Tuesday, 24 December 2013

Perancangan Yang Tertangguh.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya masih sihat dan bernafas. Masih jugak belum berjaya pregnant. Takpe, itu perancangan Allah. Siapa kita nak melawannya kan? 

Saya masih meneruskan treatment dengan Dr. Adilah di PHKL. Semalam, CD1 saya ke PHKL untuk beli ubat suntikan yang doktor suruh ambil. Doktor suruh saya inject dan try IUI dengan dia. Kalau tak berjaya, doktor nak buat laparoscopy. Adui, takutnya dengar. Tapi takpe, itu nanti-nanti kita fikir. Huhu.

Sambung pasal semalam, jumpa Nurse Ida cakap nak prescription untuk beli ubat yang doktor suruh tu. Tapi Nurse Ida bagitau doktor cuti mula esok sampai 1st January. Kalau ikut perancangan yang doktor bagi kat saya, CD8 kena datang scan. CD8 saya pada 30 Januari Disember dan doktor sedang bercuti! Nurse Ida suruh tangguh dulu beli ubat. Cuba next cycle sebab sayang laa beli ubat mahal-mahal tapi tak dapat buat betul-betul katanya. Baiklah, satu lagi perancangan yang tertangguh.

Nampak gayanya, permulaan 2014 akan dimulakan dengan IUI. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Semoga ada sesuatu yang menggembirakan untuk saya dan kita semua pada tahun 2014 nanti. In shaa Allah :)

15 comments:

  1. Hi Ily, insya Allah jee pon akan buat IUI next year. Ntah2 nnt dpt bump into each other ms appointment!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jee. Hehe. In sha Allah. Goodluck for your IUI dear :)

      Delete
  2. cd8 pada 30 disember ke maksud ily? boleh jer mintak kat doc nak scan pada cd11 (2 january).. saya pernah buat mcm tu.. doc adilah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, 30 Disember. Silap pulak. Hehe. Takpelaa, saya pun rasa mcm malas nak inject-inject. Nak cuti jek rasa ni. Hehe.

      Delete
  3. InshaAllah Ily, berkat usaha dan doa kita semua, dikurniakan rezeki anak soon... amin...

    ReplyDelete
  4. nama ubat inject tu? beli ubat tu kena ada prescription doktor kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kena ada prescription doktor. Last appointment doktor just list kan ubat tuh, Ada 2 jenis, satu yg sy biasa dengar, gonal. Satu lagi tak pernah dgr, pergoveris. Maybe awak pernah guna?

      Delete
  5. Hi Ily...Samalah kita permulaan usaha tahun 2014 ni dengan IUI. Mudah2an kita sama2 dapat berita gembira dari Allah s.w.t.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Semoga IUI awak berjaya. Amin :)

      Delete
  6. InsyaAllah. Yang penting kita usaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn! Semoga kita kuat untuk teruskan usaha :)

      Delete
  7. ily ..good luck. thn baru semangat baru ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JD. InshaAllah, semoga semangat utk berusaha terus ada :)

      Delete
  8. saye pun dengan Dr Adilah. 2nd gynea saye. sebab sebelum ni dengan Doctor lain. Dah buat first IUI dgn Dr Adilah, tapi failed :( bulan ni x pregnant juga lagi sbb nak cuba normal. tapi ni nak try 2nd IUI. Semoga berhasil selepas ini :)

    ReplyDelete