Sunday, 22 May 2011

Workout#2

Assalamualaikum,

Hi, how's your weekend? Hopefully you guys had a great weekend :) Mine biasa-biasa saja. Tak kemana-mana pon. Semalam pegi rumah parents in law sebab adik-adik suami semua ada rumah, jadi buat bbq. Hehe. Memang dugaan betul, bila dah nekad nak diet tuh, makan pon datang tanpa dicari. Hari Jumaat my colleague kat office belanja kitorang 1 unit breakfast. Nasik lemak pulak tuh! Bagus sungguh! Huhu.

Ok, now saya nak update sikit la pasal misi diet dan workout saya. Dah masuk week 2 dah, as shown in the ticker above. Kalau week 1 saya gigih pergi gym, week 2 pon masih gigih jugak. Cuma makan jek tak terjaga sangat sebab macam saya cakap tadi, makan datang tanpa dicari. Ohh, Isnin saya tak pergi gym sebab saya sakit gigi and pergi tampal gigi. Huhu. Selasa yang cuti Wesak Day tuh saya pergi dengan suami. Rabu saya off sebab tengok American Idol. Khamis pulak saya ada kursus (again, makan banyak lagi!) dan habis dalam pukul 4ptg macam tuh, sampai rumah dekat pukul 5ptg. Kira awal la sampai rumah, jadik saya ke gym. Pukul 6.30ptg balik, terus tengok American Idol. Time tuh kan nak announce siapa Top 2. Hehe. Dua-dua peserta pilihan saya :)) Jumaat saya tak pergi sebab malas :P Sabtu pagi-pagi lepas solat Subuh, saya drive pergi rumah mak saya di Shah Alam, amik adik saya dan pergi jogging kat Taman Tasik Shah Alam. Adik saya message nak meluangkan masa dengan kakak sulungnya sebelum dia masuk matriks Isnin nih (which is tomorrow). Hehe. Hari ni, Ahad, pagi hujan. So, saya dan suami sepakat nak tido daripada bangun pergi gym. Petang tadi pukul 5.30 baru kitorang pergi gym. Tapi ramai orang. Saya dapat guna bicycle jek. Suami buat weight lifting. Saya kayuh macam masuk tournament Le' Tour De Langkawi pulak! Laju. Sebab saya target nak buat jarak  2.5km dalam masa 15 minit. Mission accomplished! Yeay :D

Sooo, this is my workout updates but this time tadek gambar sebab saya segan nak snap. Saya just record dalam handset sajek. Tapi dapat record untuk hari Khamis dan petang tadi sebab hari-hari lain saya terlupa.

Khamis (19.05.2011)
treadmill; distance = 2.1km, time = 30mins, calori = 170
bicycle; distance = 2.5km, time = 15min, calori = 155
leg extension; 5 sets (10 times/ set)

Sampai ke hari nih kaki sakit hasil penangan leg extension. Huhu. Nih saya nak share menu dinner hari Khamis saya yang tak seberapa nih :)
Ayam black pepper, kacang panjang dan cheese. Saya guna virgin olive oil menggantikan minyak masak biasa. Cheese tuh saja tambah sebab elok jek ada dalam fridge tuh. Heh.

Ahad (22.05.2011)
bicycle; distance = 2.5km, time = 15mins, calori = 170
sit up; 2 sets (8 times/ set)

Macam tak puas workout hari nih. Tuh yang tak best kalau ramai orang kat gym. Lain kali hari Ahad kena pergi gym pagi baru tak ramai sangat.

Anddddd lastly, sesi penimbangan berat bagi week 2 mendapati berat saya sebelum ini 62.9kg telah menurun kepada 62.5kg, turun 0.4kg sahaja. Jadik laa kan. Awal-awal masa week 1 tuh berat turun banyak sebab berat air kot. Hehe. Within 2 weeks of workout, I have lost 1.5kg. Not bad, huh? Mintak-mintak la semangat tuh tak hilang :)

Ok, bye!

No comments:

Post a Comment