Monday, 27 June 2011

Workout #7

Assalamualaikum,

Tadek apa nak update pasal workout week 6 nih. Sebabnya......saya tak workout barang sehari pon dalam seminggu tuh! Cuti btol! Sebab period, saya malas nak workout. Ini bukan alasan, memang saya tak workout bila period. Tambahan pulak makan ubat tranaxemic acid tuh, memang mencairkan darah haid btol. Banyakkk darah keluar. Tapi lega sebab flow macam smooth jek. Period pain pon kurang sket. Alhamdulillah.

So, sepanjang minggu lepas memang saya berehat sewenang-wenangnya laa. Makan pon bedal jugak. Semalam sebelum tidur timbang berat naik sket ke 62.0kg. Kira ok laa jugak, dengan tak exercise, makan suka hati, timbang malam lepas dah makan semua and berat naik 0.4kg. Memula risau igtkan naik banyak. Huhu. Memang lambat sket saya nak turun berat sebab saya diet secara slow and steady. Haha. InsyaAllah hari nih akan mula ke gym balik sebab period pon dah habis :))

Kaki dan badan, marilah kita ke gym hari nih!

Ok, bye!

Tuesday, 21 June 2011

Tadek Rezeki

Assalamualaikum,

Saya expect saya akan period awal minggu nih, sekali period hari Sabtu hari tuh. Saya setiap bulan tak pernah miss period, tapi cycle tuh berubah-ubah. Kejap 28-30. Kejap 25-30, macam bulan nih. Kenapa ek? Susah la nak kira hari subur camni. Haishh. Nampaknya tadek rezeki nak buat treatment IUI kali nih, sebab sepatutnya CD1 kena terus call untuk buat appointment. Cuba natural way dulu laa kali nih. Hehe. InsyaAllah bulan depan kalau ada rezeki dan sempat sebelum puasa, bole laa try IUI sekali lagik :))

Hari tuh time saya pergi check up fibroid macam yang saya cerita dalam entry ini, doktor ada bekalkan Tranexamic Acid untuk saya makan selama 4 cycles, bermula dari CD1 hingga CD3 sahaja. Masa tuh macam kelam kabut, jadik saya terlupa nak tanya fungsi ubat nih. Kemudian, hari first period Sabtu lepas, saya lupa yang saya kena makan ubat nih. Hari kedua baru ingat, tuh pon sebab suami yang ingatkan. Haishh. Pelupa betul la saya nih -,-"

Sebelum makan, saya google dulu fungsi ubat nih. Haha. Sekarang senang kan? Lupa nak tanya doktor kat hospital, tanya jek kat Dr. Google. Confirm cepat dapat jawapan. Hehe. So, kat sini saya nak share sket la pasal info yang Dr. Google bagitau nih :p

"Tranexamic Acid helps to promote blood clotting. It works by preventing the body from breaking down bloodclots. It is used in situations where there is or could be excessive bleeding including heavy periods caused by fibroids. They may not work so well if your fibroids are large. However, they may be worth a try if your periods are heavy and the fibroids are small."

Oleh sebab itulah saya dibekalkan dengan ubat ini. Saya ada mengadu kat doktor yang saya mengalami heavy bleeding kalau hari kedua dan ketiga. Berketul-ketul pulak tuh. Huhu. Selepas saya telan ubat nih, darah keluar banyak, tapi tak berketul-ketul sangat macam sebelum ini. Bila saya search, saya jugak dapat tahu yang ubat nih pon ada dibekalkan kepada pesakit yang mengalami pendarahan seperti di hidung atau mana-mana bahagian lain. Secara amnya, ia berfungsi untuk mengelakkan pendarahan berlebihan. Macam ubat yang lain, ubat nih pon ada side effects such as diarrhea, nausea, vomiting, headache,acne. Kesan yang saya rasa ialah headache. Huhu. Sabar jelahhh -,-

Kalau nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut, u'ols boleh tanya Dr. Google jugak! Hehe :))

Saturday, 18 June 2011

Workout#6

Assalamualaikum,

Saya tengah bosan tatau nak buat apa. Rancangan tv semua tak menarik perhatian. Suami pulak lepas maghrib baru sampai. Nak pergi rumah mak and mak mertua pon malas sebab pagi tadi hujan renyai-renyai. Sekarang nih mendung jek langit. Dok jelaa kebosanan kat rumah. Nak keluar sorang-sorang pon malas. Kesimpulannya malas nak buat apa-apa. Hehe. Dasar pemalas!

Ermm, minggu nih minggu ke-enam saya dalam misi mengurangkan berat badan. And saya still tak boleh  nak workout gigih sangat kat gym sebab ibu jari yang bengkak tuh tak elok sepenuhnya. Lama jugak nak baik.Dah tak bengkak and nanah dah. Tapi kesan luka tuh tak btol-btol baik lagi. So, sepanjang minggu nih saya buat light exercise sajek ikut Jillian Micheals punya workout CD. Khamis arituh pulak saya puasa. 

But, saya macam surprise bila saya timbang berat sekejap tadik (selepas sejam lunch), berat saya turun ke 61.6 kg. Syukur! Saya ingatkan dah naik balik dah. Selalu sesi weigh in saya hari Ahad. Tapi saya cheat sket la minggu nih sebab esok nak pegi makan kenduri! Hahah. Aci la kan :p

Harap-harap nextweek bole kembali ke gym. Tapi nextweek saya dijangka period. Kalau period memang saya tak workout sebab takut mengganggu cycle pulak. Ermm, kalau nextweek period, kena start balik laa treatment for IUI yang 2nd time. Tetiba nervous macam memula nak buat IUI pulak. Huhu.

That's all my update for today.

Oklah, bye!

Wednesday, 15 June 2011

Doa Pembuka 12 Pintu

Assalamualaikum,

Tadi saya dok browse dekat forum Ratuhati.com dan terjumpa doa nih. Sama-sama kita amalkan setiap kali lepas solat 5 waktu. Seelok-eloknya amal bersama dengan suami. Kalau kita ikhlas meminta, insyaAllah akan dimakbulkan. Nih saya share Doa Pembuka 12 Pintu;

" Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ."


Sama-sama kita usaha, ok?


Ok, bye!




Tuesday, 14 June 2011

In My Own World.

Assalamualaikum,

Dah balik keja ke kawan-kawan? Hehe. Saya dapat MC hari nih sebab ibu jari kaki kiri bengkak dan ada nanah sket. Sabtu lepas saya ketip kuku. Ter-over ketip sampai ke isi. Ughhh. Sakit gilos! Tengok-tengok jari terus bengkak dan bernanah sket. sapu minyak gamat pon tak elok-elok. Maka, ke klinik jugak laa pergi. Doktor cucuk keluarkan nanah tuh dan sapu ubat. Adehh, sakit nak mati! Pastu doktor bagi antibiotik dan ubat cuci dan sapu. Nih dah surut dah bengkak tuh. Sakit still ada. Macam-macam hal :P

Semalam bermalam kat rumah mak kat Shah Alam sebab mak ayah saya ajak teman carikkan laptop untuk adik saya yang belajar kat matriks tuh. Nih pon lagi satu hal. Macam-macam la budak sekarang nih. Matriks pon dah kena guna laptop semua. Time saya dulu, berebut-rebut guna komputer kat lab komputer jek. Dah moden nih, menda camtu pon dah jadik keperluan student kan? Cepat betul arus permodenan pendidikan negara. Lecturer main bagi link jek suruh student download nota. Mana la menda laptop tuh tak jadik keperluan student. Haishh.

Sekarang saya update blog dari rumah sendiri. Baru sampai pukul 4.45pm tadik. Nih sambil update blog sambil makan bubur/ pengat pisang yang mak saya buat. Perghhh! Sedap betul rasa bubur mak saya buat nih. Hehe. Siap saya message ayah saya cakap dah sampai and suruh ayah bgtau mak bubur pisang mak sedap :)) Minum pulak air kopi O panas. Memang kena la kan! Hehe.

Terasa macam nak update blog panjang pulak hari nih. Saya kan penah cakap saya macam dah melalui fasa yang saya dah tak berapa nak stress kalau fikir hal anak kan? Tapi still saya rasa malas nak jumpa orang. especially kawan-kawan yang lama tak jumpa. Entah kenapa entah. Sabtu nih suami ada gathering and main futsal dengan kawan-kawan dia. Semua saya kenal. Kawan-kawan dari childhood dia. Yang dah kahwin baru empat orang termasuk kitorang. Satu couple tuh dah ada baby. Baru lagi tahun nih bersalin. Diorang pon lambat jugak la conceived. Satu couple lagi baru kahwin Disember last year, and isteri dia dah pregnant. Bunting pelamin. Saya cakap dengan husband saya tanak ikut dia kali nih. Boleh tak? Dia tanya kenapa? Saya cakap saya nak duduk rumah jek. Dia cakap ikut la. Saya rasa suami macam faham saya nak mengelak daripada jumpa orang. *Sorry sayang*. Lebih-lebih lagi isteri kawan dia yang dah pregnant. Saya tak kesah sangat sebenarnya. Tapi saya tau nanti mesti hati saya sayu jek tengok sorang bawak anak, sorang bawak perut. Huhu. 

U'ols yang TTC pernah tak macam nih? Rasa macam  tanak jumpa orang lebih-lebih lagi orang yang tengah pregnant? Rasa macam nak berkurung dalam dunia sendiri dan dunia hari-hari dengan orang yang sama kita bergaul jek? Pernah tak?

Sunday, 12 June 2011

Award Istimewa Untuk Rakan TTC - Thanks Kak Reen!

Assalamualaikum,

Firstly, thanks to Kak Reen for dedicating this award to me :)


Sorry, akak. Ily lambat respond. Huhu. Award nih asalnya daripada Puan Irtiyah. Ini link beliau http://irtiyah.blogspot.com/2011/06/award-istimewa-untuk-rakan-ttc.html 


Then, Kak Reen bagi pulak award nih kat saya. Nih link entry Kak Reen http://pnstoberi-ttc.blogspot.com/2011/06/award-istimewa-untuk-rakan-ttc-dari.html

Thanks again :)) I do appreciate it!

So, I would like to take this opportunity to dedicate this award to all my TTC friends yang link u'ols ada kat side bar kanan blog saya! We're different, we're the chosen one. Kita semua tabah, kan :))

Ok, bye!

Workout#5

Assalamualaikum,

There's nothing much to update about my week 5 of workout. Why? Sebab seminggu nih saya cuti sakan! Sekali pon tak pergi ke gym. Huhu. Tapi lega sebab berat turun jugak sikit demi sikit. Mungkin sebab saya kurangkan makan. Walaupon saya cuti ke gym, but i did control my food portion.

Ermm, starting tomorrow akan gigih ke gym semula. Kalau tak sampai bila pon tak turun-turun berat badan nih kan? Huhu. Elok la tuh, saya sebok sangat nak kurangkan berat. Suami pulak sebok sangat nak tambah berat. Haishh. Terbalik sudah :)

Oklaa, nak layan cerita Titanic kat channel Star Movies. Malam nih layan Avatar pulak. Tapi esok kena pergi keja awal la nampaknya. Budak dah start sekolah balik dah. Haishhh, dah berlalu la hari-hari bole pergi keja lewat tapi still manage sampai before 8am. Awat la sat sangat cuti sekolah nih? Huh.

Ok, bye!

Thursday, 9 June 2011

Check Up Hari Ini.

Assalamualaikum,

Pagi tadik saya dah selamat berjumpa gynea. Sebelum masuk jumpa gynea, saya perlu check blood pressure dan timbang berat. Erk! Blood pressure cantik (nurse yang cakap :p ). Berat pulak 63kg! Since balik Terengganu tuh, saya tak sempat membuat lawatan rasmi ke gym. Tapi, alhamdulillah sebab berat saya slow-slow makin menurun. Lega :) Sorry asik dok rambling pasal berat, al maklum laa saya kan on diet yang asik-asik nak ke laut jek kejenya tuh. Hehe. Takpe, akan ku teruskan perjuangan!

Tunggu punya tunggu, akhirnya nombor giliran saya dipanggil. Masuk jumpa gynea, cerita-cerita sket. Gynea tunjukkan semua treatment's record saya. Last scan for fibroid was on 29 May 2010 (size fibroid 3.3cm x 4cm). So, scan hari nih genap la setahun selepas last scan tuh. Hasil scan mendapati size membesar kepada 5.1cm x 6.0cm. Uhhh, saya dah sedih dah. Lepas tuh gynea cakap, 'Haa, U punya left ovary cyst yang dulu kita detect pon dah gone. Good, good'. Saya terkejut sebab sebelum nih gynea yang check tuh tak bgtau pon saya ada ovary cyst. Saya cakap kat doktor td macam tuh. Dia cakap, 'Biasalaa..Doktor tak suka bagi patient susah hati. Lagipon saiz kecik sangat time tuh.'  

Saya soal jawab dengan gynea punya la banyak soalan. Hasil Q&A tuh, gynea bgtau saya, tumbesaran fibroid adalah perlahan dan tak membimbangkan. Tidak perlu operation sebab kedudukan rahim cantik elok terletak, tidak terjejas dengan ketumbuhan fibroid. Saya cakap la, masa saya TVS untuk proses IUI saya ada dengar doktor cakap saya punya rahim terbalik (retroverted uterus). Banyak kali bila doktor buat TVS doktor akan cakap retroverted uterus. Kemudian, gynea tadik pon selak-selak la rekod treatment sume. Dia cakap, 'Takde pon tulis kat sini retroverted uterus. U silap dengar la tuh. Dah-dah, jangan risau. Tadik I scan pon  rahim U cantik jek terletak. Tak terjejas dengan fibroid pon'. Gynea pesan, jaga makan, jangan stress, kurangkan berat T_T and proceed dengan IUI cycle bulan nih. 

Overall, saya rasa lega jugak dapat explanation dari gynea tadik. Tapi, saya risau jugak sebab dah 3 orang gynea yang saya jumpa untuk bertanyakan pasal fibroid perlu operate atau tidak, semua cakap tak perlu risau. Saya pon jadik keliru. Sebab, saya rasa 5-6cm tuh besar dah. Huhu. Mungkin diorg lebih tau kan? Sekarang, saya rasa saya akan ikut advise yang gynea bagi tadik.

Suami, sila jaga makan, kurangkan merokok jugak supaya kali ini ada perenang yang berjaya :)) InsyaAllah.

Ok, bye!

Wednesday, 8 June 2011

Tetiba jadik nervous!

Assalamualaikum,

Hi, guys! Lama jugak saya tak update blog, kan? Chewahh! Padahal baru bape jek entry pon. Hehe. Jumaat lepas saya dan keluarga suami ke Kuala Terengganu. Ada jemputan kenduri kawen di Marang on Sabtu tuh. Tapi, sekarang tak berniat nak cerita pasal trip ke KT tuh. Balik-balik Ahad tuh, naik atas penimbang. Tengok-tengok berat naik 1 kg lebih!!! Owhh, nooo!! Tulaa, makan banyak sangat. Lupa yang diri on diet. Arghh! Kena gigih ke gym balik and buang extra kilo yang naik tuh. Bertabah lahhh T_T

Ok, cukup-cukup laa cerita diet saya yang ke laut seiring dengan percutian di pantai-pantai di Terengganu. Huhu. Sekarang saya nak bgtau yang esok saya ada appointment check up fibroid saya. Since balik dari Terengganu saya jadik nervous. Takut kalau ada penyakit lain ke, fibroid makin membesar ke. Aduhh, risau btol. Malam nih mesti tak lena tidoq. Mintak-mintak laa semuanya baik-baik jek. Suami suruh saya cerita semua simptom yang ada dekat saya. Suami tak dapat menemani saya ke hospital. Suami kerja di Gua Musang. Kitorang jumpa on weekends sajek. Dah 2 tahun lebih macam nih. huhu. Suami jugak suruh saya mintak pandangan gynea perlu operate atau tidak. Saya bercadang nak mintak buat blood test untuk check thyroid jugak since dah setahun saya stop medication for thyroid.

I'm really hope that everything will be fine. Kalau tadek pepe dan nasihat gynea tak perlu operate or apa, next cycle saya dan suami plan nak buat our 2nd attempt of IUI. Kali nih btol-btol berharap IUI berjaya. InsyaAllah.

Ermm, oklaa. Doakan appointment saya esok baik-baik jek :) Thanks, guys!

Ok, bye!

Sunday, 5 June 2011

Workout #4

Assalamualaikum,

Macam biasa, kalau tengok title dah bole tau dah apa isi entry nih. Saya nak update workout activity saya bagi week 4 (haishh, dah nak masuk sebulan dah..kejap jek...harap-harap dapat turun 2 kg within a month of workout..huhu).

Isnin (30/05/2011)
treadmill; distance = 2km, time = 25mins, calori = 165
exercise bike; distance = 4.00km, time = 30mins, calori = 261
leg extension; 3 sets (10 times/ set)


Selasa (31/05/2011)
tak pergi gym, exercise kat rumah sajek.

Jillian Micheals workout; time = 30mins (Level 1)

Menu; breakfast = skipped (sebab saya cuti dan bangun lambat :P )
           lunch = nasik separuh, ayam masak merah & sayur campur
           snack = almond
           dinner = yogurt & almond

Rabu (01/06/2011)
elliptical; distance = 2km; time = 15min; calori = 130
exercise bike; distance = 2.2km; time = 15min; calori = 145
leg extension; 5 sets (10 times/ set)

Menu; breakfast = bihun goreng & telur goreng, buah ciku
          lunch = 1 set of fish & chip
         snack = almond (10 pcs before workout) & 1 mug of plain water
          dinner = apple & almond

Wednesday, 1 June 2011

New Phase.

Assalamualaikum,

Saya rasa saya dah hilang mojo or semangat nak blogging laa. My personal blog pon terbiar tanpa update. Haishh. Mengapakah?

Saya rasa jugak, saya dan suami telah melepasi stage stress bila fikir nak anak. Serius. Saya rasa sekarang kami suami isteri dah kurang bercakap sangat pasal nak anak sangat-sangat (in desperate way to have baby). Still we talk about child, but tak desperate sangat dah. Kalau sebelum nih, cerita pasal anak jek boleh buat saya bergenang airmata. Mungkinkah kami dah mula redha dengan ketentuan Allah? Kali nih saya period pon saya tak sedih macam sebelum-sebelum nih. Kalau sebelum-sebelum nih, nampak jek blood stain kat panty, air mata pon meleleh laju tanpa dipaksa. But this time was different. No tears at all. Tapi rasa frust tuh ada laa jugak. Lepas tuh boleh terima dengan mudah. Cuma ayat suami macam dalam entry ini yang buat hati jadik sayu :(

Eventually I feel so relief. Saya rasa hati saya sedikit lapang bila keadaan di mana emosi terganggu, bergaduh dengan suami bila cakap pasal anak, terasa hati dengan orang sekeliling yang kurang sensitif dengan orang yang TTC macam saya dah berlalu. Saya rasa la saya dah melepasi stage itu. Sekarang lebih tenang. Tapi, tipu la kalau keinginan nak anak tuh hilang macam tuh sajek. Takkan hilang, ok? Sampai la berjaya conceive. InsyaAllah. Sebelum nih, nak make love pon boleh jadik stress. Nak kena fikir jadik ke tak nanti-nanti. Nak kena jaga itu, jaga ini. Haishhh. I'm sure my TTC friends memahami situasi nih, kan? Langsung laa activity yang sepatutnya fun, terus jadik tak fun! Hahaha.

Saya harap, ini bukan lah perasaan saya semata-mata. Saya harap mental dan emosi saya betul-betul stabil. Saya harap saya dan suami redha dengan ujian Allah SWT kepada kami. Saya harap you guys pon macam nih :)


Let's we support each others!

Ok, bye!