Tuesday, 16 August 2011

Terima kasih, kawan.

Assalamualaikum,

Tadi saya message dengan kawan saya. Dia nih kawan satu course saya time study kat Universiti dulu. Memula dia message tanya khabar jek. Lepas tuh saya pon cerita la adik saya dah bersalin. Saya dah dapat anak sedara, tapi anak sendiri belum lagi. Tak berniat pon nak mengadu ke apa. Lepas tuh kawan saya cakap, 

"Takpe. Ada hikmah semua tuh. Ko tumpang la dulu anak sedara tuh. Macam anak sendiri jugak kan? Jangan sedih-sedih tau. Allah tak pernah membebani kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi. Teruskan berdoa. Mungkin Allah rindukan rintihan kita memohon pada-Nya, oleh sebab itu Dia menangguhkan doa kita :-) "

Rasa nak menangis baca message dia. Memang betul apa yang dia cakap tuh. 

Thanks my dear. I really need that kind of words at this moment. Thanks a lot.

Ok, bye!

8 comments:

  1. betul jugak......semoga ada rezeki kita nanti ye

    ReplyDelete
  2. ~JD: tulaa, time baca msg dia td dh bergenang air mata. Seb baik x nangis kt ofis. Huhu

    ReplyDelete
  3. Hanidatul: yup, semoga ada rezeki kita pulak kali nih. Teruskan berdoa 

    ReplyDelete
  4. semoga KITA SEMUA yg diduga ni menjadi lebih kuat..amin :)

    ReplyDelete
  5. Miss Bam: Amin..anggap laa Allah uji kita sebab Dia sayang kita :)

    ReplyDelete
  6. mmm..ngan kata2 kawan ILY tu...chinta ase okey ckit hehhehe...emo la pulak..betul..semua ni ada hikmah..kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan bertawakal kan...

    ReplyDelete
  7. chinta: tulaa..saya pon lepas baca msg dia arituh..trus rasa rasional..hehe..the power of words :))

    ReplyDelete