Wednesday 27 April 2011

Hopefully

Assalamualaikum,

Sebelum mula entry, ada sikit pemberitahuan. Kata ganti diri yang digunakan dalam blog ini bagi entry yang lepas iaitu AKU akan ditukar kepada SAYA mulai dari entry ini. Sebab? InsyaAllah, kalu ditakdirkan Allah dan diberikan rezeki ada anak sendiri nanti, saya nak anak saya baca blog nih. Nak anak saya tau macam mana susah nak dapatkan dia :) Tak, saya tak menyesal dengan dugaan Allah. Saya tahu kat luar sana ramaaaaiii lagi yang terpilih untuk diduga perkara nih kan? In fact ada yang lagi teruk dugaannya berbanding saya.

Ok, mula balik entry ini.

Hi u'ols! Apa khabar? Macam mana treatment u'ols? berjalan lancar? Saya doakan yang terbaik untuk kawan-kawan TTC semua. Saya baru masuk kerja hari nih. Isnin dan Selasa dapat MC sebab demam dan sakit kepala. Tatau la sebab apa. Mungkin sebab weekend tuh asyik kena hujan jek kot. Saya cakap dekat suami yang saya create blog baru untuk catatkan semua perjalanan TTC kami. Suami tanya kenapa nak buat blog baru? Saya cakap, dengan blog baru nih saya tak segan nak cerita. Kalau guna blog personal yang ada tuh, macam segan nak cerita. Lagipun blog baru nih identiti lebih tertutup. Suami saya cakap, 'Ikut suka hang laaa!' Hehe.

Sebenarnya, saya pernah terbaca somewhere kat blog someone yang TTC jugak. Dia kata bila buat blog TTC dengan tidak mendedahkan identiti, dia rasa lega sket. Banyak dia luahkan kat blog. Secara tak langsung, dia kurang stress. Dia jumpa kawan-kawan yang memahami dan saling memberi semangat. Seriously, saya pun nak macam tuh. Saya nak kurangkan bebanan perasaan saya. InsyaAllah dengan blog nih saya akan kurang stress kot. Hehe. Saya nak kongsi cerita dengan kawan-kawan TTC yang lain. Saya nak jadikan kawan-kawan semua sebagai pemberi semangat saya walau pun kita tak kenal each other. Mana tau nanti-nanti ada rezeki jumpa face to face dengan kawan-kawan TTC semua kan? InsyaAllah.

Kadang-kadang, orang yang rapat dengan kita pun takkan faham apa yang kita rasa sebab dia tak lalui apa yang kita lalui. Kadang-kadang, orang yang kita tak pernah jumpa akan lebih memahami kita sebab apa yang kita tempuhi, sama macam apa yang dia hadapi.

So, hello strangers! Hehe.

Ok, bye!

Sunday 24 April 2011

My Own TTC Chronology - Part 2

Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan Part 1. Thanks for reading my entry. Panjang jugak nihh :)
  • Disember 2009 - May 2010 - Tak buat apa-apa treatment sebab aku tunggu next appointment untuk check tumbesaran fibroid aku. Owhh, dalam masa bulan May jugak doktor stop kan ubat thyroid aku. Yup, aku ada hyper-thyroid jugak. Nih pon penyebab aku sukar pregnant jugak. Aku start ada thyroid masa aku umur 18 tahun, time tuh tahun 2000. Selepas 9 tahun, hormon thyroid aku stabil dan tak payah teruskan medicine. Sebenarnya salah aku jugak. Dalam tempoh 9 tahun tuh aku tak konsisten amik ubat dan pegi follow up check up. Somehow bila ingat balik, aku rasa menyesal. Haishh.
  • May 2010 - 20/05/2010 - aku pegi Klinik O&G HKL untuk follow up case fibroid aku. At that time masa scan ultrasound, saiz fibroid dah jadik 3.3cm x 4cm. Aku tanya kenapa doktor tak suggest operate? Aku jugak bgtau yang aku dalam proses TTC sebab dah setahun setengah kawen. Doktor cakap dia akan check hormon aku dulu tengok terganggu atau tak. Kena tunggu 2nd day period untuk check hormon. Buat blood test. So, next appointment aku adalah dalam bulan Jun 2010. Tapi dalam masa yang sama, aku was-was kenapa doktor still cakap fibroid aku tak membahayakan dan bukan punca aku tak pregnant lagi. Doktor refer aku ke Infertility Clinic HKL dan terangkan yang hari kedua next period aku perlu datang dengan suami untuk sesi kaunseling dan blood test. Masa nih hanya Allah yang tahu perasaan aku. Rasa macam lemah sangat bila kena refer ke Infertility Clinic. Dengar perkataan infertility itself dah buat aku rasa macam aku kekurangan sangat. Sedih!
  • Jun 2010 - 11/06/2010 - Aku datang klinik pada hari kedua period. Sebelum tuh aku call dulu maklumkan kat HKL yang esoknya hari kedua aku. Nurse bagi borang dan aku pegi lab untuk amik darah. Bila selesai, aku dan suami ke Infertility Clinic untuk sesi kaunseling. Nurse kat situ ramah sangat. Semua baik-baik. Sebelum nih aku sangka nurse hospital kerajaan semua garang-garang. Tapi kat klinik nih tak ok? Diorang mungkin paham yang pesakit pegi situ semua ada masalah infertility dan hati sangat fragile. Nurse yang handle kes aku tuh tanya details aku dan suami. Latar belakang family dan masalah kitorang. Selepas dia terangkan apa treatment yang akan kitorang buat sebagai usaha untuk dapatkan anak, suami kena buat Semen Analysis. Nurse tuh bgtau, mana-mana klinik akan test suami dulu untuk tau ada masalah low count sperm atau tak. Selepas tuh baru proceed dengan isteri. Lepas selesai, tak terus dapat result. Result akan diberitahu time aku dah habis blood test hari ke-21 dan selepas aku buat HSG nanti.
  • Jun 2010 - 29/06/2010 - Aku pegi HKL untuk blood test hari ke-21. Lepas tuh balik.
  • Julai 2010 - 13/07/2010 - Aku pegi bahagian x-ray untuk buat HSG, tapi sebelum aku masuk bilik x-ray nurse tanya aku ada bersama suami ke tak? Aku cakap ada. Hahahaha. Aku tak baca kat surat appointment tuh kata tak bole bersama suami. Kahkahkah. Malu la aku time tuh. Jadik, doktor refuse untuk buat HSG. Suruh aku call bila first day next period, sebab HSG akan dibuat pada hari kesembilan. Balik la aku dan suami. Membazir sebulan!
  • Ogos 2010 - 12/08/2010 - Aku berjaya buat HSG! Sakit ke tak? Pada aku tak berapa sakit, tapi kurang selesa sangat! Dah la doktor lelaki. Adeh, malu sangat. Tapi nak anak punya pasal, tolak tepi perasaan malu tuh. Huhu. Nanti aku cerita pasal HSG, ok? Lepas HSG aku ke Infertility Klinik untuk set appointment untuk tau semua keputusan ujian yang dah dibuat. Next appointment aku pada bulan Oktober 2010. 2 bulan gap dari appointment yang nih.
  • Oktober 2010 - 13/10/2010 - Pagi-pagi aku dan suami sampai kat HKL. Tunggu turn kami lama giler. Tunggu pulak depan bilik rawatan doktor yang bukan specialist. Tengok-tengok nama kami dipanggil untuk bilik rawatan specialist. Prof. Dr. Haliza yang amik kes aku. Head of O&G Clinic di HKL kalau tak silap aku. Dia cerita satu persatu keputusan test yang aku dan suami dah buat. Hormon aku stabil, thyroid aku stabil, aku ada tanda-tanda ovulasi berlaku. HSG pulak menunjukkan tiub aku both side normal, tak tersumbat. Alhamdulillah. Tapi ujian suami pulak low count sperm. Tapi doktor cakap takpe, dia listkan supplement untuk suami makan. Bulan Disember kena datang dan buat test sekali lagi. Doktor cakap masalah mungkin sebab kitorang duduk jauh. Weekend baru jumpa dan dapat make love *blushing* Jadik, banyak sperm yang dah tak aktif dan mati. Sebaik-baiknya kena keluarkan sperm dalam masa 3-5 hari. Time jumpa Dr. Haliza, aku tanya pasal fibroid aku. Dia marah aku. Huhu. Dia cakap jangan risau pasal tuh. Dia akan monitor dan suggest operate atau apa bila perlu. Dia cakap aku fikir banyak sangat. Huhu. Memang betul pon!
  • Disember 2010 - 08/12/2010 - Pergi semula ke HKL untuk suami buat Semen Analysis sekali lagik. Alhamdulillah, result bagus. Sperm suma sehat-sehat dan aktif. Haha. Dan set appointment untuk aku buat Transvaginal Ultrasound (TVS) pada hari ke-9 period. Aku kena call sebaik hari aku period hari pertama. 
  • Disember 2010 - 22/12/2010 - Hari ke-9 period dan aku pegi klinik untuk TVS. Masa scan aku sangat laa tak selesa. Senak! Doktor yang scan bgtau folikel aku ada 3 sebelah ovari kiri dan 3 sebelah ovari kanan. Alhamdulillah. Aku kena datang semula untuk buat TVS pada hari ke-16 iaitu pada 29/12/2010. Aku datang balik pada hari ke-16. Doktor scan dan bgtau telur aku membesar dengan baik. Tapi sebelah kiri lagi banyak dari sebelah kanan. Doktor tak bagi ubat apa-apa kecuali bagi date dan time untuk aku make love dengan suami. Dia suruh try natural dulu. Aku ikutkan saja. Haha. Bila gagal sebab cik period datang, aku call klinik dan set appointment untuk TVS pada hari ke-2, ke-8 atau ke-9. Time nih aku delayed period 3 hari. Berbunga-bunga hatiku. Berharap wehh, skalik hari ke 31 aku period. Haishh. Selalu cycle aku 26-28 hari.
  • Januari 2011 - 13/01/2011 - Period day 1, aku call HKL buat appointment untuk TVS pada hari ke-2. Jadik, esoknya aku gi scan TVS. Lepas tuh doktor prescribed aku dengan clomid 25mg untuk aku makan dari hari ke-2 sehingga ke-6. Doktor bagi dose yang paling rendah sebab dia nak tengok respon macam mana.
  • Januari 2011 - 21/01/2011 - TVS hari ke-9 and doktor cakap folikel aku bertindak balas baik dengan clomid eventhough aku amik dose paling rendah. Alhamdulillah. Tapi macam sebelum nih, ovari kiri yang banyak hasilkan folikel. Doktor suruh aku datang balik hari ke-12 untuk scan dan decide nak proceed IUI atau tak. Aku tak expect akan secepat nih proses aku nak buat IUI. Maksud aku dari date aku betul-betul buat treatment untuk TTC laa (dari Jun 2010, lebih kurang 6-7 bulan macam tu).
  • Januari 2011 - 24/01/2011 - TVS pada hari ke-12. Ada 2 folikel yang membesar elok. Satu saiz 18mm, satu saiz 17.2mm. Sekalik lagi dua-dua sebelah kiri. Doktor terus cakap akan proceed IUI pada 26/01/2011. Berdebar aku time tuh! Lepas TVS, nurse suruh aku amik ubat Gonal-f *aku tak ingat pulak betul ke gonal-f atau ubat lain*untuk inject kat bontot pada pukul 10 malam hari yang sama (24/01/2011). Dia pesan suruh aku pegi mana-mana klinik untuk injection. Aku pegi sorang-sorang malam tuh. Yelaa, suami keja jauh. Esoknya baru balik sebab lusa nak IUI. Sedih oo time tuh. Time balik dah laa hujan. Drive dalam hujan sambil air mata dok mengalir.                                      Serius sayu sangat time tuh :(
  • Januari 2011 - 26/01/2011 - Sejarah dalam hidup aku. Pertama kali buat IUI. Dah la malam sebelum tuh tak boleh tido. Aku takut! Doa macam-macam. Hari tuh aku orang kelapan dan terakhir yang akan buat IUI. Suami terlebih dulu kena supply sperm. Hehe. Macam mana prosedur IUI aku? Pada aku HSG lagi sakit! Nih pon nanti aku buat entry pasal IUI, ok? Doktor bagi ubat untuk kuatkan rahim. Aku tak ingat lagi nama ubat tuh. Makan untuk 2 minggu. So, time tuh aku 2 weeks waiting. Risau sangat! Suami dok pesan jangan stress, tapi aku takleh nak tenang. Huhuhu. Kalau diikutkan, doktor buat IUI pada hari ke-14.
  • February 2011 - Period aku delay 2 hari daripada regular cycle aku. Petang tuh aku baca-baca kat internet kata seminggu lepas IUI dah boleh test. So, aku cadang nak test UPT esoknya (maksudnya 3 hari delay period). Tapi semua tuh tak kesampaian bila esok paginya aku period. Ya Allah! Sedih sangat-sangat time nih. Down sangat-sangat! Sebab dah take a step ahead dengan buat IUI. Harapan aku ada la rezeki kami suami isteri, tapi Allah lebih mengetahui. Aku nangis berhari-hari. Aku asingkan diri aku. Memang aku rasa time tuh aku depressed! Kesian suami aku. Lama jugak aku nak dapat kekuatan nak bangun balik daripada kegagalan IUI tuh. Sampai aku rasa dah tanak buat IUI dah. Aku takut gagal lagik. Suami aku pujuk aku suruh try lagi. Macam-macam dia bagi kata semangat kat aku. Tapi time tuh aku jadik macam orang yang dah give up. Aku cakap aku tak ready nak buat. Akhirnya suami mengalah. Dia kata bila aku ready, baru try IUI sekalik lagi. Berbulan jugak nak dapat kekuatan. Aku baca blog kawan-kawan TTC and aku realized apa yang aku lalui baru sikit compared to orang lain. Aku rasa aku dah dapat balik strength aku (Thank God sebab aku jumpa banyak blog TTC yang secara indirect tolong aku gain back my strength). Aku cakap kat suani aku yang nak buat IUI balik bulan depan (May 2011). Sekarang aku tengah tunggu period day 1 dan akan call HKL untuk appointment TVS day 2. 
Doakan semoga ada rezeki aku dan suami kali nih. Amin.

Ok, bye!

My Own TTC Chronology - Part 1

Assalamualaikum,

Seperti sangat gigih kan aku update blog nih? Sehari sampai 3 entry! Hahah. Mentang-mentang la baru create blog, semangat lebeyyy nampak~~

Sebenarnya aku macam dah mengantuk, tapi tadik suami suruh buat air and teman dia layan bola jap. Dan alang-alang semangat nak post entry kat blog nih macam dok ada lagik, aku rasa elok jugak aku post pasal kronologi kehidupan aku yang membawa kepada semua usaha untuk mendapatkan anak. Tapi aku tengah cross-check dengan buku nota aku jugak. Aaa, dengan kad appointment klinik jugak. Menyesal aku tak mulakan blog nih awal-awal masa start treatment dulu. Kalau tak kan senang, takyah nak kena check balik. Nih dalam keadaan ingat tak ingat jek nih. Takpe laa, janji isi penting tuh aku tak tinggal kira ok laa.

Mari kita mulakan!

  • November 2008 - Melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pooojaan hatiku! Haha
  • Disember 2008 - Honeymoon di Indonesia
  • Januari - Ogos 2009 - TTC secara natural. Tak pressure sangat nak anak sebab rasa macam baru kawen, tak sampai setahun at that time. Tapi sepanjang tempoh nih selalu kena urinary tract infection (UTI), biasa laa. Sakit orang baru kawen. Jumpa doktor pon doktor senyum-senyum kambing sambil cakap, nih honeymoon disease nin *malu*
  • September 2009 - UTI makin kerap dan pernah berdarah. Buat test pon menunjukkan ada darah dan virus dalam urine. Doktor suspek ada masalah dengan buah pinggang. Cuak aku time nih! Doktor di Klinik Kesihatan Tanglin cepat-cepat buat surat dan refer aku ke HKL untuk ultrasound.
  • Oktober - November 2009 Sampai la masa untuk aku buat ultrasound. Alhamdulillah buah pinggang aku tadek masalah. Tapi pakar scan detect aku ada uterine wall fibroid! At that time saiz dalam 3cm x 3cm. Terus buat surat dan refer aku ke Klinik O&G HKL. Dr. Loo (doktor O&G) yang check aku time tuh cakap tak perlu risau. Fibroid adalah normal bagi perempuan. Lagipon kedudukan fibroid tuh tak ganggu uterus aku. Mengikut beliau, tak perlukan pembedahan sebab uterus aku tak terjejas dan dalam keadaan baik. Doktor kemudian set next appointment 6 bulan selepas check up tuh, untuk monitor tumbesaran fibroid tuh.*di sini la permulaan treatment TTC aku*Jadik, aku dah dapat jawapan kenapa aku period pain sangat teruk selepas kawen. Masa dapat tau ada fibroid, aku down sangat. sebab selalu disogokkan dengan cerita ada fibroid silap-silap takleh pregnant! Suami la jadik penguat semangat aku. Sedih pulak bila ingat balik :(
Panjang la pulak. Aku sambung Part 2 pulak la lepas nih. Hehe.

Ok, bye!


Saturday 23 April 2011

Where To Begin?

Assalamualaikum,

Hemm, where to begin huh? Sebenarnya I have my personal blog, but I felt uncomfortable to write down about my TTC journey. So, I created this blog as the medium for me untuk tulis semua treatment dan usaha yang aku dan suami dah lalui dan akan lalui dalam usaha kami nak dapatkan our own zuriat. Kalau ada yang tertanya-tanya dah berapa lama kami berkahwin, tuh haa ada kat ticker sebelah kanan, dah 2 tahun 5 bulan lebih dah. And sepanjang tempoh perkahwinan kami, aku tak pernah conceive. Period delay banyak kali dah, tapi belum rezeki, biasa laa ayat standard laa kan bagi yang TTC nih. Hehe.

Aku dah lama terfikir nak buat blog pasal TTC nih, tapi tak terbuat. Tapi sejak aku jumpa ramai kawan-kawan blogger yang tengah TTC dan ada blog untuk diorg tulis pasal their own TTC journey, semangat tuh datang balik. Lagipon bagus jugak ada blog camni, at least aku leh keep track pe yang aku dah buat. Lama-lama pon boleh lupa jugak kan kalu tak tulis kat mana-mana.

Nampaknya, banyak yang aku kena cerita dalam blog nih. Kena cerita dari awal la nampak gayanya. Sekarang memang tak dapat la aku nak ingat semua. Aku kena amik masa check kat buku nota yang aku dok catat treatment yang aku dah buat, kena refresh balik. Owhh, aku buat treatment dekat HKL Infertility Clinic. Aku cadang nak pegi LPPKN sebab ada orang kata HKL slow sket. Tapi, bila aku dapat appointment yang 1st tuh macam cepat sebenarnya. Sampai la aku dok buat check-up, HSG. Aku check gap appointment tuh macam tadek la lambat sangat. So, aku dan suami decided continue kat HKL dulu. Kalau rasa tak sesuai lepas nih, InsyaAllah tukar private atau pon LPPKN.

Oklaa, nanti aku sambung lagi.

Ok, bye!


The Introduction.

Assalamualaikum,

I created this blog as my TTC diary; the place where I kept the records of all treatment that we (my husband and I) have gone and will do for TTC.

This is the place where I can meet those who is in the same boat with me, those who can lend me their eyes, ears and strength.

This blog will be the place for my HAPPINESS, SADNESS, SUCCESS and FAILURES. I will keep on trying and praying and I believe I will have my own child. Not too soon, not too late. It will come at the right time. InsyaAllah.

So u guys can call me ILY, and this is MY OWN TTC STORY..

Ok, bye!