Wednesday, 1 June 2011

New Phase.

Assalamualaikum,

Saya rasa saya dah hilang mojo or semangat nak blogging laa. My personal blog pon terbiar tanpa update. Haishh. Mengapakah?

Saya rasa jugak, saya dan suami telah melepasi stage stress bila fikir nak anak. Serius. Saya rasa sekarang kami suami isteri dah kurang bercakap sangat pasal nak anak sangat-sangat (in desperate way to have baby). Still we talk about child, but tak desperate sangat dah. Kalau sebelum nih, cerita pasal anak jek boleh buat saya bergenang airmata. Mungkinkah kami dah mula redha dengan ketentuan Allah? Kali nih saya period pon saya tak sedih macam sebelum-sebelum nih. Kalau sebelum-sebelum nih, nampak jek blood stain kat panty, air mata pon meleleh laju tanpa dipaksa. But this time was different. No tears at all. Tapi rasa frust tuh ada laa jugak. Lepas tuh boleh terima dengan mudah. Cuma ayat suami macam dalam entry ini yang buat hati jadik sayu :(

Eventually I feel so relief. Saya rasa hati saya sedikit lapang bila keadaan di mana emosi terganggu, bergaduh dengan suami bila cakap pasal anak, terasa hati dengan orang sekeliling yang kurang sensitif dengan orang yang TTC macam saya dah berlalu. Saya rasa la saya dah melepasi stage itu. Sekarang lebih tenang. Tapi, tipu la kalau keinginan nak anak tuh hilang macam tuh sajek. Takkan hilang, ok? Sampai la berjaya conceive. InsyaAllah. Sebelum nih, nak make love pon boleh jadik stress. Nak kena fikir jadik ke tak nanti-nanti. Nak kena jaga itu, jaga ini. Haishhh. I'm sure my TTC friends memahami situasi nih, kan? Langsung laa activity yang sepatutnya fun, terus jadik tak fun! Hahaha.

Saya harap, ini bukan lah perasaan saya semata-mata. Saya harap mental dan emosi saya betul-betul stabil. Saya harap saya dan suami redha dengan ujian Allah SWT kepada kami. Saya harap you guys pon macam nih :)


Let's we support each others!

Ok, bye!

4 comments:

  1. Hai Ily... kak reen dtg berkunjung.. sori lewat balas kunjungan. hihi.

    Rajin2 la tulis blog. Kakreen baru nak jadi follower Ily ni :D

    ReplyDelete
  2. Kak Reen: Hehe..thanks for dropping by :) InsyaAllah..Ily kena carik mood yg ilang nih :p

    ReplyDelete
  3. Selalunya org yg dah mlepasi stage stress ni, tau-tau aje nnt dah pregnant..sbb kita rsa lbih tenang sbb dah jarang fikir yg bukan2.. (mngikut kajian sy laa..heheh)

    ReplyDelete
  4. MommyAgharr: InsyaAllah..hopefully begitu laa..hehe..

    ReplyDelete