Sunday, 21 April 2013

Apa Khabar?

Assalamualaikum,

Lama tak jumpa kan? Hehe. Apa khabar? Kepada yang merindui saya, kalau ada laa..saya sihat walafiat. Alhamdulillah. Masih meneruskan kehidupan seharian macam biasa. Masih terus berharap dan berdoa semoga dikurniakan zuriat. Masih mencari-cari alternatif lain untuk dicuba. Mana laa tau mungkin akan berhasil. 

Saya lama tak update blog nih sebab saya dah lama tak buat treatment kat HUKM. Memang saya berehat betul daripada treatment. Bila tak pergi hospital, tiba-tiba rasa kurang pressure. Hehe. Kadang-kadang rasa macam tak terfikir pasal nih. Saya akan sambung semula treatment di HUKM dalam hujung tahun nih. Kami suami isteri akan proceed IVF jika sepanjang tempoh berehat nih kami tak berjaya conceive. Mak mertua pon dah offer nak share kos IVF. Hehe. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki Mama.

Sekarang nih saya dan suami tengah cuba-cuba supplement yang bagus dan ubah sikit gaya hidup kami dengan bersenam dan jaga makan. Saya macam biasa, dok berusaha kurangkan berat walau pon dah bertahun-tahun dok cuba tak pernah berjaya pon! Haha. Takpe, cuba lagi dan lagi dan lagi. Hehe. Tadi baru lepas whatsapp dengan Zana, tanya-tanya pasal produk Shaklee. Nanti nak discuss dengan husband. Ingat nak try Shaklee. Zana ada suggest few product yang sesuai untuk kurangkan berat dan bagus untuk TTC. InshaaAllah akan cuba Shaklee pulak kali nih. Kalau belum rezeki untuk pregnant pon, at least bagus untuk kesihatan. Umur makin meningkat nih kena la jaga kesihatan. Hehe.

Saya rasa rindu dengan TTC circle saya (korang semua laa!). Mintak maaf saya tak reply komen-komen korang kat blog nih. Mintak maaf tak jenguk blog korang. Mintak maaf tak follow sapa-sapa yang follow saya. Saya sibuk dengan kerja sekarang nih. Lepas tuh dekat office saya kadang-kadang blogger kena block. Dengki kan? Tapi, InshaaAllah slowly saya akan follow korang balik. Saya akan reply komen-komen korang. Mintak maaf banyak-banyak tauuu. Jangan kecil hati tauuu. 

Sepanjang saya tak update blog nih, ada jugak 2, 3 orang blog reader saya yang email saya tanya pasal treatments, pasal saya. Alhamdulillah, blog nih temukan saya dengan kawan-kawan yang baik dan supportive. Syukur sangat. Sebab tuh saya rasa kuat. Saya tau saya bukan sorang-sorang. Thanks ya ambil berat pasal saya. Semoga Allah balas kebaikan korang. Amin.


Oklaa, saya nak masuk tidur dah. Nanti saya update lagi sebab saya ada benda nak share dengan korang. Tips untuk suami sebenarnya. Macam mana nak tambah sperm count. Saya dapat tips nih daripada kawan yang saya kenal di blog jugak. Haiii babe! You know who you are. Thanks a lot kongsi tips dengan saya. Izinkan saya share dengan kawan-kawan yang lain ya? Semoga Allah balas kebaikan awak :)

Nanti tau saya share dengan korang. Jom kita tidur duluuu! Byee!

12 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga setiap usaha yang kita lakukan Allah permudahkan jalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah..semoga Allah permudahkan :)

      Delete
  2. Semoga diperkenan doa untuk mendapat zuriat, dan semoga semua usaha diperkenan Allah s.w.t...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IshaaAllah. Semoga Dia makbulkan doa dan usaha nih. Amin. TQ :)

      Delete
  3. Welcome back! All the best to you k? Semoga usaha sendiri ataupun dengan IVF berjaya! Sending you tons of baby dust!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii. Thanks! All the best to u too :)

      Delete
  4. rindu ily!
    hehe, alhamdulillah MIL nak share kos ivf, untunggnyaa :D insyallah dipermudahkan nanti. good to hear u amalkan healthy diet smua. goodluck for ur next treatment ;) lotsofbabydustt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auww! Terharu i. Hehe. Jay tgh counting days nak bersalin kan? Ily doakan semuanya selamat & dipermudahkan. Amin :)

      Delete
  5. Salam Ily..
    lamenye x dgr kabar..miss u dear..
    take care ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear. Sorry baru tau awk mc. Lama tak blog walking. Takecare ok? Hugsss!

      Delete
  6. Setiap org diberi ujian yg berbeza2. Prob u lain, prob I lain. But the most important things is we can never give up. Rezeki Allah dtg dlm pelbagai bentuk. Semoga kita berdua dan geng2 TTCians yg lain dimakbulkan doa2 oleh Nya. :)

    Sharing is caring! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol2. Setuju! Kita just boleh usaha, usaha dan usaha. Doa byk2 semoga Allah makbulkan. Hopefully ada laa rezeki kita :)

      Delete