Monday 16 May 2011

Kuruskan badan?

Assalamualaikum,

Orang cakap kalau nak senang pregnant kena pastikan berat badan ideal. Betul ke? Ada jugak orang yang berat badan berlebihan (sorry, if ada yang terasa. Sebenarnya saya pon kategori berat badan berlebihan!) relax jek pregnant. Siap berderet-deret anaknya! Ada jugak yang berat badan ideal, tapi susah jugak nak pregnant, kan? Yang sebenarnya, semua nih rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan. 

Tapi, ada jugak laa my gynea pesan dekat saya untuk kurangkan berat badan.Time tuh berat saya 60kg! Huhuhu. Sebelum-sebelum nih, berat saya yang paling berat pon ialah 57kg. Tapi sejak buat rawatan kesuburan, telan clomid semua, berat mencanak naik! Yang paling latest, berat saya dah jadik 63.8kg! Omaigod! Almost 64kg! Terus rasa sedih. Rasa gemok sangat. For your information, saya nih kategori rendah (1.52cm sahaja). Tanak mengaku pendek nampakkk. Heheh. Jadi, kalau berat dah 64kg tuh, u'ols bayangkan laa macam mana gemuk pendeknya saya. Huhu. 

Setelah berfikir panjang, maki-maki diri sendiri untuk naikkan semangat nak kurangkan berat, di tambah dengan suami yang selalu cakap saya gemuk (kadang-kadang suami suka bergurau panggil saya 'Mok'.haha. tapi makan dalam jugak beb), saya berazam untuk mengurangkan berat badan saya. Lagipon, saya tengah 'berehat' daripada sebarang treatment sebab last cycle tak sempat nak set appointment untuk try IUI sekali lagi sebab 1st day period saya hari Jumaat petang. Nak call HKL pon mesti tadek sape nak jawab. Macam biasa kan, kalau nak mulakan balik rawatan, hari pertama kena call sebab hari kedua akan buat TVS dan dibekalkan dengan ubat kesuburan. Bulan Jun pulak saya ada appointment untuk check fibroid saya. Harap-harap la tak membesar. Kalau membesar, saya rasa macam nak mintak operate. Sebab saya rasa banyak dah symptoms yang tak best macam sakit pinggang, period berketul-ketul, period pain teruk. Nampaknya, cycle bulan Julai baru boleh mula treatment semula. Itu pon kalau result check up fibroid tadek apa-apa laa.

Ok, berbalik kepada cerita azam saya nak kurangkan berat. Saya target nak turun daripada 64kg kepada 57kg ( 55kg kira macam bonus la kalau dapat capai). Nampak macam kecik jek angka tuh kan, tapi 7kg tuh susahhhh and liatttt nak turun. Bagi mencapai azam tersebut, saya gagahkan diri ke gym. Nasib baik di rumah saya ada facilities gym. Tinggal rajin dengan tak rajin jek :P So, saya plan nak jadikan blog TTC sebagai blog untuk track record misi kurangkan berat saya. Mana tau dalam usaha-usaha nak kurangkan berat tuh bole pregnant ke. Hehe. InsyaAllah :) Positif, positif!

InsyaAllah saya akan cuba keep track activity saya di gym dan kalau rajin saya akan buat food diary. Huhu. Sebenarnya, kalau nak exercise kat gym saya boleh gagahkan diri, tapi kalau kena control makan, haishhh, tuh yang payah sangat tuh. Kena disiplin la kot lepas nih. Rugi la pulak kalau exercise macam nak mati, tapi makan tak hengat dunia. Ye tak? Hehe. Nanti saya akan blog-walking kat blog kawan-kawan TTC yang dalam proses berdiet jugak. Ramai kan yang dalam proses berdiet? Boleh belajar sket-sket daripada u'ols. Saya nih harap exercise sendiri jek, tadek personal trainer :))

Nanti saya update lagi, ok?


Ok, bye!










No comments:

Post a Comment