Tuesday, 6 September 2011

Next Plan.

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, bulan Oktober nih genap 2 tahun perjalanan saya mendapatkan rawatan untuk TTC. Tapi, untuk kes saya, rawatan bermula sebab doktor detect saya ada fibroid. *Boleh refer my previous entry kalau nak tahu*

Dalam hampir 2 tahun mendapatkan rawatan nih, saya pernah try clomid untuk tempoh 1 cycle sahaja. Itu pon dengan dos yang paling sedikit, 25mg. Siap kena potong dua pill tuh sebab sebijik tuh dos 50mg. Alhamdulillah, walaupon dengan dos yang paling sedikit, ada respon yang baik. Telur membesar jugak. Lepas tuh, ding dong ding dong ulang alik klinik, last January saya try IUI. Tapi gagal. Belum rezeki saya dan suami lagi. 

Lepas IUI failed, saya dan suami amik keputusan untuk rest dulu sebulan dua, pada asalnya laa. Bila saya tengok balik, daripada February sampai September nih, dah lebih 6 bulan saya rest rupanya. Huhu. Sebelum puasa arituh ingat nak sambung treatment balik, tapi period buat hal. Delayed sampai 2 minggu. Tak sempat dapatkan treatment. Tapi dalam masa saya berehat tuh, saya ada jugak try alternative lain. Saya dan suami try Biodex. Tapi hanya sekali try sebab saya rasa tak sesuai dengan saya. Berat badan pon makin naik time amik biodex tuh. Pelik kan? Tapi benar. Then, saya amik keputusan untuk memulakan diet dan workout. Alhamdulillah, berat turun sedikit demi sedikit. Slow sket laa penurunan tuh. Saya masih pergi ke gym. 

Kadang-kadang saya terfikir jugak nak try pil herba yang boleh kurangkan berat badan, tapi saya takut. Sekarang nih saya kena speed up sket misi mengurangkan berat saya, sebab saya dan suami plan nak sambung treatment balik for this cycle. InsyaAllah kalau ikutkan perkiraan, minggu depan AF saya akan melawat. Saya dan suami dah sepakat, kami akan proceed dengan second IUI di klinik yang sama (HKL) and if still no luck this time, we'll change to LPPKN or Klinik Hamid Arshat. Hopefully kali nih dipermudahkan semuanya. Amin.

Saya ada discuss dengan suami nak cuba jugak rawatan Islam. Mungkin akan ke Darussyifa' untuk mintak air ke macam mana. Ada orang tanya, kenapa lama sangat saya buat treatment? Kenapa tak teruskan lepas failed IUI arituh? Hemmm, saya sendiri pon amik masa yang lama nak bangkit balik daripada kekecewaan tuh. Saya sendiri rasa give up dengan usaha saya (padahal usaha saya tak laa besar sangat macam orang lain). Saya rasa saya tak sempurna sebab tak dapat conceive naturally, tapi buat IUI pon failed jugak. Macam mana saya nak dapat kekuatan dalam tempoh yang singkat? 

Ya Allah, saya malu nak merungut dengan dugaan Allah kat saya. Saya rasa besar sangat dugaan yang Dia bagi kat saya. Tapi sebenarnya, dugaan orang lain jauhhhh lagi besar daripada saya. Saya rasa kerdil sangat. Saya tahu Allah takkan duga kita lebih daripada yang kita mampu hadapi. Mungkin ini balasan dosa-dosa saya sebelum nih. Atau mungkin sebab saya dah lama tak meminta dengan sungguh-sungguh pada Allah. Saya harap Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Amin.

Ok, bye!

8 comments:

  1. Ily,
    Kekda pun rasa camni gak. Lama dah hold treatment kat LPPKN tu. Igt kut berhasil secara natural. Tidak jugak. Lps Okt mungkin kembali ke LPPKN. Dan harapnya ada lah hadiah istimewa utk kami pada anniv ke3 kami. :)

    Kekda tetap doakan yg terbaik utk Ily, utk kawan2 kita seme dan akak sendiri :))

    ReplyDelete
  2. Kekda,
    Tulaa..ily pon bln 11 nih aniv ke3 jugak..harap sangat ada rezeki yang satu tuh..tetiba ily nervous nk start treatment..dh lama tak kena vagina scan! Haha.

    ReplyDelete
  3. Good Luck Ily...Insya-Allah i pun plan nk buat treatment gak in nov. Tengok keadaan caner...harap2nya tiada aral n di izinkan-Nya...

    ReplyDelete
  4. sweet tooth: Good luck to u too..lets pray for each other..harap2 semuanya dipermudahkan :))

    ReplyDelete
  5. betul tu awk.kadang2 kta rasa cam dugaan ni kuat sgt...tp bila tgk balik org lain...cam kwn saya sorg...lama dia tunggu baby...skali preggy...dadh 9 bulan bawa perut.masa nak deliver baby nya lemas dlm perut.n meninggal...skang ni tekanan teramat sgt.sgt kesiannnnnn...baju/katil dan segala persiapan baby sume dah beli.sian sgt

    ReplyDelete
  6. Eka: Thanks sudi singgah..kesiannya kwn awak..lg besar dugaan dia..semuanya ketentuan Allah kan..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..

    ReplyDelete
  7. Ily,

    1st..thanx sebb exchange link. saya xtau,nnt kita tukar balik eh...Ermmm bangkit dari kekecewaan ialah teknik orang berjaya. Teruskan berusaha dan doa, ingatlah sekiranya tidak berjaya Allah lebih tahu perkara terbaik dalam hidup kita...

    Pedulikan orang kata.. Sentiasa nampak gembira di mata mereka. Dan sebenarnya, mereka cemburu kerana tidak punyai masa dan waktu seperti kita. Yang penting percaya pada janji Allah.

    ReplyDelete
  8. Daleela,
    Thanks for dropping by..and those beautiful words of yours..seriously, i feel so motivated when reading your comments. Thanks again darl ;)

    ReplyDelete