Thursday, 4 September 2014

Anak Angkat

Assalamualaikum,

Saya tahu kita semua yang TTC ni mesti pernah ada terfikir nak ambil anak angkat, kan? Saya pun pernah terfikir. Selalu fikir sebenarnya. Saya pun selalu berbincang dengan suami pasal ni. Tapi suami minta kami cuba IVF dulu. InshaAllah, tahun depan kami akan buat IVF. Tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi nak masuk tahun depan. Semoga kami suami isteri dapat persiapkan diri, mental dan fizikal untuk menempuhi IVF. Doakan yang terbaik untuk kami, ya?

Ok, berbalik kepada hal anak angkat. Saya pernah tanya pendapat family saya. Macam mana kalau kami ambil anak angkat? Family saya tiada halangan. Lepas tu saya ada borak dengan adik ipar (adik suami), saya tanya dia agaknya apa pandangan family belah sana? Adik ipar cakap, mak mertua pernah sebut pasal ambil anak angkat sebab adik ipar pun dua tahun kahwin baru ada anak. Mak mertua tak kisah. Nampak macam kedua-dua family tak kisah pasal anak angkat. InshaAllah.

Saya pernah tulis post pasal ni. Boleh baca kat SINI. Ada beberapa komen dalam entry tu. Saya minta maaf sebab tak reply komen-komen kat situ. Mungkin masa tu saya tengah jiwa lara agaknya. Hehe. Terima kasih banyak-banyak kepada yang komen. 

Dalam beberapa komen tu, ada komen yang sangat membantu dan boleh dijadikan guide kepada mana-mana TTCians yang bercadang nak ambil anak angkat tapi tak tahu macam mana. Meh saya share sikit kat sini.

 
 
Dan, pagi tadi saya baru log in blog. Ada 1 komen pasal anak angkat daripada Kakak Anonymous. Saya rasa kagum dengan semangat kakak ni. Saya rasa kakak ni sangat kuat. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kakak ni dan suaminya.

 
Sama-sama kita berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita. Jika anak angkat caranya untuk kita merasa nikmat sebagai seorang ibu, berdoalah semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran. "Wama Karu Wama Karallah. Wallahu Khairul Makirin". Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik. InshaAllah :)


 

Thursday, 21 August 2014

Benefits of Chia Seed

Assalamualaikum,

Saya baru dua bulan mengambil chia seed dalam pemakanan saya dan baru 3 minggu mengambilnya secara konsisten. Saya rasa ramai yang dah tau kebaikan chia seed ni kan? Especially yang rajin juicing dan letak chia seed dalam juice. (Haii Kekda :D).

Dulu saya rasa susah nak jumpa chia seed ni. Kat Cold Storage pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Tanya dengan Kekda (http://puanstoberi.blogspot.com/) , katanya kat Jaya Grocer ada. Tapi saya malas sangat nak pergi PJ sana semata-mata nak beli chia seed. Entah macam mana few months back ada laa satu hari tu saya singgah MBG nak beli buah. Tengok-tengok, eh ada jual chia seed. Organic chia seed. Siap ada jual dalam bekas kecil RM1 sahaja. Saya beli yang kecil dulu, 2 bekas. Balik rumah saya try. Ok, tasteless. Rasa macam biji selasih pun ada. Tapi chia seed dengan biji selasih adalah dua benda yang berbeza. Lepas dah habis, saya pergi beli bekas besar. RM 19.90. Sekarang dah masuk bekas kedua. Hehe.

Ini rupa bekasnya ye kawan-kawan :)

Apa kebaikan chia seed ni? Banyak sangat kebaikannya. Antaranya kandungan Omega 3 yang sangat tinggi dalam chia seed.



Apa pula kebaikan chia seed for infertility? It can be used as natural fertility enhancer. Saya share sikit apa yang saya dapat hasil daripada google. Hehe.
 
"Chia seeds are South American natural fertility enhancers. These tiny seeds are packed with omega 3 fatty acids, protein and fiber. This seed is another tool for stabilizing blood sugar to use against PCOS. Chia seeds are also very high in zinc, a mineral critical for men’s fertility. Chia seeds are high in protein and fiber, making them very filling. Chia seeds are traditionally rehydrated in liquid and served as a drink called agua fresca. Blended into a smoothie, their mild flavor vanishes. They can be soaked in sweetened milk to make a pudding similar to tapioca pudding. Chia seeds are tasteless cooked with hot cereal. If they are rehydrated before cooking, they can be blended into moist foods without being noticed."                                                                                           http://natural-fertility-prescription.com/natural-fertility-enhancer

"This tiny little black seed provides a fabulous source of Omega 3 and healing for our bodies. This source of Omega 3 provides healing for Endometriosis as it balances out the Omega 3 to 6 ratio. Most of us have an imbalance of too much Omega 6 fats in the body. This imbalance creates an inflammatory reaction and with Endometriosis this is really noticeable!The Chia Seed is also loaded with minerals and vitamins and includes some great anti-oxidants like Quercetin and Myricetin. Chia Seeds also provide a great remedy for digestive troubles. Many women with Endometriosis also experience symptoms of IBS. Chia Seeds provide a mucus layer for the intestinal wall and help heal Leaky Gut Syndrome – a condition very common with women with Endometriosis."                          - http://www.naturalfertilityandwellness.com/3-foods-endometriosis/
Chia seeds are South American natural fertility enhancers. These tiny seeds are packed with omega 3 fatty acids, protein and fiber. This seed is another tool for stabilizing blood sugar to use against PCOS. Chia seeds are also very high in zinc, a mineral critical for men’s fertility. Chia seeds are high in protein and fiber, making them very filling. Chia seeds are traditionally rehydrated in liquid and served as a drink called agua fresca. Blended into a smoothie, their mild flavor vanishes. They can be soaked in sweetened milk to make a pudding similar to tapioca pudding. Chia seeds are tasteless cooked with hot cereal. If they are rehydrated before cooking, they can be blended into moist foods without being noticed. - See more at: http://natural-fertility-prescription.com/natural-fertility-enhancers/#sthash.N0qrKsx3.dpuf
Sebenarnya, banyak lagi kebaikan chia seed. Kalau nak tau lebih details, feel free to visit this site http://eatingwithpurpose.com/2011/10/chia-seeds/

Oleh kerana saya tak rajin nak juicing, maka saya akan letak 1 sudu kecil chia seed dalam segelas air kosong. Kadang-kadang saya biarkan 10 ke 15 minit dan minum. Kadang-kadang saya biar semalaman dalam peti sejuk. Esok paginya baru saya minum. Kalau dibiar semalaman, campuran tadi akan lebih pekat sebab chia seed dah mengembang dan jadi seperti gel. Pergi kerja tak payah breakfast dah sebab memang kenyang. Hehe. Mungkin sebab itulah antara satu lagi kebaikan chia seed adalah untuk weight loss. So, meh kita tengok saya boleh kurus ke tak dengan chia seed. Haha. Losing weight is my neverending battle. Haihh.
Chia seeds are South American natural fertility enhancers. These tiny seeds are packed with omega 3 fatty acids, protein and fiber. This seed is another tool for stabilizing blood sugar to use against PCOS. Chia seeds are also very high in zinc, a mineral critical for men’s fertility. Chia seeds are high in protein and fiber, making them very filling. Chia seeds are traditionally rehydrated in liquid and served as a drink called agua fresca. Blended into a smoothie, their mild flavor vanishes. They can be soaked in sweetened milk to make a pudding similar to tapioca pudding. Chia seeds are tasteless cooked with hot cereal. If they are rehydrated before cooking, they can be blended into moist foods without being noticed. - See more at: http://natural-fertility-prescription.com/natural-fertility-enhancers/#sthash.N0qrKsx3.dpuf
Chia seeds are South American natural fertility enhancers. These tiny seeds are packed with omega 3 fatty acids, protein and fiber. This seed is another tool for stabilizing blood sugar to use against PCOS. Chia seeds are also very high in zinc, a mineral critical for men’s fertility. Chia seeds are high in protein and fiber, making them very filling. Chia seeds are traditionally rehydrated in liquid and served as a drink called agua fresca. Blended into a smoothie, their mild flavor vanishes. They can be soaked in sweetened milk to make a pudding similar to tapioca pudding. Chia seeds are tasteless cooked with hot cereal. If they are rehydrated before cooking, they can be blended into moist foods without being noticed. - See more at: http://natural-fertility-prescription.com/natural-fertility-enhancers/#sthash.N0qrKsx3.dpuf

Apa yang saya rasa lepas rajin minum chia seed water? Saya rasa bertenaga dan cepat kenyang. Ada yang kata chia seed bagus untuk rambut dan gigi. Rambut saya memang gugur dengan jayanya. Sekarang pun masih ada rambut gugur. Tapi dah semakin kurang. Maybe kesan pengambilan chia seed kot. Wallahualam. Tapi kan, ni saya nak pesan ni. Lepas minum chia seed water, jangan lupa berkumur atau gosok gigi tau. Sebab nanti mesti ada biji-biji hitam ni melekat celah gigi. Saya sudah mengalaminya. Haha!

Ok, bye!

Monday, 11 August 2014

Eid Mubarak

Assalamualaikum,

Harap masih belum terlambat nak wish...

'Selamat Hari Raya. Saya mohon maaf jika ada mana-mana perkataan di dalam blog ini yang mengguris hati dan perasaan kawan-kawan semua. Semoga Allah memberkati Syawal kita."

Source: google. Redha walaupun salah eja 'Guidance' :p

Tak update blog bukan sebab beraya sakan, tapi sebab mood blogging hilang entah ke mana. Raya tahun ini biasa-biasa jek. Yang penting, paling tak prepare. Baju raya asal pakai apa yang ada. Malas nak tempah baru sebab yang tempah sebelum ni pun baru amik. Jadi, pakai jelaa yang itu. Suami pun recycle baju melayu sebab suami taknak beli baju melayu. Dia kata setahun sekali baru pakai. Baik dia beli kemeja atau tshirt yang memang selalu pakai. 

Raya pertama di kampung saya. Raya kedua bertolak ke rumah family in law di Gombak. Ya, raya kedua dah balik KL. Raya keempat dah balik rumah sendiri. Beraya ke rumah saudara mara jek. Soalan cepumas pun tak terdengar dek telinga ku. Haha. Mungkin sebab terlampau sekejap kat kampung. Raya tahun ini memang simple sangat laa. Hehe.

Tapi, yang meriahnya raya tahun ini ialah bertambahnya anak-anak saudara. Adik ipar saya baru melahirkan kembar raya keempat hari tu. Adik ipar seorang lagi pulak dah bersalin anak kedua dua bulan lepas. Adik saya pulak sampaikan berita dia pregnant anak kedua. Tiba-tiba saya ada ramai anak saudara. Hehe. Alhamdulillah, tadek rasa sedih atau cemburu. Tapi rasa teringin ada anak tu tetap ada, cuma tadek laa emosi sangat. Just come and go gitu perasaan tu. Hehe. Saya sibuk layan anak-anak saudara saya. Seronok tengok perangai budak-budak nih :)

Jadi, begitulah raya saya. Raya anda bagaimana?

Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum,

Source: google image

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan 'Salam Ramadhan' buat rakan-rakan semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Semoga Allah permudahkan ibadah kita semua di bulan puasa ini. Semoga Allah juga makbulkan doa-doa kita.

Pagi tadi saya dengar ceramah dari Imam Muda Hafiz, anjuran jabatan saya bekerja. IM Hafiz cakap, 

"Ada beberapa manusia yang miskin ketika bulan Ramadhan iaitu pertama ialah manusia yang mengejar pahala sunat tetapi meninggalkan yang fardhu dan kedua ialah manusia yang tidak kedekut berbelanja untuk berbuka puasa tetapi kedekut untuk bersedekah".

IM Hafiz juga sampaikan bahawa,

"Syaitan tidak takut dengan manusia yang bersolat, membaca al quran dan membuat kebaikan ke jalan Allah. Tetapi syaitan sangat takut dengan manusia yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan ISTIGHFAR. Menangislah syaitan bila mendengar manusia beristighfar. Oleh itu selalulah basahkan lidah kita dengan istighfar. Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita".

Ada ulama' berkata,

"Barang siapa yang hendak dipanjangkan umurnya, perbanyakkanlah ibadat di dalam bulan Ramadhan."

InshaAllah, semoga kita ditunjukkan jalan oleh Allah untuk beribadah kepadaNya. Amin :)