Assalamualaikum,
Maaf! Dah lama tak update blog. Nak kata cuti raya sakan, tak jugak. Sebab raya tahun nih laa saya paling banyak duduk kat rumah. Tak berjalan ke mana pon. Raya pertama di rumah mertua di KL. Separuh hari jek beraya. Petang tidoq! HAHA. Tak pernah-pernah tidoq di hari pertama Aidilfitri. Nampak sangat tak tau nak buat apa. Program raya kat TV pon saya dah tak amik kesah sangat. Kalau dulu-dulu semangat jugak nak layan program raya. Beza sungguh raya kali nih. Mungkin umur dah makin meningkat kot.
Raya kedua baru balik ke kampung nenek sebelah ayah di Taiping. Beraya sampai raya ke-empat dan gerak balik ke KL hari Jumaat tuh. Ermm, raya saya tak dicemari dengan soalan-soalan maut yang menyentap. TTC-ians sure faham soalan apa kan? Raya sebelum nih pon tak dicemari jugak. Setakat nih saya bersyukur sebab ahli keluarga semua faham dan tak tanya lebih-lebih sangat. Kalau yang dok tny tuh orang luar, saya buat boo layan jek. Malas nak sentap lebih-lebih. Hehe.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (maaf, dah raya ke-tujuh baru nak ucap -,-") dan saya mohon maaf sekiranya ada entry atau comments saya kat u'ols yang menyinggung perasaan. Walaupon kita hanya kenal melalui blog, saya sangat bersyukur diperkenalkan dengan u'ols yang 'spesis' sama macam saya. Hehe. Kita teruskan berusaha, ok? Mana tau nanti ada rezeki kita, anak-anak kita semua sebaya :)) InsyaAllah.
Raya u'ols macam mana? Mesti meriah, kan? Hehe. Selamat Hari Raya!
Ok, bye!
slmt hari raya Ily - kekda pun raya ni tak byk umah dikunjungi, maka takde la kena soklan2 tu. Hihi :D
ReplyDeleteSelamat hari raya, Kekda :))
ReplyDeleteHehe. Selamat laa kan kalu cmtu. Better macam tuh daripada kita tersentap and spoiled kan raya kita, ye tak? Hehe.
saya banyak juga pergi beraya...tapi kali ni kebanyakan makcik bagi support, bukan macam 2 tahun lepas yang kebanyakannya memberi saya soalan2 yang membuat saya tersentap...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ily...thanks sebab jengah blog saya...
Nia: Itu laa..awal2 kita kawen jek semua orang sebok nak tanya..bila dah lama sket, and kita still blom pregnant..diorg pon agaknya tak sampai ati nak tny..huhu..
ReplyDelete