Tuesday, 17 July 2012

Treatment @ HUKM #3 : Bersediakah kami?

Assalamualaikum,

Tadi pukul 9.30 pagi saya ada appointment di HUKM. Tujuan appointment hari ni nak review balik result tests yang saya dan suami dah buat. Seterusnya, doktor akan suggest next treatments.

Alhamdulillah, result tests yang saya buat semua ok dan normal. Syukur Ya Allah. Semen analysis suami tak berapa memberangsangkan. Kena makan supplement lagi la nampak gayanya. Tapi, saya lagi risau kalau saya yang bermasalah. Sebab kalau kita yang perempuan nih, semua libatkan hormon. Payah jugak nak betulkan hormon kan? Tapi kalau lelaki, insyaAllah makan supplement dan makanan berkhasiat pon mampu tambah baik keadaan.

Setelah doktor tengok history kami suami isteri, history IUI kami yang 3 kali gagal, doktor suggest kami buat IVF atau ICSI. Kes kami diserahkan kepada klinik MAC. Appointment pon dah dapat, 15 Ogos untuk consultation dan penerangan lanjut. Tadi doktor anggarkan kos dalam RM8k++ sebab katanya saya tak bermasalah. Mungkin tak perlu ubatan yang mahal.

Persoalannya, bersediakah kami suami isteri? Bersediakah mental dan fizikal kami berdua? Bab kewangan, InsyaAllah boleh manage dan diusahakan. Banyak yang saya dan suami perlu bincang dan fikirkan. Ini bukan hal kecil macam IUI. IVF memerlukan persediaan yang rapi. Banyak proses nak lalui.

Ya Allah, tunjukkan kami jalan. Permudahkan mana yang terbaik untuk kami suami isteri. Amin.

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

29 comments:

  1. Moga Allah permudahkan segala usaha Ily & suami.
    InsyaAllah..Allah itu maha adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot my dear. InsyaAllah, amin :)

      Delete
  2. Kami suami isteri pun in the same boat. Dah 3 kali try IUI, gagal. Next cycle ini, nak mula treatment dah. Sama ada ready or not, entah la.

    Tapi Ily, lebih baik buat IVF / ICSI - cuba semua yg kita boleh dari segi medical. Kalau masih gagal (harap tak), at least, kita tak look back and regret. Good Luck dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, im agree with u. Baik try semua jln yg ada so that kita tak regret kemudian hari. Tapi, im not so sure yang kami dah ready atau tak. I keep asking that question to myself, unfortunately I still do not have the answer. Huhu. Btw, thanks dear. Wish u luck too!!

      Delete
  3. InsyaAllah..kalau apa yang difikirkan terbaik dan mampu...usaha je k...Allah gak yang menentukan..tapi ily memang berani...tabik spring!!good luck ye=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noora, saya bukan la berani sangat. Tapi sebab nak anak nih, saya redahkan jugak laa. Hehe. Saya & suami still tak putuskan lagi. kami masih dalam sesi perbincangan dan fikir2. Thanks dear!

      Delete
  4. Ily, I blogged about "Are we ready?" - an inspiration from reading this post. I tagged your blog. Hope you don't mind.
    http://justmethemrs.blogspot.com/2012/07/are-we-ready.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. I've read your post. Terasa seperti luahan hati sendiri :)

      Delete
  5. Kalau itu yg ditentukan.. redha je.. Mana tau ada rezeki dengan IVF ni ? AMIN ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eida, tulaa. Mungkin ini jalan yang terpaksa ku lalui. Haha. Jiwang! InsyaAllah. Tunggu next month tgk apa doktor suggest, IVF or ICSI.

      Delete
  6. same goes wit me...
    sue masih tak blh buat decision lagi bila nak buat IVF.. (itu je cara yg doc suggest skang)
    dok pikir2 lagi..dh berarap bulan pikir..hahaha

    err..HUKM , hospital gov ke semi ye? sbb kos dia takde tggi sgt..
    tapi HKL lagi murah dri yg lain, sue buat rawatan kat hkl je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sue,
      Bukan senang kan nak buat decision nih. Sy mcm still tak pasti samaada badan sy boleh terima & lalui ke tak proses IVF/ ICSI nih. Mmg asyik fikir jek lepas balik appt aritu. Poning palo den :p

      HUKM hospital kerajaan. Tapi klinik MAC tuh yang kena bayar. Maybe semi laa kot. Dulu mmg ily ada buat treatment kat HKL, tp lepas IUI 3rd failed, kami ubah angin gi HUKM. Tah2 penah terserempak dgn Sue time kat HKL :)

      Delete
  7. iye . betul tu.. byk persediaan. i dah melalui sekali ivf, sekali FET. even preggy n terpaksa emergency operate coz cornual pregnancy, smngat nak buat IVF lg sekali still ade. tp perasaan trauma, takut if it happen again,sgt-sgt merisaukan skrg. now, doc suruh rest atleast 6months-1year. insyaAllah if semuanye ok, akan buat ivf ngan prof sekali lg in Dec.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear,
      Thanks for dropping by. Err, takut pulak baca komen awak. Sy pon ada search pasal IVF/ ICSI. Byk jugak cerita2 menakutkan psl nih. Awk rehat dulu. Biar btol2 sembuh sakit & trauma tuh. Awk mmg kuat! Sy doakan awk cepat sembuh & dpt kekuatan nak try sekali lagi :)

      Delete
  8. Salam ily,

    nak tanya, supplement ape ye yang hubby ily makan? oleh share tak? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fifi,
      Husband ily makan supplement Abbott Surbex Zinc dan Tribestan. Dua2 nih doktor yang suggest :)

      Delete
    2. Owhh, lupa nak bgtau. Dua2 vitamin tuh bole dapat kat farmasi :)

      Delete
  9. insyallah..semoga dipermudahkan oleh Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Thanks a lot dear :)

      Delete
  10. Assalam ILY....

    syukur Alhamdulillah..awak & hubby xde masalah...itu yg penting...;)..
    saya ade kwn yg preggy melalui IVF,mmg kena extra care...ini peluang yg awak ade,u can do it!!!.....;)....saya tumpang gembira..;)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear,
      InsyaAllah..kalau ini jalan yang terbaik, mungkin akan teruskan jugak. Skrg tgh tunggu next appointment dulu mcm mana. Thanks!

      Delete
  11. rasa tak layak pula nak jot down the comment here sebab IUI pun i tak pernah buat..apa2pun, semoga ILY and husband mencapai kata sepakat..setiap orang jalannya berbeza walaupun destinasinya sama..cuma kita ni menempuh banyak jalan dan panjang pula perjalanan tu..

    Good Luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai B&C,

      Ily & husband masih lagi belum decide. Kami tunggu appointment 15hb nih macam mana. InsyaAllah, kalau ini yg terbaik. Thanks :)

      Delete
  12. Salam,

    Have been married for 9 years and tahun ni after our 9th anniversary, decided to take the plunge n do ICSI after failed IUI and entah berapa round of chlomid. Kalau kita ikir kita ready ke tak, memang selalu ada rasa risau gitu, but when you have decided, stick to it, and after that, redah jelah all the process. Thats what we did. I took 6 months time off from work, to concentrate on the treatment. Tapi maybe untak perlu lah extreme sgt cam saya buat tu. kerja saya tu sibuk sangat, kalau tak buat camtu, kejap2 kena outstationlah apalah. So terpaksalah. Alhamdulillah, i am currently almost 23 weeks pregnant, not without comlication, though. Tapi syukur sangat kerana diberi peluang ni. I log my ICSI journey in my blog, senang2 singgahlah, mana tau boleh kasi semngat kat u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear,

      Thanks singgah blog sy. Congrats on your pregnancy! Seronoknyaa :)

      Sy pon mcm awak. Kerja selalu kena outstation, stress jugak. Tapi setakat nih boleh handle lagik. Hehe. Husband sy pon ckp mcm tu, tunggu next appointment. Then, whatever it is..redah jek. Hehe. Sy dah link blog awk, nnt sy nak baca your story. Thanks for your advise dear. I really appreciate it :)

      Delete
  13. salam ily..kes kt agak sama la.sperm husband low n aritu doc suggest trus wat ivf tnpa iui..huhu but im not ready yet.skg nih try cr tribestane tp byk farmacy xjual la..sshnye nak cari.ily beli kt mana?sy duk putrajya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Is..itulaa, sy pon masih keliru2..ready ke tak ke..huhu..Owhh, saya beli dekat KL Festival City, Danau Kota Setapak. Ada satu farmasi dalam tuh. Awk kena tny tau kat pharmacist dalam tuh, sb dia tak display ubat nih kat rak2 vitamin tuh. Semoga dpt membantu :)

      Delete
  14. Salam.... Ily.. just 2 share my experience. I pun dh buat IVF di klinik MAC HUKM. Sebelum ni buat IUI 2 kali di klinik swasta, sekali di MAC. Buat di MAC bulan Disember 2011. Takde rezeki. Rehat kejap... then buat IVF di MAC awal Julai 2012 ari tu... takde rezeki jugak. Period macam biasa.

    Nk kata pasal ready ni, doktor cakap elok buat masa muda.. klu sebelum umur 30 peluang lg tgi. Tapi yelah, ade baca blog yg kata badan kene rilek spnjg proses.. elakkan stress. Myb berkesan myb tak.. tak taula.

    Pengalaman i buat IVF di MAC, kene makan chlomid dari 1st day period sampai hari ke 4/5. Then amik injection sekali sehari smpi hari ke 10. Husband tlg inject kan kt rumah. Nurse ajar cara inject tu. Sbb tu kos di MAC murah sikit berbanding hospital swasta sbb kita buat sndr n bukan ulang alik ke klinik jmpa Dr untuk inject. Day 1-10 still kerja mcm biasa. Day 11 g MAC check telur. Dr akan maklum berapa telur. Then hari ke 13, die amik telur tu (dapat MC sehari sbb die bg ubat tido, mmg ngantuk seharian). Then kerja mcm biasa. Then MAC akan call maklum date untuk masukkan telur yang dah disenyawa dgn sperm. Hari tu i pny hari ke 15/16. After masukkan, Dr bagi MC seminggu. Tapi i mintak lebih sbb klu tak MC, kene g outstation jauh. So Dr bagi.

    About kos, dalam RM6-7k spnjg IVF. Klu klinik swasta u dgr RM12-20k. So, itu sedikit sebanyak.. tapi x de rezeki lagi... Apa pun kita kena selalu berdoa kan.. Insya Allah i nak try IVF balik bulan November/Disember ni... sama-sama la kita berdoa... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear,
      Thank you so much sudi share experience & info psl ivf treatment. Sorry sy br dpt reply ur comment.

      Sy still blom decide utk truskn dgn ivf. Sy risau, sy rasa sy tak ready. Huhu. Sy kagum dgn smgt awk. Sy rasa sy tak kuat mcm awk nk terima kalu ivf sy fail. Huhu.

      Sy doakan usaha awk kali nih berhasil. Semoga Allah berkati usaha awk & makbulkn doa awk utk ada zuriat sendiri. Takecare dear. Thanks for dropping by blog sy ;)

      Delete