Wednesday 30 November 2011

Tuesday 29 November 2011

Masalah berat badan lagi!

Assalamualaikum,

Saya nak membebel sket pasal berat badan sendiri. Huhu. Kalau nampak kat sebelah nih misi diet saya macam lama sangat dah tak update kan? MEMANG PON! Last masa bulan Ramadhan yang lepas, Ogos la kiranya, berat saya 58.2 kg. Saya berjaya maintain 58-59 kg dalam masa bulan September. 

Tapi, tapi, tapi sehinggalah saya start balik treatment untuk IUI #2 saya dalam bulan Oktober. Berat badan kembali naik hasil daripada clomid (yer, memang saya salahkan clomid ;p). Gynea pon pesan dekat saya jangan push sangat workout kalau nak pregnant. Aik? Saya jadik hairan. Teruslaa saya slow kan activity workout saya. Setelah 3 bulan mula balik treatment (termasuk IUI#3 bulan nih), berat saya telah naik semula secara rasminya. Sekarang berat terkini saya adalah 61 kg! Kembali kepada range 60. Haishhhhhh! Maksudnya, dalam masa 3 bulan saya gained 2-3 kg. Arghh! Nak turunkan punya laa struggle. Nak tambah senang jek. Cishhh!

Macam mana la nak kurangkan berat nih wahai kawan-kawan yang disayangi? Sentap!

Ok, bye!

Sunday 27 November 2011

3rd Wedding Anniversary

Assalamualaikum,

Kalau ada yang perasan ticker kat right side bar blog nih, dah 3 tahun 5 hari usia perkahwinan kitorang. 3rd weeding anniversary kitorang pada 22 November yang lepas. Celebration? Hadiah? Nan hado! Haha. Suami kat sana, isteri kat sini. Macam tuh laa sebelum-sebelum nih pon. Hanya ingatan yang menjadi hadiah. Chewahh! Hehe. Cara kitorang celebrate anniversary every year adalah dengan pergi holiday. InsyaAllah, jika tiada aral, 20 Disember nih kitorang akan berangkat ke negara Tembok Besar :) Tak sabar rasanya. Mudah-mudahan tadek halangan laa. 

Bulan lepas dengan bulan nih, jadual kerja saya hectic sangat. Sampai kadang-kadang tak sempat nak makan.  Bunyik macam over kan, tapi memang btol. Busy sangat! Nih nextweek 1 hingga 3 Disember saya ada mesyuarat kat Kota Kinabalu. Dengan kerja kat office yang makin bertambah, projek nak tender out. Adehh. Hujung-hujung tahun ingatkan relax sket, rupanya lagi sibuk! Sebab tuh tak sabar nak pegi bercuti tuh. 7 hari kat sana, saya nak enjoy and relax puas-puas. Hehe. 

Oklaa, cukup-cukup laa saya membebel di hari Ahad ini. Ohh, di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru/ Salam Maal Hijrah untuk kawan-kawan semua. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan dan rahmat kepada kita semua :)

Tuesday 22 November 2011

Terima Kasih.

Assalamualaikum,

Hari ini 4dpiui, maksudnya hari ke-empat selepas prosedur IUI. Entry ini bukan nak cerita pasal IUI lagi dah. Ermm, Ahad lepas saya dan suami ke rumah MIL. Time tengah tolong MIL nak prepare food for dinner, MIL saya tanya pasal IUI #2 saya. Saya cakap tak berjaya lagi. Lepas tuh saya cakap yang saya dan suami dah proceed dengan IUI #3 pada hari Jumaat. Malas nak bagitau sebab macam segan bila bagitau, IUI failed. Huhu. Lepas tuh saya cakap yang kalau still tadek rezeki, saya nak rest dulu. Maybe next year baru start treatment balik. Tengok la macam mana, tukar ke LPPKN ke HUKM ke. MIL cakap kalau nak ke HUKM nanti bagitau dia sebab cousin suami ada keja doktor kat sana dan boleh tolong uruskan appointment dengan Prof. Zainul. Saya pon ok laa. 

Lepas tuh saya tanya pasal SIL saya yang baru last month start 1st appointment dengan Prof. Zainul. MIL bagitau yang period SIL dah delayed and dia buat UPT, keputusannya +ve. MIL ingatkan SIL dah bagitau saya, sebab kami selalu message pasal treatment nih. SIL saya tak sempat buat treatment apa-apa pon dengan Prof Zainul tuh. Just pegi untuk scan dan kaunseling jek last month. Saya cakap, 'Alhamdulillah. Dah sampai rezeki diorang. Bagus laa tak payah nak go through fertility treatment nih semua. Susah ma kalau banyak masalah nih'. Masa saya cakap tuh, sungguh saya ikhlas. Saya tau macam mana susahnya nak dapatkan zuriat walaupon usaha saya nih tak la seberapa berbanding orang lain. MIL saya reply, 'Takpe laa. Doa banyak-banyak untuk IUI #3 nih. Nanti mama papa buat solat hajat. Tapi korang kena banyak doa jugak. Jangan putus asa'. Time tuh mata saya dah bergenang dengan air mata. Saya tak kuat sebenarnya. Lagipon saya jarang nak cakap-cakap sangat pasal keinginan nak anak nih dengan MIL. Even though dengan mak sendiri pon jarang. Sebab saya tau, kalau saya cakap nanti saya sedih.

Saya cerita la kat MIL, 'Sebenarnya tak expect pon cepat pulak IUI kali nih. Baru CD8. Tapi scan telur dah besar sebab tukar ubat. Dah tak makan clomid, tapi amik injection. Cucuk sendiri kat perut setiap malam selama 6 hari. Nurse ajar laa. Pastu doktor suruh datang petang Jumaat. Try jelaa lagi sekali.' MIL punya muka time tuh macam surprise, dia cakap 'Cucuk sendiri? Tak sakit ke?'. Saya jawab, 'Sakit jugak. Tapi kejap jelaa. Masuk 2nd day dah pandai dah. Hehe'. Pastu MIL terus cakap, 'Ingat nih mama nak cakap nih, jangan sedih-sedih. Semua susah payah yang korang lalui tuh, sakit time buat treatment tuh sume Allah akan bagi ganjaran yang setimpal. Jangan fikir tuh semua sebagai kekurangan. Jangan stress sangat. Mama tengok korang suami isteri happy, mama pon happy. Sama macam Angah, mama cakap macam nih jugak. Ada rezeki, lambat dengan cepat jek. Dah kebetulan rezeki dia dah sampai'. Saya angguk-angguk and senyum jek masa dengar MIL cakap. Pastu saya mintak diri nak solat maghrib. Masuk dalam toilet ambil wuduk, terus airmata laju jek keluar macam empangan pecah. Saya cerita kat suami yang SIL dah pregnant, tapi saya tak cerita apa yang MIL cakap kat saya. Sebab saya tanak nangis-nangis depan suami. Tapi suami tau saya sedih and menangis. Suami diam tak tanya apa-apa. Bagus jugak sebenarnya dia tak tanya. Hehe.

Malam time nak tidur, airmata pon degil tanak berhenti mengalir. Suami masuk bilik nak tidur, saya dah separuh sedar dah. Lelap-lelap macam tuh. Tapi saya sedar laa suami peluk saya. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dalam keadaan macam nih, suami sangat memahami dan membantu. Mak saya, ayah saya, adik-adik saya semua bagi sokongan. Keluarga mertua pon macam tuh. Alhamdulillah PIL saya pon akan dapat cucu. Sama macam mak ayah saya yang dah dapat cucu. Tapi bukan dari anak sulung diorang laa (saya dan suami, dua-dua anak sulung). Hehe.

Saya tak kuat sangat sebenarnya. Saya sedaya upaya lawan perasaan kecewa tuh, tapi kadang-kadang saya gagal jugak.

Ok, bye!

Monday 21 November 2011

IUI #3

Assalamualaikum,

Firstly, thank you so much kepada kawan-kawan TTC yang mendoakan saya dalam entry sebelum ini. Thanks a lot!

Jumaat lepas (18/11/2011), pukul 12 tengah hari saya dan suami sampai ke Klinik. Selesai urusan suami membekalkan sperm, kami balik ke rumah untuk suami solat Jumaat. Agak kelam kabut jugak laa. Pukul 2.30 petang kami sampai semula ke klinik. Terus nurse mintak saya masuk dalam bilik, baring dan ready untuk IUI. Start IUI dalam pukul 2.45 petang macam tuh. Sekejap sangat dah settle. Sampai saya tanya doktor, 'Dah ke doktor? Tak susah ke? Dah dua kali saya buat IUI sebelum nih susah nak masukkan sebab RU saya tuh'. Doktor jawab, 'Dah, I nampak jek laluan tuh. Tadek masalah'. Alhamdulillah. IUI saya kali ini dipermudahkan, sekejap dan tak sakit langsung. Syukur kepada Allah :) Selepas dah settle, saya dibiarkan berbaring hampir 1 jam! Sampai tertidur-tidur saya dibuatnya. Hehe.

So, macam biasa laa 2ww. Kena makan duphaston dua kali sehari selama 2 minggu. Hari ini masuk 3dpiui. InsyaAllah, kalau dah tertulis ada rezeki saya dapat zuriat kali nih, ada laa. Kalau belum rezeki, saya terima. Mungkin saya akan berehat panjang daripada TTC kalau IUI #3 nih gagal jugak.

 Doakan saya, yer! Thanks :)

Ok, bye!



Thursday 17 November 2011

IUI #3: TVS CD8

Assalamualaikum,

Pukul 7.15 pagi tadik saya sampai di Klinik. Semangat kan sampai awal? Hehe. Sebenarnya sebab jalan yang tak berapa sesak. Dalam saya sampai awal pon, saya orang ke-4 untuk TVS. Kan saya dah tukar ubat daripada clomid kepada folliova jab, kan? So, arini nak tengok la perkembangan folikel sama ada respons baik dengan ubat atau sebaliknya.

Semasa TVS, ada 2 folikel sebelah kanan (size 17.2mm, 12.6mm) dan 2 folikel sebelah kiri (6.9mm, 8.8mm). Doktor macam surprise jugak sebab dah ada 'telur' yang matang kat ovari kanan. Padahal baru hari ke-8. Kesudahannya, esok petang saya akan proceed dengan IUI #3. Saya pulak yang surprise bila doktor cakap, 'Ok, esok petang buat IUI yer puan.' Huhu. 

Saya dah cakap dekat suami, makanya petang nih suami akan pulang ke pangkuan isteri. Auww~ Pastu saya cakap siap-siap, 'If this time tadek rezeki jugak, I nak rest panjaaaaaaangggg pasnih. Bole?'. Suami cakap, 'Bolehhhhhhhh'. Hehehe.

Sooooooooooo, here we go again. Ready for the next IUI. I'll be going through the same procedures again. Hopefully, luck is on our side this time. InsyaAllah :)

Ok, bye!

Wednesday 16 November 2011

Keliru

Assalamualaikum,

Since this morning saya terfikir-fikir, 'Boleh ke nak prepare untuk jab malam nih? Dengan luka kat jari yang makin bengkak nih. Macam mana nak patahkan muncung botol ubat nih?.' Skang pon macam susah nak pegang benda. Nak pulak kalau buat bisnes kat toilet. Al maklumlah, tangan kiri yang injured. Paham-paham jelaa. Haha! Malam nih last injection sebenarnya. Nak try ke buat-buat lupa nak inject ke pergi klinik suruh doktor tolong inject? 

Baru Allah tarik sekejap nikmat satu jari sebelah kiri dah jadik susah sket nak buat apa-apa. Macam mana la dengan orang yang kurang upaya tuh kan? Insaf. Bersyukur dengan kurniaan Allah ke atas diri ini. Muhasabah diri.

Ok, bye!

*Update_11:18AM_17/11/2011 : Semalam saya berjaya jugak inject sendiri. Bungkus botol tuh dengan towel morning kiss. Payah gak nak patahkan muncung, tapi berjaya jugak akhirnya :)

Tuesday 15 November 2011

Injured

Assalamualaikum,

Amaran: Kepada sesiapa yang takut/ geli tengok darah, better jangan tengok gambar kat entry nih.

Tadi semasa saya tengah buat preparation untuk folliova jab, semasa nak patahkan muncung botol ubat tuh saya mengalami kecederaan. Jari telunjuk kiri terbelah dek kerana serpihan botol tuh. Memula ingatkan luka biasa. Sekali saya tengok, panjang dan dalam jugak luka tuh. Darah pulak tak henti-henti mengalir sampai penuh satu tangan. Cerita betul nih, bukan exaggerated. Huhu.Tapi saya gagahkan diri abehkan folliova jab dengan jari yang luka tuh berbalut tisu. Saya capai jek tisu Subway yang ada atas meja depan saya. Selesai cucuk, terus basuh luka dengan harapan darah akan berhenti. Tekan kuat-kuat pon darah tanak berhenti. Meleleh-leleh darah dalam sinki, kat lantai toilet. Ahh, tak boleh jadik nih. Saya terus balut dengan tisu and ikat dengan getah. Saya tukar baju dan seluar. Sarung tudung, cepat-cepat turun ke klinik bawah apartment nih. Nasib laa ada klinik yang dekat.

Tisu Subway berdarah. Maaf kalau geli.

Sampai klinik, terus ke registration kaunter tunjuk kat nurse. Masuk bilik doktor, doktor bawak ke dressing room. Ahh, nervous nak mati. Doktor siap prepare barang macam-macam sambil nurse dok tekan jari saya. Doktor cakap, terkena urat. Sebab tuh darah tak berhenti. Luka pon agak dalam. Doktor bagi dua options, jahit atau glue guna apatah nama ubat tuh. Laju jek saya cakap glue. Tak sanggup nak tahan sakit nak jahit. Doktor cakap, glue mahal sket. Takpe laa doktor. Mahal pon mahal laa. Huhu. Kat dressing room pon lama la pulak. Jenuh jugak nurse tekan jari saya nak bagi darah berhenti. Pas darah dah kurang, cepat-cepat doktor letak glue kat celah luka and tekan rapatkan luka. Adehh, sakit gilos laa! Tapi redha, sebab kalau jahit lagi sakit.


Inilah hasilnya rawatan yang melibatkan kos RM98. Kalau jahit lagi murah. Tapi sanggup nak tahan? Ohhh, tidaklahhh!

Folliova, folliova! Nak jadik sebab kan arini pulak susah nak patahkan muncung botol tuh. Slalu senang jek.

Anak ohh anak! Pasrah T__T


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday 12 November 2011

Folliova Jab

Assalamualaikum,

Pukul 8pm tadik saya dah selamat inject folliova. I did it on my own! Hehe. Memula suruh suami, tapi suami cakap takut and tak sampai hati nak inject saya. Dia suruh saya belajar buat sendiri sebab nanti dia balik sana saya still kena buat sendiri. Ok laa, tak susah sangat. Tapi saya gigil jugak lah. Lepas tuh lama pulak tuh nak inject sampai suami tanya kenapa lama sangat? Hehe. Kenapa saya cucuk sendiri lagi kurang sakit daripada nurse cucuk? Ke sebab saya kena focus banyak benda (nak ingat steps dan nak pegang syringe semua) sampai tak sempat nak rasa sakit? Hehe. So far, Alhamdulillah. Berjaya! Yeayy! Eh, suka pulak saya nih :p




P/s: Hari nih period pain saya teruk sangat. Terbaring jek saya dibuatnya. Huhu. Petang tadik baru lega sket.

Ok, bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

It's worth to read!

Assalamualaikum,

Saya nak share sket pasal Pelvic Floor Muscle (PFM). Pernah dengar? Saya baru jek tau. Huhu. Daripada pembacaan saya, ada beberapa sebab mengapa kita memerlukan PFM yang 'sehat' and saya rasa macam nak share all this info with you guys. Klik link nih, ok? >> It's worth to read!

Ok, bye!

Friday 11 November 2011

Assalamualaikum,

Sekarang saya tengah sakit kepala, rasa nak demam and perut rasa cramp and bloating. Adakah saya dah mula merasai side effects folliova?


- Posted using BlogPress from my iPhone

TVS CD2

Assalamualaikum,

Pagi tadi saya pergi ke klinik untuk TVS CD2. Masa on the way nak ke klinik, hujan turun. Lebat pulak tuh. Dalam kereta dah laa tadek payung. Tapi Alhamdulillah sebab dapat parking dekat dengan klinik. Saya berlari redah jek hujan. Hehe. Saya orang keenam yang akan buat TVS. Sampai turn saya, doktor buat TVS macam biasa. Tapi kali nih lama daripada biasa. Saya dah risau dah. Saya tanya doktor ada apa-apa masalah ke? Doktor cakap, 'Tadek pe. Ovari kiri dan kanan bagus, tadek cyst. Uterus lining pon bagus. Tapi problem sebab retroverted uterus sajek'. Buat suspen jek doktor nih. Tengok muka dia berkerut-kerut ingatkan ada penyakit baru ke apa. Pasal retroverted uterus tuh, dah banyak kali saya dengar doktor and nurse sebut. Haishh. Macam mana la nak suruh uterus tuh duduk elok-elok? Haha. Kawan saya cerita, kalau pergi kat Klinik Dr. Hamid, dia suggest operation betulkan kedudukan uterus. Adoii, takut pulak dengar operate-operate nih.

Lepas scan, saya tunggu kat luar untuk dapatkan date untuk next appointment and slip untuk amik ubat. Pastu nurse panggil nama saya dan beberapa patients lain suruh ikut dia masuk bilik sebelah. Rupanya kali nih saya ditukarkan ubat, tak dibekalkan clomid lagi dah, tapi injection pulak. Folliova jab, 75 i.u untuk 6 hari. Nurse ajar cara-cara nak inject. Terus saya ngeri sebab nak kena inject sendiri nih.Yelaa, suami kan jauh nak mintak tolong suami inject. Tapi esok dengan lusa suami ada, boleh suruh suami jadik doktor. Hehe. Tadi nurse yang tolong inject untuk saya. Boleh tahan jugak sakitnya. Huhu. Next appointment is on 17th November, TVS CD 8. Hopefully banyak laa 'telur' yang sehat :)

Ok, bye!

Thursday 10 November 2011

IUI #2: CD29, 15dpiui

Assalamualaikum,

Officially IUI#2 saya failed. Hari ini saya telah pun selamat didatangi period. 

Perasaan? 

Susah nak digambarkan macam mana. Yang pastinya, berbeza dengan kegagalan IUI #1 sebab tadek nangis-nangis, tadek rasa down yang tersangat-sangat down (tipu la kalau saya cakap tadek rasa sedih langsung. Ada, tapi biasa-biasa), tadek rasa macam useless or tak normal sebab still tak pregnant eventhough buat IUI. 

Saya rasa sebab saya dah bersedia dari hari saya buat IUI lagi. Macam yang saya cerita dalam entry yang lepas. Takpe, masih belum rezeki saya. Rezeki saya tak sama macam JD.  Congrats JD! Saya tumpang happy and kejayaan awak buat saya nak usaha lagi. 

Sebenarnya, saya agak terkejut dengan penerimaan diri sendiri terhadap kegagalan kali nih. Semacam redha dan pasrah pulak. Hehe. Mungkin sebab saya dah mind set daripada awal agaknya. So, tak terasa 'sakit' sangat bila tak jadik.

Usaha selepas ini? Saya tak akan berputus asa. Saya akan try lagi untuk IUI #, in fact saya dah pon call klinik and set appointment utk TVS CD2 esok pagi. Hehe. Saya pon tatau mana datang kekuatan macam tuh. Dah failed pon terus nak sambung lagi. Huhu. Memula suami tanya sama ada nak sambung atau rest. Saya macam 50-50. Cakap dengan suami macam nak rest. Tapi lepas saya abeh discussion tadik, saya terus angkat gagang phone and call klinik. Hehe. Takpelaa, usaha kan tangga kejayaan? 

Semoga dipermudahkan semuanya. InsyaAllah :)

Ok, bye! 

Monday 7 November 2011

Assalamualaikum,

Nak tanya, korang ada account Twitter tak? Kalau ada, marilah kita ber'tweet'. Hehe ;p

Ok, bye!