Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2014. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun ini. Ada gembira, ada sedih, ada jatuh, ada bangkit. Pelbagai rasa. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah.
Antara perkara paling menggembirakan berlaku pada saya dan suami adalah apabila kami disahkan mengandung. Seronok, tapi dalam masa yang sama takut dan risau. Tapi, Allah lebih berkuasa. Allah pinjamkan kami keseronokan itu selama 11 minggu. Terima kasih di atas doa korang.
9 Disember 2014, tarikh yang tak mungkin akan saya lupakan. Saya ke HUKM untuk follow up bagi mengetahui status kandungan. Confirmed kandungan tidak menjadi. Saya diberi 3 pilihan oleh doktor. Pertama, tunggu sehingga janin keluar sendiri. Kedua, guna kaedah memasukkan pil ke vagina bagi membuka pintu serviks dan janin akan keluar. Ketiga, procedure D&C. saya bagitau saya tanak tunggu lagi dan saya tanya doktor mana pilihan yang terbaik antara pil dan D&C. Doktor bagitau dia takkan buat D&C sebab banyak risiko. Saya ada fibroid yang membesar bila saya pregnant. Masa tu fibroid saya bersaiz 6cm x 6cm. Doktor kata ada risiko pendarahan berlebihan dan luka pada rahim dan fibroid. Jadi, saya setuju dengan kaedah pil. Tanpa berlengah, doktor isi borang kemasukan wad dan nurse hantar saya ke wad 2A, O&G, HUKM. Pertama kali naik wheelchair. Hehe. Pengalaman hidup. Masuk wad jam 12.30 tengah hari. Beg baju dan barang pun saya tak bawak sebab saya tak expect secepat ini. Terpaksa suami balik pack baju dan barang saya.
Jam 3.00 petang, Dr. Sya iaitu doktor yang check saya di Klinik O&G datang bagitau dia nak masukkan pil. Saya bergerak ke bilik rawatan di wad 2A. Berdebar-debar jantung ni. Sebelum doktor masukkan pil, doktor seluk untuk rasa sama ada pintu serviks terbuka. Allah, boleh tahan sakit juga doktor seluk. Pengalaman hidup lagi bila kali pertama diseluk. Hehe. Dr. Sya masukkan 4 biji misoprostol ke dalam vagina saya. Tak berapa sakit, tapi sangat tak selesa. Selesai masukkan pil, saya berjalan ke katil. Dr. Sya kata, pukul 7 dia akan masukkan lagi 4 biji. Dalam masa pukul 3 antara pukul 7 saya akan rasa sakit seakan contraction orang nak bersalin.
Pukul 5.00 petang, suami sampai. Borak-borak dengan suami. Tiba-tiba saya rasa sakit. Macam disedut-sedut isi perut saya. Makin lama makin kerap. Menggigil badan dan jantung berdegup laju. Dah tak mampu nak borak dengan suami. Suami gosok-gosok tangan saya. Pukul 7 lebih, suami balik. Kemudian saya dipanggil untuk dimasukkan pil seterusnya. Masa ni saya dah start bleeding. Tapi sikit sangat. Pad yang saya pakai masa pukul 3 masih belum bertukar. Sekali lagi sebelum dimasukkan ubat, Dr. Sya seluk untuk check bukaan serviks. Masih belum terbuka kata doktor. Doktor masukkan lagi 4 biji misoprostol.
Saya berbaring saja di katil. Pukul 9.00 malam, parents in law datang melawat. Borak sekejap. Bila diorang dah balik, saya paksa diri untuk tidur. Dengan harapan janin akan keluar masa saya tidur. Alhamdulillah saya dapat tidur.
Pukul 1.00 pagi, 10 Disember 2014. Saya terjaga dan terasa darah keluar macam air paip. Tapi saya stay di katil. Saya belum rasa nak bangun ke toilet. Sebenarnya saya takut nak ke toilet seorang diri. Haha. Dasar penakut. Saya tertidur-tidur ayam sehinggalah pukul 4.00 pagi. Saya bangun ke toilet untuk tukar pad. Masa tengok pad yang penuh darah ni, rasa macam nak pitam pun ada. Saya terpaksa duduk di toilet semasa tukar pad sebab kalau saya berdiri, darah akan meleleh-leleh sampai ke lantai. Selesai tukar pad, saya berdiri nak sarung seluar dalam. Puppp, something keluar dan terjatuh ke lantai. Saya tengok nampak macam sarung (sac) dan ada ketulan darah kecil. Saya ambil dan bungkus dengan plastik. Masa tu saya menangis. Tak pasti apa perasaan saya ketika itu. Sedih sebab tengok janin yang keluar atau lega semua dah berakhir. Bawa ke kaunter nurse dan nurse sahkan itu janin. Nurse suruh saya berehat dan dia akan panggil doktor untuk check sama ada dah keluar semua atau masih ada yang tertinggal.
Pukul 6.45 pagi, doktor lelaki datang panggil saya ke bilik rawatan. Saya risau sebab ingatkan doktor ni akan check saya. Rupanya Dr. Sya dah tunggu dalam bilik rawatan. Lega. Dr. Sya seluk lagi. Kali ni memang rasa sakit. Kemudian doktor scan. Doktor kata semua dah keluar. Alhamdulillah. Petangnya saya dibenarkan balik. Suami hantar saya ke rumah mak saya di Shah Alam. Saya akan berpantang di sana. Saya diberikan MC 15 hari.
12 Disember 2014, pukul 5.00 pagi. Saya terjaga dari tidur sebab saya rasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Makin lama makin sakit. Duduk tak kena, baring tak kena. Semua tak kena. Saya menangis sebab terlampau sakit. Rasa lebih sakit dari kesan misoprostol. Mak saya dah panik kenapa saya sakit sangat. Saya cuba tahan jugak. Dalam pukul 2 lebih, saya dah tak mampu tahan. Saya message suami minta suami bawa saya ke emergency HUKM. Suami dari office sampai ke Shah Alam dalam pukul 3.30 petang. Terus ke HUKM. Pukul 5.00 petang baru sampai emergency O&G. Nurse minta saya bagi urine sampel. Doktor perempuan datang scan dan check. Kena seluk lagi. Kali ni siap kena korek kot-kot ada sisa ketulan darah yang tinggal. Allah, sakit sungguh. Sampai menangis depan doktor. Kemudian doktor tengok result urine. Doktor kata ada infection. Sebab tulaa sakit sangat. Doktor membebel sebab masa saya discharge wad sebelum ni saya tak dibekalkan antibiotik. Apa-apalah doktor. Saya dah sakit sangat, tak mampu nak bercakap lagi dah. Dapat antibiotik dan painkiller. Terus saya makan painkiller. Lega sikit sakit dah kurang. Dua hari lepas tu dah tak rasa sakit lagi dah.
Sepanjang berpantang dengan mak, saya makan apa yang mak masak. Makanan yang sejuk-sejuk atau yang gatal-gatal, mak tak bagi makan. Mak ada panggil makcik urut untuk urut saya. Kemudian makcik tu ada share bahan-bahan untuk blend dijadikan air jamu. Makcik tu cakap elok untuk dalaman dan boleh membantu untuk mengecutkan fibroid. Nama bahan-bahan memang pelik. Haha. Makcik urut cakap boleh cari di pasar chow kit. Saya belum berkesempatan cari. Lagi pun saya tunggu period datang baru boleh minum. Makcik pesan minum 3 pagi berturut-turut selepas period kering. InshaAllah saya akan cuba. Nanti saya share ye apa bahan-bahan tu. InshaAllah.
Walau pun saya keguguran, saya tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sekejap untuk saya dan suami. Saya merasa morning sickness, muntah-muntah. Alahan pada bau dan makanan. Saya merasa sakit seakan-akan contraction orang bersalin. Saya tau family dan kawan-kawan semua ambil berat pasal saya. Dari situ juga saya tahu suami saya ambil berat dan jaga saya dengan baik sepanjang saya pregnant. Selepas keguguran pun suami masih jaga dan ambil berat. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Apa yang paling saya bersyukur ialah bila saya dan suami dapat terima ketentuan ni dengan baik dan move on dengan cepat. Kami memang looking forward to 2015 untuk mulakan balik semuanya. Kami percaya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. InshaAllah.
Kita yang TTC ni kuat, kan? Don't ever give up and always have faith in Allah. Happy new year!