Showing posts with label IUI. Show all posts
Showing posts with label IUI. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

Perancangan Yang Tertangguh.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya masih sihat dan bernafas. Masih jugak belum berjaya pregnant. Takpe, itu perancangan Allah. Siapa kita nak melawannya kan? 

Saya masih meneruskan treatment dengan Dr. Adilah di PHKL. Semalam, CD1 saya ke PHKL untuk beli ubat suntikan yang doktor suruh ambil. Doktor suruh saya inject dan try IUI dengan dia. Kalau tak berjaya, doktor nak buat laparoscopy. Adui, takutnya dengar. Tapi takpe, itu nanti-nanti kita fikir. Huhu.

Sambung pasal semalam, jumpa Nurse Ida cakap nak prescription untuk beli ubat yang doktor suruh tu. Tapi Nurse Ida bagitau doktor cuti mula esok sampai 1st January. Kalau ikut perancangan yang doktor bagi kat saya, CD8 kena datang scan. CD8 saya pada 30 Januari Disember dan doktor sedang bercuti! Nurse Ida suruh tangguh dulu beli ubat. Cuba next cycle sebab sayang laa beli ubat mahal-mahal tapi tak dapat buat betul-betul katanya. Baiklah, satu lagi perancangan yang tertangguh.

Nampak gayanya, permulaan 2014 akan dimulakan dengan IUI. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Semoga ada sesuatu yang menggembirakan untuk saya dan kita semua pada tahun 2014 nanti. In shaa Allah :)

Wednesday, 3 October 2012

Treatment @ HUKM #5: Here We Go Again..

Assalamualaikum,

Here we go again...IUI sekali lagi. Kali keempat dan maybe kali yang terakhir. Kalau tak berjaya, IVF/ ICSI lah jawabnya.

Seperti yang saya ceritakan dalam entry ini , pada 26 September lepas, suami buat test sekali lagi (sebab nak tengok kesesuaian dengan supplement yang dia makan) dan Alhamdulillah, sperm count meningkat. Syukur, Ya Allah! Then Prof. setuju untuk kami cuba IUI sekali lagi. Saya dibekalkan dengan Clomid (dose 150mg, bersamaan 3 biji sekali makan) untuk makan dari CD2 hingga CD6. Sepanjang saya makan Clomid, inilah dose paling banyak saya pernah makan. Kali pertama dan IUI pertama saya, hanya 25mg (separuh pil), kali kedua untuk IUI kedua pulak 50mg (sebiji). Untuk IUI ketiga, saya tak makan Clomid tapi kena ambil folliova jab. Mengikut previous records saya, Clomid dose sikit pon dah ok untuk saya. Kali nih, jangan terlebih dose sudah laa. Kang OHSS pulak! Nauzubillah, minta dijauhkan. InsyaAllah Prof. tau apa yang terbaik untuk saya.

Kelmarin, 1 Oktober saya period (CD1). Semalam CD2 saya ambil Clomid. Seharian kepala saya sakit, perut rasa tak sedap dan badan panas jek. Yup, ini sebahagian daripada kesan Clomid. Sebelum nih amik dose sikit, memang saya tak rasa kesan nih. Yang paling teruk, mood swing habis! Kejap nak marah sangat, kejap nak nangis. Macam orang gila pulak! Haha. Sabar jelaaaaaaaa. Saya sms suami cakap, 'I rasa ada hikmahnya kita duduk jauh-jauh nih. Nak pulak time tengah makan clomid nih. Mood swing macam apa. Kalau U ada mesti kena marah jek dengan I. Tak pasal-pasal kita lak yang gaduh'. Hehe, boleh tahan jugak penangan Clomid nih. Prof. ada bagi planner kat saya, CD8 saya kena ke klinik untuk scan tengok telur membesar tak. Then boleh decide date untuk IUI. 

Inilah usaha kami untuk tahun 2012 nih. Selain tuh, saya dah mula amalkan minum susu kambing campur madu campur serbuk debunga kurma. Serius bau debunga kurma tuh macam sperm! Subhanallah, hebat ciptaan Allah. Memerlukan kegagahan jugak laa nak minum air tuh. Hehe. Saya teguk-teguk tanpa henti dan sambil tahan nafas. Haha.

Semoga usaha kali nih berhasil. Kalau gagal lagi, saya mohon Allah bagi saya dan suami kekuatan nak tempuhinya lagi. Thanks untuk doa kawan-kawan =)

Ok, bye!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kos rawatan di Klinik MAC, HUKM;


Treatment #1: 22.06.2012 - Percuma (kes saya masih belum ditempatkan di bawah Klinik MAC)
Treatment #2: 03.07.2012 - RM 50.00 - Semen Analysis (Klinik MAC)
Treatment #3: 17.07.2012 - Percuma (Review results semua test yang dibuat dan kes ditempatkan di MAC)
Treatment #4: 19.09.2012 - RM 30.00 - Consultation fee
Treatment #5: 26.09.2012 - RM 70.00 - Consultation fee, RM 20.00 & Semen Analysis, RM 50.00

**Jumlah = RM 150.00


Wednesday, 28 December 2011

Berehat panjang.

Assalamualaikum,

Saya baru lepas tvs scan kat HKL. Uterus clear, tadek pepe. Tapi doktor cakap uterus lining still tebal and tadek tanda nak period dalam masa terdekat. Doktor pon cakap menda yang sama dengan doktor klinik private smlm; chemical pregnancy or hormon affected by drugs. Doktor tanak bagi ubat turun period and suruh saya tunggu period keluar sendiri. Hasil scan dapati tadek cyst or penyakit lain. Alhamdulillah :)

So, saya pilih untuk pegang jawapan yang hormon terganggu sebab ubat. Huhu. Masih belum ada rezeki kami suami isteri. Kena redha, kan? Arini better daripada semalam. Maybe dah lega sb menangis puas-puas semalam. Apa pon, nih semua pengalaman baru untuk saya. Tak semestinya delay period sebulan tuh tanda pregnant. Lagi pon saya merasa jugak dapat upt positive (tak penah dapat upt positive sepanjang TTC) walau pon false positive. Haha. Happy tengok upt positive tuh sgt priceless! InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat upt positive pasni, biar la betul-betul pregnant. Hehe.

Sekarang, saya isytiharkan IUI#3 jugak gagal and saya akan berehat panjang daripada treatment. To all TTCians yang tengah buat treatment, saya doakan usaha korang berjaya! InsyaAllah. Amin ;)

Ok, bye!

Monday, 5 December 2011

Gagal lagi.

Assalamualaikum,

Semalam, pada CD24 saya period. Sehari selepas saya balik dari Kota Kinabalu. Maksudnya, IUI #3 saya gagal jugak. Perasaan? Sedih. Tapi penat travel buat saya lupa kejap perasaan tuh.

Ermm, as I wrote in my previous entry, saya akan berehat daripada sebarang treatments lepas nih. Sampai bila saya pon tak pasti. Yang penting, saya nak enjoy vacation saya puas-puas. Mungkin ada hikmahnya kot. Saya akan bertolak ke China pada 20 hb nih. Kira-kira 3 minggu lagi. Kalau saya pregnant hasil IUI arituh, mungkin saya 50-50 nak pegi holiday ke tak. Hehe. Ayat penyedap hati kan? Takpelaa. Belum rezeki, nak buat macam mana. 

Give up? Setakat nih masih belum give up, just nak berehat sajek. Penat nak harungi situasi and treatment yang sama. Saya dah bincang dengan suami pasal nih and suami pon tak kesah saya nak berehat. Suami cakap, badan saya yang melalui semua proses nih. Saya yang patut tau apa yang badan saya rasa. Hehe.

Lepas nih mungkin blog nih akan sunyi sekejap la sebab dah tadek cerita treatment nak update. Tapi, saya akan jalan-jalan melawat blog kawan-kawan semua. Kepada yang masih berusaha, saya doakan usaha korang berhasil. Jangan putus asa, ok? Kepada yang dah pregnant, jaga kesihatan diri and baby dalam kandungan. Semoga kalian selamat melahirkan dan dipermudahkan semuanya. Amin. 

Love you guys! Thanks for every doa and support. Eh, kenapa ayat macam salam perpisahan pulak? Hehe.

Ok, bye!


Monday, 21 November 2011

IUI #3

Assalamualaikum,

Firstly, thank you so much kepada kawan-kawan TTC yang mendoakan saya dalam entry sebelum ini. Thanks a lot!

Jumaat lepas (18/11/2011), pukul 12 tengah hari saya dan suami sampai ke Klinik. Selesai urusan suami membekalkan sperm, kami balik ke rumah untuk suami solat Jumaat. Agak kelam kabut jugak laa. Pukul 2.30 petang kami sampai semula ke klinik. Terus nurse mintak saya masuk dalam bilik, baring dan ready untuk IUI. Start IUI dalam pukul 2.45 petang macam tuh. Sekejap sangat dah settle. Sampai saya tanya doktor, 'Dah ke doktor? Tak susah ke? Dah dua kali saya buat IUI sebelum nih susah nak masukkan sebab RU saya tuh'. Doktor jawab, 'Dah, I nampak jek laluan tuh. Tadek masalah'. Alhamdulillah. IUI saya kali ini dipermudahkan, sekejap dan tak sakit langsung. Syukur kepada Allah :) Selepas dah settle, saya dibiarkan berbaring hampir 1 jam! Sampai tertidur-tidur saya dibuatnya. Hehe.

So, macam biasa laa 2ww. Kena makan duphaston dua kali sehari selama 2 minggu. Hari ini masuk 3dpiui. InsyaAllah, kalau dah tertulis ada rezeki saya dapat zuriat kali nih, ada laa. Kalau belum rezeki, saya terima. Mungkin saya akan berehat panjang daripada TTC kalau IUI #3 nih gagal jugak.

 Doakan saya, yer! Thanks :)

Ok, bye!



Thursday, 17 November 2011

IUI #3: TVS CD8

Assalamualaikum,

Pukul 7.15 pagi tadik saya sampai di Klinik. Semangat kan sampai awal? Hehe. Sebenarnya sebab jalan yang tak berapa sesak. Dalam saya sampai awal pon, saya orang ke-4 untuk TVS. Kan saya dah tukar ubat daripada clomid kepada folliova jab, kan? So, arini nak tengok la perkembangan folikel sama ada respons baik dengan ubat atau sebaliknya.

Semasa TVS, ada 2 folikel sebelah kanan (size 17.2mm, 12.6mm) dan 2 folikel sebelah kiri (6.9mm, 8.8mm). Doktor macam surprise jugak sebab dah ada 'telur' yang matang kat ovari kanan. Padahal baru hari ke-8. Kesudahannya, esok petang saya akan proceed dengan IUI #3. Saya pulak yang surprise bila doktor cakap, 'Ok, esok petang buat IUI yer puan.' Huhu. 

Saya dah cakap dekat suami, makanya petang nih suami akan pulang ke pangkuan isteri. Auww~ Pastu saya cakap siap-siap, 'If this time tadek rezeki jugak, I nak rest panjaaaaaaangggg pasnih. Bole?'. Suami cakap, 'Bolehhhhhhhh'. Hehehe.

Sooooooooooo, here we go again. Ready for the next IUI. I'll be going through the same procedures again. Hopefully, luck is on our side this time. InsyaAllah :)

Ok, bye!

Saturday, 12 November 2011

Folliova Jab

Assalamualaikum,

Pukul 8pm tadik saya dah selamat inject folliova. I did it on my own! Hehe. Memula suruh suami, tapi suami cakap takut and tak sampai hati nak inject saya. Dia suruh saya belajar buat sendiri sebab nanti dia balik sana saya still kena buat sendiri. Ok laa, tak susah sangat. Tapi saya gigil jugak lah. Lepas tuh lama pulak tuh nak inject sampai suami tanya kenapa lama sangat? Hehe. Kenapa saya cucuk sendiri lagi kurang sakit daripada nurse cucuk? Ke sebab saya kena focus banyak benda (nak ingat steps dan nak pegang syringe semua) sampai tak sempat nak rasa sakit? Hehe. So far, Alhamdulillah. Berjaya! Yeayy! Eh, suka pulak saya nih :p




P/s: Hari nih period pain saya teruk sangat. Terbaring jek saya dibuatnya. Huhu. Petang tadik baru lega sket.

Ok, bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, 10 November 2011

IUI #2: CD29, 15dpiui

Assalamualaikum,

Officially IUI#2 saya failed. Hari ini saya telah pun selamat didatangi period. 

Perasaan? 

Susah nak digambarkan macam mana. Yang pastinya, berbeza dengan kegagalan IUI #1 sebab tadek nangis-nangis, tadek rasa down yang tersangat-sangat down (tipu la kalau saya cakap tadek rasa sedih langsung. Ada, tapi biasa-biasa), tadek rasa macam useless or tak normal sebab still tak pregnant eventhough buat IUI. 

Saya rasa sebab saya dah bersedia dari hari saya buat IUI lagi. Macam yang saya cerita dalam entry yang lepas. Takpe, masih belum rezeki saya. Rezeki saya tak sama macam JD.  Congrats JD! Saya tumpang happy and kejayaan awak buat saya nak usaha lagi. 

Sebenarnya, saya agak terkejut dengan penerimaan diri sendiri terhadap kegagalan kali nih. Semacam redha dan pasrah pulak. Hehe. Mungkin sebab saya dah mind set daripada awal agaknya. So, tak terasa 'sakit' sangat bila tak jadik.

Usaha selepas ini? Saya tak akan berputus asa. Saya akan try lagi untuk IUI #, in fact saya dah pon call klinik and set appointment utk TVS CD2 esok pagi. Hehe. Saya pon tatau mana datang kekuatan macam tuh. Dah failed pon terus nak sambung lagi. Huhu. Memula suami tanya sama ada nak sambung atau rest. Saya macam 50-50. Cakap dengan suami macam nak rest. Tapi lepas saya abeh discussion tadik, saya terus angkat gagang phone and call klinik. Hehe. Takpelaa, usaha kan tangga kejayaan? 

Semoga dipermudahkan semuanya. InsyaAllah :)

Ok, bye! 

Thursday, 27 October 2011

IUI #2

Assalamualaikum,

Genap 2 minggu saya mendiamkan diri daripada blog. Macam-macam benda bermain dalam fikiran sepanjang tempoh 2 minggu mendiamkan diri; risau nak proceed dengan IUI kedua kali. Tapi, saya dah pon selamat menjalani prosedur IUI pada 25 Oktober yang lepas (hari Selasa). Sekarang adalah masa 2ww (3dpiui).

Entah kenapa, saya rasa negatif dengan IUI kali nih. Bermula dari hari saya buat folikel scan (FS) CD2 (13 Oktober) lagi. Ada 4 folikle pada ovari sebelah kanan dan 3 pada sebelah kiri. Kemudian, saya dibekalkan dengan clomid dos 50mg untuk tempoh 5 hari. FS seterusnya pada CD10 (21 Oktober). Doktor dapat detect hanya satu telur yang matang (17 mm) time tuh, sebelah kanan. Yang lain semua range 11mm - 13mm. Saya agak sedih jugak laa sebab hanya satu jek dalam kategori matang. Doktor decide untuk saya proceed dengan IUI pada CD14 (25 Oktober). Saya dibekalkan dengan Pubergen 10000iu yang perlu disuntik pada Ahad (23 Oktober) jam 10.30 malam. Jadi, Ahad malam saya ke klinik berdekatan rumah untuk suntikan pubergen.

Selasa, hari prosedur IUI dibuat. Selepas suami provide semen, kitorang pegi breakfast dulu sebab prosedur IUI jam 10.30 pagi. Time keluar dari klinik, sambil sembang-sembang, kitorang terlupa nak pakai seat belt. Nak dijadikan cerita, ada polis traffic bermotor sebelah kitorang. Kena saman la pulak! Haishh. Petanda apakah itu? Huhu. Lepas breakfast, gerak balik ke klinik. Saya orang kedua sepatutnya yang akan buat IUI. Tapi orang yang first tuh ada problem apa entah, saya yang dipanggil dulu. Kali ini IUI saya bukan dibuat oleh Doktor, tapi oleh staff nurse (SN) yang sangat baik dan peramah, Kak Shima.

Semasa prosedur IUI, ada beberapa perkara yang menguatkan lagi instinct negative saya sebelum ini, iaitu:
  1. SN cakap dia akan cuba dulu, kalau tak boleh dia akan panggil Doktor sebab mengikut report previous IUI saya, saya dalam kategori difficult sebab retroverted uterus.
  2. Time SN sedang cuci di kawasan Miss V, dia cakap mucus saya pekat dan tebal. Jadi, kena cuci saluran untuk keluarkan mucus dulu. SN cakap, kalau mucus tebal pon tak bagus sebab boleh block laluan sperm :(
  3. Lepas dah cuci, SN nak masukkan sperm, agak susah nak masukkan alat tuh (apa ek nama tube tuh?). Tiba-tiba masuk seorang lagi SN and dia tanya Kak Shima boleh ke tak? Kak Shima cakap susah and dia nak panggil Doktor. Tapi SN yang baru masuk tuh cakap nak try buat.
  4. SN2 (SN yang baru masuk) try nak buat prosedur masukkan sperm kat saya. Kemudian dia cakap, perlu keluarkan 'muncung itik' tuh dan masukkan semula dan hala ke bahagian kanan sikit sebab dia kata retroverted uterus saya ke arah wall sebelah kanan. Time tuh saya dah sedih dah. Rasa macam tak normal. Banyak pulak benda 'susah' kali nih. Tapi Alhamdulillah, lepas dah adjust ke kanan, SN2 cakap dia dah nampak laluan dan berjaya masukkan sperm. 
  5. Selesai semua prosedur, saya dibiarkan baring lebih daripada 30 minit. Lepas tuh dibekalkan Duphaston.
Lepas selesai IUI, terus balik rumah. Tapi saya cakap dekat suami yang saya tatau kenapa saya rasa negative pasal IUI kali nih. Suami cakap, 'Takpe. Nanti kita cuba lagi kalau tak jadik. Sekarang rest jek. Tak payah fikir sangat.'. Serius saya tatau kenapa saya negative sangat kali nih. Adakah sebab saya takut nak meletakkan harapan lagi? Entah laa.

Sekarang saya 2ww and saya buat semua macam biasa. Pergerakan pon macam sebelum buat IUI. Saya malas nak fikir sangat yang saya 2ww. Deep inside my heart saya rasa IUI saya tak berjaya jugak kali nih. Entah kenapa saya ada instinct macam tu.

Ok, bye!