Friday, 30 December 2011

Dugaan

Assalamualaikum,

Saya baru received bad news daripada my SIL yang saya cerita dah pregnant hari tuh. Baby dia tak develop walaupon dah nak masuk 12 weeks. Doktor suggest dia buat D&C sebab doktor cakap anytime dia boleh bleeding dan kena infection. Kesian. Saya tumpang sedih jugak. She got pregnant after a year of marriage. Sekarang dia ada kat HUKM dan tengah tunggu untuk masuk OT. InsyaAllah, saya akan pegi jenguk dia. Tapi saya takut saya yang nangis lebih-lebih. Huhu.

Nampaknya, tahun 2011 nih banyak sangat pahit dan manis. Penutup 2011 dengan berita sedih buat family kami. Apa-apa pon, kena redha dengan dugaan Allah. InsyaAllah, semoga tahun depan mendatangkan kegembiraan untuk kita. Selamat tahun baru untuk semua TTCians :)

Ok, bye!

Wednesday, 28 December 2011

Berehat panjang.

Assalamualaikum,

Saya baru lepas tvs scan kat HKL. Uterus clear, tadek pepe. Tapi doktor cakap uterus lining still tebal and tadek tanda nak period dalam masa terdekat. Doktor pon cakap menda yang sama dengan doktor klinik private smlm; chemical pregnancy or hormon affected by drugs. Doktor tanak bagi ubat turun period and suruh saya tunggu period keluar sendiri. Hasil scan dapati tadek cyst or penyakit lain. Alhamdulillah :)

So, saya pilih untuk pegang jawapan yang hormon terganggu sebab ubat. Huhu. Masih belum ada rezeki kami suami isteri. Kena redha, kan? Arini better daripada semalam. Maybe dah lega sb menangis puas-puas semalam. Apa pon, nih semua pengalaman baru untuk saya. Tak semestinya delay period sebulan tuh tanda pregnant. Lagi pon saya merasa jugak dapat upt positive (tak penah dapat upt positive sepanjang TTC) walau pon false positive. Haha. Happy tengok upt positive tuh sgt priceless! InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat upt positive pasni, biar la betul-betul pregnant. Hehe.

Sekarang, saya isytiharkan IUI#3 jugak gagal and saya akan berehat panjang daripada treatment. To all TTCians yang tengah buat treatment, saya doakan usaha korang berjaya! InsyaAllah. Amin ;)

Ok, bye!

Tuesday, 27 December 2011

Assalamualaikum,

Suami balik Lipis arini sebab esok dia ada meeting. Kesian suami, mesti penat. Huhu. Lepas hantar suami sampai kat pintu, kunci pintu semua, masuk jek rumah terus air mata meleleh-leleh. Serius nangis sungguh-sungguh.

Ya Allah, tiba-tiba saya rasa saya lemah sangat. Rasa macam loser sangat. Saya rasa penat sangat. Rasa macam-macam. Tak larat rasa nak tanggung ujian macam nih. Mana pegi kekuatan saya? Kenapa jadik macam nih?

Astaghfirullahalazim.Ampunkan hambaMu, ya Allah. Tolong berikan kekuatan kepadaku.

Bad news, maybe?

Assalamualaikum,

Lama jugak tak update blog nih. Hehe. Saya dan suami baru pulang dari Beijing, China. Malam semalam pukul 8 smpi kat KLIA. We had a great holiday. Serius best! Nanti InsyaAllah saya story sket pasal holiday tuh ek.

Skang nak cerita sket pasal bad news yang saya terima pagi tadik. Sekalik lagi saya dan suami ke klinik untuk confirmkan pregnant ke tak. Klinik yang sama saya pergi 2 minggu lepas yang result upt positif tuh. Saya cerita kat doktor yang upt kat hkl and yang saya buat kat rumah semua negatif. Doktor suruh saya bagi samplr urin and tested again. Yup, result arini adalah negatif. Doktor cakap, maybe chemical pregnancy since saya ada bleeding arituh kan. Or false positive due to hormon affected by drugs. Kan saya ada amik folliova jab. Saya dengan suami macam relaks jek tgk upt tuh negatif. Sbb saya datang klinik tadik dengan tak harap apa-apa. Yelaa, test byk kali sblm nih semua negatif. Tapi ada jugak skit perasaan mengharapkan miracle to happen. Heh.

Esok saya ada appointment kat HKL untuk scan. Tengok la macam mana. Doktor tadik tanak scan sb dia tau saya akan kr HKL. Sampai hari ni saya still tak period. Dah nak masuk CD50. the longest cycle yang saya penah alami. Tatau apa kena dengan badan saya kali nih. Tapi doktor tadik tanak bagi apa-apa ubat but dia suruh tunggu sampai next month punya period. Esok tengok macam mana pulak kat HKL. Hopefully tadek penyakit lain pulak.

Saya rasa macam penat sangat nak berharap. Macam putus harapan jap. Memang akan berehat panjang la dari TTC pasni. Suami pulak saya tengok cool jek, tapi deep inside his heart saya tau dia frust. Dari keluar klinik tadik saya avoid daripada tengok muka suami. Tak sanggup, sebab nanti saya nangis. Skang setitis air mata pon tak keluar. Confused dengan perasaan sendiri, sedih or give up. Huhu.

Walau macam mana pon, thanks a lot atas doa-doa korang semua. I really appreciate it. You guys made me stronger. Thanks darl!

Ok, bye!

Monday, 12 December 2011

Musykil lagi.

Assalamualaikum,

First of all, saya mintak maaf kalau entry ini mengguris hati mana-mana rakan TTC saya. Tujuan saya post entry ini bukan untuk menunjukkan kegembiraan saya. Sebenarnya, kalau korang nak tau, saya dan suami masing-masing keliru. Saya ambil keputusan nak post entry nih sebab mana laa tahu ada kawan-kawan kat sana yang mengalami kes macam saya.

Ceritanya macam nih, pagi tadi entah macam mana, time bangun tidur saya cakap kat husband mintak dia gerak balik Gua Musang/ Lipis lambat sket. Saya ajak suami ke Klinik Aman (klinik sakit puan yang saya pegi scan Selasa lepas) untuk check lagi skali. Untuk dapatkan kepastian. Ingatkan nak mintak doktor buat ujian darah laa sebab ada komen dalam entry lepas daripada LadyMira & JD yang suruh saya check darah. 

Sampai kat Klinik, saya satu-satunya patient time tuh. Masuk jumpa doktor yang sama. Saya cakap yang saya still tak period and ada lagi rasa sakit macam period pain tuh. Doktor cakap nak buat urine test. Saya cakap kat doktor yang saya dah test Jumaat lepas kat rumah, still negative. Doktor cakap takpe. Saya cakap lagi, saya baru jek lepas kencing (sebenarnya saya takut nak buat upt lagi dah. Huhu). Lepas tuh doktor dengan sabar cakap, 'Takpe. Dapat few drops pon takpe'. Hehe. Lepas bagi botol urine tuh dekat nurse, dia ajak masuk bilik doktor sekali. Doktor keluarkan tester. Lain macam sket tester dia, bentuk empat segi. Doktor pon drop urine and doktor tolak tester tuh dekat saya. Saya blur nak tengok macam mana. Doktor explain tengok kat window mana. Pastu doktor hulur tangan dan cakap, 'Congratulations'. Alhamdulillah, Ya Allah! Saya macam tak percaya. Menangis saya depan doktor. Lepas tuh doktor suruh saya pergi HKL and inform yang saya pregnant supaya diorang dapat keep track perkembangan saya. Saya kan buat IUI. Masa keluar, suami tengok saya (suami tak ikut sebab saya tak bagi. huhu). Saya senyum dan angguk. Masa tuh, tengok muka suami tercengang-cengang. Hehe. Priceless! 

Then kitorang ke HKL. Saya cakap dekat nurse kat situ saya test positif. Nurse tuh suruh saya pegi buat urine test sekali lagi. Masa tuh dalam pukul 11.30 pagi. Saya test kat Klinik Aman pukul 10.00 pagi macam tuh. Tunggu result. Dapat result, negative! Ahh, sudah. Kenapa jadik macam nih? Ada sesiapa ada pengalaman macam nih? Saya dah sedih dah. Sebab terbayang muka suami yang happy tadi. Lepas tuh nurse suruh masuk bilik scan. Buat TVS. Nurse cakap uterus lining tebal. Ada dot tapi tak jelas. Tiba-tiba doktor pakar masuk bilik tuh, nurse pon cerita yang saya buat IUI, lepas tuh ada bleeding, lepas tuh buat upt kat klinik private positive, tapi kat HKL negative. Doktor tengok kat screen, doktor tunjuk dot kecik kat screen. Doktor cakap, tunggu lagi 2 minggu datang scan balik. Doktor bagi saya duphaston dan folic acid. Ikut doktor, sekarang baru 4 minggu dan 4 hari. Kecik lagi. Saya cerita kat husband, terus kami berdua jadik confused. Ingatkan pergi HKL akan dapat result sama laa. So, bole laa lega sket. Nampaknya tak lega jugak laa. Huhu.

Persoalannya, kenapa ek upt positive bole tukar negative dalam masa tak sampai 3 jam? Saya google kat internet. Huii, macam-macam sangat sampai saya takut nak baca. Terus rasa pening kepala. Suami marah-marah saya dok fikir banyak sangat. Suami suruh repeat upt kat rumah lusa. Ada sesiapa penah jadi macam nih jugak? Sungguh saya risau nih. 

Saya mintak maaf sekali lagi kalau entry ini mengguris hati kawan-kawan TTC yang lain.

Ya Allah, permudahkanlah semuanya. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang tak elok. Amin.

Ok, bye!

Sunday, 11 December 2011

Dilemma

Assalamualaikum,

Period yang saya tunggu-tunggu pada hari sepatutnya datang, tak datang-datang. Tapi saya dah buat upt sekali lagi hari Jumaat. Result? Negative. Perasaan? Sedih jugak. Kenapa sedih? Sebab suami macam dah mula berharap. Bila saya cakap result negative, suami cakap maybe too early to detect. Nanti repeat balik. Ya Allah! Saya tak suka situasi macam nih. Saya sorang berharap takpe. Saya sorang yang frust takpe. Saya tak sanggup nak tengok suami frust . Saya rasa darah hari tu darah period. Saya tadek instinct yang saya pregnant. Perut still ada rasa macam period pain. Tapi sakit tuh on off.

Honestly, saya lagi risau kalau ada penyakit lain. Itu yang saya dok fikirkan dari hari tuh. Risau sangat. Tak pernah macam nih. Berbalik hal suami, saya tak suka bila suami berharap macam tuh. Saya banyak kali cakap dengan suami, jangan berharap sangat. Nanti kalau tadek, rasa kecewa. Suami senyum jek.

Entah laa. Saya tatau kenapa dengan badan saya kali nih. Maybe hormonal problem sebab side effect folliova atau apa. Saya ada rasa pening and nak muntah. Tapi saya rasa tuh false alarm, sebab bila kita terlampau fikir kita pregnant secara automatik badan akan rasa simptoms pregnant, kan?

Hemmm, sekarang saya tatau apa next step yang saya nak buat. Haishh!

Ok, bye!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, 6 December 2011

Musykil

Assalamualaikum,

Kawan2, saya sedang kemusykilan. Saya period Ahad lepas. Darah cair dan tak ketul-ketul. Semalam CD2 saya sakit perut sangat, period pain. Darah keluar dalam kuantiti biasa. Ada sedikit ketulan darah. Malamnya, saya tengok pad saya bersih. Bangun tidur pagi tadik pon pad bersih. Sekarang CD3 pon tadek darah yang keluar. Kenapa ek? Perut memulas rasa period pain. Tapi darah tak keluar. Hairan nih? 

Saya call klinik, nurse suruh saya buat UPT. Saya buat dan result negative. Saya call balik, nurse suruh tunggu darah keluar balik or tak. Kalau tak, repeat UPT. Ya Allah, kenapa pulak kali nih? Risau betul laa. Siapa yang ada pengalaman macam nih? Normal ke? Tolong saya....

Ok, bye!

Update:

Tadik waktu lunch hour saya ke klinik sakit puan di Jalan Gombak. Itu pon suami yang paksa suruh pegi check. Masuk jumpa doktor, saya cerita pasal saya ada buat IUI last month. Pastu saya cerita darah keluar sekejap. Then doktor suruh baring, dia nak buat ultrasound. Doktor tunjukkan kat saya ada satu point kaler putih dekat screen. Doktor cakap ada dua kemungkinan, sama ada dah nak lekat or dah nak period. Doktor cakap, kalau saya period, dinding rahim sepatutnya menipis tapi uterus lining saya tebal lagi. Tak ingat berapa tebal. Doktor ada mentioned tadik. My bad. Huhu.

Doktor cakap, apa yang boleh saya buat ialah jaga diri, jangan bersama dengan suami. Tunggu Jumaat nih sebab kalu ikutkan Jumaat baru saya period (CD28/ CD29 slalunya period saya). Kalau tak period, nextweek doktor mintak buat UPT sekali lagi. Kalau negatif jugak, and still tak period, doktor akan bagi ubat turunkan darah. Bila dah jumpa doktor, saya lega sket. So, we'll wait and see laa. Kalau ada rezeki, ada laa. Kalau tadek, biar la darah period lancar. Merisaukan btol. Huhu.

Ok, bye! 



Monday, 5 December 2011

Gagal lagi.

Assalamualaikum,

Semalam, pada CD24 saya period. Sehari selepas saya balik dari Kota Kinabalu. Maksudnya, IUI #3 saya gagal jugak. Perasaan? Sedih. Tapi penat travel buat saya lupa kejap perasaan tuh.

Ermm, as I wrote in my previous entry, saya akan berehat daripada sebarang treatments lepas nih. Sampai bila saya pon tak pasti. Yang penting, saya nak enjoy vacation saya puas-puas. Mungkin ada hikmahnya kot. Saya akan bertolak ke China pada 20 hb nih. Kira-kira 3 minggu lagi. Kalau saya pregnant hasil IUI arituh, mungkin saya 50-50 nak pegi holiday ke tak. Hehe. Ayat penyedap hati kan? Takpelaa. Belum rezeki, nak buat macam mana. 

Give up? Setakat nih masih belum give up, just nak berehat sajek. Penat nak harungi situasi and treatment yang sama. Saya dah bincang dengan suami pasal nih and suami pon tak kesah saya nak berehat. Suami cakap, badan saya yang melalui semua proses nih. Saya yang patut tau apa yang badan saya rasa. Hehe.

Lepas nih mungkin blog nih akan sunyi sekejap la sebab dah tadek cerita treatment nak update. Tapi, saya akan jalan-jalan melawat blog kawan-kawan semua. Kepada yang masih berusaha, saya doakan usaha korang berhasil. Jangan putus asa, ok? Kepada yang dah pregnant, jaga kesihatan diri and baby dalam kandungan. Semoga kalian selamat melahirkan dan dipermudahkan semuanya. Amin. 

Love you guys! Thanks for every doa and support. Eh, kenapa ayat macam salam perpisahan pulak? Hehe.

Ok, bye!