Friday 27 May 2011

Workout#3

*Update (30.05.2011) - Semalam (29.05.2011) ada sesi penimbangan untuk Week 3, tapi berat adalah sama! 62.5kg! huhu..balasan sebab malas gi gym la tuhh =_="


Assalamualaikum,

Psstt, saya baru balik gym. Tau tak ini hari pertama saya ke gym for this week? Pffttt! Awal-awal jek semangat kan. Sebenarnya Isnin saya cuti hantar adik masuk kolej matrikulasi. Lepas tuh Selasa saya malas, huhuhu. Rabu saya sampai rumah lambat sebab meeting habis pukul 5.30pm. Balik rumah terus tengok American Idol Top 2 Perform. Semalam, Khamis memang tanak pegi sebab nak tengo result American Idol (Scotty won! But I prefer Lauren =_= ). Hari ini, kuatkan semangat jugak pegi gym. Alhamdulillah berjaya. Pegi gym pukul 6.30pm sampai 7.15pm sajek. Aktiviti hari ini ialah jogging atas treadmill dan mengayuh basikal.


Jumaat (27.05.2011)
bicycle; distance = 2.55km, time = 15.37mins, calori =163
treadmill; distance = 2.0km, time = 25min, calori =165 (saya target buat 2km)
leg extension; 3 sets (10 times/ set)
Menu hari ini pulak;
breakfast; 1/2 nasik goreng kampung & tempe goreng
lunch; hot & roll crispy black pepper beef & green apple smoothie (diet laa sangattt kan? :p)
dinner;

Owhh, I'm sure you guys dah dengar kan pasal VCO Catalyst yang ramai blogger dah try and review kan? Semalam was my 1st day consume vco. Saja nak try untuk elokkan sket kulit muka. Besides, ramai jugak yang dah try and bagi feedback yang baik. So, why not kita try kan. Lagipon murah, RM39.90. Oklaa untuk supplement. Harap-harap sesuai la dengan saya. Dengar-dengar bagus untuk kesuburan jugak :) Tuh yang nak try jugak tuh. Hehe.

Inilah rupanya vco tuh.

"Kita mencuba dan berusaha, Allah yang menentukan segalanya."

Ok, bye!

Wednesday 25 May 2011

"Takpe, cuba lagi bulan depan.."

Assalamualaikum,

"Takpe, cuba lagi bulan depan.." - Itulah kata-kata suami saya setiap kali saya bagitau bila saya period. Sama jugak macam hari ini bila saya bgtau saya period. Sebagai isteri, hati saya sayu walaupon suami sedang tersenyum bila ucapkan kata-kata tuh. Saya tau suami pon macam saya, sangat-sangat inginkan anak. Saya rasa macam saya tak sempurna  untuk suami saya. 

"I'm sorry..." - Entah keberapa ratus kali saya akan ucapkan perkataan nih pada suami bila saya period. Saya tau ini semua kuasa Allah. Saya tau saya kena redha dan teruskan berdoa. Suatu hari, pasti Allah makbulkan doa saya. InsyaAllah.

"Ya Allah Ya Tuhanku..berilah kekuatan kepada hambaMu untuk menempuhi dugaan yang Engkau berikan..Amin "


Ok, bye!

Sunday 22 May 2011

Workout#2

Assalamualaikum,

Hi, how's your weekend? Hopefully you guys had a great weekend :) Mine biasa-biasa saja. Tak kemana-mana pon. Semalam pegi rumah parents in law sebab adik-adik suami semua ada rumah, jadi buat bbq. Hehe. Memang dugaan betul, bila dah nekad nak diet tuh, makan pon datang tanpa dicari. Hari Jumaat my colleague kat office belanja kitorang 1 unit breakfast. Nasik lemak pulak tuh! Bagus sungguh! Huhu.

Ok, now saya nak update sikit la pasal misi diet dan workout saya. Dah masuk week 2 dah, as shown in the ticker above. Kalau week 1 saya gigih pergi gym, week 2 pon masih gigih jugak. Cuma makan jek tak terjaga sangat sebab macam saya cakap tadi, makan datang tanpa dicari. Ohh, Isnin saya tak pergi gym sebab saya sakit gigi and pergi tampal gigi. Huhu. Selasa yang cuti Wesak Day tuh saya pergi dengan suami. Rabu saya off sebab tengok American Idol. Khamis pulak saya ada kursus (again, makan banyak lagi!) dan habis dalam pukul 4ptg macam tuh, sampai rumah dekat pukul 5ptg. Kira awal la sampai rumah, jadik saya ke gym. Pukul 6.30ptg balik, terus tengok American Idol. Time tuh kan nak announce siapa Top 2. Hehe. Dua-dua peserta pilihan saya :)) Jumaat saya tak pergi sebab malas :P Sabtu pagi-pagi lepas solat Subuh, saya drive pergi rumah mak saya di Shah Alam, amik adik saya dan pergi jogging kat Taman Tasik Shah Alam. Adik saya message nak meluangkan masa dengan kakak sulungnya sebelum dia masuk matriks Isnin nih (which is tomorrow). Hehe. Hari ni, Ahad, pagi hujan. So, saya dan suami sepakat nak tido daripada bangun pergi gym. Petang tadi pukul 5.30 baru kitorang pergi gym. Tapi ramai orang. Saya dapat guna bicycle jek. Suami buat weight lifting. Saya kayuh macam masuk tournament Le' Tour De Langkawi pulak! Laju. Sebab saya target nak buat jarak  2.5km dalam masa 15 minit. Mission accomplished! Yeay :D

Sooo, this is my workout updates but this time tadek gambar sebab saya segan nak snap. Saya just record dalam handset sajek. Tapi dapat record untuk hari Khamis dan petang tadi sebab hari-hari lain saya terlupa.

Khamis (19.05.2011)
treadmill; distance = 2.1km, time = 30mins, calori = 170
bicycle; distance = 2.5km, time = 15min, calori = 155
leg extension; 5 sets (10 times/ set)

Sampai ke hari nih kaki sakit hasil penangan leg extension. Huhu. Nih saya nak share menu dinner hari Khamis saya yang tak seberapa nih :)
Ayam black pepper, kacang panjang dan cheese. Saya guna virgin olive oil menggantikan minyak masak biasa. Cheese tuh saja tambah sebab elok jek ada dalam fridge tuh. Heh.

Ahad (22.05.2011)
bicycle; distance = 2.5km, time = 15mins, calori = 170
sit up; 2 sets (8 times/ set)

Macam tak puas workout hari nih. Tuh yang tak best kalau ramai orang kat gym. Lain kali hari Ahad kena pergi gym pagi baru tak ramai sangat.

Anddddd lastly, sesi penimbangan berat bagi week 2 mendapati berat saya sebelum ini 62.9kg telah menurun kepada 62.5kg, turun 0.4kg sahaja. Jadik laa kan. Awal-awal masa week 1 tuh berat turun banyak sebab berat air kot. Hehe. Within 2 weeks of workout, I have lost 1.5kg. Not bad, huh? Mintak-mintak la semangat tuh tak hilang :)

Ok, bye!

Monday 16 May 2011

Workout #1

Assalamualaikum,

Ehem ehem. Ada tambahan tickers baru kat atas sana. Heh. Tengok macam tuh baru semangat sket nak diet. Harap-harap laa tak ke laut. Start workout on 07.05.2011 dengan berat 64kg. Semalam timbang berat 62.9kg. Macam tak percaya seminggu lebih workout turun 1.1kg! Tapi, harus percaya sebab saya gigih gilos pegi gym dari hari Sabtu (07.05.2011) sampai Selasa (10.05.2011). Haha. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam la kan. Rabu dan Khamis saya off sebab nak tengok American Idol. Boleh pulak macam tuh? Huhu. Jumaat, Sabtu dan Ahad kembali workout. 

Saya tak la jaga makan sangat. Tapi start saya berazam nak kurangkan berat, saya kurangkan makan nasik. Tapi ais minum jugak. Minuman manis pon bedal jugak. Haha. Slow-slow la kan. Kang crash diet pulak jadiknya. Sekarang saya lebihkan pengambilan protein sebab cikgu saya (website diet yang saya google) kata protein mempercepatkan proses kurangkan berat dan membantu build muscle. Jangan jadik macam wrestler sudah la muscle tuh nanti. Saya nih serba- serbi besar, lengan besar, paha besar, bontot besar. Tapi upper body tak besar sangat. Huhu. Kira macam pear shape laa. Kena gigih susutkan paha yang macam kayu balak tuh :P

Setakat nih, rutin exercise yang saya buat kat gym adalah berlari/ brisk walking di atas treadmill dan menggunakan elliptical. Tapi bergantung kepada stamina jugak. Memula tuh pancit, saya jog atas treadmill 30 minit jek. Lepas tuh guna elliptical selama 15 minit. Balik-balik rumah, rasa macam nak pengsan! Haha. Tapi dua tiga hari lepas tuh, steady sket laa. Boleh jog atas treadmill selama sejam. Saya adjust speed mengikut kemampuan saya laa (setakat nih saja mampu speed 3.5-6 km/h sahaja). Saya target each session, bakar lebih kurang 300 calori. So far, mampu lagi la. Alhamdulillah.


Nih workout hari Jumaat lepas. Sorry gambar blur sbb amik guna handphone sajek dan time tuh tengah cool down. 

Treadmill : distance = 4.0 km; time = 1 hour; calori = 315; speed = 3.5-6.0 km/h

Oklaa, cukup laa update pasal workout yang baru jek seminggu nih. Poyo lebih pulak :P Entah-entah ke laut agaknya lepas nih. Haha. Hopefully tak la kan. Tapi semalam makan pizza pulak. Adehh, bab makan nih memang susah laa nak control. Dugaan~~

Ok, bye!



Kuruskan badan?

Assalamualaikum,

Orang cakap kalau nak senang pregnant kena pastikan berat badan ideal. Betul ke? Ada jugak orang yang berat badan berlebihan (sorry, if ada yang terasa. Sebenarnya saya pon kategori berat badan berlebihan!) relax jek pregnant. Siap berderet-deret anaknya! Ada jugak yang berat badan ideal, tapi susah jugak nak pregnant, kan? Yang sebenarnya, semua nih rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan. 

Tapi, ada jugak laa my gynea pesan dekat saya untuk kurangkan berat badan.Time tuh berat saya 60kg! Huhuhu. Sebelum-sebelum nih, berat saya yang paling berat pon ialah 57kg. Tapi sejak buat rawatan kesuburan, telan clomid semua, berat mencanak naik! Yang paling latest, berat saya dah jadik 63.8kg! Omaigod! Almost 64kg! Terus rasa sedih. Rasa gemok sangat. For your information, saya nih kategori rendah (1.52cm sahaja). Tanak mengaku pendek nampakkk. Heheh. Jadi, kalau berat dah 64kg tuh, u'ols bayangkan laa macam mana gemuk pendeknya saya. Huhu. 

Setelah berfikir panjang, maki-maki diri sendiri untuk naikkan semangat nak kurangkan berat, di tambah dengan suami yang selalu cakap saya gemuk (kadang-kadang suami suka bergurau panggil saya 'Mok'.haha. tapi makan dalam jugak beb), saya berazam untuk mengurangkan berat badan saya. Lagipon, saya tengah 'berehat' daripada sebarang treatment sebab last cycle tak sempat nak set appointment untuk try IUI sekali lagi sebab 1st day period saya hari Jumaat petang. Nak call HKL pon mesti tadek sape nak jawab. Macam biasa kan, kalau nak mulakan balik rawatan, hari pertama kena call sebab hari kedua akan buat TVS dan dibekalkan dengan ubat kesuburan. Bulan Jun pulak saya ada appointment untuk check fibroid saya. Harap-harap la tak membesar. Kalau membesar, saya rasa macam nak mintak operate. Sebab saya rasa banyak dah symptoms yang tak best macam sakit pinggang, period berketul-ketul, period pain teruk. Nampaknya, cycle bulan Julai baru boleh mula treatment semula. Itu pon kalau result check up fibroid tadek apa-apa laa.

Ok, berbalik kepada cerita azam saya nak kurangkan berat. Saya target nak turun daripada 64kg kepada 57kg ( 55kg kira macam bonus la kalau dapat capai). Nampak macam kecik jek angka tuh kan, tapi 7kg tuh susahhhh and liatttt nak turun. Bagi mencapai azam tersebut, saya gagahkan diri ke gym. Nasib baik di rumah saya ada facilities gym. Tinggal rajin dengan tak rajin jek :P So, saya plan nak jadikan blog TTC sebagai blog untuk track record misi kurangkan berat saya. Mana tau dalam usaha-usaha nak kurangkan berat tuh bole pregnant ke. Hehe. InsyaAllah :) Positif, positif!

InsyaAllah saya akan cuba keep track activity saya di gym dan kalau rajin saya akan buat food diary. Huhu. Sebenarnya, kalau nak exercise kat gym saya boleh gagahkan diri, tapi kalau kena control makan, haishhh, tuh yang payah sangat tuh. Kena disiplin la kot lepas nih. Rugi la pulak kalau exercise macam nak mati, tapi makan tak hengat dunia. Ye tak? Hehe. Nanti saya akan blog-walking kat blog kawan-kawan TTC yang dalam proses berdiet jugak. Ramai kan yang dalam proses berdiet? Boleh belajar sket-sket daripada u'ols. Saya nih harap exercise sendiri jek, tadek personal trainer :))

Nanti saya update lagi, ok?


Ok, bye!










Tuesday 10 May 2011

Perbualan suami isteri

Assalamualaikum,

Malam Ahad yang lepas, ikut suami keluar ke The Curve sebab suami ada acara tengok Man Utd VS Chelsea beramai-ramai. Hehe. Sebelum menuju ke tempat kejadian, ajak suami minum dulu di Papparich. Time tuh dalam pukul 9.30 malam. We sat, we drink, we laughed, we made a silly jokes and updated each others dengan cerita kawan-kawan. Entah macam mana, terbukak la cerita pasal kawan saya nih baru pregnant tapi saya tak tau. Saya tau pun dari facebook dia. Itu pun dia tak cerita direct, bagi kiasan sajek. Sebelum nih saya pernah mengadu kekecewaan saya kat dia sebab IUI saya failed. Mungkin dia tak sampai hati nak cerita kat saya.

Then suami pun cakap, 'Lagi bagus orang macam tuh daripada setiap benda nak update kat facebook. Mengidam nak cerita. Rasa baby's kick pun nak cerita. Check up berapa bulan pun nak cerita'. Saya pun laju jek cakap, 'Macam Angah ek?'. Angah tuh adik saya, dia bunting pelamin. Suami pun cakap, 'Angah pun ye, kawan U yang lain pun ye. Nanti if we're pregnant, U tak payah heboh-heboh macam tuh tau. I tau U tak terasa dengan Angah sebab dia adik U. And we both are happy for her. Tapi, dengan kawan-kawan U yang lain, U terasa kan asyik tengok diorang update status macam tuh? Don't think I don't know. Sebab I pun terasa. Kita nih kategori orang yang sensitif when it comes to this issue'. Saya jawab, 'Yup. Totally agreed. Dengan Angah I memang tak rasa. Apa yang I comment dekat FB dia semua ikhlas. As u said, sebab I'm happy for her. Dengan kawan-kawan lain. kadang-kadang terasa jugak. Tapi I selalu sedapkan hati cakap they deserve to express their feeling. They deserve to be happy sebab benda tuh memang menggembirakan pun. Rasa baby's kick mesti seronok. Pengalaman yang tak dapat digambarkan. I yang tak pernah rasa pun tau mesti seronok'. Suami cakap lagi, 'Betul, they deserve to be happy. Tapi, nanti-nanti when it comes to our time, I taknak kita macam tuh. Ok?'.

Later saya cerita dekat suami pasal my bestfriend yang pregnant bunting pelamin jugak. Saya pernah chat dengan dia di YM dan mengadu kesedihan saya sebab IUI failed. Siap dah meleleh airmata time bercerita tuh. She tried to comfort me by saying, 'Takpe. Belum rezeki ko lagi. Usaha lagi'. Lepas tuh, dia terus cerita pasal baby dia. Cerita pasal pengalaman dia pregnant. I know that she's happy. Tapi perlu ke cerita semua tuh dalam masa yang sama lepas saya cerita pasal kegagalan IUI saya? Ya Allah, time tuh terasa sangat hati saya. Time cerita kat suami pun air mata dah bergenang dah. Tengok muka suami pun sedih. Saya tau dia sedih sebab the way my bestfriend layan saya. Lepas tuh terus saya cakap, 'Semua update dia dekat FB or her blog entries pasal her pregnancy, semua I tak comment. Sebab I rasa kalau I komen I tak ikhlas'. 

To those yang baca entry saya dan tak berada dalam situasi macam saya (TTC), please don't get me wrong. Saya bukan jeles atau dengki sebab kawan saya pregnant. Sungguh saya happy untuk dia. Tapi, apa salahnya simpan sekejap kegembiraan tuh time saya tengah ceritakan kekecewaan saya? Esok tuh bila chat, nak cerita sampai petang pun cerita la. Huhu. Tapi tulaa, kan saya pernah cakap dalam my previous entry, 'Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita sekali pun tak akan faham apa yang kita lalui sebab dia tak pernah lalui'. 

Ok, bye!

Wednesday 4 May 2011

Redha

Assalamualaikum,

Pagi tadi, sedang saya sarapan di Bangunan MARA, terdengar ceramah agama oleh seorang ustaz. Tokey kedai makan nih memang suka pasang video ceramah kat kedai dia. Saya tak la dengar ceramah tuh dari awal sebab sampai-sampai amik makanan dan duduk makan dengan colleague. Entah macam mana, terdengar ustaz tuh berceramah pasal kita sebagai hamba Allah kena redha dengan apa saja ujian yang Allah bagi. 

Ustaz tuh dalam ceramahnya kata ' Sebagai contoh, suami isteri yang nakk sangat anak. Sangat-sangat inginkan zuriat. Macam-macam dah buat, makan itu, telan ini, urut sana, berubat sini. Macam-macam laa. Tapi tak jugak dapat anak. Jangan mempertikaikannya. Jangan cakap Allah tak adil. Kena redha. Allah ada sebab kenapa Dia tak bagi anak. Allah tau bila Dia akan bagi, atau sebab kenapa Dia tak akan bagi anak pada pasangan tersebut. Kita sebagai hamba Allah kena redha'.

Masa dengar ayat ceramah ustaz tuh, saya rasa macam nak menangis. Saya sendiri tak pasti dengan diri saya. Saya sendiri tak pasti saya redha atau tak dengan ujian Allah. Kadang-kadang bila semua usaha saya tak mendatangkan hasil, saya lupa pasal Allah yang menentukan. Saya marah, saya sedih. Saya putus asa. Macam lah usaha saya yang menentukan saya akan pregnant. Sebenarnya Allah yang tentukan. Kadang-kadang saya rasa saya redha. Bila saya period dan tak berjaya, saya cakap dalam hati, 'takpe, belum sampai masa lagi'. Macam saya redha, tapi deep inside my heart saya tau saya putus asa.

Saya selalu fikir, 'Betul ke aku redha dengan ujian Allah? Betul ke aku dah serahkan bulat-bulat pada Allah untuk tentukan yang mana baik dan buruk untuk aku? Betul ke?'. Sungguh, kadang-kadang saya sendiri tak pasti. Mungkin saya kena kerap dekatkan diri dan serahkan diri bulat-bulat pada Allah, so that takkan ada satu hari pun yang saya akan tanya soalan-soalan macam tuh pada diri sendiri. Wallahualam.

Ok, bye!