Thursday 14 May 2015

Laparotomy & Adenomyeoctomy Story

Assalamualaikum,

Finally saya ada kerajinan untuk share pengalaman laparotomy & adenomyeoctomy. Saya akan cuba ringkaskan penceritaan. Hehe.

25 Mac 2015

Sepatutnya saya perlu 'check in' ward pada jam 11.00 pagi. Tapi saya terpaksa masuk office dulu pagi tu untuk settle few things. Dalam pukul 11.30 pagi, suami ambil dan kami menuju ke HUKM/ PPUKM. Pukul 1 lebih baru selesai urusan kemasukan wad. 'Check in' la saya di Wad 2A sekali lagi. Hehe.

2.30 petang, Dr. Anizah (specialist yang akan menjalankan procedure esok) & Dr. Khoo datang dan panggil saya ke treatment room. Sekali lagi kena seluk. Adoii. Siap tekan-tekan lagi nak rasa fibroid (masa tu memang anggap fibroid) kat mana. Dr. Anizah juga buat ujian pap smear. Sekali jalan katanya. Then Dr. Anizah explain pasal procedure dan semua risiko yang bakal berlaku dalam pembedahan esok. Too much info. I cannot brain this! Haha. Yang paling saya ingat part doktor bagi tahu sekiranya berlaku pendarahan yang serius, doktor akan buang uterus. Allah, takutnya masa tu. Tapi doktor yakinkan saya yang everything will be ok. Dr. Anizah bagitau dia akan buat pembedahan dengan kehadiran Prof. Zainul. Prof dah level-level tengok and bagi arahan jek. Hehe. Lepas check up, saya pun kembali ke Katil 15. Berbaring-baring dan berfikir-fikir. Serius masa tu saya asyik berfikir jeee. Fikir apa pun tatau laa. Hehe.

3.40 petang, Dr. Raqwan (anesthetic specialist) datang dan explain procedure untuk bius esok. Doktor tau saya first time akan dibedah dan dibius. So, explanation doktor sangat details. Doktor suggest general anesthetic dan epidural. Saya teringat pesan Qimie untuk pilih morfin instead of epidural. So, saya tanya bolehkah nak pilih morfin. Doktor kata boleh, tapi memandangkan ini first time saya dibedah dan tak tahu berapa lama dalam OT, better ambil epidural. Once epidural is working, saya takkan rasa sakit katanya. So I leave it to specialist to decide. Doktor kata saya kena start puasa dari pukul 2.00 pagi. Hanya boleh minum air masak sehingga pukul 4.00 pagi. Lama Dr. Raqwan borak dengan saya. Siap yakinkan saya esok semua ok. Doktor kata saya nervous. Esok doktor akan bagi pill penenang kat saya. Haha. Lepas tu nurse datang cucuk untuk iv drip. Macam biasa memang akan sakit sebab urat kecik.

6.00 petang, dinner makanan hospital. Share dengan suami. Saya dah tak lalu nak makan dah. Then nurse datang bagi 2 botol laxative fluid untuk cuci perut. Sebotol kena minum pukul 7.00 malam, sebotol lagi pukul 9.00 malam. Then kena minum air masak banyak. Bermula pukul 8.20 malam,  berulang alik la saya ke toilet. Sampai dekat pukul 5.00 pagi esoknya duk ulang alik ke toilet. Rasa macam nak tidur dalam toilet! Huhu.

26 Mac 2015

5.15 pagi, nurse datang bagitau nak masukkan air dan urine tube. Saya cakap nak mandi dan solat subuh dulu. Lepas solat subuh, saya buat solat hajat. Masa tu doa saya memang saya berserah sepenuhnya kepada Allah.  Lepas solat, nurse datang buat kerja dia. Bencinya bila dimasukkan urine tube tu. Sakit dan sangat tak selesa. Dah laa still rasa perut memulas-mulas. Pastu nak kencing pun jadi tak reti. Haha. Saya ke toilet dengan tube dan tolak tiang botol air tu. Bila duduk baru boleh kencing. Bengong sangat rasa. Gelak sorang-sorang dalam toilet. Haha. 

7.15 pagi, nurse datang hantar baju OT. Tapi saya tak pakai terus sebab kalau ikutkan jadual saya orang ketiga. Dalam pukul 11 baru masuk OT.

8.00 pagi, suami, mak dan ayah sampai. Borak-borak kejap. Kemudian suruh mak ayah pegi breakfast dulu. Sebab ingatkan pukul 10 lebih macam tu baru ditolak ke OT. Tapi tak lama lepas tu, nurse datang dan pakaikan baju OT dan bagi chill pill untuk tenangkan saya. Nurse kata dah nak tolak ke OT. Turn saya di awalkan. Masa ni rasa takut, tapi dah berserah dah. Yelaa, dah terbaring dengan tube kat badan. Mana mau lari? Huhu. Redha.

9.00+ pagi, nurse tolak ke OT. Suami teman sampai handover patient to OT staff. Salam dan minta maaf kat suami (walaupun almost setiap hari saya dok minta maaf sebelum operation ni. Psiko!) dan pesan suruh suami call ayah bagitau saya dah masuk OT.  Then nurse di bilik OT tolak saya ke pintu bilik bedah. Saya dibiarkan terbaring di situ tanpa sepatah kata. Haha. Tapi saya kan dah telan chill pill, maka saya tenang jek. Tenang setenang-tenangnya. Sungguh ni. Haha. Tapi dalam hati dok berdoa dan berzikir jugak. Dr. Raqwan datang tegur tanya saya ok ke tak. Tak lama lepas tu Prof. Zainul datang tekan-tekan perut. Borak-borak. He said, 'U look so calm'. Hahaha. 

10.15 pagi, saya dipindahkan ke atas katil bedah. Ya Allah, sejuknya bilik bedah tu. Menggigil-gigil. Saya tanya nurse jam pukul berapa. Nurse tunjuk jam kat dinding. Saya kata saya tak nampak, saya rabun. Haha. Tiada bantuan spec mahu pun lens di kala itu. Ada baiknya jugak sebab saya tak nampak jelas apa yang ada dan apa yang diorang buat kat saya dalam bilik tu. Doktor bius minta saya duduk dan peluk bantal. Duduk curl macam tu. Dia nak cucuk jarum epidural pada spine. Siap pesan jangan bergerak atau tegakkan badan. Masa dicucuk tu, Ya Allah sakitnya. Sampai menitik air mata. Nurse yang ada kat sebelah gosok-gosok tangan saya. Thanks nurse. It helps a bit. Bila dah selesai, saya dibaringkan. Kemudian segala wayar dilekatkan pada badan. Dr. Raqwan suruh ikut dia mengucap dan bagi saya sedut gas bius. Kali pertama saya masih sedar. Kali kedua sedut, tak sempat habis mengucap saya dah pengsan.

2.10 petang, saya tersedar. Tapi masih di dewan bedah. Saya tau masa sebab saya tanya nurse pukul berapa. Lama jugak rupanya. Then saya tertidur. 

3.00 petang, nurse kejut dan bagitau nak tolak saya ke wad. Keluar je dari pintu OT, saya nampak mak dan ayah saya. Mak saya bagitau saya senyum jek masa nampak dia. Saya tak ingat apa dah. Hehe. Tapi saya tak nampak suami. Bila dah sampai katil 15, rupanya suami dah ada situ. Suami bagitau dia naik check saya dah keluar ke sebab diorang tunggu lama kat depan OT. Tapi tak nampak saya keluar and tadek orang inform apa-apa pun. So dia naik check kot-kot la ada pintu keluar yang lain and saya dah sampai katil. Nurse bagitau dah boleh minum. Kalau tak muntah dah boleh makan. Saya mintak air dari suami. Tekak perit sangat. Masa saya mintak air tu, suami tanya saya kenal tak dia. Hahaha. Gilaa ingat saya hilang ingatan kot. Nak gelak, tapi otak macam tak boleh proses kot sebab kesan bius. Suami cakap saya tak jawab pun, saya senyum jek. Lepas tu saya tertidur. Seharian jugaklah saya macam tu. Terjaga, tertidur. Tapi tak rasa sakit sebab ada epidural. Yang tak best tu kaki kanan dok rasa kebas. 

27 Mac 2015

Saya dah boleh makan. Tapi masih terbaring. Masih on epidural. Dah tak mengantuk macam semalam. Boleh layan borak dengan family members yang melawat. 

Dr. Anizah datang dan bagitau findings operation. Doktor kata bukan fibroid, tapi adenomyosis. Uterus jugak melekat sikit dengan usus besar. Tapi doktor dan buang lekatan. Tapi, tapi, tapi uterus terluka sikit. Doktor dah jahitkan dan doktor bagitau lepas ni kalau bersalin confirm kena csec. Takpelaa doktor, saya redha. Lepas tu doktor bagitau tiub dua-dua ok, tak tersumbat. Alhamdulillah. Doktor jugak bagtau dia dah betulkan kedudukan ovary dengan buat ovary plication. Doktor kata bila dah dapat result nanti baru tau adeno/ endo saya stage berapa.

6.30 petang, nurse kata sebab saya dah boleh makan dan minum, dia nak keluarkan urine tube dan bukak tube air. Then nurse suruh cuba bangun dari katil dan berjalan. Sebelum tu doktor bius datang bukak tube epidural. Saya try bangun dari katil, rasa macam nak putus nyawa. Tak reti nak cerita macam mana. Keluar peluh dingin. Suami tolong, tapi macam lagi susah. Lastly boleh jugak bangun. Tapi bila berdiri je rasa nak pitam. Nasib baik suami ada. Duduk kejap, berdiri balik. Suami pimpin berjalan-jalan kat wad. Lama-lama dah ok. Boleh ke toilet sendiri dah.

28 Mac 2015

5.30 pagi, doktor bertugas datang bukak plaster luka jahit dan spray water proof coating. Doktor check luka dan bagitau luka tak berdarah dan bercantum elok. Doktor kata dah boleh mandi. Tapi saya seriau nak mandi, saya lap-lap badan je.

29 Mac 2015

12.30 tengah hari, saya dah boleh balik. 26 Mei 2015 follow up appointment dan doktor akan bagitau keputusan semua ujian yang dibuat. Dapat MC selama 2 minggu (tapi kemudian MC saya disambung lagi 2 minggu) dan saya duduk rumah mak saya untuk 2 minggu pertama. 2 minggu kedua saya balik rumah sendiri. Alhamdulillah luka tak berdarah dan bernanah. Sakit pun masih boleh ditahan in fact sampai sekarang kat area luka jahit tu rasa macam kebas-kebas lagi. 

37 hari selepas pembedahan, saya dan suami telah pun pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Siap island hopping bagai. Melambung-lambung naik speed boat. Haha. Syukur tak sakit. Cuma kadang-kadang saya ada rasa sakit tulang belakang. Selalunya waktu pagi bangun dari tidur. Lain-lain, saya ok :)

Wahh, panjangnya cerita pengalaman ni. Mengalahkan pengalaman bersalin pulak kan. Hehe. Untuk kenangan diri sendiri jugak ni. Hopefully tak perlu melalui benda macam ni lagi dah. Hopefully sihat-sihat selalu hendaknya. Pasal pemakanan dan supplement selepas pembedahan, nanti saya share ye. InshaAllah. 

Thanks for reading! Bye.