Wednesday 17 August 2011

Dah mai dah.

Assalamualaikum,

Hari ini saya dah period. Cycle kali nih jadik 28 hari pulak. Haishh. Susah jugak cycle tak konsisten nih. Perlu ke buat bbt chart? Atau guna ovulation test kit?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 16 August 2011

Terima kasih, kawan.

Assalamualaikum,

Tadi saya message dengan kawan saya. Dia nih kawan satu course saya time study kat Universiti dulu. Memula dia message tanya khabar jek. Lepas tuh saya pon cerita la adik saya dah bersalin. Saya dah dapat anak sedara, tapi anak sendiri belum lagi. Tak berniat pon nak mengadu ke apa. Lepas tuh kawan saya cakap, 

"Takpe. Ada hikmah semua tuh. Ko tumpang la dulu anak sedara tuh. Macam anak sendiri jugak kan? Jangan sedih-sedih tau. Allah tak pernah membebani kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi. Teruskan berdoa. Mungkin Allah rindukan rintihan kita memohon pada-Nya, oleh sebab itu Dia menangguhkan doa kita :-) "

Rasa nak menangis baca message dia. Memang betul apa yang dia cakap tuh. 

Thanks my dear. I really need that kind of words at this moment. Thanks a lot.

Ok, bye!

Monday 15 August 2011

Tentang perasaan.

Assalamualaikum,

Saya nak inform awal-awal yang entry ini mungkin sebagai entry meluahkan perasaan atau sebagai entry merepek untuk menenangkan hati sendiri atau sebagai entry yang memang tadek motif. Hemmmmm.

Saya tatau kenapa sejak petang tadi, hati macam sayu semacam. Eh, tapi saya rasa saya tau sebab kalau diikutkan minggu ini adalah minggu period mengunjungi. Hari ini sudah CD27. Bila-bila masa sajek period akan datang. Tapi kalau jadik ting tong macam last month, mungkin lagi seminggu baru period. Harap-harap laa tak ting tong lagi dah. Susah hati saya bila period lari jauh sangat. Kita nih perempuan, sakit semua dalaman jek. Tuh yang merunsingkan.

Hari ini ada sesuatu yang berlaku kepada saya. Agak menyedihkan, tapi saya tak berniat nak cerita di sini. Biarlah saya simpan sendiri. Allah bagi sesuatu kat saya, dan kemudian Dia tarik balik sesuatu itu. Peringatan untuk saya barangkali. Kadang-kadang bila saya gembira atau senang, saya akui saya terlupa nak bersyukur kepada Allah. Mungkin ini peringatan daripada Allah. Takpe, saya redha. 

Hari ini emosi diri memang agak tak stabil. Tengah drive balik kerja tadik, bila fikir balik rumah akan berbuka sorang-sorang sebab suami dah balik ke Kuala Lipis/ Gua Musang, tak pasal-pasal air mata meleleh. Time semayang Asar bila dah sampai kat rumah tadik, bila baca doa, terhenjut-henjut menangis. Rasa macam kerdil sangat nak mintak macam-macam dengan Allah, tapi bila Allah berikan sesuatu, terus lupa. Astaghfirullah T__T

Dah 15 Ramadhan dah hari ini. Cakap dengan suami saya berhajat nak khatam Al-Quran. Awal-awal puasa jek saya baca. Lepas tuh simpan Al-Quran. Hajat hati nak bangun tengah-tengah malam, nak buat solat tahajjud, solat hajat. Tapi tak buat pon. Tido jek lebih. Ya Allah, kenapa laa dengan saya nih? Ruginya rasa bila kenangkan dah 14 hari Ramadhan pergi macam tuh jek. Sekarang bila macam dah tersedar sket, terfikir pulak period dah dekat. Hilang lagi beberapa hari Ramadhan macam tuh jek. Rugi rugi :( Bukan nak heboh-hebohkan atau nak cakap saya nih alim sangat, tapi Ramadhan tahun lepas saya rajin bangun solat sunat tengah-tengah malam. Berbeza sungguh dengan Ramadhan kali nih. Entah laa, saya pon tatau kenapa. Maybe sebab saya dah penat berharap ke? Saya tanak putus asa. Allah tak suka hambaNya yang mudah putus asa. Tapi kali nih saya rasa saya tak berusaha sangat pon. Kenapa la jadik macam nih? Badan asik rasa penat jek. Lepas berbuka, buat terawikh, itu pon dah tak pergi hari-hari. Pukul 10 lebih saya dah flat. Tido!

Saya harap saya sempat lagi nak tambah ibadah sunat dan kejar keberkatan Ramadhan kali nih. Saya harap doa saya sampai kepada Allah. Saya harap sangat. Sangat-sangat. InsyaAllah.

"Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini. Jauhkan la aku daripada kelalaian. Berilah petunjuk agar aku dapat dekatkan diri dengan Mu."

Ok, bye!

Saturday 13 August 2011

Ramadhan ke 13

Assalamualaikum,

Kejap jek dah masuk hari ke 13 kita berpuasa, kan? Harap-harap Ramadhan kita semua diberkati laa hendaknya .

Hari nih suami cuti, so saya ajak suami berbuka kat rumah mak saya kat Shah Alam. Bole main-main dengan anak sedara saya tuh. Hehe.

Tadek apa nak update sebenarnya tapi macam rasa dah lama sangattttt tak update blog nih. Ermm, cerita pasal TTC saya, InsyaAllah akan bersambung lepas raya nih. Skang kita rehat cukup-cukup! Hehe.

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 2 August 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Hai u'ols. Firstly, before terlambat saya nak wish "Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua kawan-kawan TTC. Semoga Ramadhan kali ini mendatangkan keberkatan kepada kita semua :) InsyaAllah. "

Lama jugak tak update blog nih. Owhh, sebelum tuh apa yang saya dok dup dap dup dap kat entry sebelum ini dah terjawab dah. Pregnant? Not yet. Hehe. Tapi kenapa entah, bila period lewat dekat 2 minggu, saya jadik risau sangat. Saya memang tadek instinct yang saya nih pregnant. Saya risau kalau ada masalah kesihatan lain pulak. So, bila period muncul jek, rasa legaaaaaaaa sangat!

Ada lagi nak update. Sabtu 23hb Julai yang lepas, adik saya Angah telah selamat melahirkan baby boy. Saya tumpang happy. So, i'm officially a Mak Long! Yeayy! Hehe. Tunggu nak dapat anak sendiri, tak tahu la bila kan. Dapat anak sedara pon dah rasa seronok sangat. Saya pon jadik kerap balik rumah mak saya sebab nak tengok anak sedara tuh :p

Hari nih masuk hari kedua Ramadhan kan? I'm sure kawan-kawan TTC semua amik peluang giatkan usaha dalam bulan yang dirahmati nih kan? For me, saya macam nak melupakan kejap proses TTC yang stressful dan memenatkan tuh. Rasa macam nak melalui Ramadhan dengan tenang dan hati yang lapang. Hehe. Takpe, yang penting keep praying and praying and praying. Siapa tahu kalau kali nih doa kita dimakbulkan Allah :)

Oklaa u'ols. Selamat menjalani ibadah puasa :))

Ok, bye!