Thursday, 4 September 2014

Anak Angkat

Assalamualaikum,

Saya tahu kita semua yang TTC ni mesti pernah ada terfikir nak ambil anak angkat, kan? Saya pun pernah terfikir. Selalu fikir sebenarnya. Saya pun selalu berbincang dengan suami pasal ni. Tapi suami minta kami cuba IVF dulu. InshaAllah, tahun depan kami akan buat IVF. Tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi nak masuk tahun depan. Semoga kami suami isteri dapat persiapkan diri, mental dan fizikal untuk menempuhi IVF. Doakan yang terbaik untuk kami, ya?

Ok, berbalik kepada hal anak angkat. Saya pernah tanya pendapat family saya. Macam mana kalau kami ambil anak angkat? Family saya tiada halangan. Lepas tu saya ada borak dengan adik ipar (adik suami), saya tanya dia agaknya apa pandangan family belah sana? Adik ipar cakap, mak mertua pernah sebut pasal ambil anak angkat sebab adik ipar pun dua tahun kahwin baru ada anak. Mak mertua tak kisah. Nampak macam kedua-dua family tak kisah pasal anak angkat. InshaAllah.

Saya pernah tulis post pasal ni. Boleh baca kat SINI. Ada beberapa komen dalam entry tu. Saya minta maaf sebab tak reply komen-komen kat situ. Mungkin masa tu saya tengah jiwa lara agaknya. Hehe. Terima kasih banyak-banyak kepada yang komen. 

Dalam beberapa komen tu, ada komen yang sangat membantu dan boleh dijadikan guide kepada mana-mana TTCians yang bercadang nak ambil anak angkat tapi tak tahu macam mana. Meh saya share sikit kat sini.

 
 
Dan, pagi tadi saya baru log in blog. Ada 1 komen pasal anak angkat daripada Kakak Anonymous. Saya rasa kagum dengan semangat kakak ni. Saya rasa kakak ni sangat kuat. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kakak ni dan suaminya.

 
Sama-sama kita berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita. Jika anak angkat caranya untuk kita merasa nikmat sebagai seorang ibu, berdoalah semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran. "Wama Karu Wama Karallah. Wallahu Khairul Makirin". Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik. InshaAllah :)


 

13 comments:

  1. Tears.

    surprisingly, we have the same target. Next year IVF then kalau tak de rezeki jgk, Im going to adopt.

    Semoga Allah permudahkan semua perjalanan kita babe.

    Hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..Allah akan permudahkan untuk kita. Kita doa banyak2. Kita usaha banyak2. Kalau anak angkat yang terbaik, moga dipermudahkan jalannya :)

      Hugss!

      Delete
  2. salam.saya google about ttc then jumpe ur blog.im suggesting u to try preseed. its from us product (maybe) for people who try ttc. u can google preseed for more details. my friend after 2 years ttc alhamdulillah pregnant.ada jual kat AA pharmacy.insyaallah dgn usaha dan sentiasa berdoa, Allah akan makbulkan hajat kita.Insyaallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thanks for sharing! InshaAllah berguna untuk TTCians :)

      Delete
  3. Salam..nk tnye plan wat ivf ktne?sy ade tgk sime darby med centre ade pakej Rm8800. Max 12k, sy rasa affordable. Sy pn plan nk wat ivf next year after 5years++ marriage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Yes, saya pun rasa harga tu affordable. InshaAllah dear. Semoga Allah makbulkan doa dan usaha kita :)

      Delete
  4. thanks sis.. perkongsian yng hebat especially the last comment.. buat saya lebih sedia utk this coming disember..doakan saya ye moga urusan saya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga apa yang saya kongsi dapat dapat membantu awak. InshaAllah, saya doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah. Amin :)

      Delete
  5. been thinking about it for a while now... sama la...after next ivf, if masih belum rezeki then will think about adoption seriously... thanks for sharing ILY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ST. Sy doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk kita dan ttcians yang lain. InshaAllah. Amin :)

      Delete
  6. Hello my name is Jessie Shaffner am from united states I want to share a great testimony on this website on how great Dr.Dahiru help me in falling pregnant,me and my husband have been trying to have a baby for over 6 years,but they where no luck so we decided to contact the family doctor and after all the test have been done,he said to us that my fallopian tube is not functioning.then one day i was in the office when a friend of mine who have the same problem with me, fall pregnant after she contacted Dr.Dahiru .she directed me to him and when i contacted him through his email and he did the purification on the pregnancy spell and in 8weeks time i was feeling some how and i want to meet the family doctor who told me that i am pregnant.if you know that you have a similar problem like this and you want to be pregnant you can contact Dr.Dahiru via Email: arewaspecialistttemple@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Salam sy mencari anak angkat . Klau ade yg nak bagi anak angkat boleh contact sy ye 01121911754 . Area kuantan

    ReplyDelete
  8. salam saya mencari anak angkat .. apa2 boleh contact saya di 0125628594 whatapps sahaja . tq

    ReplyDelete