab, 'Belum ada rezeki lagi' pada setiap soalan yang sama ditanya. Bukan senang tahu nak kawal mata daripada bergenang bila ada orang yang menunjukkan simpati selepas tanya soalan macam tuh. Bukan senang. Kalau tak berada dalam kasut kami yang TTC ini, tolong jangan cakap kami nih over sensitive.  Tak kesian ke dengan kami? Tanyalah pasal baju raya ke, kuih raya ke, tudung raya ke, kasut raya ke? Mesti kami excited nak cerita semua. Hehe. Saya tak emosional, saya hanya menyampaikan apa yang saya dan kawan-kawan TTC yang lain terpaksa lalui setiap kali raya datang.

"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin"





Thursday 16 August 2012

Di mana silapnya?

Assalamualaikum,

Macam mana persiapan raya korang? Eh, ayat pertama dah tanya persiapan raya pulak. Sebenarnya, saya yang tak sabar nak raya! Hehe. Kuih raya, baju raya semua dah ready. Rumah jek belum kemas lagi. Saya pon dah raya sebenarnya. Hari Isnin hari tu CD1. Ingatkan berpeluang la puasa penuh tahun nih =(

Sebenarnya, bila saya period kali nih, saya down sangat. Frust sangat. Ya, saya tak malu nak mengaku yang saya memang meletakkan harapan yang tinggi pada cycle lepas. Sebab saya ovulate, dan saya tau saya ovulate. Sangat positif, yakin. Saya dan suami pon ada bersama masa saya dapat tau saya ovulate. Sungguh saya sedih kali nih. Menangis bila tengok ada darah pada panty. Menangis bila kenangkan kenapa masih  tak berhasil. Saya jadi macam saya yang dulu, yang selalu down bila period. Padahal dah lama saya melepasi fasa tersebut. Tapi, kali nih saya jadik sangat fragile.

Dalam masa saya down, menangis fikir kenapa, kenapa, kenapa? Bila saya mengadu dengan suami yang saya sedih, suami bagitau yang dia pon dah tak tahu nak cakap macam mana. Yang pastinya belum sampai masa lagi. Then, saya realized sesuatu, Allah masih belum nak bagi. Macam mana saya terlupa pasal tuh? Walau macam mana yakinnya saya, kalau Dia kata belum masanya, tetap belum masanya. Astaghfirullah. Malu saya rasa sebab mempersoalkan kerja yang hanya Dia yang boleh buat dan bagi. Kawan-kawan, tolong jangan jadik macam saya. 

Saya tak berhak nak persoalkan di mana silapnya bila semua usaha tak menjadik. Mungkin saya sangat kurang meminta kepada Allah, mungkin Allah sedang merencana yang terbaik untuk saya (untuk korang TTCians jugak). Sebenarnya, tanpa saya sedar, saya kekurangan soal zuriat, tapi Allah lebihkan saya dalam banyak perkara. Mungkin sebab saya terlalu tertumpu pada soal yang satu tuh, saya lupa nak bersyukur dengan nikmat Allah. Ini peringatan untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan TTC saya jugak. Jangan pandang apa yang belum kita dapat, bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah kepada kita. *hugs* =)

"Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan TTC yang sangat saya sayang. Terima kasih kerana sudi meminjamkan sedikit ruang dalam hidup anda semua untuk membaca, komen dan bagi kata-kata semangat untuk saya. Mohon dimaafkan semua kekurangan dan kesalahan saya."


Nota: Appointment di MAC Klinik HUKM yang sepatutnya semalam telah ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Takpe, kita raya duluuuu! :p

Tuesday 17 July 2012

Treatment @ HUKM #3 : Bersediakah kami?

Assalamualaikum,

Tadi pukul 9.30 pagi saya ada appointment di HUKM. Tujuan appointment hari ni nak review balik result tests yang saya dan suami dah buat. Seterusnya, doktor akan suggest next treatments.

Alhamdulillah, result tests yang saya buat semua ok dan normal. Syukur Ya Allah. Semen analysis suami tak berapa memberangsangkan. Kena makan supplement lagi la nampak gayanya. Tapi, saya lagi risau kalau saya yang bermasalah. Sebab kalau kita yang perempuan nih, semua libatkan hormon. Payah jugak nak betulkan hormon kan? Tapi kalau lelaki, insyaAllah makan supplement dan makanan berkhasiat pon mampu tambah baik keadaan.

Setelah doktor tengok history kami suami isteri, history IUI kami yang 3 kali gagal, doktor suggest kami buat IVF atau ICSI. Kes kami diserahkan kepada klinik MAC. Appointment pon dah dapat, 15 Ogos untuk consultation dan penerangan lanjut. Tadi doktor anggarkan kos dalam RM8k++ sebab katanya saya tak bermasalah. Mungkin tak perlu ubatan yang mahal.

Persoalannya, bersediakah kami suami isteri? Bersediakah mental dan fizikal kami berdua? Bab kewangan, InsyaAllah boleh manage dan diusahakan. Banyak yang saya dan suami perlu bincang dan fikirkan. Ini bukan hal kecil macam IUI. IVF memerlukan persediaan yang rapi. Banyak proses nak lalui.

Ya Allah, tunjukkan kami jalan. Permudahkan mana yang terbaik untuk kami suami isteri. Amin.

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 3 July 2012

Treatment @ HUKM #2: Klinik MAC

Assalamualaikum,

Saya dan suami sekarang berada di Klinik MAC HUKM. Appointment hari ini just untuk suami. Semen analysis. Tadek la kena jumpa doktor ke apa. Suami is now doing 'the job' dalam Bilik Berkat. Hehe. Saya tengah tunggu kat luar bilik sebab suami request, dia cakap segan dan nanti tak fokus. Haha.

Tapi tadi saya sempat tinjau keadaan dalam bilik tuh. Ada tv, ada dvd player tapi tadek disc. Ada toilet, ada sinki, ada kerusi. Tadek katil. Berbeza dengan previous hospital, ada katil. Tapi tadek tv.

Oh, suami dah call. Dah settle la tuh ;)

Ok, bye!

*Update: Kos rawatan ialah RM 50.00 untuk semen analysis.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 22 June 2012

Pakar Sakit Puan.

Assalamualaikum,

Saya telah demam secara rasminya hari ini. Eh, macam pengumuman apa pulak kan? Hehe. Pagi tadi separuh hari meeting. Jadi, sekarang saya memang tak ada mood nak buat kerja, di tambah pulak dengan flu and cough. Tskkk.

Saya teringat perbualan saya dengan suami beberapa minggu yang lepas. Asalnya cerita pasal adik saya yang baru habis matrix dan dah dapat keputusan exam final sem dia. Time tuh adik saya sebok dok isi course dalam borang UPU online dia laa. Saya dengan suami macam advise la dia nak pilih course apa semua. Adik saya nih pure sains, belajar biologi. Makanya dia memang nak ke arah perubatan la. 

Lepas dah settle tolong adik saya, saya sambung borak-borak dengan suami. Entah macam mana termasuk hal anak. Saya cakap, 'nanti-nanti anak kita kerja apa laa kan?'. Suami jawab, 'I tanak la suruh anak kita kerja engineer. Sekarang pon dan bersepah engineer, zaman dia nanti entah-entah tak boleh carik makan dah'. Hehe. Then saya sambung, 'Tulaa, kalau kita ada tiga orang anak..sorang biar jadik cikgu..sorang jadik arkitek..sorang jadik doktor'. Suami angguk and cakap, 'Yang jadik doktor tuh, I nak dia jadik Pakar Sakit Puan. Biar dia tolong couple yang susah dapat anak macam kita'. Allah, masa dengar ayat suami tuh, sayu sangat hati. Terus rasa air mata bergenang. 

Pastu suami senyum-senyum sambil peluk saya dan cakap, 'Kalau kita ada anak, nanti kita cerita kat dia macam mana susah nak dapat dia or diorang. Nanti I nak cerita yang mak diorang kena buat macam-macam. Kena cucuk perut setiap malam, sampai luka jari kena kaca botol ubat. Nyaris nak kena jahit laa. Time tuh pulak bapak jauh sebab kerja. Kesian kan kat mak?'. Haha. Terus saya gelak. Tapi yang hairan tuh, dalam dok gelak tuh air mata meleleh jugak. Hehe. 

Sebenarnya suami, apa yang isteri awak lalui nih ibarat baru 1/10 daripada kepayahan dan ketabahan orang lain. Saya tau ada kawan-kawan TTC saya yang lalui macam-macam yang lagi besar dan susah daripada saya. InsyaAllah kawan-kawan, kalau dah tertulis ada rezeki itu untuk kita, pasti ada. Kun Fa Ya Kun :)

Ok, bye!

TTC Treatments @ HUKM #1

Assalamualaikum,

Firstly, thanks a lot kepada kawan-kawan yang komen dalam previous entry. Thanks atas doa kawan-kawan semua. Bertuah saya kenal kawan-kawan macam korang :)

Sebenarnya, first appointment nih tadek apa sangat. Borak-borak dengan doktor cerita history kitorang suami isteri. Kitorang start all over again tau. Mula dari A balik. Rekod-rekod lama from previous gynea memang tak bawak pon. So, apa yang I kena buat last Tuesday adalah hanya ultrasound. So far, Alhamdulillah. Both ovaries dalam keadaan baik. Kecuali uterine wall fibroid tuh laa. Saiz less than 4cm, still sama macam my last check up yang beberapa bulan dulu.

Next step ialah tunggu period bulan nih, untuk buat blood test pada CD2 dan CD21, nak check hormon. Sekarang nih saya rasa macam dah nak period jek. Kejap-kejap lagi sampai laa tuh. Huh! Tak kasik chance langsung saya nak buat UPT. Hehehe. Takpe, saya still bersyukur sebab saya masih period setiap bulan. Then, appointment untuk suami buat Semen Analysis (SA) pon dah dapat, which is 3rd July nih. Hopefully, 'soldiers' semua aktif dan sehat :p

Owhh, pada yang bertanya macam mana saya boleh dapat appointment di HUKM tuh, sebenarnya ada orang tolong. Huhu. Cousin suami kerja kat situ. Mungkin rezeki jugaklah sebab dia offer nak tolong. Tapi, saya ada tanya nurse kat Klinik O&G HUKM tuh macam mana nak start treatment kat situ. Katanya, perlukan referral letter dari mana-mana klinik kerajaan atau private untuk patient dirawat di Klinik O&G HUKM dan datang ke HUKM untuk set date for first appointment. Masa set date tuh nanti, request la nak jumpa Prof. Zainul. InsyaAllah boleh :)

Ok, sekian la update first appointment saya di HUKM. Lepas nih rajin lah saya update blog nampaknya. Hehe.

Ok, bye!

Tuesday 19 June 2012

Selamat Pagi!

Assalamualaikum,

Saya dan suami sedang dalam perjalanan ke HUKM. Appointment pukul 10am. Hopefully tak tersangkut dalam traffic jam. Hehe. Semalam saya tak boleh tido. Nervous semacam. Haha. Terasa macam first time nak dapatkan treatment T_T





InsyaAllah nanti saya update ek :)

Ok, bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday 11 June 2012

Restart.

Assalamualaikum,

Saya dah dapat appointment date untuk jumpa Prof Zainul kat HUKM which is this coming 19th. Tiba-tiba saya rasa nervous nak mula balik treatment. Tulaa, rehat panjang sangat sampai macam dah lupa macam mana kena tvs ;p

Semoga terus diberikan kekuatan dan dikurniakan rezeki zuriat untuk kami suami isteri. Amin ;)

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 22 April 2012

Tak pasti.

Assalamualaikum,

Setelah lama saya mendiamkan diri, hari ni terasa macam nak menulis. Saya dan suami masih belum menyambung treatment kami. Entah la, tiba-tiba saya rasa malas nak buat balik semua tuh. Sekarang memang tak buat apa-apa selain makan acid folic. Itu pon kejap makan, kejap tak. Supplements lain memang saya dah tinggal. Kenapa? Saya pon tak pasti. Saya tak give up, tapi saya dah malas nak buat semua tuh. Eh, bunyik macam give up jugak laa kan. Huhu.

Sekarang nih perasaan nak ada anak sangat-sangat tuh macam dah kurang. Selalu yang saya rasa sekarang nih, 'Lantak lah, kalau ada anak ada laa'. Astaghfirullah. Saya tak suka bila saya macam nih. Sebab...nanti saya tak berusaha untuk mendapatkan zuriat. Ke memang saya dah give up sebenarnya? Saya jek yang in denial. Huhu. Saya tatau mana pergi saya yang sebelum nih, yang semangat nak buat treatments, yang tak kesah tahan sakit, yang sanggup telan apa jek jenis ubat. Mana pergi 'saya yang dulu'? 

Entry nih macam meluahkan perasaan jugak. Tapi saya sendiri tak pasti dengan perasaan saya. Kenapa jadik macam nih saya pon tatau. Kadang-kadang rasa lebih senang jadi macam sekarang. Kadang-kadang rasa macam saya menafikan perasaan dan keinginan saya. Entah la, saya sendiri tak pasti :(

Ok, bye!

Saturday 24 March 2012

Khasiat Halba

Assalamualaikum,

Saya nih manusia yang banyak angin dalam badan. Macam-macam cara saya buat nak keluarkan angin. Yang terkini, saya makan kapsul halia. Nampak macam ada perubahan jugak laa. Saya makan malam sebelum tido. Then, saya saja-saja google cara atau makanan nak kurangkan angin dalam badan, saya terjumpa pasal halba. Ada yang tatau ke halba tuh apa? Sebab saya pon baru tau. Haha. Saya memang fail bab bahan-bahan masakan nih. Halba nih selalu digunakan dalam nasik dagang. Padahal makan nasik dagang selalu :p

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda , 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.

Antara kelebihan halba yang saya dapat tahu adalah:

KEBAIKAN SECARA UMUM
  • Mengawal kencing manis
  • Menguatkan jantung
  • Sangat membantu untuk mencairkan kahak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Menyembuhkan buasir
  • Menyembuhkan radang kulit dan bisul
  • Mengawal anemia
  • Pencuci perut 
  • Membuang angin
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK WANITA
  • Melancarkan haid
  • Melegakan senggugut
  • Meransang rahim dan organ pembiakan
  • Mengawal kegemukan
  • Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK LELAKI
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Menambahkan tenaga batin (digunakan oleh tabib China untuk merawat mati pucuk)
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak (membuang angin)
  • Baik untuk kecergasan dan kekuatan badan serta tumbersaran kanak-kanak
Ada macam-macam cara nak amalkan halba nih. Ada yang masukkan dalam masakan. Tapi apa yang saya buat, rendam 1 sudu teh halba dalam air panas pada malam hari. Tutup cawan/ gelas tersebut. Minum keesokkan paginya. Saya minum air campuran halba semata-mata. Rasanya tak teruk sangat, tapi kalau ada yang tak suka, boleh tambah madu sikit. Bila tau banyak khasiat untuk wanita, terus saya rasa macam nak amalkan minum air halba nih. Lagipon senang nak dapat halba nih. Kat Mydin bahagian jual rempah ratus ada. So, kepada yang nak mencuba, Selamat Mencuba :)

Ok, bye!

Thursday 22 March 2012

Anak Angkat?

Assalamualaikum,

Apa khabar laa kawan-kawan TTC saya semua? Hehe. Maaflah dah lama tak visit blog korang. Saya sibuk sangat since ada 3 projek yang dah start. Lagi pon, saya tatau nak update apa sebab saya dah beberapa bulan stop treatments. Since 3rd IUI failed tuh. Sebulan saya menyepikan diri (chewahh), saya dapat tau ramai kawan-kawan TTC dah berjaya pregnant. Congrats kepada yang berjaya! Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah :)

Hari nih saya nak bercerita pasal anak angkat. Bukan, bukan. Saya belum ambil anak angkat lagi. Terfikir nak ambil anak angkat pernah la. Banyak kali saya terfikir pasal nih. Pernah jugak berborak dengan suami pasal nih. Cuma, saya rasa masanya masih belum sampai. Saya berdoa pada Allah supaya diberi petunjuk kalau suatu hari nanti saya dan suami masih belum dikurniakan anak sendiri dan dah sampai masa untuk ambil anak angkat. So far, suami ok pasal nih. Family saya ok, family suami pon ok. Saya dan suami bincang-bincang, kalau dah masuk 5 tahun kahwin still belum ada anak, kitorang akan amik anak angkat.So, sekarang kita usaha lagi! Hehe.

Saya ingat-ingat balik, dah 3 bulan saya berehat daripada sebarang treatments. Memang tak amik ubat apa-apa pon. Tadi saya message suami, 'Bila kita nak start treatment balik?'. Suami reply, 'Bila U nak habis cuti?' (Maksud cuti tuh saya berehat lepas failed IUI). Saya jawab, 'Anytime. I'm ready to start it all over again :)'.

Yup, we will start our treatments again. We will continue our journey to have our own kids. As for now, kitorang tengah fikir nak buat di HUKM atau LPPKN. Any suggestion from TTCians? 

Ok, bye!

Tuesday 20 March 2012

I'll Be Back Soon!















Hehe :)

Tuesday 14 February 2012

Anak hai anak.

Assalamualaikummmmmm!

Hehe. Panjang sket bagi salam sebab dah lama tak update blog. Rindu nak blog walking kat blog kawan-kawan. Maaflah, sibuk sket sekarang nih. Keja tengah banyak :)

Pheww~ Baru perenggan kedua saya dah rasa macam-macam nak cerita. Blog sunyi sebab tadek update pasal treatment nak share dengan korang. Memang sekarang nih saya duduk diam-diam kat rumah, tak buat treatment apa-apa kecuali makan supplement yang macam saya cerita dalam entry lepas-lepas. Yang menghairankan saya sekarang nih ialah saya macam dah tak kesah nak pregnant ke tak. Erkk! Serius. Rasa macam enjoy jek kehidupan tanpa fikir pasal anak dalam kepala otak nih. Borak dengan suami pon dah jarang keluar pasal anak. Kenapa ek? Bila kita dah 'stop' treatment automatic rasa terdesak or pressure nak ada anak tuh pon semakin hilang. Tapi dulu-dulu sebelum start treatment, saya rasa saya memang desperate la nak anak. Why? Why? Adakah saya rasa penat sebab dah try IUI sampai 3 kali still tak berhasil, cucuk ubat itu makan ubat ini pon still tak berhasil? Putus harapan kah saya?

Bila saya baca blog kawan-kawan yang try macam-macam, saya kenang balik usaha saya sebelum-sebelum nih. Saya kenang balik kenapa saya nak anak sangat. Sebab saya memang betul-betul nak atau sebab saya nak orang lain tau saya boleh beranak? Astaghfirullah. Mungkin ke sebab tuh usaha saya tak dimakbulkan Allah? Mungkin saya tak ikhlas ke sebelum nih? Sekarang, jujur saya cakap yang saya dah tak rasa pressure nak ada anak. Saya seronok dengan keadaan macam nih. Saya dengan suami boleh sembang macam-macam tanpa salah seorang daripada kami terasa disebabkan sesuatu. Kalau sebelum nih saya selalu tersentap bila timbul  isu anak. Bila fikir balik , 'give up kah aku? redha kah aku kalau tadek anak sekarang nih?'.

Suami pon ada cakap dia suka keadaan saya yang lebih rasional sekarang nih. 'Amboiii! Sebelum nih I tak rasional la ek'. Hehe. Suami cakap, 'Kita berehat bukan bermaksud kita putus asa. Kita dah cuba, tapi Allah masih belum nak bagi. Kita tunggu lagi. Bila kita rasa nak start treatment, kita start balik'. Baiklah suami ku sayang :p Tapi kan, dalam rasional saya nih, saya ada jugak perasaan sakit hati dengan orang yang kurang sensitif dengan kita yang TTC nih. Saya rasa itu normal. Bukan bererti saya cemburu dengan orang yang ada anak. Tidak sama sekali. Saya hanya harapkan mereka yang tidak berada dalam kasut saya dan kawan-kawan yang TTC faham perasaan kita. Saya tak mintak banyak, sikiiiiiit pon jadilah. Tolonglah faham perasaan kami. Ok, pasal nih nanti saya story later! Saya ada kerja, nanti kita jumpa lagi ek :D

Ok, bye!

Friday 27 January 2012

Updates

Assalamualaikum,

Baru lepas blog walking ke blog TTCians. Baru la ada masa. Entah apa la yang saya sebokkan pon saya tatau :p Bila saya baca blog Yannie, tetiba rasa macam nak sangat try urutan saraf tuh. Last month saya dan suami ada pergi mengurut kat spa, si tukang urut tuh kata perut saya keras! Maybe sebab lama sangat tak urut. Sakit oo time dia urut tuh. Berair jugak lah mata nih. Huhu. InsyaAllah, saya akan try tempat yang Yannie pegi tuh.

Memandangkan sekarang saya dan suami dalam fasa 'berehat', maka tadek lah update pasal treatments. Apa yang kitorang buat adalah makan supplements. Saya perasan, dah 2, 3 kali bila saya cakap dengan suami pasal bila nak start treatment balik, suami mesti jawab, 'U kata nak rest kan? Nih fikir apa lagi? Kita rest dulu puas-puas ok? Nanti kita bincang lain'. Memang betul pon, saya cakap nak rest, tapi mulut dok tanya bila nak start treatment. Apa daaa!

Jus perawan yang saya makan tuh pon dah habis. Saya tak beli lagi. Kira macam dah seminggu missed makan. Sebab sekarang nih macam dah nak sampai masa nak period. Jus tuh tak boleh dimakan masa period. Last week saya dah rasa dah symptom nak period tuh, ingatkan dalam masa terdekat period laa. Tapi sampai sekarang tak keluar-keluar pulak! Hari ni CD30. Adakah cycle saya pon dah pening-pening pulak nih? Saya suspect cycle pening sebab badan pon dah naik balik nih. Macam mana nak kurus nih? Mulut jek cakap nak diet, tapi bedal jugak makan semua benda. Haha.

Saya ingat nak start BBT bila cycle kali nih laa. Tapi, bateri termometer saya abeh pulak. Carik kat beberapa kedai jam, tadek pulak jual bateri saiz kecik cinonet tuh. Nampak gaya macam kena beli termometer lain jek. Jom la pegi Guardian beli termometer baru :)

Ok, bye!

Monday 16 January 2012

Egg white

Assalamualaikum,

Hari nih CD19. Pagi tadi saya shi shi kat toilet, ada egg white keluar. Panjang dan kena putuskan guna jari. Euww. Sorry kalau gross :p . Sambil shi shi sambil senyum. Pastu keluar cepat-cepat amik handphone msg husband bagi tau terjumpa egg white. Tak lama pastu suami reply cakap, 'Takpe laa. Takyah nak kira-kira sangat hari subur ke pe. Kata nak rest kan? Tanak pressure-pressure'. Terus kelat muka saya. Haha. Betul jugak cakap suami tuh. Nak pressure pe lagi bila kata nak rest. Enjoy jelaa kan. Tapi tuh laa. Saya nih cakap jek nak rest, bila jumpa egg white excited giler dah. Ishh. Terasa jugak kerugian di situ. Tapi 'bekalan' semalam ada lagi kot. Hehe. Pinjam ayat Aisyah nak pregnant, 'Sampai masa Allah beri...'. Congrats Aisyah! Take a good care of yourself and baby :)

Tapi, nak tanya korang nih, kalau keluar egg white tuh maksudnya kita NAK ovulate, SEDANG ovulate or SUDAH ovulate? Mintak ilmu sifu-sifu TTC sket :) Thanks!

Ok, bye!

Monday 9 January 2012

Terharu.

Assalamualaikum,

Firstly, sebelum mula entry nak cakap kat Kekda, Zana, Yani, Cinta, Eida and Nana yang saya jelesh tengok gambar-gambar gathering korang! Heh. Best laa dapat jumpa kawan-kawan 'sekapal' nih :)

Ok, berbalik kepada cerita saya. Ada dua situasi yang membuatkan saya betul-betul terharu dan bersyukur. Kedua-duanya melibatkan ibu; mak sendiri dan mak mertua. Ceritanya macam nih;

Situasi 1: Berborak dengan mak saya time lepas balik dari China. 

Ma : Macam mana? Dah pegi scan balik? (kes yang chemical pregnancy/ false positive arituh)

Saya : Dah. Belum ada rezeki lagi. Along pon dah period dah ma. Tatau laa. Penat rasa badan nih. Otak pon  penat jugak. (Air mata dah bergenang dah time nih)

Ma : Yeke? Takpelaa Along. Belum sampai rezeki lagi laa tuh. Allah suruh tunggu lama sket sebab nak bagi yang terbaik laa tuh. Sekarang nih rehat dulu. Takyah nak push sangat. Takyah nak fikir-fikir sangat. Bila sampai masa nak start treatment balik, baru pegi. Jangan paksa-paksa. Nak anak biar ikhlas. Jangan nanti Allah dah bagi sebab nak sangat, Along tetiba tak ready pulak. Bukan senang nak jaga anak. Betulkan diri kita suami isteri dulu. Ada sebabnya Allah buat Along tunggu lagi. 

Saya : Yelaa. Along memang nak rest pon. Penat la ma asyik ulang gi klinik, cucuk-cucuk, makan ubat. Alamak! Ter-merungut pulak. Ish ish.

Ma : Along kan kuat. Antara sume anak ma, Along yang paling kuat. Ma tau laa. Allah uji hamba dia yang kuat. Makin Allah uji kita, tandanya Allah sayang kita. Sama ada kita nak terima menda nih positif atau negatif. Tuh terpulang kat kita. Lagi satu, anak bukan penyebab rumah tangga tak bahagia. Anak jugak bukan jaminan rumah tangga akan bahagia. Dah, jangan nangis-nangis. Nak ada anak, kena kuat. Sebab nanti lagi banyak dugaan nak kena lalui bila dah ada anak. (Time nih saya dah nangis teresak-esak dah. Serius tak pernah nangis depan ma saya bila cakap pasal anak).


Situasi 2: Berborak dengan mak mertua semalam.
MIL : Darah period dah stop? (Sebab aritu saya ada mengadu darah keluar banyak and lama daripada biasa)

Saya : Dah. Baru jek pon. Lama jugak daripada biasa period. Normal laa kot eh, ma?

MIL : Biasanya macam tu laa. Lagipon Y*** dah sebulan lebih period delay arituh kan. Janji scan dah tadek pepe dalam rahim, ok laa. Ermm, nanti jadik nak gi treatment kat HUKM lak? Nanti mama bgtau Kak Na (cousin suami)

Saya : Jadik, tapi tatau bila. Hehe. Nanti kitorg inform kat mama ek.
MIL : Takpe, sekarang rehat dulu. Nanti dah ready, bgtau mama. Arituh time Angah tengah tunggu turn nak buat dnc, mama ada nampak nurse tuh ajar sorang pompuan nih macam mana nak buat injection kat perut. Pastu mama cakap kat Angah, 'entah-entah Kak Y*** pon macam tuh kan? Kesian pulak bila fikir Kak Y*** buat sume nih sebab nak dapatkan anak. Mesti sakit jugak kan? Pastu dah laa K** (suami) dok jauh. Tiap-tiap malam kena cucuk sendiri. Side effect ubat lagi nak kena tanggung.' Sama ek macam tuh?

Saya : Aah, sama laa tuh. Nak buat macam mana ma. Kitorg nih payah nak dapat anak. Kena usaha lebih sket. (Tengah tahan tanak nangis depan mak mertua sb malu. Haha).

Syukur Alhamdulillah sebab Allah bagi saya mak dan mak mertua yang understanding and supportive. Kalau tadek sokongan keluarga, saya rasa saya takan dapat kekuatan. Terima kasih, Ya Allah.

To all my TTCians, selalu lah kita fikir positive kenapa kita diuji begini. Walau kita kekurangan dalam soal anak, pasti ada sesuatu yang Allah lebihkan untuk kita. Jangan pernah kita persoalkan Qada' dan Qadar Allah (pesanan untuk diri sendiri jugak).

Ok, bye!


Thursday 5 January 2012

Supplement

Assalamualaikum,

Seperti yang saya cakap dalam entry sebelum nih, saya dan suami akan berehat daripada sebarang treatment buat seketika. Sampai bila, saya pon tak pasti. Mungkin sampai dah terbuka hati nak dapatkan rawatan balik kot. Huhu.

Dalam tempoh berehat daripada treatment nih, saya dan suami ada ambil supplement sebagai salah satu usaha kami untuk mendapatkan zuriat. Kat bawah nih antara supplement yang kami consume :)

Suami: 
1. Madu
2. Abbott Surbex Zinc
3. Tribestan


Isteri:
1. Acid folic

2. Amway Lecithin E

3. Jus Perawan
4. Kordel's Evening Pimrose Oil


Tapi, macam biasa laa. Kadang-kadang makan, kadang-kadang terlupa, kadang-kadang malas nak makan jugak. Hehe. Owhh, saya akan memulakan misi workout di gym semula. Chewahh! Macam rajin jek ;p

Apa supplement yang korang amik? Share laa dengan saya :)

Ok, bye!