Wednesday 31 December 2014

Penutup Tahun 2014 - Pengalaman Keguguran

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2014. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun ini. Ada gembira, ada sedih, ada jatuh, ada bangkit. Pelbagai rasa. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah.

Antara perkara paling menggembirakan berlaku pada saya dan suami adalah apabila kami disahkan mengandung. Seronok, tapi dalam masa yang sama takut dan risau. Tapi, Allah lebih berkuasa. Allah pinjamkan kami keseronokan itu selama 11 minggu. Terima kasih di atas doa korang.

9 Disember 2014, tarikh yang tak mungkin akan saya lupakan. Saya ke HUKM untuk follow up bagi mengetahui status kandungan. Confirmed kandungan tidak menjadi. Saya diberi 3 pilihan oleh doktor. Pertama, tunggu sehingga janin keluar sendiri. Kedua, guna kaedah memasukkan pil ke vagina bagi membuka pintu serviks dan janin akan keluar. Ketiga, procedure D&C. saya bagitau saya tanak tunggu lagi dan saya tanya doktor mana pilihan yang terbaik antara pil dan D&C. Doktor bagitau dia takkan buat D&C sebab banyak risiko. Saya ada fibroid yang membesar bila saya pregnant. Masa tu fibroid saya bersaiz 6cm x 6cm. Doktor kata ada risiko pendarahan berlebihan dan luka pada rahim dan fibroid. Jadi, saya setuju dengan kaedah pil. Tanpa berlengah, doktor isi borang kemasukan wad dan nurse hantar saya ke wad 2A, O&G, HUKM. Pertama kali naik wheelchair. Hehe. Pengalaman hidup. Masuk wad jam 12.30 tengah hari. Beg baju dan barang pun saya tak bawak sebab saya tak expect secepat ini. Terpaksa suami balik pack baju dan barang saya.

Jam 3.00 petang, Dr. Sya iaitu doktor yang check saya di Klinik O&G datang bagitau dia nak masukkan pil. Saya bergerak ke bilik rawatan di wad 2A. Berdebar-debar jantung ni. Sebelum doktor masukkan pil, doktor seluk untuk rasa sama ada pintu serviks terbuka. Allah, boleh tahan sakit juga doktor seluk. Pengalaman hidup lagi bila kali pertama diseluk. Hehe. Dr. Sya masukkan 4 biji misoprostol ke dalam vagina saya. Tak berapa sakit, tapi sangat tak selesa. Selesai masukkan pil, saya berjalan ke katil. Dr. Sya kata, pukul 7 dia akan masukkan lagi 4 biji. Dalam masa pukul 3 antara pukul 7 saya akan rasa sakit seakan contraction orang nak bersalin. 

Pukul 5.00 petang, suami sampai. Borak-borak dengan suami. Tiba-tiba saya rasa sakit. Macam disedut-sedut isi perut saya. Makin lama makin kerap. Menggigil badan dan jantung berdegup laju. Dah tak mampu nak borak dengan suami. Suami gosok-gosok tangan saya. Pukul 7 lebih, suami balik. Kemudian saya dipanggil untuk dimasukkan pil seterusnya. Masa ni saya dah start bleeding. Tapi sikit sangat. Pad yang saya pakai masa pukul 3 masih belum bertukar. Sekali lagi sebelum dimasukkan ubat, Dr. Sya seluk untuk check bukaan serviks. Masih belum terbuka kata doktor. Doktor masukkan lagi 4 biji misoprostol.

Saya berbaring saja di katil. Pukul 9.00 malam, parents in law datang melawat. Borak sekejap. Bila diorang dah balik, saya paksa diri untuk tidur. Dengan harapan janin akan keluar masa saya tidur. Alhamdulillah saya dapat tidur.

Pukul 1.00 pagi, 10 Disember 2014. Saya terjaga dan terasa darah keluar macam air paip. Tapi saya stay di katil. Saya belum rasa nak bangun ke toilet. Sebenarnya saya takut nak ke toilet seorang diri. Haha. Dasar penakut. Saya tertidur-tidur ayam sehinggalah pukul 4.00 pagi. Saya bangun ke toilet untuk tukar pad. Masa tengok pad yang penuh darah ni, rasa macam nak pitam pun ada. Saya terpaksa duduk di toilet semasa tukar pad sebab kalau saya berdiri, darah akan meleleh-leleh sampai ke lantai. Selesai tukar pad, saya berdiri nak sarung seluar dalam. Puppp, something keluar dan terjatuh ke lantai. Saya tengok nampak macam sarung (sac) dan ada ketulan darah kecil. Saya ambil dan bungkus dengan plastik. Masa tu saya menangis. Tak pasti apa perasaan saya ketika itu. Sedih sebab tengok janin yang keluar atau lega semua dah berakhir. Bawa ke kaunter nurse dan nurse sahkan itu janin. Nurse suruh saya berehat dan dia akan panggil doktor untuk check sama ada dah keluar semua atau masih ada yang tertinggal.

Pukul 6.45 pagi, doktor lelaki datang panggil saya ke bilik rawatan. Saya risau sebab ingatkan doktor ni akan check saya. Rupanya Dr. Sya dah tunggu dalam bilik rawatan. Lega. Dr. Sya seluk lagi. Kali ni memang rasa sakit. Kemudian doktor scan. Doktor kata semua dah keluar. Alhamdulillah. Petangnya saya dibenarkan balik. Suami hantar saya ke rumah mak saya di Shah Alam. Saya akan berpantang di sana. Saya diberikan MC 15 hari.

12 Disember 2014, pukul 5.00 pagi. Saya terjaga dari tidur sebab saya rasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Makin lama makin sakit. Duduk tak kena, baring tak kena. Semua tak kena. Saya menangis sebab terlampau sakit. Rasa lebih sakit dari kesan misoprostol. Mak saya dah panik kenapa saya sakit sangat. Saya cuba tahan jugak. Dalam pukul 2 lebih, saya dah tak mampu tahan. Saya message suami minta suami bawa saya ke emergency HUKM. Suami dari office sampai ke Shah Alam dalam pukul 3.30 petang. Terus ke HUKM. Pukul 5.00 petang baru sampai emergency O&G. Nurse minta saya bagi urine sampel. Doktor perempuan datang scan dan check. Kena seluk lagi. Kali ni siap kena korek kot-kot ada sisa ketulan darah yang tinggal. Allah, sakit sungguh. Sampai menangis depan doktor. Kemudian doktor tengok result urine. Doktor kata ada infection. Sebab tulaa sakit sangat. Doktor membebel sebab masa saya discharge wad sebelum ni saya tak dibekalkan antibiotik. Apa-apalah doktor. Saya dah sakit sangat, tak mampu nak bercakap lagi dah. Dapat antibiotik dan painkiller. Terus saya makan painkiller. Lega sikit sakit dah kurang. Dua hari lepas tu dah tak rasa sakit lagi dah.

Sepanjang berpantang dengan mak, saya makan apa yang mak masak. Makanan yang sejuk-sejuk atau yang gatal-gatal, mak tak bagi makan. Mak ada panggil makcik urut untuk urut saya. Kemudian makcik tu ada share bahan-bahan untuk blend dijadikan air jamu. Makcik tu cakap elok untuk dalaman dan boleh membantu untuk mengecutkan fibroid. Nama bahan-bahan memang pelik. Haha. Makcik urut cakap boleh cari di pasar chow kit. Saya belum berkesempatan cari. Lagi pun saya tunggu period datang baru boleh minum. Makcik pesan minum 3 pagi berturut-turut selepas period kering. InshaAllah saya akan cuba. Nanti saya share ye apa bahan-bahan tu. InshaAllah.

Walau pun saya keguguran, saya tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sekejap untuk saya dan suami. Saya merasa morning sickness, muntah-muntah. Alahan pada bau dan makanan. Saya merasa sakit seakan-akan contraction orang bersalin. Saya tau family dan kawan-kawan semua ambil berat pasal saya. Dari situ juga saya tahu suami saya ambil berat dan jaga saya dengan baik sepanjang saya pregnant. Selepas keguguran pun suami masih jaga dan ambil berat. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Apa yang paling saya bersyukur ialah bila saya dan suami dapat terima ketentuan ni dengan baik dan move on dengan cepat. Kami memang looking forward to 2015 untuk mulakan balik semuanya. Kami percaya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. InshaAllah.

Kita yang TTC ni kuat, kan? Don't ever give up and always have faith in Allah. Happy new year!



Monday 1 December 2014

6th Wedding Anniversary

Assalamualaikum,

Hmmm. Entah macam mana nak disampaikan apa yang terbuku di hati sekarang. Entah kan sesuai, entah kan tidak. Type, delete. Type, delete. Dua tiga hari jugak saya cuba nak post entry ni. Tapi tak jadi, simpan draft. Kemudian delete draft. Huhu.

Hari ni, saya post jugak entry ni. Sebelum itu, saya mintak maaf kepada semua sekiranya entry ini mengguris hati. Ketahuilah bahawa hati saya lagi gundah gulana. Hmmm.

Alhamdulillah, saya pregnant. Dipendekkan cerita, tiga home upt positif dan tiga kali result positif dari klinik yang berlainan. Tarikh last period (LMP) saya adalah pada 23 September 2014 (CD1). Oleh kerana saya ada fibroid, maka saya buat appointment dengan Klinik O&G HUKM kerana rekod perubatan saya memang dah ada di sana. Perasaan kami suami isteri pada saat upt positif, sangat sukar nak digambarkan. Kami gembira, tapi kami takut untuk terlalu excited. Kami risau. Ya, sangat risau. Entah kenapa. Mungkin sebab ada pengalaman chemical pregnancy sebelum ini.

25 November 2014, beberapa hari selepas our 6th wedding anniversary. Saya dan suami ke HUKM dengan harapan yang tinggi untuk melihat zuriat kami. Sepatutnya kalau ikut kiraan dari tarikh LMP, saya sudah 8 minggu mengandung. Giliran saya sampai untuk di scan. Semasa scan, saya dimaklumkan hanya kantung yang kelihatan. Tiada yolk sac, tiada baby, tiada heartbeat. Saya pandang muka suami yang ada sama dalam bilik scan. Suami kelihatan sedih. Kemudian pegawai yang scan maklumkan nak buat TVS. Saya angguk. Hasil TVS tetap sama. Tapi pegawai tersebut maklumkan mungkin masih awal. Ukuran kantung pada scan adalah 5w3d. Ya Allah, kenapa macam ni sedangkan kalau ikut LMP sepatutnya 8w? Kami keluar dari bilik scan dan tunggu giliran untuk berjumpa doktor. Kami berborak kenapa itu, kenapa ini? Tapi kami tiada jawapan.

Masuk bilik doktor, doktor tengok result scan dan history saya yang berjela di dalam buku rekod perubatan saya. Doktor kata ada dua kemungkinan, mungkin baby tak develop atau miscarriage. Saya pandang suami, saya nampak air matanya bergenang. Sama macam bila saya tunjukan upt pertama yang positif sebelum ini. Bezanya air muka suami kali ni sedih. Saya tahan diri daripada menangis. Doktor tanya sama ada saya ada bleeding atau tidak. Seingat saya, saya tak pernah bleeding. Doktor tanya adakah saya ada loya atau muntah. Saya cakap memang saya ada muntah, tapi bukanlah hari-hari. Doktor kata, ok itu tanda masih mengandung. Doktor bagi tempoh 2 minggu untuk datang check semula. 9 Disember 2014 penentu sama ada kandungan saya ada atau tidak. 

Masuk kereta, keluar dari hospital, keluar jugak airmata yang saya tahan. Suami biarkan saya menangis sambil usap bahu saya. Kemudian, kami singgah makan sebab belum lunch. Masa tu saya rasa tak mampu nak telan makanan saya. Suami pujuk suruh makan. Suami kata masih belum pasti. Entah-entah baby ada. Saya makan jugak. Sampai rumah, kami berborak lagi. Lebih kepada pujuk memujuk antara satu sama lain. Sebarang kemungkinan kami kena redha. 

Kami teruskan kehidupan seharian kami macam biasa. Cuba untuk positifkan diri walau pun ada ketikanya mengalir jugak air mata saya. Murah betul air mata ni mengalir sejak-sejak balik dari HUKM. Ada hari yang saya rasa positif sangat yang kandungan ni ok. Ada hari yang saya rasa down sangat. Macam tulaa saya. Tempoh 2 minggu ni terasa lama sangat. Sejak balik dari HUKM, kami masih belum ke mana-mana klinik untuk scan. InshaAllah sebelum 9 Disember ni kami akan dapatkan second opinion. Sabtu lepas, saya ada yellowish discharge. Saya teringat doktor pesan, selagi discharge tu bukan coklat gelap atau darah, jangan risau. Tapi, hati siapa la yang tak risau kan? Dah la dalam keadaan macam ni. Saya bagitau suami, suami cakap "kita bersedia for the worst. Kita doa banyak-banyak. Tapi kita kena redha apa jugak yang jadi". Saya lega bila suami macam tu. Saya tau suami sedih, tapi saya bersyukur sebab suami sentiasa ingatkan saya untuk redha. 

Jika bukan rezeki kami...Hanya Allah tahu yang terbaik untuk kami.





Monday 27 October 2014

Jom Detox!

Assalamualaikum,

Saya dah lama stop dari sebarang ubat-ubatan hospital. Last masa saya buat IUI di MAC HUKM dulu. Lepas tu saya teruskan dengan makan acid folic, multivitamin, vitamin B, C dan E. Kadang-kadang saya makan Zinc suami punya. Hehe. Tapi macam biasa, bila dah terlalu banyak vitamin makan, saya jadi malas. Saya makan vitamin B sampai habis sebotol. Kemudian tak beli dah. Sempat amalkan 3 botol rasanya. Multivitamin saya makan bila saya ingat. Vitamin C dan E pun macam tu. Haihh. Teruk betul. Tak istiqamah langsung. Jangan tiru macam saya tau!

Dalam masa yang sama, saya minum ACV. Lama jugak saya amalkan minum ACV sampai laa saya dapat gastric/ acid reflux. Teruk jugak saya kena acid reflux. Tak boleh tido, tak boleh duduk sebab perut rasa penuh jek. Susah nak bernafas. Eh, macam-macam laa. Sampai saya kena inject dengan doktor. Ubat pulak punya laa banyak kena makan. Terus saya stop ACV. Saya tak salahkan ACV sebab ada orang kata gastric dia hilang bila minum ACV. Badan saya ni lain macam kot. Haha.

Kemudian, saya beli chia seed. Saya amalkan minum chia seed water. Saya pernah buat entry blog pasal ni. Silalah godek-godek entry lama kalau nak tau. Hehe. Ini memang saya istiqamah. Rajin betul saya teguk chia seed water ni. Sebab saya rasa paling senang nak buat dan telan. Tasteless. Setiap pagi saya akan minum chia seed water. Di samping makan acid folic tanpa gagal setiap hari juga. Hehe.

Selain chia seed dan acid folic, satu lagi benda yang saya istiqamah ialah minum infused water/ detox water. Sebelum ni saya hanya minum air hirisan lemon. Itu pun dikira detox water jugak. Tapi saya tak ingat bila, saya mula campur hirisan timun ke dalam air lemon tu. Kadang-kadang saya letak daun pudina. Selalu lepas balik kerja saya akan buat satu jug detox water. Simpan dalam peti sejuk. Sebelum tidur saya minum segelas. Esok pagi sebelum pergi kerja, minum lagi segelas. Lepas tu saya bawa sebekas ke pejabat. Minum sebelum lunch. 

Ini lemon + timun + grapefruit. Konon nak kurus, saya beli laa grapefruit. Nak makan begitu saja memang tak sedap. Masam dan pahit!

Apa yang saya rasa bila rajin minum detox water ni? Jawapan paling standard, rasa lawas! Haha. Nama pun detox kan. Hehe. Lain-lain saya tak nampak sangat. Ada la rasa perut macam kempis. Tapi suami selalu kata itu perasaan saya jek. Huhh. 


Korang boleh letak buah apa-apa pun. Ikut apa yang korang suka. Potong-potong, campak-campak. Hehe. Sekarang pun hangat sana-sini orang buat detox water ni kan? Jadi apalah salahnya korang cuba. Saya dah cuba berbulan-bulan jugak laa. Saya rasa bagus untuk bagi badan rasa ringan dan cergas. Benda yang mudah dan senang ni jangan dilepaskan. Cubalah :)

Ok, bye!


Sunday 26 October 2014

Bukan Perihal TTC


Assalamualaikum.

Sebenarnya saya dah lama terfikir. Nak share ke tak pasal ni. Tapi malam ni rasa macam nak share jugak laa. Hehe. Ehh kejap! Bukan saya pregnant. Belum lagi. Hehe.

Selain daripada sibuk dengan kerja dan TTC, saya jugak ada buat bisnes kecil-kecilan. Jual tudung sebenarnya. Hehe. Nak kata baru, tak jugak. Nak kata dah lama, pun tak jugak. Ada laa sikit-sikit. Alhamdulillah ada sambutan. Medium bisnes tu adalah menggunakan Instagram.

Latest produk ialah Shawl Butterfly Glitter. Baru jek update stock. Ada 8 warna buat masa sekarang. InshaAllah akan tambah warna lain soon. 





So, kepada yang ada instagram tu, sudi-sudikan laa jenguk. Tengok jek pun takpe, saya tak paksa beli. Haha. Kalau ada yang berkenan, InshaAllah harga boleh runding punyaa. Hehe.

Oklaa. Jemput laa ke instagram @sorellewardrobe . Thank youuuu!

Thursday 4 September 2014

Anak Angkat

Assalamualaikum,

Saya tahu kita semua yang TTC ni mesti pernah ada terfikir nak ambil anak angkat, kan? Saya pun pernah terfikir. Selalu fikir sebenarnya. Saya pun selalu berbincang dengan suami pasal ni. Tapi suami minta kami cuba IVF dulu. InshaAllah, tahun depan kami akan buat IVF. Tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi nak masuk tahun depan. Semoga kami suami isteri dapat persiapkan diri, mental dan fizikal untuk menempuhi IVF. Doakan yang terbaik untuk kami, ya?

Ok, berbalik kepada hal anak angkat. Saya pernah tanya pendapat family saya. Macam mana kalau kami ambil anak angkat? Family saya tiada halangan. Lepas tu saya ada borak dengan adik ipar (adik suami), saya tanya dia agaknya apa pandangan family belah sana? Adik ipar cakap, mak mertua pernah sebut pasal ambil anak angkat sebab adik ipar pun dua tahun kahwin baru ada anak. Mak mertua tak kisah. Nampak macam kedua-dua family tak kisah pasal anak angkat. InshaAllah.

Saya pernah tulis post pasal ni. Boleh baca kat SINI. Ada beberapa komen dalam entry tu. Saya minta maaf sebab tak reply komen-komen kat situ. Mungkin masa tu saya tengah jiwa lara agaknya. Hehe. Terima kasih banyak-banyak kepada yang komen. 

Dalam beberapa komen tu, ada komen yang sangat membantu dan boleh dijadikan guide kepada mana-mana TTCians yang bercadang nak ambil anak angkat tapi tak tahu macam mana. Meh saya share sikit kat sini.

 
 
Dan, pagi tadi saya baru log in blog. Ada 1 komen pasal anak angkat daripada Kakak Anonymous. Saya rasa kagum dengan semangat kakak ni. Saya rasa kakak ni sangat kuat. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kakak ni dan suaminya.

 
Sama-sama kita berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita. Jika anak angkat caranya untuk kita merasa nikmat sebagai seorang ibu, berdoalah semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran. "Wama Karu Wama Karallah. Wallahu Khairul Makirin". Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik. InshaAllah :)