Friday, 22 June 2012

Pakar Sakit Puan.

Assalamualaikum,

Saya telah demam secara rasminya hari ini. Eh, macam pengumuman apa pulak kan? Hehe. Pagi tadi separuh hari meeting. Jadi, sekarang saya memang tak ada mood nak buat kerja, di tambah pulak dengan flu and cough. Tskkk.

Saya teringat perbualan saya dengan suami beberapa minggu yang lepas. Asalnya cerita pasal adik saya yang baru habis matrix dan dah dapat keputusan exam final sem dia. Time tuh adik saya sebok dok isi course dalam borang UPU online dia laa. Saya dengan suami macam advise la dia nak pilih course apa semua. Adik saya nih pure sains, belajar biologi. Makanya dia memang nak ke arah perubatan la. 

Lepas dah settle tolong adik saya, saya sambung borak-borak dengan suami. Entah macam mana termasuk hal anak. Saya cakap, 'nanti-nanti anak kita kerja apa laa kan?'. Suami jawab, 'I tanak la suruh anak kita kerja engineer. Sekarang pon dan bersepah engineer, zaman dia nanti entah-entah tak boleh carik makan dah'. Hehe. Then saya sambung, 'Tulaa, kalau kita ada tiga orang anak..sorang biar jadik cikgu..sorang jadik arkitek..sorang jadik doktor'. Suami angguk and cakap, 'Yang jadik doktor tuh, I nak dia jadik Pakar Sakit Puan. Biar dia tolong couple yang susah dapat anak macam kita'. Allah, masa dengar ayat suami tuh, sayu sangat hati. Terus rasa air mata bergenang. 

Pastu suami senyum-senyum sambil peluk saya dan cakap, 'Kalau kita ada anak, nanti kita cerita kat dia macam mana susah nak dapat dia or diorang. Nanti I nak cerita yang mak diorang kena buat macam-macam. Kena cucuk perut setiap malam, sampai luka jari kena kaca botol ubat. Nyaris nak kena jahit laa. Time tuh pulak bapak jauh sebab kerja. Kesian kan kat mak?'. Haha. Terus saya gelak. Tapi yang hairan tuh, dalam dok gelak tuh air mata meleleh jugak. Hehe. 

Sebenarnya suami, apa yang isteri awak lalui nih ibarat baru 1/10 daripada kepayahan dan ketabahan orang lain. Saya tau ada kawan-kawan TTC saya yang lalui macam-macam yang lagi besar dan susah daripada saya. InsyaAllah kawan-kawan, kalau dah tertulis ada rezeki itu untuk kita, pasti ada. Kun Fa Ya Kun :)

Ok, bye!

12 comments:

  1. untungnya ily ada asben yang memahami dan sentiasa menyokong ily..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noora, tp kdg2 sy elakkan dpd berbincang psl ttc kerap sgt. Takut kang suami bosan. Hehe.

      Delete
  2. ye betul, kadangkala suami sedih cuma taknak meluahkan takut kita lebih sedih. Jadi, tabahla akak.. Insyaallah ada rezeki Allah swt kurniakan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, btol tuh Yana. Biasalaa, lelaki kannn :p Thanks dear :)

      Delete
  3. hu3.. sedihnya... sue pon sll cakap2 camtue siap simpa sume kertas2 ke resit ke yang doktor bagi sbb ntn anak2 dah besar ntn nak tunjuk kat diaorg camna kitaorg punya susah nak dapatkan diaorg tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mesti anak kita nanti serba salah kan kalau nak lawan mak bapak. Kesiann :p

      Delete
  4. comelnya jd pakar sakit puan :)

    tp ayat suami ily tuh buat airmata bergenang tau :)

    jom kita usaha byk2 k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa, mmg tak sangka suami nak cakap mcm tuh. Hehe. Jomm! Usaha tangga kejayaan!

      Delete
  5. huuu...kalau kita pun msti dh rase sayu... huuuu
    cedih plak rase

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suwaibah, suami sy mmg mcm tuh. Kdg2 ayat yg keluar dari mulut dia mmg tak dijangka. Pastu isteri pulak drama queen. Haishh :p

      Delete
  6. Salam..penah dgr vitex? Ape kata awak try vitex..sy skng ni 16wks preggy after 6yrs of marriage.. Sy mkn vitex dlm masa 2 mgu bln mar hr tu..alhamdulillah, menjadi..try la search internet psl vitex ni..ia bleh matangkan telur kite..kdg2 kite subur, tp telur x cukup matang..good luck!
    -EMMA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emma,
      Sy penah dengar pasal vitex. Sy penah jugak search info psl tu. tp, ada yg kata kalau ada fibroid ke cyst ke tak bole mkn vitex. Ada yg ckp bole. So sy jadik confused. Hehe. Tahniah on your pregnancy :) Takecare.

      Delete