Tuesday 14 June 2011

In My Own World.

Assalamualaikum,

Dah balik keja ke kawan-kawan? Hehe. Saya dapat MC hari nih sebab ibu jari kaki kiri bengkak dan ada nanah sket. Sabtu lepas saya ketip kuku. Ter-over ketip sampai ke isi. Ughhh. Sakit gilos! Tengok-tengok jari terus bengkak dan bernanah sket. sapu minyak gamat pon tak elok-elok. Maka, ke klinik jugak laa pergi. Doktor cucuk keluarkan nanah tuh dan sapu ubat. Adehh, sakit nak mati! Pastu doktor bagi antibiotik dan ubat cuci dan sapu. Nih dah surut dah bengkak tuh. Sakit still ada. Macam-macam hal :P

Semalam bermalam kat rumah mak kat Shah Alam sebab mak ayah saya ajak teman carikkan laptop untuk adik saya yang belajar kat matriks tuh. Nih pon lagi satu hal. Macam-macam la budak sekarang nih. Matriks pon dah kena guna laptop semua. Time saya dulu, berebut-rebut guna komputer kat lab komputer jek. Dah moden nih, menda camtu pon dah jadik keperluan student kan? Cepat betul arus permodenan pendidikan negara. Lecturer main bagi link jek suruh student download nota. Mana la menda laptop tuh tak jadik keperluan student. Haishh.

Sekarang saya update blog dari rumah sendiri. Baru sampai pukul 4.45pm tadik. Nih sambil update blog sambil makan bubur/ pengat pisang yang mak saya buat. Perghhh! Sedap betul rasa bubur mak saya buat nih. Hehe. Siap saya message ayah saya cakap dah sampai and suruh ayah bgtau mak bubur pisang mak sedap :)) Minum pulak air kopi O panas. Memang kena la kan! Hehe.

Terasa macam nak update blog panjang pulak hari nih. Saya kan penah cakap saya macam dah melalui fasa yang saya dah tak berapa nak stress kalau fikir hal anak kan? Tapi still saya rasa malas nak jumpa orang. especially kawan-kawan yang lama tak jumpa. Entah kenapa entah. Sabtu nih suami ada gathering and main futsal dengan kawan-kawan dia. Semua saya kenal. Kawan-kawan dari childhood dia. Yang dah kahwin baru empat orang termasuk kitorang. Satu couple tuh dah ada baby. Baru lagi tahun nih bersalin. Diorang pon lambat jugak la conceived. Satu couple lagi baru kahwin Disember last year, and isteri dia dah pregnant. Bunting pelamin. Saya cakap dengan husband saya tanak ikut dia kali nih. Boleh tak? Dia tanya kenapa? Saya cakap saya nak duduk rumah jek. Dia cakap ikut la. Saya rasa suami macam faham saya nak mengelak daripada jumpa orang. *Sorry sayang*. Lebih-lebih lagi isteri kawan dia yang dah pregnant. Saya tak kesah sangat sebenarnya. Tapi saya tau nanti mesti hati saya sayu jek tengok sorang bawak anak, sorang bawak perut. Huhu. 

U'ols yang TTC pernah tak macam nih? Rasa macam  tanak jumpa orang lebih-lebih lagi orang yang tengah pregnant? Rasa macam nak berkurung dalam dunia sendiri dan dunia hari-hari dengan orang yang sama kita bergaul jek? Pernah tak?

9 comments:

  1. happy2 selalu ya....
    kita gembira atas rezeki org lain,,,insyaallah kita juga akan dianugerahkan oleh ALLAH rezeki yg ditunggu-tunggu itu..amin

    ReplyDelete
  2. Thanks Su! Happy sebenarnya dengar orang lain pregnant, tapi bila mengenangkan nasib diri, sayu lak hati..hehe..normal laa kan..InsyaAllah ada rezeki kita kan :)) Amin.

    ReplyDelete
  3. kakreen blum lagi penah g gathering yg ramai2 peknen tp kalo kakreen pun kreen akan rasa camtu. tk slh kita ada perasaan camtu. dr kita stress sendiri better elakkan. tul tak?

    ReplyDelete
  4. saya boleh dikatakan baru lagi kawin kan...
    tapi, da terasa semua tu..
    sangat sensitif part ni..hu

    ReplyDelete
  5. Kak Reen: Tulaa..kadang-kadang ok jek..kadang-kadang bila time emosi tak stabil tuh, asik nk rasa sedih jek..baik elak dpd join tp dok tahan mata begenang air mata..hehe..

    ReplyDelete
  6. Anie: Hai..thanks singgah blog ily..btol, bila kita dh start teeringin sangat nak anak, tp tak dpt lagi..tak kira baru kawen ke lama ke, perasaan cmni mesti ada..takpe, sama2 kita doakan semoga kita pon dikurniakan rezeki itu :))

    ReplyDelete
  7. betul..kdg2 rs xmo join. takut sebak tgk org lain da pegang bb, da pregnant. kalau pegi pastuh pura2 berhati kental xper lagi. kang kalu pegi, dan2 tu nk nangis lg naya. emosi yg semua org TTC alami. camnie la. kita kene kuat k! :)

    ReplyDelete
  8. ~JD: tulaa..hanya kita yg TTC jek tau cmne perasaan tuh kan? baik elakkan kalu rasa diri tuh x mampu nk menahan emosi..hehe..

    ReplyDelete