Thursday 9 June 2011

Check Up Hari Ini.

Assalamualaikum,

Pagi tadik saya dah selamat berjumpa gynea. Sebelum masuk jumpa gynea, saya perlu check blood pressure dan timbang berat. Erk! Blood pressure cantik (nurse yang cakap :p ). Berat pulak 63kg! Since balik Terengganu tuh, saya tak sempat membuat lawatan rasmi ke gym. Tapi, alhamdulillah sebab berat saya slow-slow makin menurun. Lega :) Sorry asik dok rambling pasal berat, al maklum laa saya kan on diet yang asik-asik nak ke laut jek kejenya tuh. Hehe. Takpe, akan ku teruskan perjuangan!

Tunggu punya tunggu, akhirnya nombor giliran saya dipanggil. Masuk jumpa gynea, cerita-cerita sket. Gynea tunjukkan semua treatment's record saya. Last scan for fibroid was on 29 May 2010 (size fibroid 3.3cm x 4cm). So, scan hari nih genap la setahun selepas last scan tuh. Hasil scan mendapati size membesar kepada 5.1cm x 6.0cm. Uhhh, saya dah sedih dah. Lepas tuh gynea cakap, 'Haa, U punya left ovary cyst yang dulu kita detect pon dah gone. Good, good'. Saya terkejut sebab sebelum nih gynea yang check tuh tak bgtau pon saya ada ovary cyst. Saya cakap kat doktor td macam tuh. Dia cakap, 'Biasalaa..Doktor tak suka bagi patient susah hati. Lagipon saiz kecik sangat time tuh.'  

Saya soal jawab dengan gynea punya la banyak soalan. Hasil Q&A tuh, gynea bgtau saya, tumbesaran fibroid adalah perlahan dan tak membimbangkan. Tidak perlu operation sebab kedudukan rahim cantik elok terletak, tidak terjejas dengan ketumbuhan fibroid. Saya cakap la, masa saya TVS untuk proses IUI saya ada dengar doktor cakap saya punya rahim terbalik (retroverted uterus). Banyak kali bila doktor buat TVS doktor akan cakap retroverted uterus. Kemudian, gynea tadik pon selak-selak la rekod treatment sume. Dia cakap, 'Takde pon tulis kat sini retroverted uterus. U silap dengar la tuh. Dah-dah, jangan risau. Tadik I scan pon  rahim U cantik jek terletak. Tak terjejas dengan fibroid pon'. Gynea pesan, jaga makan, jangan stress, kurangkan berat T_T and proceed dengan IUI cycle bulan nih. 

Overall, saya rasa lega jugak dapat explanation dari gynea tadik. Tapi, saya risau jugak sebab dah 3 orang gynea yang saya jumpa untuk bertanyakan pasal fibroid perlu operate atau tidak, semua cakap tak perlu risau. Saya pon jadik keliru. Sebab, saya rasa 5-6cm tuh besar dah. Huhu. Mungkin diorg lebih tau kan? Sekarang, saya rasa saya akan ikut advise yang gynea bagi tadik.

Suami, sila jaga makan, kurangkan merokok jugak supaya kali ini ada perenang yang berjaya :)) InsyaAllah.

Ok, bye!

2 comments: