![]() |
| Source: Facebook |
Wednesday, 8 May 2013
Thursday, 2 May 2013
Supplements While TTC
Assalamualaikum,
![]() |
| Supplements for TTC termasuk Vitamin E yang tiada dalam gambar. |
Inilah supplements yang saya dan suami ambil sekarang. Produk Shaklee yang tiga tuh, Zinc Complex, B-Complex dan GLA Complex saya baru start makan minggu lepas. Saya order dengan blogger dan TTCian, Zana Adieyza (thanks Zana!). Maybe korang boleh google pasal vitamins Shaklee nih semua. Kalau berminat, boleh contact Zana untuk order. Saya baru sangat ambil vitamins nih, jadi saya tak boleh nak review lagi. Nanti InshaAllah saya share ek.
Pati Delima Gulsan pula saya dah start almost two months. Saya dah lama nak beli pati delima nih, tapi tak terbeli sampai laa saya jumpa satu kedai jual produk Arab kat Medan Mara. Terus saya beli tiga botol. Lagi dua botol saya bagi kat mak ayah untuk minum. Harga pati delima kat kedai tuh RM12. Kat tempat lain saya tak pasti. Tapi kalau compare dengan yang jual online, memang jauh sangat beza harganya. Apa kesan yang saya rasa sepanjang minum pati delima? First, rasa sedap sangat! Haha. Itu kira kesan pada tekak saya laa. Hehe. Yang paling saya suka lepas ambil pati delima nih, esok paginya senang jek proses pembuangan berlaku. Hehe. Pastu saya rasa muka macam glowing sikit. Mungkin saya perasan atau perasaan. Hehe. Saya campur satu sudu pati delima dalam segelas air dan minum dua kali sehari, pagi lepas bangun tidur sebelum mandi dan malam sebelum tidur.
Vitamin C, E dan multivitamin tuh saya share dengan suami. Surbex Zinc dalam kotak hijau tuh suami saya punya. Saya nak suruh suami makan Zinc Shaklee, tapi ada banyak lagi Surbex tuh. Lagi pon dua-dua zinc. Rasanya tadek masalah nak ambil yang mana satu, kan? Zinc tuh saya makan sebab rambut saya gugur banyak sangat. Habis lantai toilet, lantai rumah penuh rambut jek. Kalau sikat rambut pun sama. Penuh sikat tuh. Haishh, risau. Hopefully ada perubahan lepas nih. Speman Himalaya masih gagal diperolehi. Dah dua outlet saya pergi. Outlet kat Wangsa Walk Mall dah habis stok. Outlet kat Midvalley pulak in renovation. Saya ada booked kat outlet Wangsa Walk Mall, tapi sampai sekarang staff dia tak call. Nanti nak pergi tanya laa.
B-Complex dah ada acid folic, jadik saya dah tak telan acid folid kecil-kecil tuh dah. Nak senang jek kan. Hehe. GLA Complex pulak untuk stabilkan period saya. Memang saya period setiap bulan, tapi cycle tak konsisten. Paling pendek 24 hari, paling lama 33 hari. Susah nak bajet hari subur kan kalau macam nih. So, inilah usaha saya. Banyak saya baca kat internet yang GLA berjaya stabilkan period. Itu yang saya berminat nak try. Banyak jugak testimonial yang berjaya pregnant lepas consumed GLA Complex, B-Complex Shaklee nih. Mana la tau ada rezeki Allah nak bagi. InshaAllah :)
Sekarang saya rasa nak try dengan supplements jelaa. Tak rasa nak pergi HUKM lagi dalam masa terdekat nih. Hopefully ada hasil dan tak payah pergi dah laa. Aminnnn.
Oklaa, kalau korang ada nak share supplements yang bagus-bagus, meh laa share meh. Hehe. Ok, bye!
Wednesday, 24 April 2013
Alternative ways to increase sperm count.
Assalamualaikum,
Sebelum memulakan sesi 'sharing is caring', saya nak tanya nih..macam mana rupa blog saya? Elokkah setelah ditukar background? Atau yang dulu lagi elok? Hehe.
Ok, ok. Macam yang saya bagitau dalam entry yang lepas pasal nak share tips untuk increase sperm count husband, sekarang saya nak share laa serba sedikit tips yang saya dapat dari kawan TTC kita jugak. Haiiii :)
Saya pernah bagitau kat SINI apa supplement yang husband saya ambil untuk increase sperm count. Sepanjang husband saya makan supplement tuh, Alhamdulillah ada improvement. Tapi kan melalui pembacaan saya, Tribestan nih bahan utama dia herba. Jadi, ada sesetengah orang yang tak sesuai dengan herba yang digunakan. Ada yang sebabkan suhu badan meningkat, demam, pening dan sebagainya. Suami saya sesuai pulak. Cuma harga supplement nih agak mahal laa, almost RM200 kalau tak silap saya.
Sekarang, mari-mari saya nak share lagi supplement yang kalau korang google sure korang jumpa banyak positive feedbacks daripada yang pernah try. Saya rasa ramai pon dah tau pasal supplement nih. Apakah ia?
Kalau sebelum nih senang nak cari produk nih. Pergi jek kat farmasi, Guardian atau Watson di mana-mana. Mesti ada. Tapi malangnya sekarang nih farmasi-farmasi macam tuh dah tak jual Speman. Tapi jangan risau, kawan TTC saya cakap boleh beli dekat Himalaya Outlet kat MidValley. Selain MidValley, kat mana lagi ada Himalaya Outlet nih? Meh sini saya list untuk korang. Antara outlet yang saya tahu laa kan :)
- Suria KLCC
- Sunway Pyramid
- Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju
- 1 Utama, Damansara
Speman nih jugak menggunakan herba sebagai bahan asasnya. Korang boleh pergi Himalaya Outlet, minta consultation dulu. Kalau sesuai, boleh lah beli. Kalau tak sesuai, sila baca lagi alternative ways yang akan saya share dengan korang. Hehe. Ada lagi satu produk Himalaya yang boleh diambil bersama-sama Speman iaitu Kapikachu. Cuba korang google kebaikan supplement nih.
Ini adalah alternative ways yang sangat murah dan mudah. Hehe. Bagi suami korang makan buah tembikai hari-hari. Makan banyak-banyak pon takpe. Hehe. Masa mula-mula kawan TTC saya share pasal nih, saya macam surprise jugak sebab saya memang tak tahu. Then she explained to me yang lelaki kena makan benda sejuk-sejuk sebab bagus untuk sperm. Tak macam perempuan yang tak elok makan benda sejuk-sejuk. Ok, barulah make sense. Tembikai kan sejuk. Hehe. Lepas dah tau pasal nih, saya pon rajin laa google sana, google sini. Kenapa tembikai bagus untuk lelaki? Sebabnya,
"Just like tomatoes, watermelon contains lycopene, having unmatched disease-fighting properties and protecting your sperm from cell damage. Watermelon was also found to contain citruline that acts like common erectile dysfunction drugs, enhancing circulatory functioning, which helps in maintaining strong erection."
"Watermelon may deliver Viagra-like effects to the body's blood vessels and may even increase libido and sperm counts in men."
Hebat, kan? Tak payah nak makan Viagra-viagra tuh semua. Hehe. Kidding! Balik kerja petang nih, semua pergi beli tembikai tau :)
Lagi satu cara yang mudah dan tak memerlukan duit kecuali bayar bil elektrik ialah dengan merendam kemaluan suami (bahagian 'kantung'nya. Alamak, malu pulak nak explain! Korang faham kan? Haha) di dalam bekas yang berisi ais selama lebih kurang 20 minit. Tengok, memang tak memerlukan duit pon. Hehe. Caranya, suruhlah suami duduk melunjur dan letakkan laa bekas berisi ais tuh di bawah bahagian yang nak direndam tuh. Saya ada jugak baca-baca di internet, kalau taknak rendam boleh bungkus ais dalam tuala dan tekap-tekap di bahagian kemaluannya. Kira buat macam tuam-tuam benjol tuh. Hehe.
Selamat mencuba! Sharing is caring :)
Ok, bye!
Sunday, 21 April 2013
Apa Khabar?
Assalamualaikum,
Lama tak jumpa kan? Hehe. Apa khabar? Kepada yang merindui saya, kalau ada laa..saya sihat walafiat. Alhamdulillah. Masih meneruskan kehidupan seharian macam biasa. Masih terus berharap dan berdoa semoga dikurniakan zuriat. Masih mencari-cari alternatif lain untuk dicuba. Mana laa tau mungkin akan berhasil.
Saya lama tak update blog nih sebab saya dah lama tak buat treatment kat HUKM. Memang saya berehat betul daripada treatment. Bila tak pergi hospital, tiba-tiba rasa kurang pressure. Hehe. Kadang-kadang rasa macam tak terfikir pasal nih. Saya akan sambung semula treatment di HUKM dalam hujung tahun nih. Kami suami isteri akan proceed IVF jika sepanjang tempoh berehat nih kami tak berjaya conceive. Mak mertua pon dah offer nak share kos IVF. Hehe. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki Mama.
Sekarang nih saya dan suami tengah cuba-cuba supplement yang bagus dan ubah sikit gaya hidup kami dengan bersenam dan jaga makan. Saya macam biasa, dok berusaha kurangkan berat walau pon dah bertahun-tahun dok cuba tak pernah berjaya pon! Haha. Takpe, cuba lagi dan lagi dan lagi. Hehe. Tadi baru lepas whatsapp dengan Zana, tanya-tanya pasal produk Shaklee. Nanti nak discuss dengan husband. Ingat nak try Shaklee. Zana ada suggest few product yang sesuai untuk kurangkan berat dan bagus untuk TTC. InshaaAllah akan cuba Shaklee pulak kali nih. Kalau belum rezeki untuk pregnant pon, at least bagus untuk kesihatan. Umur makin meningkat nih kena la jaga kesihatan. Hehe.
Saya rasa rindu dengan TTC circle saya (korang semua laa!). Mintak maaf saya tak reply komen-komen korang kat blog nih. Mintak maaf tak jenguk blog korang. Mintak maaf tak follow sapa-sapa yang follow saya. Saya sibuk dengan kerja sekarang nih. Lepas tuh dekat office saya kadang-kadang blogger kena block. Dengki kan? Tapi, InshaaAllah slowly saya akan follow korang balik. Saya akan reply komen-komen korang. Mintak maaf banyak-banyak tauuu. Jangan kecil hati tauuu.
Sepanjang saya tak update blog nih, ada jugak 2, 3 orang blog reader saya yang email saya tanya pasal treatments, pasal saya. Alhamdulillah, blog nih temukan saya dengan kawan-kawan yang baik dan supportive. Syukur sangat. Sebab tuh saya rasa kuat. Saya tau saya bukan sorang-sorang. Thanks ya ambil berat pasal saya. Semoga Allah balas kebaikan korang. Amin.
Oklaa, saya nak masuk tidur dah. Nanti saya update lagi sebab saya ada benda nak share dengan korang. Tips untuk suami sebenarnya. Macam mana nak tambah sperm count. Saya dapat tips nih daripada kawan yang saya kenal di blog jugak. Haiii babe! You know who you are. Thanks a lot kongsi tips dengan saya. Izinkan saya share dengan kawan-kawan yang lain ya? Semoga Allah balas kebaikan awak :)
Nanti tau saya share dengan korang. Jom kita tidur duluuu! Byee!
Thursday, 14 February 2013
Assalamualaikum.
Assalamualaikum,
Apa khabar kawan-kawan ku sekalian? Lamanya saya tak update blog nih. Diam tak diam dah 2 bulan lebih blog terbiar dengan entry terakhir yang penuh kemarahan. Haihh. Not good, not good.
Saya masih di sini, masih lagi menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Kerja di pejabat tak pernah selesai. Dari hujung tahun 2012 sibuk sehinggalah membawa ke hari ini. Biasa laa, dah namanya kerja kan? Hehe.
Berkaitan TTC treatment pulak, selepas gagal IUI kali keempat di HUKM, saya dan suami asyik postpone appointment jek. Sepatutnya bulan November, postpone bulan Disember. Dah masuk Disember, postpone pulak ke Januari. Hehe. Sampai sekarang tak follow up di HUKM. Malas sebenarnya, sebab kami dah tau Prof Zainol akan suggest IVF jugak. Kami suami isteri rasa belum fully prepared lagi, tak kira laa mental atau fizikal. Tapi sampai bila nak dok rasa tak prepare kan? Sekarang kami tengah motivate each other, bagi semangat to each other dan tengah prepare diri. Inshaa Allah kalau itu jalan yang kami ada, kami akan proceed jugak. But bukan dalam masa terdekat nih laa.
Saya dan suami masih berusaha untuk dapatkan anak. Memang tak pernah give up walau pon saya frustrated dan down selepas IUI gagal arituh. Takpe, belum rezeki. Kalau Allah berkehendakkan, maka jadilah :) Sabar, sabar, sabar. Doa, doa, doa. Itulah yang mampu kami buat sekarang. Saya pon dalam usaha menurunkan berat badan. Haihh, never ending story la pasal berat badan dan saya nih. Hehe. Suami still continue dengan supplements yang dia makan sebelum nih. Saya pulak merajinkan diri makan vitamin C, dan vitamin E. Kalau sebelum nih asyik skip jek. Malas. Hehe.
Kepada kawan-kawan TTC saya, maafkan saya tak reply komen-komen korang semua. Maafkan saya terlepas cerita-cerita korang semua. Saya still blog walking walau pon tak update blog. Saya selalu doakan usaha kita semua berhasil. Semoga tahun 2013 membawa kegembiraan kepada kita yang TTC. Inshaa Allah.
So, yes! I'm back to TTC!
Ok, bye!
Thursday, 29 November 2012
Hati sakit.
Assalamualaikum,
Ini adalah apa yang saya rasa. Apa yang saya nak sangat luahkan kat depan-depan muka orang yang sangat menyakitkan hati nih.
"Ingatlah, apa yang kita ada di dunia nih hanyalah sementara. Semua Allah pinjamkan jek. Jangan terlalu berlagak dengan apa yang kau ada yang orang lain tadek. Lagi satu, kau bukan kawan rapat aku pon. Kau bukan tau apa yang aku usaha ke tak ke. Jadi, jangan cakap macam kau tau sangat apa yang aku dah buat atau belum. Bersyukur dengan kelebihan yang Allah pinjamkan untuk kau. Jangan nak berlagak sangat!"
Saya masih ada hati dan perasaan serta akal fikiran yang waras. Saya takkan pernah sampai hati nak sound ayat kat atas tuh pada siapa-siapa yang berlagak tak kena tempat. Lebih-lebih lagi pada seorang perempuan yang sedang mengandung. Tolong belajar hormat perasaan orang lain.
Maaf, entry ini mungkin penuh kemarahan. Entry ini jugak mungkin akan mengundang ayat-ayat yang mengatakan saya cemburu. Saya tak cemburu! Tapi saya menyampah dengan orang yang berlagak dan tak sedar diri yang semua nih hanyalah pinjaman.
Saya pon ada hati dan perasaan untuk bersedih. Tolong jangan lupa itu.
Ok, bye!
Wednesday, 21 November 2012
TTC Experience Sharing
Assalamualaikum,
Minggu lepas saya ada received email from someone bernama Farrah.
Ohh, hai Farrah!
Saya harap awak tak kisah saya kongsi cerita dan maklumat awak kat blog nih.
Semoga Allah balas kebaikan awak :)
Farrah ada kongsikan dengan saya kaedah perubatan tradisional yang berjaya bantunya pregnant. So, saya rasa saya nak share dengan kawan-kawan TTC yang lain. Ini email Farrah kepada saya,
"Assalamualaikum Ily,
Came across your blog while googling 'halba'.. Pelik kan? Mungkin takdir Allah for me to share my experience with you.
I was diagnosed with PCOS (in both ovaries). so my period mmg tak pernah regular lah. Jadi nk conceive memang susah. Eggs kadang2 ada, kadang2 takde. Bila ada kadang2 tu tak mature. I jumpa 3 different gynae for about 2 years. Semua kasik the same treatment: metformin + clomid.
After a few cycles and I still hadn't conceived, my last gynae referred me to HUKM to do ovarian drilling. After discussion with my husband, we decided not to do it because it's an evasive procedure.. And from my readings, the treatment tak 100% gerenti boleh tolong pon.. We decided to try alternative treatments.. Honestly mmg masa tu i dah give up. Stressed and sedih sgt. My husband were very supportive.. So i kuatkan semangat.. I google about infertility treatments in Malaysia.. Masa tu I ingat nak cari other gynae.. And i found Kamal Quek instead.
I tak ingat he was mentioned in which forum. But mmg ramai yg suggest dia. Tak silap I dia ni mmg ada background medical doctor, but he practices traditional chinese medicine (TCM). He's an Indonesian Chinese Muslim. Tua dah dia ni. He used to have a clinic in Bukit Bintang. But he's now operating from his home in Cheras after his 'retirement'.
So, we went and see him.. That was Ramadhan 2011 (Aug 2011). I was pregnant by Feb 2012. I am now holding my baby boy as I'm typing this email to you.
I know you dah discouraged.. Rasa penat kan. I dulu nangis2 because I get very frustrated. And i didnt share it with anyone other than my husband. My mom pon tak tau about my problem. Tapi, try la jumpa Kamal Quek ni.. Dont expect too much. Just go with an open mind and heart. InsyaAllah dia boleh tolong.
He's like sinseh cina dlm tv. White hair and long white janggut. Tak cakap banyak. If you go and see him, bawak air and minum air banyak before that. Your bladder needs to be full so that he can scan you on his oldskool ultrasound machine. He will ask you loads of questions and rasa your pulse. Ubat dia kasik, makan.. Jangan skip. First time jumpa rasanya ada registration fee, i tak ingat berapa. Ubat per week rm100. Ubat sikit ke banyak ke, still rm 100.
His address: 8 jalan arasakesari, taman taynton view, cheras
Handphone: 016-6221593/016-2778091
Consultation hours:
Mon-Thu: 10am - 4pm
Sun: 10am - 2pm (I think)
Sundays biasanya ramai orang. Better go on weekdays.
Lagi satu, I amalkan baca doa Nabi Zakaria (surah al-anbiyaa', ayat 89):
"Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisiin"
- wahai tuhanku, janganlah kau biarkan aku sendirian tanpa meninggalkan zuriat, dan kaulah sebaik2 yg mewarisi
That's all I want to share with you. Minta maaf kalau2 email from a total stranger ni mengganggu.
Wish you all the best! Do email me if you have any questions or need any help. "
Kepada kawan-kawan yang berminat nak try, boleh laa try. InsyaAllah saya juga akan try bila saya dah ready nanti. Sekarang saya dah ok, cuma rasa nak berehat dan mengurangkan berat badan dulu. Hehe.
Saya jugak nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak bagi kata-kata semangat untuk saya dalam previous entry. Saya bersyukur kepada Allah sebab dipertemukan dengan korang semua. Thanks a lot!
Lastly, thanks a lot dear Farrah sebab sudi share experience dengan saya :)
Saya jugak nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak bagi kata-kata semangat untuk saya dalam previous entry. Saya bersyukur kepada Allah sebab dipertemukan dengan korang semua. Thanks a lot!
Lastly, thanks a lot dear Farrah sebab sudi share experience dengan saya :)
Ok, bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)



