Showing posts with label Endometriosis. Show all posts
Showing posts with label Endometriosis. Show all posts

Monday, 20 June 2016

What's Next?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah berjaya ‘grad’ daripada suntikan lucrin yang keenam pada 24 Mei 2016. Hehe. Seminggu sebelum disuntik, saya diminta untuk membuat HSG. Keputusan HSG, kedua-dua tiub clear. Tiada cyst. Syukur Alhamdulillah! Lega sangat sangat sangat sangat :D

Sooo, what’s next?

Tunggu period untuk meneruskan treatment. Berapa lama nak period? Doktor kata bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang selepas sebulan, ada yang dua bulan, ada yang tiga bulan. Jadi, tunggulah dengan sabar. Saya harap lepas raya baru period. Kalau ada rezeki dapatlah puasa penuh tahun ni. InshaAllah.

Selama enam bulan disuntik lucrin dan tidak period, kesan paling ketara yang saya rasa adalah badan panas berbahang. Berpeluh-peluh. Tidur malam asyik nak on aircond jek. Pasal mood swing, rasa jugak. Tapi masih boleh control. Jarang la suami kena marah. Haha. Sakit lutut, rasa jugak kadang-kadang. Mungkin kurang calcium. Penambahan berat badan? Alhamdulillah tak naik. Sebab saya workout seminggu tiga kali. Mungkin sebab tu jugaklah kurang moody. Sebab bila workout, badan berpeluh dan mengeluarkan hormon gembira kot? Haha. Kesimpulannya, kesan lucrin ke atas saya yang paling saya tak tahan hanyalah panas badan. Syukur. Oklah, nanti dah start treatment, saya share kat sini ye? Doakan semoga tak tunggu lama untuk period. Aminn.

Selamat Berpuasa! Mohon maaf sekiranya ada silap dan salah saya kepada semua. Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa kita di bulan yang mulia ini. InshaAllah.

Di kesempatan ini jugak saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (in advance). Hehe. Bye!





Tuesday, 26 January 2016

Kisah Lucrin 3.75mg

Assalamualaikum,

Lama tak menulis blog sejak tiada progress treatment TTC.  Sebelum saya teruskan entry ini, maaflah sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya tulis. Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri sebagai pesakit yang mendapatkan rawatan di PPUKM.  Mungkin pengalaman korang tak seperti saya. Mungkin perjalanan rawatan korang smooth and steady. Ditakdirkan saya kena lalui benda-benda macam ni agaknya.


Kalau ada yang masih ingat, sebelum ni saya ada bagitau yang Doktor maklumkan saya tak perlu suntikan lucrin selepas laparotomy bulan Mac 2015 lepas kan? Rupa-rupanya salah judgement Doktor tersebut. Semuanya bermula bila saya ke MAC PPUKM untuk rawatan susulan 6 bulan post laparotomy. 28 Oktober 2015, saya ke MAC untuk berjumpa dengan Prof. Zainul. Macam biasa, waktu menunggu adalah sangat lama. Hampir 4 jam. Tapi saya tak kisah tentang itu. Menunggu pada saya adalah perkara biasa.

Kemudian, nama dipanggil dan saya masuk berjumpa Prof. Oh, sebelum itu saya ke bilik scan untuk TVS terlebih dahulu. Alhamdulillah, cyst tiada. Masuk berjumpa Prof. dan soalan pertama daripada beliau buatkan saya agak sakit hati, ‘Kenapa tak disuntik Lucrin selepas operation?’. Jawapan saya, ‘Manalah saya tahu Prof. Saya dah tanya Doktor masa sehari selepas operation, tapi Doktor kata tak perlu’. Prof sambung lagi, ‘Saya dah tulis dalam buku awak yang awak kena suntik Lucrin selama 6 bulan. Kenapa la Doktor ni tak inject? Bla bla bla bla’. Prof. membebel sebab Doktor yang handle kes saya tak suntik Lucrin kat saya. Saya dah malas nak menjawab sebab saya dah rasa sakit hati. Selama 6 bulan waktu saya membazir macam tu sahaja. Doktor sama Doktor pun boleh miscommunication. Yang lagi menyakitkan hati, kalaulah Doktor atau Prof atau nurse atau sesiapa sahaja buka dan review fail saya, diorang boleh call saya untuk datang amik suntikan. Tapi ni selepas 6 bulan baru ‘perasan’? Alahai.  Kemudian, hari itu juga Prof. suntik first dose kepada saya. Dan next appointment adalah pada 24 November 2015. Prof. minta saya rujuk kepada Doktor yang handle kes saya. Jangan jumpa Doktor lain katanya. Baiklah!

Beberapa hari sebelum 24 November, saya terima call daripada PPUKM minta appointment ditangguhkan pada 8 Disember 2015 atas sebab Doktor tersebut tiada pada ketika itu. Ok, tiada masalah. Sehari sebelum 8 Disember, saya terima mesej daripada PPUKM maklumkan appointment dipinda pada 5 Januari 2016. Pinda lagi? Haihh. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Saya bagitau suami pasal ni dan suami dah mula rasa tak puas hati. Suami membebel, saya diamkan saja.


5 Januari 2016, saya ke PPUKM bersama suami. Seperti biasa, letakkan kad temujanji di kaunter dan tunggu nama dipanggil. Tak berapa lama, nama saya dipanggil. Nurse di kaunter cakap, ‘Puan, Doktor A***a tiada hari ni. Mungkin kena tukar tarikh appointment’. Saya yang memang dah tak berapa boleh bersabar terus menjawab, ‘Kenapa tak call? Awak ingat rumah saya dengan PPUKM dekat ke nak ulang alik macam tu jek? Saya pun kerja jugak. Sekarang saya dah sampai. Tolong bagi saya jumpa mana-mana doktor yang ada. Biarlah tak jumpa dengan dia pun!’. Memang saya marah. Mungkin saya tak patut lepaskan pada nurse tersebut. Tapi boleh tak diorang prihatin dengan benda-benda macam ni? Kami pesakit boleh faham doctor sibuk. Kami boleh tunggu berjam-jam lamanya. Tolonglah.

Menunggulah lagi kami hampir 4 jam lagi. Dari pukul 9.00 pagi sehinggalah hampir pukul 1.00 petang barulah saya dapat masuk ke bilik Doktor. Saya ceritakan semua kat Doktor dan dia terus rujuk kepada Ketuanya. Doktor tu maklumkan yang saya sepatutnya tak boleh skip injection. Kena ikut regime sebulan sekali. Walaupun Doktor A***a tadek, nurse di kaunter sepatutnya tak boleh postpone appointment saya. Doktor tu minta maaf pada saya dan bagitau saya kena start balik suntikan lucrin selama 6 bulan berturut-turut. Doktor tu juga letakkan remarks dalam sistem yang appointment saya  tak boleh dipinda. Tetap kena datang sebulan sekali untuk suntikan. Tak kisah dengan mana-mana doktor.  Maka, saya perlu menghabiskan lagi 6 bulan untuk complete regime Lucrin. Bulan Jun 2016 barulah lengkap suntikan tu. Kemudian, kena tunggu 2 atau 3 bulan untuk period seperti biasa. Rasanya, setahun ni jugaklah menunggu.

Saya anggap ini part of ujian daripada Allah. Tapi kesabaran saya dengan PPUKM dah makin hilang. Suami apatah lagi. Marah betul dia. Nasib baik saya dapat pujuk dia tak payah masuk jumpa doktor. Nanti tak pasal-pasal doktor tu kena marah. Ni pun dah beberapa kali suami ingatkan, ‘Settlekan hal Lucrin 6 bulan ni. Lepas tu kita pergi hospital lain. Kali ni kita pergi hospital swasta. Sakit hati tengok u kena layan macam tu’. Suami saya jarang nak marah-marah sebenarnya. Selalu dia ikutkan saya jek. Saya pun dah rasa penat sebenarnya. Fikir nak habiskan regime Lucrin jek. Lagi pun saya boleh guna GL di PPUKM. Takpelah, sekarang ni biar selesai hal ni dulu. Nanti-nanti baru fikir nak sambung treatment ke mana.


Begitulah kisah saya, Lucrin dan PPUKM. Haha.  Jadi, azam tahun 2016 saya yang berkaitan dengan TTC boleh simpan ke tahun 2017 agaknya. Hehe. Azam sekarang adalah untuk menjalani kehidupan dengan GEMBIRA :)

Tuesday, 10 June 2014

Treat Endometriosis With Apple Cider Vinegar (ACV)

Assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya menyepikan diri! Hampir 4 bulan, kan? Membawa diri sangat ni. Hehe. Alhamdulillah masih sihat walafiat. Sibuk dengan kerja dan rumah tangga. Chewah.

Nak cerita pasal treatment memang tadek cerita la nampaknya. Sebab dah berapa lama dah tak jumpa Doktor Cantik. Bulan Februari hari tu nak try IUI. Tapi masa nak set appointment saya kena outstation lama jugak. Rugi la kalau dah beli ubat, cucuk ubat, tapi tak boleh follow up treatment dengan doktor. Maka, kami suami isteri sepakat untuk tangguh. Lepas tu bila nak sambung balik, suami bertukar kerja. Alhamdulillah dapat kerja baru yang kerja on weekdays saja. InshaAllah ini yang terbaik buat suami dan saya.

Ok, ok. Saya nak cerita pasal Apple Cider Vinegar atau ACV atau Cuka Epal ni sebenarnya. Saya memang ada minum air ACV ni. Tapi macam biasa, bila rajin minum laa. Bila malas, duduk laa botol tu diam-diam kat dapur. Tapi since dua bulan lepas, saya consistent minum dua kali sehari. Sekali sebelum sarapan, sekali sebelum tidur. Saya minum sebab nak kurangkan period pain saya. Alhamdulillah, dah dua bulan period tak sakit sangat. Dulu rajin minum air halba, tapi lama-lama tekak dah tak boleh terima. Huhu. Saya letak 1 sudu ACV, 1 sudu madu dalam segelas air. Kalau minum ACV tanpa madu, saya rasa macam 'tajam' sangat. Bila campur madu, sedap pulak. Haha. Kalau rajin, saya campur lemon sekali. Yang pasti, sejak minum vinegar honey drink ni, setiap hari tepat 5.45 pagi tanpa gagal saya akan terjaga. Termasuk sabtu dan ahad! Lepas tu dah tak boleh sambung tidur lagi dah. Badan pun rasa bertenaga sikit. Kat office pun dah tak mengantuk teruk macam sebelum ni. Eh, saya bukan jual produk yeee. Haha.

Saya ada google pasal ACV untuk pesakit endometriosis macam saya. Benarkah ACV boleh menyembuhkan? Google punya google, saya terjumpa testimonial daripada pesakit yang amalkan home remedies guna ACV salah satunya. 


Bila baca true experience macam ni, terasa semangat sikit. Biasalaa, orang yang 'istimewa' macam kita yang TTC ni kena selalu ada booster or kata-kata semangat macam ni. Kita pun macam manusia biasa yang kadang-kadang lemah dan cepat mengalah, kan? Hugs! Bye!



Monday, 17 February 2014

Endometriosis



Assalamualaikum,

Saya ada endometriosis. Sebelum saya tau saya ada endometriosis, doktor bagitau saya ada fibroid. Tapi entah macam mana, bila kali terakhir saya di scan di HUKM, saya dimaklumkan saya ada endometriosis. Saya beralih angin dari HUKM ke PHKL dan Dr. Adilah sahkan saya ada endometriosis. Masa saya tahu saya ada endometriosis, saya sedih. Saya berharap saya ada fibroid dan bukan endometriosis. Pelik, saya pun tak tahu kenapa saya fikir macam tu. Maka, bermulalah fasa mencari maklumat berkenaan endometriosis. 

Malangnya, bila semakin saya belajar atau kumpul maklumat pasal endometriosis, saya rasa semakin down, useless and hopeless. Endometriosis tidak boleh dipulihkan 100%, endometriosis tiada ubat, endometriosis penyumbang infertility, bla, bla, bla. Endometriosis hanya boleh dikurangkan simptom-simptomnya. Boleh dikatakan saya ada banyak simptom endometriosis. Paling ketara ialah sakit yang amat sangat ketika period. Betul. Sakit sampai saya menggigil, rasa sejuk, rasa panas, rasa nak pitam, rasa nak muntah. Macam-macam rasa. Selalunya saya akan sakit pada hari pertama dan kedua period. Setiap bulan tanpa gagal. Kecuali tahap kesakitan berbeza-beza bagi setiap bulan. Tapi masih sakit. Period saya bulan ni saya sakit yang amat sangat pada CD2. Saya terpaksa ambil emergency leave. Bila sakit, saya akan masuk toilet. Bila keluar ketulan darah, sakit akan kurang. 

Hari ni saya tak bersemangat nak buat kerja. Hari ni CD6 saya. Period saya akan kering pada CD2/ CD3. Runsing kepala saya fikir pasal ni. Pada suami saya mengadu. Tapi macam biasa suami akan suruh saya jangan fikir sangat. Betul, stress akan menyumbang kepada keterukan endometriosis. Tapi macam mustahil nak menjalani kehidupan tanpa stress, kan? Kalau ada sesiapa yang boleh hidup tanpa stress, tolonglah kongsi dengan saya. Saya cuba carik support group di internet. Nampaknya support group dalam Malaysia ni tak banyak, yang banyak semua dari luar. Bolehlah buat baca dan ambil semangat.


Hasil maklumat daripada internet, pesakit endometriosis perlu jaga diet/ pemakanan. Banyak makanan yang kena avoid. Banyak sangat. Makanan sehari-hari pulak tu. Saya dah la suka makan. Bertabah la nampaknya. Saya akan try amalkan diet/ pemakanan yang sesuai untuk endometriosis. InshaAllah. Saya sekarang tengah berkira-kira nak cuba rawatan alternatif seperti homeopathy atau ubat-ubatan herba cina. Dalam masa yang sama masih akan teruskan treatment di PHKL.

Sebenarnya, apa yang saya rasa sekarang ni lebih kepada frustrated dengan kekurangan diri. Kecewa dengan ketidakupayaan diri untuk pregnant. Sedih bila tengok orang terdekat pregnant. Yes, sekarang saya emosional dan sedang membiarkan negative thoughts bermain-main dalam kepala saya. Saya jugak manusia biasa yang kadang-kadang rasa tak berdaya nak fikir positive sepanjang masa. Pathetic, bukan?