Alhamdulillah, saya telah berjaya
‘grad’ daripada suntikan lucrin yang keenam pada 24 Mei 2016. Hehe. Seminggu
sebelum disuntik, saya diminta untuk membuat HSG. Keputusan HSG, kedua-dua tiub
clear. Tiada cyst. Syukur Alhamdulillah! Lega sangat sangat sangat sangat :D
Sooo, what’s next?
Tunggu period untuk meneruskan
treatment. Berapa lama nak period? Doktor kata bergantung kepada badan
masing-masing. Ada yang selepas sebulan, ada yang dua bulan, ada yang tiga
bulan. Jadi, tunggulah dengan sabar. Saya harap lepas raya baru period. Kalau
ada rezeki dapatlah puasa penuh tahun ni. InshaAllah.
Selama enam bulan disuntik lucrin
dan tidak period, kesan paling ketara yang saya rasa adalah badan panas
berbahang. Berpeluh-peluh. Tidur malam asyik nak on aircond jek. Pasal mood
swing, rasa jugak. Tapi masih boleh control. Jarang la suami kena marah. Haha. Sakit
lutut, rasa jugak kadang-kadang. Mungkin kurang calcium. Penambahan berat
badan? Alhamdulillah tak naik. Sebab saya workout seminggu tiga kali. Mungkin
sebab tu jugaklah kurang moody. Sebab bila workout, badan berpeluh dan mengeluarkan
hormon gembira kot? Haha. Kesimpulannya, kesan lucrin ke atas saya yang paling
saya tak tahan hanyalah panas badan. Syukur. Oklah, nanti dah start treatment,
saya share kat sini ye? Doakan semoga tak tunggu lama untuk period. Aminn.
Selamat Berpuasa! Mohon maaf sekiranya
ada silap dan salah saya kepada semua. Semoga Allah mendengar dan memakbulkan
doa-doa kita di bulan yang mulia ini. InshaAllah.
Di kesempatan
ini jugak saya ucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri (in advance). Hehe. Bye!
ILY, alhamdulillah it went well for u :-) Smg Allah permudahkan utk langkah yg seterusnya... take care.
ReplyDeleteThanks ST! InshaAllah, semoga semuanya dipermudahkan utk u juga :)
ReplyDeleteTake care ILY. semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini =) selamat hari raa utk ILY juga
ReplyDeletesemoga dipermudahkan.. Selamat berpuasa & selamat hari raya :)
ReplyDeleteHi ILY.. saya pembaca baru.. tengah survey2 doc.. awk penah dptkan rawatan dengan prof zainul? boleh tak tolong bagi review sket? saya baru je schedule kan apoimen dengan dia lepas raya ni.. thanks!
ReplyDelete