Assalamualaikum,
Hmmm. Entah macam mana nak disampaikan apa yang terbuku di hati sekarang. Entah kan sesuai, entah kan tidak. Type, delete. Type, delete. Dua tiga hari jugak saya cuba nak post entry ni. Tapi tak jadi, simpan draft. Kemudian delete draft. Huhu.
Hari ni, saya post jugak entry ni. Sebelum itu, saya mintak maaf kepada semua sekiranya entry ini mengguris hati. Ketahuilah bahawa hati saya lagi gundah gulana. Hmmm.
Alhamdulillah, saya pregnant. Dipendekkan cerita, tiga home upt positif dan tiga kali result positif dari klinik yang berlainan. Tarikh last period (LMP) saya adalah pada 23 September 2014 (CD1). Oleh kerana saya ada fibroid, maka saya buat appointment dengan Klinik O&G HUKM kerana rekod perubatan saya memang dah ada di sana. Perasaan kami suami isteri pada saat upt positif, sangat sukar nak digambarkan. Kami gembira, tapi kami takut untuk terlalu excited. Kami risau. Ya, sangat risau. Entah kenapa. Mungkin sebab ada pengalaman chemical pregnancy sebelum ini.
25 November 2014, beberapa hari selepas our 6th wedding anniversary. Saya dan suami ke HUKM dengan harapan yang tinggi untuk melihat zuriat kami. Sepatutnya kalau ikut kiraan dari tarikh LMP, saya sudah 8 minggu mengandung. Giliran saya sampai untuk di scan. Semasa scan, saya dimaklumkan hanya kantung yang kelihatan. Tiada yolk sac, tiada baby, tiada heartbeat. Saya pandang muka suami yang ada sama dalam bilik scan. Suami kelihatan sedih. Kemudian pegawai yang scan maklumkan nak buat TVS. Saya angguk. Hasil TVS tetap sama. Tapi pegawai tersebut maklumkan mungkin masih awal. Ukuran kantung pada scan adalah 5w3d. Ya Allah, kenapa macam ni sedangkan kalau ikut LMP sepatutnya 8w? Kami keluar dari bilik scan dan tunggu giliran untuk berjumpa doktor. Kami berborak kenapa itu, kenapa ini? Tapi kami tiada jawapan.
Masuk bilik doktor, doktor tengok result scan dan history saya yang berjela di dalam buku rekod perubatan saya. Doktor kata ada dua kemungkinan, mungkin baby tak develop atau miscarriage. Saya pandang suami, saya nampak air matanya bergenang. Sama macam bila saya tunjukan upt pertama yang positif sebelum ini. Bezanya air muka suami kali ni sedih. Saya tahan diri daripada menangis. Doktor tanya sama ada saya ada bleeding atau tidak. Seingat saya, saya tak pernah bleeding. Doktor tanya adakah saya ada loya atau muntah. Saya cakap memang saya ada muntah, tapi bukanlah hari-hari. Doktor kata, ok itu tanda masih mengandung. Doktor bagi tempoh 2 minggu untuk datang check semula. 9 Disember 2014 penentu sama ada kandungan saya ada atau tidak.
Masuk kereta, keluar dari hospital, keluar jugak airmata yang saya tahan. Suami biarkan saya menangis sambil usap bahu saya. Kemudian, kami singgah makan sebab belum lunch. Masa tu saya rasa tak mampu nak telan makanan saya. Suami pujuk suruh makan. Suami kata masih belum pasti. Entah-entah baby ada. Saya makan jugak. Sampai rumah, kami berborak lagi. Lebih kepada pujuk memujuk antara satu sama lain. Sebarang kemungkinan kami kena redha.
Kami teruskan kehidupan seharian kami macam biasa. Cuba untuk positifkan diri walau pun ada ketikanya mengalir jugak air mata saya. Murah betul air mata ni mengalir sejak-sejak balik dari HUKM. Ada hari yang saya rasa positif sangat yang kandungan ni ok. Ada hari yang saya rasa down sangat. Macam tulaa saya. Tempoh 2 minggu ni terasa lama sangat. Sejak balik dari HUKM, kami masih belum ke mana-mana klinik untuk scan. InshaAllah sebelum 9 Disember ni kami akan dapatkan second opinion. Sabtu lepas, saya ada yellowish discharge. Saya teringat doktor pesan, selagi discharge tu bukan coklat gelap atau darah, jangan risau. Tapi, hati siapa la yang tak risau kan? Dah la dalam keadaan macam ni. Saya bagitau suami, suami cakap "kita bersedia for the worst. Kita doa banyak-banyak. Tapi kita kena redha apa jugak yang jadi". Saya lega bila suami macam tu. Saya tau suami sedih, tapi saya bersyukur sebab suami sentiasa ingatkan saya untuk redha.
Jika bukan rezeki kami...Hanya Allah tahu yang terbaik untuk kami.
Ya Allah betapa Maha Besar kuasa Allah..Ily, keep thinking positive, jangan risau2, selawat dan istighfar, doa banyak2,ishaAllah tak apa2..kami semua doakan ily..Amin ya rabbal 'alamin..
ReplyDeleteif u need a shoulder to cry on...i am here for u ily :)
ReplyDeletebe positive ya..ya..mmg bukan mudah...
i dah 2 x pegalaman yg sama...doa banyak2..
inshallah rezeki masih menyebelahi.... jaga makan...jaga kandungan..
happy skit.. u dah berjaya mengandungkan!! Alhamdulilah.. :))
: keep on positive, ya ily.
ReplyDeleteHappy2 ok. I doakan semoga baby kuat & membesar, selamat sampai dah lahir esok ya, ily :)
Ily, smg ada rezeki ily kali ni...amin... Think positive k, u r preggy until proven otherwise. Take care of urself, doa banyak2... InshaAllah, Dia Maha mendengar....
ReplyDeleteInsyaallah jika ketentuan Allah ada tertulis, Pasti kandungan dapat membesar dgn selamat. Keep positif dan redha ye dear.
ReplyDeleteTake care and build positif vibe.
Allahu...terus mengalir air mata ni baca..insyaAllah jika benar itu rezeki ily dan husband pasti ada..
ReplyDeleteape2 pun smg kuat yea!tc
Ily, be strong ya!
ReplyDeleteKeep on being positive and strong!
Doa dan tawakal pada Allah s.w.t
Ily, see? Kuasa Allah SWT kan?
ReplyDeleteInshaAllah ada rezeki lagi tu dalam rahim Ily.....banyak2kan berdoa 'dia' kuat dan dapat meneruskan pregnancy sampai kelahiran nanti....Yani tumpang gembira tau!
Babe.. i feel u.. berdoa byk2 ya.. I've been thru it before without even knowing that I'm preggy.. In Shaa Allah ada rezeki tu nanti.
ReplyDeleteDear Ily, you must be strong and positive for the baby. Insya Allah semoga Allah permudahkan segalanya. My prayers are with u my dear :)
ReplyDeleteBabe,
ReplyDeleteCycle you panjang ke normal 30 days? Kalau cycle panjang, baby development mmg akan lambat sedikit daripada baby org cycle normal. Ttcian digalakkan beritahu Dr history berapa hari cycle mensus untuk Dr paham yang kemungkinan kita ovulate lambat, therefore baby pun lambat fertilized walaupun LMP kita dah tunjuk kita dah banyak minggu preggy. Like both of my pregnancies, i ovulated at cd28 (1st) and cd27(2nd). So, size kantung agak kecik walaupun dah 5w+ kalau ikut LMP. At the end nnti masa dah nak masuk 3rd trimester Dr i ubah tarikh due date lewat 2 mggu dari tarikh asal yang dorang scan. My 2nd pregnancy ni pun Dr ckp tak promising kalau tengok size kantung padahal line upt terang gile daripada line control. Then bila i ckp cycle i pjg like 39days. Then Dr kate make sense size tu camtu. Takpe babe.. have faith. Zikir byk2 Ya Musawwir dan Ya Rabb. Mudah-mudahan ada rezeki.
Kak ILY,
ReplyDeleteInsyAllah semua akan ok. baby ada. percayalah. Cuma lambat fertilize je & cycle agak panjang...Sama mcm kes kawan kita tu. Tapi semua ok dah. Take care Mommy. =)
insyaallah..semoga baik2 saja..
ReplyDeleteBe positive and I am looking forward to read your next post, which will be a happy one!! Keep praying and have faith!
ReplyDeletenangis baca.. insyaAllah lepas ni akan ada rezeki lagi ye
ReplyDeleteily.. be strong ya!!! percaya ada hikmah n rezeki allah nnti :)
ReplyDelete