Assalamualaikum,
Saya ada endometriosis. Sebelum saya tau saya ada endometriosis, doktor bagitau saya ada fibroid. Tapi entah macam mana, bila kali terakhir saya di scan di HUKM, saya dimaklumkan saya ada endometriosis. Saya beralih angin dari HUKM ke PHKL dan Dr. Adilah sahkan saya ada endometriosis. Masa saya tahu saya ada endometriosis, saya sedih. Saya berharap saya ada fibroid dan bukan endometriosis. Pelik, saya pun tak tahu kenapa saya fikir macam tu. Maka, bermulalah fasa mencari maklumat berkenaan endometriosis.
Malangnya, bila semakin saya belajar atau kumpul maklumat pasal endometriosis, saya rasa semakin down, useless and hopeless. Endometriosis tidak boleh dipulihkan 100%, endometriosis tiada ubat, endometriosis penyumbang infertility, bla, bla, bla. Endometriosis hanya boleh dikurangkan simptom-simptomnya. Boleh dikatakan saya ada banyak simptom endometriosis. Paling ketara ialah sakit yang amat sangat ketika period. Betul. Sakit sampai saya menggigil, rasa sejuk, rasa panas, rasa nak pitam, rasa nak muntah. Macam-macam rasa. Selalunya saya akan sakit pada hari pertama dan kedua period. Setiap bulan tanpa gagal. Kecuali tahap kesakitan berbeza-beza bagi setiap bulan. Tapi masih sakit. Period saya bulan ni saya sakit yang amat sangat pada CD2. Saya terpaksa ambil emergency leave. Bila sakit, saya akan masuk toilet. Bila keluar ketulan darah, sakit akan kurang.
Hari ni saya tak bersemangat nak buat kerja. Hari ni CD6 saya. Period saya akan kering pada CD2/ CD3. Runsing kepala saya fikir pasal ni. Pada suami saya mengadu. Tapi macam biasa suami akan suruh saya jangan fikir sangat. Betul, stress akan menyumbang kepada keterukan endometriosis. Tapi macam mustahil nak menjalani kehidupan tanpa stress, kan? Kalau ada sesiapa yang boleh hidup tanpa stress, tolonglah kongsi dengan saya. Saya cuba carik support group di internet. Nampaknya support group dalam Malaysia ni tak banyak, yang banyak semua dari luar. Bolehlah buat baca dan ambil semangat.
Hasil maklumat daripada internet, pesakit endometriosis perlu jaga diet/ pemakanan. Banyak makanan yang kena avoid. Banyak sangat. Makanan sehari-hari pulak tu. Saya dah la suka makan. Bertabah la nampaknya. Saya akan try amalkan diet/ pemakanan yang sesuai untuk endometriosis. InshaAllah. Saya sekarang tengah berkira-kira nak cuba rawatan alternatif seperti homeopathy atau ubat-ubatan herba cina. Dalam masa yang sama masih akan teruskan treatment di PHKL.
Sebenarnya, apa yang saya rasa sekarang ni lebih kepada frustrated dengan kekurangan diri. Kecewa dengan ketidakupayaan diri untuk pregnant. Sedih bila tengok orang terdekat pregnant. Yes, sekarang saya emosional dan sedang membiarkan negative thoughts bermain-main dalam kepala saya. Saya jugak manusia biasa yang kadang-kadang rasa tak berdaya nak fikir positive sepanjang masa. Pathetic, bukan?
sabarlah sayang... dila pun selalu berfikiran negatif. tak pe, ramai TTCian bersama kita.. :)
ReplyDeleteILY, normal to feel that way, sebab kita manusia. Perasaan tu di anugerahkan utk kita release the sadness. Sekali sekala rasa gitu x pe... just don't dwell on it. I pun endo, stage 4. endo dah naik keluar dari rahim cavity. After buat laps memang ilang sakit period tu, but as u know, endo mmg bleh berulang. Skang ni pun dah start balik sakit nya... but i suka pikir positive... may be Allah nk kluarkan ketul2 darah yg x elok dan nak bersihkan rahim i. Or kurang2 pun, Allah ampunkan dosa i melalui sakit yg i rasa. I kalo rasa sakit, i tuam dgn botol panas. InshaAllah lega sikit. Doc x de plan nak buat laparascopy kat u ke? ke u dah buat?
ReplyDeletekuatkan semgt Ily..tiada yang mustahil kalau die nak bg rezeki tu pada kita macam mana sakit xupaya ke ape tetap muncul jua.InsyaAllah..
ReplyDeletechayokkk!!Ann pun nak stat checkup ape yg ptt..huhuh..
ILY!! jangan sedih ok..meh nak huggs sikit..kalau tak silap nana, scha al yahya pun ada bat operation, regarding her endo and Alhamdulillah skang ni dah pregnant kan..semoga rezeki ily sampai tak lama lagi..semoga rezeki ni jugak sampai untuk semua TTCians~
ReplyDeleteInsyaAllah, mesti ada rezeki bila sampai masa yang terbaik
Ily....Yani pun suspected endo tapi belum confirm lagi stage berapa. 11 Mac ni baru jumpa doktor pakar GH Melaka. Mula-mula dapat informal info ni memang Yani down sangat. Menangis sepanjang hari. Tapi lama-lama Yani fikir balik, orang lain lebih besar dugaannya dan tabah hadapi. Yani sedang berusaha untuk overcome perasaan down tu, dan fikir nak sihat je sekarang. Apa-apa pun yang doktor nak suruh buat, inshaAllah Yani nak proceed je.
ReplyDeleteILY ada join group TTC di fb x?ada byk juge.huhu.semoga kembali smgt k.betul kata husband xleh down2 sgt.inshaaAllah iya doakan ily cepat kembali bangkit and cari jalan penyelesaian.cayokcayok.... *hugssssssss*
ReplyDeletedear.. nasib kita hampir sama dan kita selalu share kat WA. u told me to be strong.. and now im telling u to stay strong and positive too. ramai lagi kawan2 ttc yg ada.. in shaa allah we can go thru this together.
ReplyDeletebe strong ILY, Allah sentiasa bersama org2 yg sabar. semlm dgr dj ikim kate, kita mungkin akan terkejut tgk pahala sabar kita kat akhirat nnt lebih banyak dr pahala ibadah kita. May Allah give you strong shoulder!
ReplyDeleteILY, jgn stress sgt dear... bila kita terlalu fikir mmg akan stress.. cuba kita tgk keadaan mereka2 yg lagi teruk keadaan mereka..mcm sue dh dua kali kena endo..dh dua kali operated, n ni kali ketiga, ade ketumbuhan lagi.. down tu mmg down sgt, tapi bila sue dpt news ada sumone kena buang rahim, sue terfikir, at least kita masih ada lagi harapan tuk mngandung, tapi kalau mereka yg xde rahim tu..? just be happy.. and sue pun nak kna pantau makananan skang ni....tapi byk skip jgak..heheh
ReplyDeletekuatkan semangat...pernah terbaca satu blog..nk share pun dah lupe blog mana...dia punya period prob..setahun kadang2 sekali je datang... die usaha dari zaman sekolah untuk bolehkan period die dtg n untuk pregnant...ada sorang ustaz pesan...banyakkan sedekah...lepas tu niat..kalau ada pahala or balasan untuk apa yg disedekahkan tu balas dengan rezeki anak....
ReplyDeletesaya pun endon jg. blh kata setiap kali period amik mc. spjg mlm x blh tdo tahan sakit. seminggu sblm period dah start sakit. 1/7/13 lps sy operate. doc bg ubat tahan period utk 6 bln. digalakkan utk pregnant dlm tempoh 1 thn lepas operate sbb itu lah cara paling berkesan utk elak endo jadi blk. terimalah ujian ini seadanya. mudah2an Allah bantu & permudahkan semuanya. Rahsia Allah pd kita...kita x tahu.
ReplyDeleteHi Ily, i was blog walking and terjumpa blog awak.I had 2 surgeries within 3months span.First diagnosis, fibroid, buat hysteroscopy. No bfp. 3mths later during routine followup, i was diagnosed with endo stage 2. Decided to do surgery via laparoscopy and found out i had ovarian cyst and blocked tubes as well. Selama ni taktau pun ada semua tu sebab period regular and tak penah senggugut. Apparently it is due to genetic factor. Mom had endo, my sister had fibroid (which was removed when she gave birth via c-sect).i conceived after 1cycle period lepas surgery.alhamdulilah. Tapi miscarried at 10weeks :( and sekarang cuba ttc lagi. Jangan sedih pasal endo ni..insya allah ada jalan untuk berubat.take care
ReplyDeleteHai Ily... Salam perkenalan. Saya mmg follower blog awak. Kita berkongsi masalah yang sama... endometriosis. Saya disahkan ada endo pd Jun last year. September saya operate. Skrg masih menunggu period yg belum kunjung tiba sejak lepas operate aritu.. Tabahkan hati... kuatkan semangat yer dear. Yang penting jgn down. Ramai yang senasib ngan kita tp still bleh preggy. Tgk Scha tu, elok je preggy pas operate...hihi... Kalo free, singgah2 ler blog saya yer..
ReplyDeleteHi Ily,
ReplyDeletekuatkan semangat, teruskan berusaha...bila down, ingt Allah,kembali pada DIA ..insyaAllah akan tenang semula.. =)
Kuat k..
jangan cepat putus asa, teruskan usaha yer...anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…
ReplyDeletesalam Ily,
ReplyDeletesemoga hadapi dan kuatkan semangat dan teruskan usaha+doa. Untuk pengetahuan Ily, saya pun ada endo jugak dan dah 2 kali opt laporoscopy dan endo still ada lagi. Dan sekarang doc advice saya suruh buat IVF. Saya doakan awak preggy inshaallah. Jangan stress,
jgn putus asa ye awk, saya juga seperti awak..trying so hard and struggle to become parents.tapi blom rezeki...2 kali mc lagi. usaha+doa seiring...mintak pada ALLAH...saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://huntvitamin.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…TQSM
ReplyDeleteHi Ily, I am bitter infertile because of endometriosis. I am trying to conceive through TCM hope onto another round of IVF. I agree that it's too painful especially seeing "fertile" people around us while we struggling to ahcieve our parenthood. You are not alone. Let's beat endometriosis and infertility! I am lucky to have found a very supportive group of ttc sisters from Australia and US, probably because they share at a similar point to me in their journey.
ReplyDeleteawk...be strong..kita sma.sy dh 8 thn endometriosis n 4 kli operation.bru jer operate kli ke 4 sbb infected endometriosis.ovary sy sblh kiri trpksa dibuan sbb infection last 3 years.
ReplyDeleteallahuakbar uijan tuhan....hebat...kita sma2 berusaha ye wpun byk fakta yg mngatakan endometriosis x bleh mngndung dan sebaginya....saya blom berkahwin.bl fikir sy tkut utk kawin.ada hikmah nya utk sy.utk awk jgk.
https://www.facebook.com/groups/endomalaysia/
ReplyDeletegroup support endo
hi ily.... sypn br tau dpt endo... rs sedih amat... tp terpaksa stay positif... sypn br jak minor surgery utk ovarian cyst... btl2 tkt... rs lemah... rs down... nasib ada Allah...dpt fkr ngan waras... sbb setiap kt da tertulis rezeki kt... sm2 kt berdoa utk dpt rezeki anak... in shaa Allah
ReplyDelete