Monday 5 December 2011

Gagal lagi.

Assalamualaikum,

Semalam, pada CD24 saya period. Sehari selepas saya balik dari Kota Kinabalu. Maksudnya, IUI #3 saya gagal jugak. Perasaan? Sedih. Tapi penat travel buat saya lupa kejap perasaan tuh.

Ermm, as I wrote in my previous entry, saya akan berehat daripada sebarang treatments lepas nih. Sampai bila saya pon tak pasti. Yang penting, saya nak enjoy vacation saya puas-puas. Mungkin ada hikmahnya kot. Saya akan bertolak ke China pada 20 hb nih. Kira-kira 3 minggu lagi. Kalau saya pregnant hasil IUI arituh, mungkin saya 50-50 nak pegi holiday ke tak. Hehe. Ayat penyedap hati kan? Takpelaa. Belum rezeki, nak buat macam mana. 

Give up? Setakat nih masih belum give up, just nak berehat sajek. Penat nak harungi situasi and treatment yang sama. Saya dah bincang dengan suami pasal nih and suami pon tak kesah saya nak berehat. Suami cakap, badan saya yang melalui semua proses nih. Saya yang patut tau apa yang badan saya rasa. Hehe.

Lepas nih mungkin blog nih akan sunyi sekejap la sebab dah tadek cerita treatment nak update. Tapi, saya akan jalan-jalan melawat blog kawan-kawan semua. Kepada yang masih berusaha, saya doakan usaha korang berhasil. Jangan putus asa, ok? Kepada yang dah pregnant, jaga kesihatan diri and baby dalam kandungan. Semoga kalian selamat melahirkan dan dipermudahkan semuanya. Amin. 

Love you guys! Thanks for every doa and support. Eh, kenapa ayat macam salam perpisahan pulak? Hehe.

Ok, bye!


14 comments:

  1. insyaallah..ada rezeki yang lg hebat nnt,amin

    ReplyDelete
  2. Allah has something special 4 u.... Have fun gi travel tu eh.... Bestnya gi jengjalan ni....

    ReplyDelete
  3. tak apa ily.. jangan fikir sgt ok.. enjoy ur trip ok.. insyaAllah janji Allah adalah PASTI..

    hugs ^_^

    ReplyDelete
  4. :(
    semoga rezeki ILY akan tiba jugak!

    ReplyDelete
  5. noora yang sedih,noora harap sangat ily dikurniakan zuriat hasil iui3 ni,xpela ily g rest cukupcukup,balik nanti berjuang habis2an,InsyaAllah,tahun depan ada zuriat untuk kita dari Allah..amin=)

    ReplyDelete
  6. seriously u are so TABAH!
    im not strong enough to even try IUI.
    xpelah, berehat dulu kasi badan bernafas dari drugs2 ni smua :)

    ReplyDelete
  7. Me pun xde rezeki bln nii. AF mai at CD29 which is today.
    Sedih sesgt..

    Don worry dear,kite usaha lg. Bykkan doa k,.

    ReplyDelete
  8. Su: InsyaAllah..amin :)

    sweet tooth: InsyaAllah..thanks dear..memang sy akan enjoy my trip :p

    Aidanisme: Thanks dear..InsyaAllah..just the matter of time :)

    Lady Mira: Amin! Hehe. InsyaAllah..Tungguuu :p

    ReplyDelete
  9. Noora: Sy pon sedih sbnrnya. Tipu la kalu kata sy tak berharap IUI nih jadik kan. Tp dh tertulis belum rezeki kami suami isteri. Terima laa kan. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada laa..InsyaAllah akan ada rezeki kita. Noora pon teruskan usaha, ok?

    Jay: I dont think I'm strong. I just fight my disappointment. I frust jugak u..tapi bila i fikir balik, nih semua kerja Allah. Siapa kita nak lawan kan? So, secara tak sedar I bole terima kenyataan tuh..yup, mmg akan rehat puas2..hehe..

    A wifey to a great husband: Sabar ek dear. Semua nih ada hikmahnya. Ada rezeki kita, lambat atau cepat jek. Keep on trying, ok? I doakan one day usaha kita akan berhasil :) btw, nak panggil awk apa ek? U slalu dropped by at my blog, tp tatau nak panggil apa. Sorry.

    ReplyDelete
  10. ily syg..
    insyAllah sampai rezeki ily nnti
    gagal kali ni bkn maksud akan dtg pon kita gagal kan *hugs*

    ily enjoy yr holiday. rehat cukup2.buat apa yg ily nk buat. kalau rs mahu mula semula, sy sentiasa doakan ily k :)

    ReplyDelete
  11. Thanks dear. Sorry profile name pelik2..hehe panggil jer Nadiah..

    ReplyDelete
  12. salam ily..insyaallah..ada rezeki ily dan kite semua nnt..hmm..secara jujur..sy pun rs sedih bc entry ily ni..honestly sy doakan IUI ily kali ni berjaya..tp Allah lebih mengetahui..keep trying dear..always pray for our best..gud luck..n selamat bercuti

    ReplyDelete
  13. xpela ily..kita rehat sama-sama...kita rehat dari treatment je..usaha tetap ada kan..w/pon cara natural..xde apa...
    kita sama2 berusaha..:)
    manatau preggy hasil dr vacation nanti..:)

    ReplyDelete
  14. JD: Btol! InsyaAllah kalau usaha, pasti membuahkan hasil. Hehe. Thanks babe *hugs*

    Nadiah: Hehe..hai Nadiah :)

    a.n.i.s: Salam anis. Thanks. Sy setuju dgn awk, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah..ada rezeki kita semua, cepat or lambat jek kan? Hehe.

    mag: yup, rest daripada semua drugs & treatments. Kesian badan kita kan :p InsyaAllah, amin :D

    ReplyDelete