Tuesday, 26 January 2016

Kisah Lucrin 3.75mg

Assalamualaikum,

Lama tak menulis blog sejak tiada progress treatment TTC.  Sebelum saya teruskan entry ini, maaflah sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya tulis. Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri sebagai pesakit yang mendapatkan rawatan di PPUKM.  Mungkin pengalaman korang tak seperti saya. Mungkin perjalanan rawatan korang smooth and steady. Ditakdirkan saya kena lalui benda-benda macam ni agaknya.


Kalau ada yang masih ingat, sebelum ni saya ada bagitau yang Doktor maklumkan saya tak perlu suntikan lucrin selepas laparotomy bulan Mac 2015 lepas kan? Rupa-rupanya salah judgement Doktor tersebut. Semuanya bermula bila saya ke MAC PPUKM untuk rawatan susulan 6 bulan post laparotomy. 28 Oktober 2015, saya ke MAC untuk berjumpa dengan Prof. Zainul. Macam biasa, waktu menunggu adalah sangat lama. Hampir 4 jam. Tapi saya tak kisah tentang itu. Menunggu pada saya adalah perkara biasa.

Kemudian, nama dipanggil dan saya masuk berjumpa Prof. Oh, sebelum itu saya ke bilik scan untuk TVS terlebih dahulu. Alhamdulillah, cyst tiada. Masuk berjumpa Prof. dan soalan pertama daripada beliau buatkan saya agak sakit hati, ‘Kenapa tak disuntik Lucrin selepas operation?’. Jawapan saya, ‘Manalah saya tahu Prof. Saya dah tanya Doktor masa sehari selepas operation, tapi Doktor kata tak perlu’. Prof sambung lagi, ‘Saya dah tulis dalam buku awak yang awak kena suntik Lucrin selama 6 bulan. Kenapa la Doktor ni tak inject? Bla bla bla bla’. Prof. membebel sebab Doktor yang handle kes saya tak suntik Lucrin kat saya. Saya dah malas nak menjawab sebab saya dah rasa sakit hati. Selama 6 bulan waktu saya membazir macam tu sahaja. Doktor sama Doktor pun boleh miscommunication. Yang lagi menyakitkan hati, kalaulah Doktor atau Prof atau nurse atau sesiapa sahaja buka dan review fail saya, diorang boleh call saya untuk datang amik suntikan. Tapi ni selepas 6 bulan baru ‘perasan’? Alahai.  Kemudian, hari itu juga Prof. suntik first dose kepada saya. Dan next appointment adalah pada 24 November 2015. Prof. minta saya rujuk kepada Doktor yang handle kes saya. Jangan jumpa Doktor lain katanya. Baiklah!

Beberapa hari sebelum 24 November, saya terima call daripada PPUKM minta appointment ditangguhkan pada 8 Disember 2015 atas sebab Doktor tersebut tiada pada ketika itu. Ok, tiada masalah. Sehari sebelum 8 Disember, saya terima mesej daripada PPUKM maklumkan appointment dipinda pada 5 Januari 2016. Pinda lagi? Haihh. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Saya bagitau suami pasal ni dan suami dah mula rasa tak puas hati. Suami membebel, saya diamkan saja.


5 Januari 2016, saya ke PPUKM bersama suami. Seperti biasa, letakkan kad temujanji di kaunter dan tunggu nama dipanggil. Tak berapa lama, nama saya dipanggil. Nurse di kaunter cakap, ‘Puan, Doktor A***a tiada hari ni. Mungkin kena tukar tarikh appointment’. Saya yang memang dah tak berapa boleh bersabar terus menjawab, ‘Kenapa tak call? Awak ingat rumah saya dengan PPUKM dekat ke nak ulang alik macam tu jek? Saya pun kerja jugak. Sekarang saya dah sampai. Tolong bagi saya jumpa mana-mana doktor yang ada. Biarlah tak jumpa dengan dia pun!’. Memang saya marah. Mungkin saya tak patut lepaskan pada nurse tersebut. Tapi boleh tak diorang prihatin dengan benda-benda macam ni? Kami pesakit boleh faham doctor sibuk. Kami boleh tunggu berjam-jam lamanya. Tolonglah.

Menunggulah lagi kami hampir 4 jam lagi. Dari pukul 9.00 pagi sehinggalah hampir pukul 1.00 petang barulah saya dapat masuk ke bilik Doktor. Saya ceritakan semua kat Doktor dan dia terus rujuk kepada Ketuanya. Doktor tu maklumkan yang saya sepatutnya tak boleh skip injection. Kena ikut regime sebulan sekali. Walaupun Doktor A***a tadek, nurse di kaunter sepatutnya tak boleh postpone appointment saya. Doktor tu minta maaf pada saya dan bagitau saya kena start balik suntikan lucrin selama 6 bulan berturut-turut. Doktor tu juga letakkan remarks dalam sistem yang appointment saya  tak boleh dipinda. Tetap kena datang sebulan sekali untuk suntikan. Tak kisah dengan mana-mana doktor.  Maka, saya perlu menghabiskan lagi 6 bulan untuk complete regime Lucrin. Bulan Jun 2016 barulah lengkap suntikan tu. Kemudian, kena tunggu 2 atau 3 bulan untuk period seperti biasa. Rasanya, setahun ni jugaklah menunggu.

Saya anggap ini part of ujian daripada Allah. Tapi kesabaran saya dengan PPUKM dah makin hilang. Suami apatah lagi. Marah betul dia. Nasib baik saya dapat pujuk dia tak payah masuk jumpa doktor. Nanti tak pasal-pasal doktor tu kena marah. Ni pun dah beberapa kali suami ingatkan, ‘Settlekan hal Lucrin 6 bulan ni. Lepas tu kita pergi hospital lain. Kali ni kita pergi hospital swasta. Sakit hati tengok u kena layan macam tu’. Suami saya jarang nak marah-marah sebenarnya. Selalu dia ikutkan saya jek. Saya pun dah rasa penat sebenarnya. Fikir nak habiskan regime Lucrin jek. Lagi pun saya boleh guna GL di PPUKM. Takpelah, sekarang ni biar selesai hal ni dulu. Nanti-nanti baru fikir nak sambung treatment ke mana.


Begitulah kisah saya, Lucrin dan PPUKM. Haha.  Jadi, azam tahun 2016 saya yang berkaitan dengan TTC boleh simpan ke tahun 2017 agaknya. Hehe. Azam sekarang adalah untuk menjalani kehidupan dengan GEMBIRA :)

14 comments:

  1. Ily, sorry to say....Yani yang baca ni pun jadi sakit hati bila hospital buat macam tu kat kita TTCian ni. Mereka tak faham ke kita berdepan dengan isu kesuburan dan faktor usia?

    Yani masa jumpa doktor GH Melaka bulan November 2015 aritu, masa doktor pakar/ doktor ketua jabatan GH sendiri cadangkan next treatment adalah cuba dulu 2-3 kali pengambilan clomid/pil kesuburan, kalau tak berjaya nak buat ovarian drilling...Yani terus nekad nak buat IUI/IVF di hospital/klinik swasta. That's it....

    Bukan tak bersyukur selama diberi rawatan di GH, tapi Yani fikirkan Yani kena move on drastically bab TTC ni. Usia dah meningkat, tahun ni umur 33 tahun. Kalau buat juga apa yg doktor cadangkan tu, seakan Yani membazir sekurang-kurangnya 1 tahun lagi dengan ketidakpastian kejayaan mengandung....

    P/s: Sorry ye Ily, terluah perasaan kat entry Ily ni pula...

    ReplyDelete
  2. YaAllah..bersabar nye sis..sy dgr pun sakit hati ni..semoga sis dpt menghadapi cabaran hidup ni dengan tenang..Ada hikmah..InsyaAllah..semoga urusan sis berjalan lancar dan di permudahkan..amin....

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan lepas ni...apa yang berlaku ada hikmahnya walaupun sakit hati kan huhu...doakan saya juga...insya Allah ada rezeki kita :)

    ReplyDelete
  4. Allahu... kena kt ILY pulak... mungkin ada hikmah... smg Allah permudahkan urusan TTC ILY lepas ni... elok la ke swasta, walaupun sama ja waktu menunggu, tapi InshaAllah doctor mmg focus dgn kes kita.

    ReplyDelete
  5. sian ily. btl, nana baca pun rasa geram. semoga Allah gantikan semua kesusahan Ily dengan nikmat yang terbaik ye =)

    ReplyDelete
  6. Erm... sama tempat kita bertreatment...
    Tapi saya dah lama tinggalkan ttc ni sementara waktu...
    So far xde rancangan nak sambung lagi sbb hubby pun jauh
    Teringat last treatment di situ saya buat ICSI but I can sense something wrong jgk after FET. Masa tu Dr Zainol buat procedure but ada sorg dr pompuan monitor screen utk tgk tube tu dah sampai mana. I guess dr pompuan tu silap estimate the location then I perasan dr zainol mcm frust. I am not very sure sbb he was blocked by my spreaded legs (OMG I can't belive I wrote about my spreaded legs....lol)... but masa tu I tawakal jelah

    ReplyDelete
  7. Akak doakan semua urusan Ily dipermudahkan.
    kalau rasa tak selesa kat satu satu tempat tu, better tukar angin. Sbb faktor tempat yg kita suka (and for sure, doktor yg merawat) juga menyumbang pada kejayaan treatment kita. InsyaAllah.. akak sentiasa doakan :)

    ReplyDelete
  8. sigh. saya simpati dengan ily. ily kumpul duit ye. saya tak baca post lama ily dan tak tahu siapa ily pernah jumpa di hospital swasta, tapi ingin saya kongsikan, Dr. Adilah Ahmat di Pantai Hospital Kuala Lumpur is the best fertility specialist you can ever have. Please go and see her. Sepanjang saya berubat di sana, memang banyak nampak perubahan dan improvement dalam semua servis. dari menunggu 4 jam kepada maximum 1 jam sahaja sekarang. Terbaru, proses discharge pesakit ward juga sudah improve daripada 4 jam kepada 1-2 jam sahaja (pending insurance). Ily cuba ye. Kita ikhtiar.

    ReplyDelete
  9. bersabor le bebanyak ye, begini lah nasib org macam kita asik kena menunggu je..

    ReplyDelete
  10. TTC sgt memerlukan kesabaran.saya start TTC bila ckup 2 tahun kahwin.saya juga penghidap PCOS.makan clomid 6 cycle.still x preggy.kmudian saya buat HSG utk cek tiub fallopio ada block atau tak.alhamdulillah xder blockage.tapi masa sama buat HSG,dr detect ada 2 fibroid dlm rahim.1 dr dapat remove,satu lagi dr x boleh remove sbb akan sebabkan bleeding.saya plan nak buat IUI.clomid dah tak makan.appointment IUI lagi 3 bulan.so saya decide nak TTC natural.saya makan tauge start CD1 sampai abis period.suami pun minum soya jer.time subur bersama selang sehari.next period x datang2. lgsung x expect preggy.saje je beli UPT,rasa x pcaya bila positif.siap ambk darah lagi cek.skrg anak dah 4 tahun,tgh ambik clomid dan plan nak buat IUI.harap2 bjaya.saya doakan semoga sis bjaya dapat apa yg sis impikan dan jangan giveup

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, semoga Allah mempermudahkan urusan awak lepas nie yea. Saya tahu tidak semua oarang mampu ke swasta dan kadang-kadang tidak semua tempat kita serasi berubat dengan dokternya walaupun mampu dari segi keewangan. Tentu awak juga ada alasan kenapa memilih PPUM. Reputasi yang baik, menyebabkan semakin susah untuk dapat appoinment dan semakin ramai pula pesakitnya. Apa pun semoga kita semua yang berusaha untuk mendapatkan zuriat, diberikan rezeki yang luas, kesabaran dan ketabahan yamg tinggi ,dipermudahkan urusan dan berjaya hendaknya dengan apa yang diusahakan oleh Allah. Amin. #TTC 3years #IUI done #IVF done #FET done

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, saya doakan semuanya dipermudahkan. Sy pun 5 tahun TTC, macam2 cara buat, dari perubatan islam smpailah jumpa Dr. Clomid pun dah makan, sy mengadapi PCOS. Alhamdulillah tahun ni sy pregnant, kakak ipar sy bg sy cuba product Nutrilite utk kesuburan. sy try, dah dlm msa 1 bulan, sy hamil. Alhamdullillah, semua syukur dr Allah, dulu pernah try Shaklee, tp negative result.Sabar dan terus sabar..usaha kena diteruskan..anyone yg nk cuba try product nuttrilite boleh contact kak ipar sy : 0133671668.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah sungguh betul dugaan yg dtg....sy salah seorg PCOS dan minggu lepas baru buat laparascopy...sama tempat yg u buat...di PPUKM...saya stay dengan satu doktor (Prof Zainul Hj Rashid)...operation on 27/05/16, discharge 28/5/16, 01/06/16 appointment for STO (bukak jahitan) and trus buat 1st LUCRIN Injection...next 2nd 01/07/16....umur pun da 30thn dan 4thn perkahwinan...duit byk habis...masa jangan cakapla...ni prof bg MC 2 minggu...kerja da bertimbun rasanya...hope urusan ILY berjalan lancar...Injection bukan murah RM10 RM20...RM462 + GST....sekali cucuk da kena spent RM500...suami mana x bising...

    ReplyDelete
  14. Sy pn buat kt PPUKM under prof zainul thn 2013 bile TTC hmpr 4 thn. Ape yg boleh sy share adalah sy beli jer lucrin hormone d MAC, kemudian sy akn bwk blk n pergi ke klinik dekat dgn rumah & dktr perempuan. So, kite x perlu menunggu prof zainul utk inject lucrin, as we know prof zainul is super bz doktr. Sy amik 1st injection lucrin jer dgn prof, for the next 5 cycle, sy beli n bwk g klinik yg kurng masa menunggu..

    ReplyDelete