Tuesday, 6 December 2011

Musykil

Assalamualaikum,

Kawan2, saya sedang kemusykilan. Saya period Ahad lepas. Darah cair dan tak ketul-ketul. Semalam CD2 saya sakit perut sangat, period pain. Darah keluar dalam kuantiti biasa. Ada sedikit ketulan darah. Malamnya, saya tengok pad saya bersih. Bangun tidur pagi tadik pon pad bersih. Sekarang CD3 pon tadek darah yang keluar. Kenapa ek? Perut memulas rasa period pain. Tapi darah tak keluar. Hairan nih? 

Saya call klinik, nurse suruh saya buat UPT. Saya buat dan result negative. Saya call balik, nurse suruh tunggu darah keluar balik or tak. Kalau tak, repeat UPT. Ya Allah, kenapa pulak kali nih? Risau betul laa. Siapa yang ada pengalaman macam nih? Normal ke? Tolong saya....

Ok, bye!

Update:

Tadik waktu lunch hour saya ke klinik sakit puan di Jalan Gombak. Itu pon suami yang paksa suruh pegi check. Masuk jumpa doktor, saya cerita pasal saya ada buat IUI last month. Pastu saya cerita darah keluar sekejap. Then doktor suruh baring, dia nak buat ultrasound. Doktor tunjukkan kat saya ada satu point kaler putih dekat screen. Doktor cakap ada dua kemungkinan, sama ada dah nak lekat or dah nak period. Doktor cakap, kalau saya period, dinding rahim sepatutnya menipis tapi uterus lining saya tebal lagi. Tak ingat berapa tebal. Doktor ada mentioned tadik. My bad. Huhu.

Doktor cakap, apa yang boleh saya buat ialah jaga diri, jangan bersama dengan suami. Tunggu Jumaat nih sebab kalu ikutkan Jumaat baru saya period (CD28/ CD29 slalunya period saya). Kalau tak period, nextweek doktor mintak buat UPT sekali lagi. Kalau negatif jugak, and still tak period, doktor akan bagi ubat turunkan darah. Bila dah jumpa doktor, saya lega sket. So, we'll wait and see laa. Kalau ada rezeki, ada laa. Kalau tadek, biar la darah period lancar. Merisaukan btol. Huhu.

Ok, bye! 



10 comments:

  1. salam ily..saya penah jadi macam tu..rasanya awak dah nak jadi..tapi cuba la tunggu seminggu lagi baru wat upt test...kadang2 awal sangat pun x nampak jugak..mudah2an ada berita gembira nnti..insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  2. sy penah..hormon tak stabil is the answer. tapi taktau lah kan kot2 sebab2 lain, sebab bila darah dah bersih pun masih sakit, hairan gak.kalo preggy takpe,.takot sebab lain.. kalau ada buat BBT lagi senang nak pastikan apekah maksudnya..ada temperature tu tak? kalau temp high, possibility pregnant ada..kalau low gila maksodnya just normal period cuma hormon tak stabil sbb tu darah kuar skit2 je..

    ReplyDelete
  3. hi ily..kwn sy pun br2 ni tnye sy pasal ni, die pun same gak, kuar darah, pas 2 bersih..die cek xde..pas 2 bln 10 die x period dh..cek upt +ve..insyaAllah rezeki Allah 2 ader..=)

    ReplyDelete
  4. mamas: doktor pon ckp mcm awk ckp..tp honestly, sy lg risau ada mslh lain sebenarnya. InsyaAllah. Thanks dear :)

    Jay: Yup, asalnya pegi check pon sb isau ada prob lain jek. Tgk2 doktor ckp mcm tuh pulak, bertambah la confused. Hehe. Sy tadek la check temp tuh, tp dua tiga arinih mmg ada rasa mcm nak demam. Skang pon badan panas jek. Tatau la mcm mana. Tgk la 2, 3 arini camne.

    Fiezaliesa: Hi, thanks for dropping by. Sy pon tatau nak ckp mcm mana. Skrg tggu la lagi 2, 3 ari and tgk mcm mana. Kalau ada rezeki, ada laa kan..hehe.

    ReplyDelete
  5. Semoga ada berita gembira nanti.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. eimma: InsyaAllah :)

    Nadiah: InsyaAllah..tp honestly, sy tak berharap sgt..sy lg risau kalau ada penyakit lain..huhu..

    ReplyDelete
  7. insyallah, itu cume implementation bleeding? aku doakan. aminnn.

    ok, sbaner aku aritu camtu gak. kuar period for one day. tp sikit.

    so, doa banyak2. aku doakan kau. amin

    ReplyDelete
  8. chinta pernah alaminya macam ni..tunggu dalam seminggu 2 lagi untuk cek upt..yang penting ILY jaga diri leklok ek dear

    ReplyDelete
  9. ~S~: Aku pon x sure. Jadik confused lak. Aku baca2 kt internet org kalu bleeding pon mcm spotting jek. Aku aritu mcm tadek laa sket sgt. Tp tak la byk, sb biasa aku period lg byk. Hehe. Entah laa. Berdoa laa semoga tadek pepe yg pelik. hehe. Thanks!

    chinta: yeke chinta? tp ily confused sb darah yg keluar tuh bkn la spotting ke ape. That's why macam confident period. Skali doktor ckp mcm tuh, confused terus. Haha! InsyaAllah, kalau rezeki ada laa kan :)

    ReplyDelete