Sunday, 22 April 2012

Tak pasti.

Assalamualaikum,

Setelah lama saya mendiamkan diri, hari ni terasa macam nak menulis. Saya dan suami masih belum menyambung treatment kami. Entah la, tiba-tiba saya rasa malas nak buat balik semua tuh. Sekarang memang tak buat apa-apa selain makan acid folic. Itu pon kejap makan, kejap tak. Supplements lain memang saya dah tinggal. Kenapa? Saya pon tak pasti. Saya tak give up, tapi saya dah malas nak buat semua tuh. Eh, bunyik macam give up jugak laa kan. Huhu.

Sekarang nih perasaan nak ada anak sangat-sangat tuh macam dah kurang. Selalu yang saya rasa sekarang nih, 'Lantak lah, kalau ada anak ada laa'. Astaghfirullah. Saya tak suka bila saya macam nih. Sebab...nanti saya tak berusaha untuk mendapatkan zuriat. Ke memang saya dah give up sebenarnya? Saya jek yang in denial. Huhu. Saya tatau mana pergi saya yang sebelum nih, yang semangat nak buat treatments, yang tak kesah tahan sakit, yang sanggup telan apa jek jenis ubat. Mana pergi 'saya yang dulu'? 

Entry nih macam meluahkan perasaan jugak. Tapi saya sendiri tak pasti dengan perasaan saya. Kenapa jadik macam nih saya pon tatau. Kadang-kadang rasa lebih senang jadi macam sekarang. Kadang-kadang rasa macam saya menafikan perasaan dan keinginan saya. Entah la, saya sendiri tak pasti :(

Ok, bye!

Saturday, 24 March 2012

Khasiat Halba

Assalamualaikum,

Saya nih manusia yang banyak angin dalam badan. Macam-macam cara saya buat nak keluarkan angin. Yang terkini, saya makan kapsul halia. Nampak macam ada perubahan jugak laa. Saya makan malam sebelum tido. Then, saya saja-saja google cara atau makanan nak kurangkan angin dalam badan, saya terjumpa pasal halba. Ada yang tatau ke halba tuh apa? Sebab saya pon baru tau. Haha. Saya memang fail bab bahan-bahan masakan nih. Halba nih selalu digunakan dalam nasik dagang. Padahal makan nasik dagang selalu :p

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda , 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.

Antara kelebihan halba yang saya dapat tahu adalah:

KEBAIKAN SECARA UMUM
  • Mengawal kencing manis
  • Menguatkan jantung
  • Sangat membantu untuk mencairkan kahak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Menyembuhkan buasir
  • Menyembuhkan radang kulit dan bisul
  • Mengawal anemia
  • Pencuci perut 
  • Membuang angin
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK WANITA
  • Melancarkan haid
  • Melegakan senggugut
  • Meransang rahim dan organ pembiakan
  • Mengawal kegemukan
  • Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK LELAKI
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Menambahkan tenaga batin (digunakan oleh tabib China untuk merawat mati pucuk)
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak (membuang angin)
  • Baik untuk kecergasan dan kekuatan badan serta tumbersaran kanak-kanak
Ada macam-macam cara nak amalkan halba nih. Ada yang masukkan dalam masakan. Tapi apa yang saya buat, rendam 1 sudu teh halba dalam air panas pada malam hari. Tutup cawan/ gelas tersebut. Minum keesokkan paginya. Saya minum air campuran halba semata-mata. Rasanya tak teruk sangat, tapi kalau ada yang tak suka, boleh tambah madu sikit. Bila tau banyak khasiat untuk wanita, terus saya rasa macam nak amalkan minum air halba nih. Lagipon senang nak dapat halba nih. Kat Mydin bahagian jual rempah ratus ada. So, kepada yang nak mencuba, Selamat Mencuba :)

Ok, bye!

Thursday, 22 March 2012

Anak Angkat?

Assalamualaikum,

Apa khabar laa kawan-kawan TTC saya semua? Hehe. Maaflah dah lama tak visit blog korang. Saya sibuk sangat since ada 3 projek yang dah start. Lagi pon, saya tatau nak update apa sebab saya dah beberapa bulan stop treatments. Since 3rd IUI failed tuh. Sebulan saya menyepikan diri (chewahh), saya dapat tau ramai kawan-kawan TTC dah berjaya pregnant. Congrats kepada yang berjaya! Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah :)

Hari nih saya nak bercerita pasal anak angkat. Bukan, bukan. Saya belum ambil anak angkat lagi. Terfikir nak ambil anak angkat pernah la. Banyak kali saya terfikir pasal nih. Pernah jugak berborak dengan suami pasal nih. Cuma, saya rasa masanya masih belum sampai. Saya berdoa pada Allah supaya diberi petunjuk kalau suatu hari nanti saya dan suami masih belum dikurniakan anak sendiri dan dah sampai masa untuk ambil anak angkat. So far, suami ok pasal nih. Family saya ok, family suami pon ok. Saya dan suami bincang-bincang, kalau dah masuk 5 tahun kahwin still belum ada anak, kitorang akan amik anak angkat.So, sekarang kita usaha lagi! Hehe.

Saya ingat-ingat balik, dah 3 bulan saya berehat daripada sebarang treatments. Memang tak amik ubat apa-apa pon. Tadi saya message suami, 'Bila kita nak start treatment balik?'. Suami reply, 'Bila U nak habis cuti?' (Maksud cuti tuh saya berehat lepas failed IUI). Saya jawab, 'Anytime. I'm ready to start it all over again :)'.

Yup, we will start our treatments again. We will continue our journey to have our own kids. As for now, kitorang tengah fikir nak buat di HUKM atau LPPKN. Any suggestion from TTCians? 

Ok, bye!

Tuesday, 20 March 2012

I'll Be Back Soon!















Hehe :)

Tuesday, 14 February 2012

Anak hai anak.

Assalamualaikummmmmm!

Hehe. Panjang sket bagi salam sebab dah lama tak update blog. Rindu nak blog walking kat blog kawan-kawan. Maaflah, sibuk sket sekarang nih. Keja tengah banyak :)

Pheww~ Baru perenggan kedua saya dah rasa macam-macam nak cerita. Blog sunyi sebab tadek update pasal treatment nak share dengan korang. Memang sekarang nih saya duduk diam-diam kat rumah, tak buat treatment apa-apa kecuali makan supplement yang macam saya cerita dalam entry lepas-lepas. Yang menghairankan saya sekarang nih ialah saya macam dah tak kesah nak pregnant ke tak. Erkk! Serius. Rasa macam enjoy jek kehidupan tanpa fikir pasal anak dalam kepala otak nih. Borak dengan suami pon dah jarang keluar pasal anak. Kenapa ek? Bila kita dah 'stop' treatment automatic rasa terdesak or pressure nak ada anak tuh pon semakin hilang. Tapi dulu-dulu sebelum start treatment, saya rasa saya memang desperate la nak anak. Why? Why? Adakah saya rasa penat sebab dah try IUI sampai 3 kali still tak berhasil, cucuk ubat itu makan ubat ini pon still tak berhasil? Putus harapan kah saya?

Bila saya baca blog kawan-kawan yang try macam-macam, saya kenang balik usaha saya sebelum-sebelum nih. Saya kenang balik kenapa saya nak anak sangat. Sebab saya memang betul-betul nak atau sebab saya nak orang lain tau saya boleh beranak? Astaghfirullah. Mungkin ke sebab tuh usaha saya tak dimakbulkan Allah? Mungkin saya tak ikhlas ke sebelum nih? Sekarang, jujur saya cakap yang saya dah tak rasa pressure nak ada anak. Saya seronok dengan keadaan macam nih. Saya dengan suami boleh sembang macam-macam tanpa salah seorang daripada kami terasa disebabkan sesuatu. Kalau sebelum nih saya selalu tersentap bila timbul  isu anak. Bila fikir balik , 'give up kah aku? redha kah aku kalau tadek anak sekarang nih?'.

Suami pon ada cakap dia suka keadaan saya yang lebih rasional sekarang nih. 'Amboiii! Sebelum nih I tak rasional la ek'. Hehe. Suami cakap, 'Kita berehat bukan bermaksud kita putus asa. Kita dah cuba, tapi Allah masih belum nak bagi. Kita tunggu lagi. Bila kita rasa nak start treatment, kita start balik'. Baiklah suami ku sayang :p Tapi kan, dalam rasional saya nih, saya ada jugak perasaan sakit hati dengan orang yang kurang sensitif dengan kita yang TTC nih. Saya rasa itu normal. Bukan bererti saya cemburu dengan orang yang ada anak. Tidak sama sekali. Saya hanya harapkan mereka yang tidak berada dalam kasut saya dan kawan-kawan yang TTC faham perasaan kita. Saya tak mintak banyak, sikiiiiiit pon jadilah. Tolonglah faham perasaan kami. Ok, pasal nih nanti saya story later! Saya ada kerja, nanti kita jumpa lagi ek :D

Ok, bye!

Friday, 27 January 2012

Updates

Assalamualaikum,

Baru lepas blog walking ke blog TTCians. Baru la ada masa. Entah apa la yang saya sebokkan pon saya tatau :p Bila saya baca blog Yannie, tetiba rasa macam nak sangat try urutan saraf tuh. Last month saya dan suami ada pergi mengurut kat spa, si tukang urut tuh kata perut saya keras! Maybe sebab lama sangat tak urut. Sakit oo time dia urut tuh. Berair jugak lah mata nih. Huhu. InsyaAllah, saya akan try tempat yang Yannie pegi tuh.

Memandangkan sekarang saya dan suami dalam fasa 'berehat', maka tadek lah update pasal treatments. Apa yang kitorang buat adalah makan supplements. Saya perasan, dah 2, 3 kali bila saya cakap dengan suami pasal bila nak start treatment balik, suami mesti jawab, 'U kata nak rest kan? Nih fikir apa lagi? Kita rest dulu puas-puas ok? Nanti kita bincang lain'. Memang betul pon, saya cakap nak rest, tapi mulut dok tanya bila nak start treatment. Apa daaa!

Jus perawan yang saya makan tuh pon dah habis. Saya tak beli lagi. Kira macam dah seminggu missed makan. Sebab sekarang nih macam dah nak sampai masa nak period. Jus tuh tak boleh dimakan masa period. Last week saya dah rasa dah symptom nak period tuh, ingatkan dalam masa terdekat period laa. Tapi sampai sekarang tak keluar-keluar pulak! Hari ni CD30. Adakah cycle saya pon dah pening-pening pulak nih? Saya suspect cycle pening sebab badan pon dah naik balik nih. Macam mana nak kurus nih? Mulut jek cakap nak diet, tapi bedal jugak makan semua benda. Haha.

Saya ingat nak start BBT bila cycle kali nih laa. Tapi, bateri termometer saya abeh pulak. Carik kat beberapa kedai jam, tadek pulak jual bateri saiz kecik cinonet tuh. Nampak gaya macam kena beli termometer lain jek. Jom la pegi Guardian beli termometer baru :)

Ok, bye!

Monday, 16 January 2012

Egg white

Assalamualaikum,

Hari nih CD19. Pagi tadi saya shi shi kat toilet, ada egg white keluar. Panjang dan kena putuskan guna jari. Euww. Sorry kalau gross :p . Sambil shi shi sambil senyum. Pastu keluar cepat-cepat amik handphone msg husband bagi tau terjumpa egg white. Tak lama pastu suami reply cakap, 'Takpe laa. Takyah nak kira-kira sangat hari subur ke pe. Kata nak rest kan? Tanak pressure-pressure'. Terus kelat muka saya. Haha. Betul jugak cakap suami tuh. Nak pressure pe lagi bila kata nak rest. Enjoy jelaa kan. Tapi tuh laa. Saya nih cakap jek nak rest, bila jumpa egg white excited giler dah. Ishh. Terasa jugak kerugian di situ. Tapi 'bekalan' semalam ada lagi kot. Hehe. Pinjam ayat Aisyah nak pregnant, 'Sampai masa Allah beri...'. Congrats Aisyah! Take a good care of yourself and baby :)

Tapi, nak tanya korang nih, kalau keluar egg white tuh maksudnya kita NAK ovulate, SEDANG ovulate or SUDAH ovulate? Mintak ilmu sifu-sifu TTC sket :) Thanks!

Ok, bye!