Tuesday, 21 June 2011

Tadek Rezeki

Assalamualaikum,

Saya expect saya akan period awal minggu nih, sekali period hari Sabtu hari tuh. Saya setiap bulan tak pernah miss period, tapi cycle tuh berubah-ubah. Kejap 28-30. Kejap 25-30, macam bulan nih. Kenapa ek? Susah la nak kira hari subur camni. Haishh. Nampaknya tadek rezeki nak buat treatment IUI kali nih, sebab sepatutnya CD1 kena terus call untuk buat appointment. Cuba natural way dulu laa kali nih. Hehe. InsyaAllah bulan depan kalau ada rezeki dan sempat sebelum puasa, bole laa try IUI sekali lagik :))

Hari tuh time saya pergi check up fibroid macam yang saya cerita dalam entry ini, doktor ada bekalkan Tranexamic Acid untuk saya makan selama 4 cycles, bermula dari CD1 hingga CD3 sahaja. Masa tuh macam kelam kabut, jadik saya terlupa nak tanya fungsi ubat nih. Kemudian, hari first period Sabtu lepas, saya lupa yang saya kena makan ubat nih. Hari kedua baru ingat, tuh pon sebab suami yang ingatkan. Haishh. Pelupa betul la saya nih -,-"

Sebelum makan, saya google dulu fungsi ubat nih. Haha. Sekarang senang kan? Lupa nak tanya doktor kat hospital, tanya jek kat Dr. Google. Confirm cepat dapat jawapan. Hehe. So, kat sini saya nak share sket la pasal info yang Dr. Google bagitau nih :p

"Tranexamic Acid helps to promote blood clotting. It works by preventing the body from breaking down bloodclots. It is used in situations where there is or could be excessive bleeding including heavy periods caused by fibroids. They may not work so well if your fibroids are large. However, they may be worth a try if your periods are heavy and the fibroids are small."

Oleh sebab itulah saya dibekalkan dengan ubat ini. Saya ada mengadu kat doktor yang saya mengalami heavy bleeding kalau hari kedua dan ketiga. Berketul-ketul pulak tuh. Huhu. Selepas saya telan ubat nih, darah keluar banyak, tapi tak berketul-ketul sangat macam sebelum ini. Bila saya search, saya jugak dapat tahu yang ubat nih pon ada dibekalkan kepada pesakit yang mengalami pendarahan seperti di hidung atau mana-mana bahagian lain. Secara amnya, ia berfungsi untuk mengelakkan pendarahan berlebihan. Macam ubat yang lain, ubat nih pon ada side effects such as diarrhea, nausea, vomiting, headache,acne. Kesan yang saya rasa ialah headache. Huhu. Sabar jelahhh -,-

Kalau nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut, u'ols boleh tanya Dr. Google jugak! Hehe :))

7 comments:

  1. akak pun tak buat appoinment utk IUI. Tkpe. kita terai natural la yer ILY.
    Oh.. Ily tak guna kaedah BBT yg guna ikut suhu utk tau bila kita 'bertelur' tu?
    walo kadang period kita cam lari, kalo kita guna suhu tu sng sket la. Hihi

    ReplyDelete
  2. Kak Reen, penah nak try method BBT tuh. Tapi tak konsisten..hehe..pasni mcm nk try guna ovulation kit tuh laa..haha..nk yg senang jek :p

    ReplyDelete
  3. salam
    xpe..try normal dulu k..mana tau will be ok..tp nk tanya law bln puasa leh wat iui x?

    ReplyDelete
  4. myazara: Hai :) tulaa..try normal dlu laa..kalu sempat, sebelum puasa saya akan try iui..hehe..

    erk?bulan puasa rasanya takleh wat iui kan..sebab nnt kan husband nak kena produce sperm..heheh..

    ReplyDelete
  5. kadang2 rasa jeles melampau dengan orang yang senang sangt nak preggy...kita macam2 usaha buat tapi hasilnya mengecewakan. haihhhhh..........
    (aippp !!! never ever give up hocey!!)


    Allah Maha Mengetahui saat yang paling bersesuaian untuk kita menimang baby.....insyaAllah....

    ReplyDelete
  6. hanidatul shatira (pjgnya nama..hehe)..thanks for dropping by :)

    btol btol..mungkin Allah lebihkan rezeki diorang kat situ..kita nih golongan terpilih yang kena berusaha lebih sket..jadik, teruskan usaha!chaiyokk!hehe..

    p/s: comelnya nama link blog kamu..hehe..

    ReplyDelete
  7. hehehe...panjang ek???


    tape....kite fikir positif
    rezeki mereka disitu, rezeki kite murah disini...


    folo u
    :)

    ReplyDelete