Source: google image |
Rasanya masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan 'Salam Ramadhan' buat rakan-rakan semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Semoga Allah permudahkan ibadah kita semua di bulan puasa ini. Semoga Allah juga makbulkan doa-doa kita.
Pagi tadi saya dengar ceramah dari Imam Muda Hafiz, anjuran jabatan saya bekerja. IM Hafiz cakap,
"Ada beberapa manusia yang miskin ketika bulan Ramadhan iaitu pertama ialah manusia yang mengejar pahala sunat tetapi meninggalkan yang fardhu dan kedua ialah manusia yang tidak kedekut berbelanja untuk berbuka puasa tetapi kedekut untuk bersedekah".
IM Hafiz juga sampaikan bahawa,
"Syaitan tidak takut dengan manusia yang bersolat, membaca al quran dan membuat kebaikan ke jalan Allah. Tetapi syaitan sangat takut dengan manusia yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan ISTIGHFAR. Menangislah syaitan bila mendengar manusia beristighfar. Oleh itu selalulah basahkan lidah kita dengan istighfar. Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita".
Ada ulama' berkata,
"Barang siapa yang hendak dipanjangkan umurnya, perbanyakkanlah ibadat di dalam bulan Ramadhan."
InshaAllah, semoga kita ditunjukkan jalan oleh Allah untuk beribadah kepadaNya. Amin :)
Thank you atas perkongsian Ily..sangat bermanfaat..selamat berpuasa... :-)
ReplyDeleteSharing is caring, kan? Hehe. Selamat berpuasa :)
Deleteslmt berpose :))
ReplyDeleteSelamat berpuasa babe :)
Delete