Assalamualaikum,
Macam mana persiapan raya korang? Eh, ayat pertama dah tanya persiapan raya pulak. Sebenarnya, saya yang tak sabar nak raya! Hehe. Kuih raya, baju raya semua dah ready. Rumah jek belum kemas lagi. Saya pon dah raya sebenarnya. Hari Isnin hari tu CD1. Ingatkan berpeluang la puasa penuh tahun nih =(
Sebenarnya, bila saya period kali nih, saya down sangat. Frust sangat. Ya, saya tak malu nak mengaku yang saya memang meletakkan harapan yang tinggi pada cycle lepas. Sebab saya ovulate, dan saya tau saya ovulate. Sangat positif, yakin. Saya dan suami pon ada bersama masa saya dapat tau saya ovulate. Sungguh saya sedih kali nih. Menangis bila tengok ada darah pada panty. Menangis bila kenangkan kenapa masih tak berhasil. Saya jadi macam saya yang dulu, yang selalu down bila period. Padahal dah lama saya melepasi fasa tersebut. Tapi, kali nih saya jadik sangat fragile.
Dalam masa saya down, menangis fikir kenapa, kenapa, kenapa? Bila saya mengadu dengan suami yang saya sedih, suami bagitau yang dia
pon dah tak tahu nak cakap macam mana. Yang pastinya belum sampai masa
lagi. Then, saya realized sesuatu, Allah masih belum nak bagi. Macam mana saya terlupa pasal tuh? Walau macam mana yakinnya saya, kalau Dia kata belum masanya, tetap belum masanya. Astaghfirullah. Malu saya rasa sebab mempersoalkan kerja yang hanya Dia yang boleh buat dan bagi. Kawan-kawan, tolong jangan jadik macam saya.
Saya tak berhak nak persoalkan di mana silapnya bila semua usaha tak menjadik. Mungkin saya sangat kurang meminta kepada Allah, mungkin Allah sedang merencana yang terbaik untuk saya (untuk korang TTCians jugak). Sebenarnya, tanpa saya sedar, saya kekurangan soal zuriat, tapi Allah lebihkan saya dalam banyak perkara. Mungkin sebab saya terlalu tertumpu pada soal yang satu tuh, saya lupa nak bersyukur dengan nikmat Allah. Ini peringatan untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan TTC saya jugak. Jangan pandang apa yang belum kita dapat, bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah kepada kita. *hugs* =)
"Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan TTC yang sangat saya sayang. Terima kasih kerana sudi meminjamkan sedikit ruang dalam hidup anda semua untuk membaca, komen dan bagi kata-kata semangat untuk saya. Mohon dimaafkan semua kekurangan dan kesalahan saya."
Nota: Appointment di MAC Klinik HUKM yang sepatutnya semalam telah ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Takpe, kita raya duluuuu! :p
selamat hari raya dari SAL..thanks sebab mengingatkan diri ini juga..insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik buat kita TTC semua..
ReplyDeleteInsyaAllah dear. Selamat Hari Raya Sal =)
Deletebetul tu awak...mcm kite lihat anak2 dlm iklan raya Bernas, hati rasa sayu dan rasa syukur sgt dgn apa diberi oleh-Nya.. siapa kita nk menidakkan kuasa Tuhan, kak.. tipu kalau tak rasa sedih....(sobs) tapi jgnlah sedih sgt..kalau kite kurang, ramai lagi diluar sana yang tak punya ape2... Tuhan bagi kite lebih kat sini, tapi kurang sikit kat sana.... sama2lah kite ye :) berdoa tanpa henti, dan tawakkal.. Ada, alhamdulillah, takde, takpe.. pastinya Dia dah ada plan utk kita kan? smile always,be strong.. & Selamat Hari Raya ..
ReplyDeleteHai Nissa. Firstly thanks sudi drop comment kt blog saya. Secondly, thanks for your beautiful words. Betul apa yg awak komen, siapa kita nak menidakkan kuasa Tuhan. InsyaAllah, kalau kita doa tanpa henti, Allah akan bagi jugak (kalau mmg tertulis kita akan ada zuriat sendiri).
DeleteSelamat hari raya, dear =)
Rindu nk p klinik MAC.. tp apepun kena tgu 6 months br leh continue rawatn.. Good Luck dear... :) Dont give up... walaupun i jugak hampir give up..:(
ReplyDeleteInsyaAllah, selagi terdaya..selagi itu takkan give up. Hehe. Good luck to u too dear :)
Deletesalam ily...be strong ok..salam aidilfitri utk awak..=)
ReplyDeleteThanks Anis. Selamat hari raya untuk awak jugak =)
DeleteSelamat hari raya dear.. pray for u always..be strong women .. don't be sad ok..!
ReplyDeleteThanks for your doa. Selamat hari raya dear =)
Deleteselamat hari raya ILY..be strong ok..nana pun dulu macam ily..tapi memang kena pegang Allah tau yang terbaik untuk kita dan perancangan Allah memang yang terbaik..
ReplyDeletenana doakan rezeki ily untuk dapat baby dipermudahkan dan dipercepatkan..insyaAllah
Thanks Nana. Yup, perancangan Allah memang yang terbaik. InsyaAllah, kalau ada rezeki Ily...Selamat hari raya!! Hehe.
DeleteILy, takpe dear,, ALLAH lebih mengetahuinya... Apa yang tepnting? Raya kita takmo emo yer.. hehehe~~ Ida nak mintak maap sekiranya ida ada terbuat salah dengan ILY sepanjang kita kenal di alam maya ni..hehhe!~ o-O yer.. ! Selamat Hari RAYA !RAYA ! RAYA !
ReplyDeleteEida! Selamat hari raya!! Hehe. Memang raya ily tadek emo2 pon this year. Hehe. Ily pon mintak maaf kalau ada salah silap dgn Eida =)
DeleteILy, tabahkan hati k. Saya doakan rezeki ILy tak lama saja lagi seperti saya tanpa disangka dapat positif UPT first time ever semasa usia perkahwinan 3 tahun 11 bulan lebih...sebenarnya cuba jangan berharap...itulah yang berlaku pada saya cycle tu sbb saya looking fwd period nak proceed IVF, selain faktor sains, relaks supaya sistem badan in order, tentunya bila dah masa Allah nak bagi. Yang itu kena terus berdoa dan bertawakkal tapi jangan mendesak diri sgt k. Percayalah, bila ILy dah dikuruniakan nanti, akan nampak terang benderang hikmah kenapa sekarang dan bukan dulu dan sebagainya. Subhanallah. Selamat Hari Raya! :)
ReplyDeleteHai Areina,
DeleteThanks untuk kata2 semangat awak. Saya sangka saya dah tak berharap sangat sebelum nih, tapi nampaknya masih berharap. InsyaAllah lepas nih saya kurangkan fikir pasal benda nih. Hehe. Saya suka ayat awak;
"Percayalah, bila ILy dah dikuruniakan nanti, akan nampak terang benderang hikmah kenapa sekarang dan bukan dulu dan sebagainya. Subhanallah."
InsyaAllah. Thanks dear! Selamat hari raya =)
Kuatkan semangat ye.. yakin padaa-Nya.. insyaallah.. akan ade rezeki buat awak dan suami..
ReplyDeleteselamat hari raya.. :)
Hai Ina Haireina,
DeleteInsyaAllah. Thanks a lot. Selamat hari raya =)