Thursday 10 October 2013

Kuat, kita kena kuat!

Assalamualaikum,

'Kuat, kita kena kuat!'.

Kelmarin, saya period pain teruk daripada biasa. Darah yang keluar memang ketul-ketul. Duduk tak kena, baring tak kena. Sampai ke malam macam tuh. Bangun pagi semalam, badan penat nak pergi kerja dan ditambah dengan sakit period pain yang masih ada. Entah kenapa period bulan ni sakit sangat pulak.

Akhirnya saya mengalah, pergi ke klinik di kawasan rumah ni. Dalam kepala memang nak mintak MC dan ubat tahan sakit jek. Pukul 10 saya sampai klinik, saya jadi orang yang pertama. Syabas! Hehe. Masuk bilik doktor. Doktor bertugas hari tu doktor perempuan berbangsa India. Doktor tanya apa masalah saya, sakit apa. Saya cerita yang saya period pain teruk. Tak tahan rasanya. Doktor tanya saya ada apa-apa masalah perubatan tak. Saya bagitau saya ada adenomyosis, saya cerita TTC treatments yang saya pernah buat. Kemudian, doktor cakap;

'Saya faham apa yang awak rasa. Saya juga endometriosis victim. Saya tau macam mana sakit bila period. Saya kahwin 6 tahun baru saya dapat anak. IUI, IVF, laps semua saya dah pernah buat. Saya pernah kecewa bila my first IVF failed. But then I still keep on trying. Second IVF saya pregnant. I just want to give you hope. Don't stop trying. Keep on doing it. Kuat, kita kena kuat. And I know you are strong, my dear'. Sambil cakap, sambil doktor lap air mata dia. Ya Allah, saya pun sedih sekali. Saya rasa doktor terkenang kepayahan dia nak dapatkan anak. Sekarang anak dia dah 7 tahun dan masih belum ada anak kedua.

Keluar klinik, saya senyum. Satu senyum sebab dapat MC dan boleh sambung tidur. Haha. Satu lagi senyum sebab kata-kata sokongan doktor pada saya. Thanks Dr. Geeta! :)

Wednesday 9 October 2013

HSG di KPJ Tawakkal

Assalamualaikum,

Lama saya tak update blog. Maaf, sibuk dengan kerja. Banyak outstation. Suami pun terpaksa ditinggalkan. Saya ada cerita yang Dr. Adilah minta saya buat balik test HSG, kan? Maka pada 18 September yang lepas, saya berjaya buat test dengan Dr. Fatimah Yakin di KPJ Tawakkal. Appointment saya pukul 11 pagi. Pukul 10.30 pagi saya dengan suami dah sampai hospital. Tunggu giliran saya sampai. Pukul 11.30 pagi baru nama saya dipanggil. Nervous jugak walau pun dah pernah buat sebelum ni. Kalau tak silap dalam tahun 2009.

Masuk bilik x-ray HSG, tukar baju hospital dan baring atas katil yang dipenuhi dengan scanner/ alat x-ray. Sejuk. Aircond dalam bilik tuh sangat sejuk. Katil rasa sejuk. Kaki tangan saya pun rasa sejuk. Jantung berdebar macam nak kena operate jek gayanya. Hehe. Dr. Fatimah masuk, dan mulakan prosedur. Saya macam surprise jugak tengok doktor yang sempoi dan rugged macam tu. Hehe. Tapi dia sangat lembut dan berhati-hati masa buat kerja. Alhamdulillah tak sakit sangat. Cuma doktor terpaksa buat dua kali masa nak masukkan dye sebab tiub terkeluar balik. Huhu. Masa doktor inject dye, rasa senak sangat. Tapi saya dah biasa kena period pain yang teruk. So saya anggap sakit tu macam period pain.

Lepas dah inject dye, doktor tinggal saya terbaring selama setengah jam. Lepas setengah jam, assistant doktor masuk dan x-ray. Saya diminta pusing kiri dan kanan untuk x-ray. Selesai. Tukar baju dan tunggu kat luar. Dalam 10 ke 15 minit, result dah ready. Berdebar sungguh nak tau result. Tapi masa dalam bilik x-ray, doktor ada mention yang ovary kiri saya tinggi sikit. Doktor cakap tu biasa. Janji tiub ok. Dapat result, terus saya bukak envelope tengok. Result HSG saya;

No plain film abnormality is seen.
Water soluble contrast is introduced into the genital tract via a cannula.
The uterine cavity appears normal in size and shape.
Both tubes are normal in caliber and peritoneal spill is seen on both sides left more than right.
The delayed film shows the presence of loculated pelvic contrast suggesting the presence of pelvic adhesions.

Alhamdulillah, result nampak ok kecuali ayat last tuh; presence of pelvic adhesions. Saya search pasal ni, banyak info yang saya jumpa kata kena buat laparoscopy. Takutnya. Suami terus marah bila saya tunjuk apa yang saya google. Suami cakap, tunggu jumpa Dr. Adilah. Dengar apa doktor cakap. Huhu. Walau macam mana pun, saya bersyukur sebab tiub saya dua-dua ok. Alhamdulillah.

Cerita pasal Dr. Adilah, saya gagal jumpa doktor dua kali period berturut-turut. Bulan September, doktor ada training masa saya CD8 (hari sepatutnya jumpa doktor). Bulan ni pulak, saya call Nurse Ida, CD8 saya jatuh hari Isnin depan, 14 Oktober. Nurse Ida cakap doktor dah start cuti raya haji. Takde rezeki lagi. Takpe laa. Kita tunggu bulan depan pulak. Hehe. So, saya ingat bulan ni saya nak try homeopati Dr. Nik atau tempat yang Yannie Bunny try pegi. InshaAllah. Kita tengok nanti macam mana :)

Kawan-kawan yang komen kat blog dan email saya, saya mintak maaf sebab tak dapat reply email korang. Sungguh saya tak sempat, nak blog walking pun tak sempat. InshaAllah pasni saya try reply mana yang termampu. Thanks sudi komen dan email saya. Hugs!