Tuesday 9 July 2013

Jumpa Dr. Adilah Ahmat, PHKL

Assalamualaikum,

Saya baru balik dari Pantai Hospital KL. Last week saya call mintak appointment nak jumpa Dr. Adilah Ahmat. Thanks to Qimie sebab suggest untuk call sana. Alhamdulillah, dapat jugak saya jumpa gynea dengan cepat.

Lepas saya cerita history ttc saya, Dr. Adilah pun buat TVS. Surprisingly tak sakit langsung. Kalau tak sebelum ni selalu rasa sakit dan macam 'terkejut' sikit bila scanner tu masuk. Doktor explain apa yang ada pada skrin. Doktor cakap ovari kanan saya normal dan ada tanda ovulation. Tapi ovari kiri saya berada pada kedudukan yang tinggi daripada yang normal. Doktor cakap memang ada tanda-tanda endometriosis. Tapi internal endometriosis atau dikenali sebagai Adenomyosis. Bahasa yang mudah difahami, ada ketumbuhan atau cyst di dalam uterus. Dari scan, doktor bagitau ketebalan dinding rahim saya dari depan adalah normal, 1cm. Tapi dari belakang sangat tebal, iaitu 5cm. Rahim nampak bengkak dan ada kemungkinan kedudukan ovari kiri yang tinggi dari normal disebabkan bengkak ni. Kalau nak details info, korang boleh google. Banyak info pasal ni.

Saya tanya apa treatment yang boleh doktor suggest? Doktor cakap kalau nak operate pun agak susah. Sekarang doktor nak tahu kedudukan tiub fallopio pada ovari kiri. Adakah tiub masih di kedudukan asal, atau dah berubah kedudukan tinggi sama macam ovari. Kalau tiub berubah kedudukan macam ovari, doktor cakap ok, tak perlu operate untuk betulkan. Tapi kalau tiub masih di kedudukan asal, mungkin perlu operate betulkan kedudukan. Doktor bagitau, dengan kedudukan ovari kiri yang tinggi tu boleh mendatangkan risiko kalau buat IVF sebab ada potensi jarum yang tercucuk pada tiub dan sebabkan pendarahan. Mungkin ini petunjuk Allah kepada saya dan suami yang asyik lengahkan IVF. Wallahualam.

Sekarang apa yang doktor suggest saya buat ialah buat semula HSG test di Tawakal selepas raya, makan clomid 2 biji sehari dari CD3 sampai CD7. Datang semula jumpa doktor pada CD8. Tapi tunggu period selepas raya. Sebelum balik, saya pergi lab untuk test darah. Doktor suruh saya buat CA 125. Saya google, test ni untuk cancer actigen dan untuk detect endo, fibroid, cyst, lump dan sebagainya. Bulan Ramadhan ni doktor pesan banyakkan ibadah, mohon ampun pada Allah, mohon petunjuk dan doa banyak-banyak. Doktor cakap tak perlu risau sangat, InshaAllah ada jalan penyelesaiannya. Ini first time saya jumpa gynea perempuan. Dr. Adilah sangat lembut dan tak semena-mena saya rasa relaks bila jumpa dia. Saya boleh cerita history saya dari A-Z tanpa dia interupt dan terus jump to conclusion. Rasa beban di hati saya berkurangan sikit lepas jumpa doktor hari ni. Walaupun saya sedih dengan kekurangan diri ni, tapi saya tetap bersyukur bila diberi petunjuk macam ni. Alhamdulillah.

Kos untuk treatment hari ni:

Admin fee : RM4.00
Consultation & Assessment (1st Consult) : RM 180.00
Ultra Scan Pelvis (TVS) : RM 90.00
Blood Test (CA 125) : RM70.00
Medication (Clomid & Antibiotic) : RM 52.40

TOTAL = RM 396.40


Wednesday 3 July 2013

Belajar Untuk Redha.

Assalamualaikum,

First of all, terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang komen entry semalam. Special thanks to KEKDA sebab sudi whatsapp dan share experience Kekda pasal endo. Semalam lepas balik dari HUKM dan lepas update blog, memang saya rasa down sangat. Tapi bila Kekda bagitau apa yang perlu buat, treatment macam mana, barulah saya rasa lega. Baca komen kawan-kawan yang banyak membantu pun buat saya lega. Terima kasih.

Suami dah dikhabarkan pasal treatment semalam. Melalui mesej saya bagitau, 'Asalnya nak check fibroid, sekali ada penyakit lain yang doktor cakap lagi bahaya daripada fibroid. Endometriosis. Doktor cakap orang yang ada endo memang susah nak pregnant. Kalau buat IVF pun 50-50. Sorry sebab ada banyak penyakit'. Suami reply, 'Takpe. Kita bagi settle satu-satu. Check dulu apa yang patut buat. Kita buat treatment dulu baru fikir pasal anak'. Sedih sangat perasaan masa tu. Saya bagitau suami saya nak buat treatment di Klinik Dr. Hamid Arshat memandangkan doktor HUKM cakap macam tadek apa yang boleh dibuat. Huhu. Suami setuju. Saya call dan dapat tarikh appointment pada 26 November 2013. Lambat lagi! Takpe, sabar.

Lepas ramai yang suggest untuk dapatkan second thought, saya pergi ke Klinik Pakar Wanita Medina di Taman Melati. Tanya di kaunter, kena  buat appointment sebulan awal. Tarikh appointment TVS saya pada 2 Ogos 2013. Pun lambat jugak! Tapi saya still book tarikh tu. Suami balik kerja semalam, saya cerita dengan suami. Suami mintak saya try tanya klinik lain kalau-kalau boleh walk in untuk TVS. Saya ingat balik kerja ni saya nak singgah satu klinik sakit puan di Jalan Gombak. Hari ni perasaan saya ok daripada semalam. Tapi still saya nak tau tahap mana endo tu. Sebab tu kalau boleh saya nak check cepat-cepat. Hopefully saya dapat jawapan dan penerangan details pasal ni. Yelaa, semalam masa kat HUKM doktor tadek pun sebut berapa besar saiz endo tu. Dan saya pun tak dapat berfikir dengan baik semalam. Jadi saya terlupa nak tanya. Bila saya dah sampai rumah baru saya terfikir, 'Endo ni ada stages. Endo aku stage mana? Serius ke? Endo kan boleh rosakkan rahim, tiub semua'. Ya Allah, risau betul. Tapi kerisauan hari ni kurang daripada semalam laa. Hehe. 

Semalam petang, lepas balik dari Klinik Medina, saya duduk sorang-sorang. Saya fikir yang ini semua ketentuan Allah. Kalau saya sedih sekali pun bukan boleh baik. Saya kena usaha cari jalan penyelesaian. Saya kena terima, kena redha. Saya harap saya tak putus asa. Saya harap Allah sayang saya bila Dia uji saya macam ni. Saya menangis sungguh-sungguh. Saya cakap lepas ni saya taknak menangis macam saya tak redha terima ni semua. Hasilnya, bila suami sampai rumah, bila saya cerita kat suami pasal ni, saya sikit pun tak menangis. Hebat tak saya? Hehe. 

Someone used to tell me, 
'Kalau nak menangis, nak mengadu nasib diri, buat di tikar sejadah. Mengadu pada Allah. Allah akan dengar tanpa Dia persoalkan kita'.


Tuesday 2 July 2013

Endometriosis?

Assalamualaikum,

Hari ini saya ada appointment di Klinik O&G HUKM. Saya yang call minta appointment untuk check fibroid saya. Lama dah tak scan fibroid. Last sebelum IUI bulan November 2012.

Lama saya tunggu turn untuk jumpa doktor. Dari pukul 8.45am sampai la pukul 12.45 tengah hari. Tapi bila saya di scan, doktor bagitau fibroid saya tak dapat dilihat di skrin. Apa yang dia nampak, rahim saya macam bulat. Dia cakap saya ada endometriosis. Terkejut saya dengar. Lepas dah scan, saya jumpa semula gynea. Dia pulak cakap, 'Puan tak perlu follow up treatment kecuali bila sakit teruk masa period atau ada tanda-tanda lain. Tiada ubat untuk endometriosis. Memang akan susah pregnant kalau ada endometriosis. Bila puan dah ready nak sambung treatment di MAC, gynea sana akan check balik'. Macam tu jek dia cakap. Jujur saya sedih. Saya rasa macam tak dapat nak terima hasil pemeriksaan tadi. Saya confused.

Kawan-kawan yang ada endometriosis, tolonglah share dengan saya. Apa yang perlu dibuat untuk elak daripada serius? Apa makanan yang kena avoid? Kat klinik/hospital mana yang bagus untuk buat rawatan endometriosis? Tolonglah. Thanks a lot. Thanks in advance.

Dah lama saya tak menangis pasal treatment atau pasal kekurangan diri ini. Tapi hari ini air mata saya jatuh jugak. Saya seolah-olah macam pertama kali buat ttc treatment dan baru dapat tahu yang saya memang susah nak pregnant. Perasaan down sama macam bila saya mulakan treatment dulu :(