Saturday 24 March 2012

Khasiat Halba

Assalamualaikum,

Saya nih manusia yang banyak angin dalam badan. Macam-macam cara saya buat nak keluarkan angin. Yang terkini, saya makan kapsul halia. Nampak macam ada perubahan jugak laa. Saya makan malam sebelum tido. Then, saya saja-saja google cara atau makanan nak kurangkan angin dalam badan, saya terjumpa pasal halba. Ada yang tatau ke halba tuh apa? Sebab saya pon baru tau. Haha. Saya memang fail bab bahan-bahan masakan nih. Halba nih selalu digunakan dalam nasik dagang. Padahal makan nasik dagang selalu :p

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda , 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.

Antara kelebihan halba yang saya dapat tahu adalah:

KEBAIKAN SECARA UMUM
  • Mengawal kencing manis
  • Menguatkan jantung
  • Sangat membantu untuk mencairkan kahak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Menyembuhkan buasir
  • Menyembuhkan radang kulit dan bisul
  • Mengawal anemia
  • Pencuci perut 
  • Membuang angin
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK WANITA
  • Melancarkan haid
  • Melegakan senggugut
  • Meransang rahim dan organ pembiakan
  • Mengawal kegemukan
  • Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK LELAKI
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Menambahkan tenaga batin (digunakan oleh tabib China untuk merawat mati pucuk)
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak (membuang angin)
  • Baik untuk kecergasan dan kekuatan badan serta tumbersaran kanak-kanak
Ada macam-macam cara nak amalkan halba nih. Ada yang masukkan dalam masakan. Tapi apa yang saya buat, rendam 1 sudu teh halba dalam air panas pada malam hari. Tutup cawan/ gelas tersebut. Minum keesokkan paginya. Saya minum air campuran halba semata-mata. Rasanya tak teruk sangat, tapi kalau ada yang tak suka, boleh tambah madu sikit. Bila tau banyak khasiat untuk wanita, terus saya rasa macam nak amalkan minum air halba nih. Lagipon senang nak dapat halba nih. Kat Mydin bahagian jual rempah ratus ada. So, kepada yang nak mencuba, Selamat Mencuba :)

Ok, bye!

Thursday 22 March 2012

Anak Angkat?

Assalamualaikum,

Apa khabar laa kawan-kawan TTC saya semua? Hehe. Maaflah dah lama tak visit blog korang. Saya sibuk sangat since ada 3 projek yang dah start. Lagi pon, saya tatau nak update apa sebab saya dah beberapa bulan stop treatments. Since 3rd IUI failed tuh. Sebulan saya menyepikan diri (chewahh), saya dapat tau ramai kawan-kawan TTC dah berjaya pregnant. Congrats kepada yang berjaya! Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah :)

Hari nih saya nak bercerita pasal anak angkat. Bukan, bukan. Saya belum ambil anak angkat lagi. Terfikir nak ambil anak angkat pernah la. Banyak kali saya terfikir pasal nih. Pernah jugak berborak dengan suami pasal nih. Cuma, saya rasa masanya masih belum sampai. Saya berdoa pada Allah supaya diberi petunjuk kalau suatu hari nanti saya dan suami masih belum dikurniakan anak sendiri dan dah sampai masa untuk ambil anak angkat. So far, suami ok pasal nih. Family saya ok, family suami pon ok. Saya dan suami bincang-bincang, kalau dah masuk 5 tahun kahwin still belum ada anak, kitorang akan amik anak angkat.So, sekarang kita usaha lagi! Hehe.

Saya ingat-ingat balik, dah 3 bulan saya berehat daripada sebarang treatments. Memang tak amik ubat apa-apa pon. Tadi saya message suami, 'Bila kita nak start treatment balik?'. Suami reply, 'Bila U nak habis cuti?' (Maksud cuti tuh saya berehat lepas failed IUI). Saya jawab, 'Anytime. I'm ready to start it all over again :)'.

Yup, we will start our treatments again. We will continue our journey to have our own kids. As for now, kitorang tengah fikir nak buat di HUKM atau LPPKN. Any suggestion from TTCians? 

Ok, bye!

Tuesday 20 March 2012

I'll Be Back Soon!















Hehe :)