Saturday, 24 March 2012

Khasiat Halba

Assalamualaikum,

Saya nih manusia yang banyak angin dalam badan. Macam-macam cara saya buat nak keluarkan angin. Yang terkini, saya makan kapsul halia. Nampak macam ada perubahan jugak laa. Saya makan malam sebelum tido. Then, saya saja-saja google cara atau makanan nak kurangkan angin dalam badan, saya terjumpa pasal halba. Ada yang tatau ke halba tuh apa? Sebab saya pon baru tau. Haha. Saya memang fail bab bahan-bahan masakan nih. Halba nih selalu digunakan dalam nasik dagang. Padahal makan nasik dagang selalu :p

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda , 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.

Antara kelebihan halba yang saya dapat tahu adalah:

KEBAIKAN SECARA UMUM
  • Mengawal kencing manis
  • Menguatkan jantung
  • Sangat membantu untuk mencairkan kahak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Menyembuhkan buasir
  • Menyembuhkan radang kulit dan bisul
  • Mengawal anemia
  • Pencuci perut 
  • Membuang angin
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK WANITA
  • Melancarkan haid
  • Melegakan senggugut
  • Meransang rahim dan organ pembiakan
  • Mengawal kegemukan
  • Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK LELAKI
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Menambahkan tenaga batin (digunakan oleh tabib China untuk merawat mati pucuk)
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak (membuang angin)
  • Baik untuk kecergasan dan kekuatan badan serta tumbersaran kanak-kanak
Ada macam-macam cara nak amalkan halba nih. Ada yang masukkan dalam masakan. Tapi apa yang saya buat, rendam 1 sudu teh halba dalam air panas pada malam hari. Tutup cawan/ gelas tersebut. Minum keesokkan paginya. Saya minum air campuran halba semata-mata. Rasanya tak teruk sangat, tapi kalau ada yang tak suka, boleh tambah madu sikit. Bila tau banyak khasiat untuk wanita, terus saya rasa macam nak amalkan minum air halba nih. Lagipon senang nak dapat halba nih. Kat Mydin bahagian jual rempah ratus ada. So, kepada yang nak mencuba, Selamat Mencuba :)

Ok, bye!

15 comments:

  1. salam..hai..halba slalu ade dlm nasik dagang kan?patutla klu mkn nasik dagang asik rs nk buang angin je..mmg mujarab!..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anis,

      Aah, halba dlm nasik dagang tuh. Yang warna coklat2 tuh. Itu laa, ily dah beberapa ari dok amalkan minum air halba. Memang asik kuar angin jek. Haha!

      Delete
  2. smlm sy baru dok ckp dgn ofismate pasal halba ni..nak try jugakla..ade lg lebih halba bt ayam percik aritu..hihih..cemane la rasenye ek..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Try laa. Tak teruk laa rasa dia. Ok jek. Setakat nih ily bole minum mcm tuh jek. Kira ok laa tuh. Hehe. Try laa awak :)

      Delete
  3. Hlba tu yg kecik kecik warna keemasan tu ek? salu orang masuk dlm kari tu keee??? nk try ler... diriku banyak angin jugakk.. =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eida, btol btol! Yang warna coklat2 gold tuh. Ada jugak yang masukkan dalam kari. Haha. Try laa. Ily bole minum, maksudnya tak teruk laa rasa dia. Jom sama2 kita buang angin. Ehh? Hehe.

      Delete
  4. ILY, yeah halba atau Fenugreek. kat farmasi pun byk jual herbs ni. memang sedap buang angin ler...hehehe selamat membuang angin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Baru tau kat farmasi pon byk jual :p Hehe. Tulaa, hopefully dapat membuang angin dengan jayanya! Hehe.

      Delete
    2. i ada beli Fenugreek+Choc Mix kat watson baru2 ni. no sugar added, so tawar sikit tapi Sedap! try lahh memang membuang angin sesaje! ;P lepastu asik nak terkencing, maybe die cuci usus kite semua kan. murah pulak tu RM12 http://www.hsc.com.my/eng/food-fenugreek.php

      Delete
  5. owah...xhanks ily..x tahu lak byak kebaikannya..kalau tergeget yang halba dalam nasi dagang terus buang..x tau lak...ley cuba ni..diriku pun banyak angin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sama laa kita. Kalu tergigit dlm nasik dagang trus buang. Igtkan apa laa kan.Hehe. Try laa awk, mana tau kurang berangin pasni :p

      Delete
  6. saya pun nak amalkan jugalah.. hehehehhe

    ReplyDelete
  7. Salam sis..thanks for the info..kak ju ada gastrik,ulu hati pedih,perut sakit n serba tak kena..kak ju ingat nak try halba ni lah..in shaa Allah berkesan..harap harap gastrik tak menyerang lagi...Apa punca gastrik ni eh?

    ReplyDelete
  8. ternyata benar halba dpt membuang angin...namun keburukannya ialah badan saya turut berbau halba...anda bagaimana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kencing pon bau halba daaa...pastu peluh pon trhalba jgk...akupon heran

      Delete