Thursday 29 November 2012

Hati sakit.

Assalamualaikum,

Ini adalah apa yang saya rasa. Apa yang saya nak sangat luahkan kat depan-depan muka orang yang sangat menyakitkan hati nih.

"Ingatlah, apa yang kita ada di dunia nih hanyalah sementara. Semua Allah pinjamkan jek. Jangan terlalu berlagak dengan apa yang kau ada yang orang lain tadek. Lagi satu, kau bukan kawan rapat aku pon. Kau bukan tau apa yang aku usaha ke tak ke. Jadi, jangan cakap macam kau tau sangat apa yang aku dah buat atau belum. Bersyukur dengan kelebihan yang Allah pinjamkan untuk kau. Jangan nak berlagak sangat!"

Saya masih ada hati dan perasaan serta akal fikiran yang waras. Saya takkan pernah sampai hati nak sound ayat kat atas tuh pada siapa-siapa yang berlagak tak kena tempat. Lebih-lebih lagi pada seorang perempuan yang sedang mengandung. Tolong belajar hormat perasaan orang lain.

Maaf, entry ini mungkin penuh kemarahan. Entry ini jugak mungkin akan mengundang ayat-ayat yang mengatakan saya cemburu. Saya tak cemburu! Tapi saya menyampah dengan orang yang berlagak dan tak sedar diri yang semua nih hanyalah pinjaman.

Saya pon ada hati dan perasaan untuk bersedih. Tolong jangan lupa itu.

Ok, bye!

Wednesday 21 November 2012

TTC Experience Sharing

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya ada received email from someone bernama Farrah. 

Ohh, hai Farrah! 
Saya harap awak tak kisah saya kongsi cerita dan maklumat awak kat blog nih. 
Semoga Allah balas kebaikan awak :)

Farrah ada kongsikan dengan saya kaedah perubatan tradisional yang berjaya bantunya pregnant. So, saya rasa saya nak share dengan kawan-kawan TTC yang lain. Ini email Farrah kepada saya,


"Assalamualaikum Ily,

Came across your blog while googling 'halba'.. Pelik kan? Mungkin takdir Allah for me to share my experience with you.

I was diagnosed with PCOS (in both ovaries). so my period mmg tak pernah regular lah. Jadi nk conceive memang susah. Eggs kadang2 ada, kadang2 takde. Bila ada kadang2 tu tak mature. I jumpa 3 different gynae for about 2 years. Semua kasik the same treatment: metformin + clomid.

After a few cycles and I still hadn't conceived, my last gynae referred me to HUKM to do ovarian drilling. After discussion with my husband, we decided not to do it because it's an evasive procedure.. And from my readings, the treatment tak 100% gerenti boleh tolong pon.. We decided to try alternative treatments.. Honestly mmg masa tu i dah give up. Stressed and sedih sgt. My husband were very supportive.. So i kuatkan semangat.. I google about infertility treatments in Malaysia.. Masa tu I ingat nak cari other gynae.. And i found Kamal Quek instead.

I tak ingat he was mentioned in which forum. But mmg ramai yg suggest dia. Tak silap I dia ni mmg ada background medical doctor, but he practices traditional chinese medicine (TCM). He's an Indonesian Chinese Muslim. Tua dah dia ni. He used to have a clinic in Bukit Bintang. But he's now operating from his home in Cheras after his 'retirement'.

So, we went and see him.. That was Ramadhan 2011 (Aug 2011). I was pregnant by Feb 2012. I am now holding my baby boy as I'm typing this email to you.

I know you dah discouraged.. Rasa penat kan. I dulu nangis2 because I get very frustrated. And i didnt share it with anyone other than my husband. My mom pon tak tau about my problem. Tapi, try la jumpa Kamal Quek ni.. Dont expect too much. Just go with an open mind and heart. InsyaAllah dia boleh tolong.

He's like sinseh cina dlm tv. White hair and long white janggut. Tak cakap banyak. If you go and see him, bawak air and minum air banyak before that. Your bladder needs to be full so that he can scan you on his oldskool ultrasound machine. He will ask you loads of questions and rasa your pulse. Ubat dia kasik, makan.. Jangan skip. First time jumpa rasanya ada registration fee, i tak ingat berapa. Ubat per week rm100. Ubat sikit ke banyak ke, still rm 100.

His address: 8 jalan arasakesari, taman taynton view, cheras
Handphone: 016-6221593/016-2778091


Consultation hours:
Mon-Thu: 10am - 4pm
Sun: 10am - 2pm (I think)


Sundays biasanya ramai orang. Better go on weekdays.

Lagi satu, I amalkan baca doa Nabi Zakaria (surah al-anbiyaa', ayat 89):
"Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisiin"
- wahai tuhanku, janganlah kau biarkan aku sendirian tanpa meninggalkan zuriat, dan kaulah sebaik2 yg mewarisi


That's all I want to share with you. Minta maaf kalau2 email from a total stranger ni mengganggu.
Wish you all the best! Do email me if you have any questions or need any help. "

Kepada kawan-kawan yang berminat nak try, boleh laa try. InsyaAllah saya juga akan try bila saya dah ready nanti. Sekarang saya dah ok, cuma rasa nak berehat dan mengurangkan berat badan dulu. Hehe. 

Saya jugak nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak bagi kata-kata semangat untuk saya dalam previous entry. Saya bersyukur kepada Allah sebab dipertemukan dengan korang semua. Thanks a lot!

Lastly, thanks a lot dear Farrah sebab sudi share experience dengan saya :)

Ok, bye!

Monday 5 November 2012

Kata-kata terakhir, maybe?

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan kawan-kawan TTC, saya telah menjalani IUI keempat pada 13 October yang lepas.

Hari ini merupakan CD36. Saya masih belum period. Tapi...dah berkali-kali saya buat upt dan semuanya negatif. Tadi saya ke klinik pakar puan berhampiran rumah dan keputusan tetap sama, negatif. Doktor cakap kemungkinan Utrogestan (ubat progestrone) yang saya kena vaginally inserted menyebabkan period delay. Doktor suggest saya call MAC, HUKM tanya macam mana. Jika perlu stop ubat tersebut, stop laa. Dia tanak ganggu rawatan saya dengan HUKM, so let doktor sana yang decide. Saya dah call, staff MAC cakap, terpulang nak stop atau teruskan sebab dia kata period tetap akan datang kalau tak pregnant. Kalau pregnant, ubat tuh bantu kuatkan rahim selain ubat Duphaston yang saya makan.

Lepas bincang dengan suami, saya decide untuk stop dua-dua ubat dan tunggu period. Cycle saya biasanya 25-29, ini kira dah seminggu la delay.

Perasaan? Frust, tapi tadek la menangis teruk macam sebelum ni. Saya dah ready sebab dah test banyak kali still negatif. Tapi apa yang saya dah fikirkan, saya akan stop blog nih sementara sebab saya rasa saya dah penat nak TTC. Saya rasa macam dah malas nak TTC. IVF/ ICSI pon tatau la macam mana. Proceed or postpone? Saya pon tatau. Sekarang memang saya dah cakap dengan suami saya dah malas nak buat apa-apa. Malas dah nak telab ubat itu, ubat ini. Malas dah nak usaha. Itu yang saya rasa sekarang. Nanti-nanti tak tahu laa macam mana. Next appointment dengan Prof. Zainul on 28 November. Tengok la macam mana. Sekarang saya just harap period datang secepat mungkin.

Saya tau saya pernah janji and cakap tanak give up. Tapi sekarang saya betul-betul dah malas nak fikir dan peduli pasal TTC lagi. Lantaklah. Biar masa yang tentukan.

Kepada kawan-kawan TTC yang dah berjaya dan pregnant, tahniah dan saya doakan semoga semuanya dipermudahkan hingga korang bersalin. Kepada yang masih berusaha, saya doakan usaha korang berhasil. Sungguh saya ikhlas doakan untuk korang.

As for me, saya rasa macam saya nak stop dulu TTC saya. Biar masa menentukan. Thanks for all your kind and supportive words. Saya sangat menghargai doa korang untuk saya. InsyaAllah, ada masa kita jumpa semula kat blog nih. Takecare semua!

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone