Assalamualaikum,
Saya baru balik dari Pantai Hospital KL. Last week saya call mintak appointment nak jumpa Dr. Adilah Ahmat. Thanks to Qimie sebab suggest untuk call sana. Alhamdulillah, dapat jugak saya jumpa gynea dengan cepat.
Lepas saya cerita history ttc saya, Dr. Adilah pun buat TVS. Surprisingly tak sakit langsung. Kalau tak sebelum ni selalu rasa sakit dan macam 'terkejut' sikit bila scanner tu masuk. Doktor explain apa yang ada pada skrin. Doktor cakap ovari kanan saya normal dan ada tanda ovulation. Tapi ovari kiri saya berada pada kedudukan yang tinggi daripada yang normal. Doktor cakap memang ada tanda-tanda endometriosis. Tapi internal endometriosis atau dikenali sebagai Adenomyosis. Bahasa yang mudah difahami, ada ketumbuhan atau cyst di dalam uterus. Dari scan, doktor bagitau ketebalan dinding rahim saya dari depan adalah normal, 1cm. Tapi dari belakang sangat tebal, iaitu 5cm. Rahim nampak bengkak dan ada kemungkinan kedudukan ovari kiri yang tinggi dari normal disebabkan bengkak ni. Kalau nak details info, korang boleh google. Banyak info pasal ni.
Saya tanya apa treatment yang boleh doktor suggest? Doktor cakap kalau nak operate pun agak susah. Sekarang doktor nak tahu kedudukan tiub fallopio pada ovari kiri. Adakah tiub masih di kedudukan asal, atau dah berubah kedudukan tinggi sama macam ovari. Kalau tiub berubah kedudukan macam ovari, doktor cakap ok, tak perlu operate untuk betulkan. Tapi kalau tiub masih di kedudukan asal, mungkin perlu operate betulkan kedudukan. Doktor bagitau, dengan kedudukan ovari kiri yang tinggi tu boleh mendatangkan risiko kalau buat IVF sebab ada potensi jarum yang tercucuk pada tiub dan sebabkan pendarahan. Mungkin ini petunjuk Allah kepada saya dan suami yang asyik lengahkan IVF. Wallahualam.
Sekarang apa yang doktor suggest saya buat ialah buat semula HSG test di Tawakal selepas raya, makan clomid 2 biji sehari dari CD3 sampai CD7. Datang semula jumpa doktor pada CD8. Tapi tunggu period selepas raya. Sebelum balik, saya pergi lab untuk test darah. Doktor suruh saya buat CA 125. Saya google, test ni untuk cancer actigen dan untuk detect endo, fibroid, cyst, lump dan sebagainya. Bulan Ramadhan ni doktor pesan banyakkan ibadah, mohon ampun pada Allah, mohon petunjuk dan doa banyak-banyak. Doktor cakap tak perlu risau sangat, InshaAllah ada jalan penyelesaiannya. Ini first time saya jumpa gynea perempuan. Dr. Adilah sangat lembut dan tak semena-mena saya rasa relaks bila jumpa dia. Saya boleh cerita history saya dari A-Z tanpa dia interupt dan terus jump to conclusion. Rasa beban di hati saya berkurangan sikit lepas jumpa doktor hari ni. Walaupun saya sedih dengan kekurangan diri ni, tapi saya tetap bersyukur bila diberi petunjuk macam ni. Alhamdulillah.
Kos untuk treatment hari ni:
Admin fee : RM4.00
Consultation & Assessment (1st Consult) : RM 180.00
Ultra Scan Pelvis (TVS) : RM 90.00
Blood Test (CA 125) : RM70.00
Medication (Clomid & Antibiotic) : RM 52.40
TOTAL = RM 396.40
Assalam ily.. Nak tanya. Ada tak dok cakap pasal test ca125 tu? kalau tinggi ke rendah ke result petanda kita ada endo ker?
ReplyDeleteExectly the reason why i suka jumpa dia. tenang je... :-) selamat berpuasa ILY. Moga Allah mudahkan usaha kita...
ReplyDeleteSmoga Allah permudahkn dan perkenankn usaha2 kita InsyaAllah..Slamat menunaikan ibadah Puasa ILY..=)
ReplyDeleteOh. Doc bagi clomid juga yea. Takpe..kita usaha, doa..selebihnya kita serahkan pada Allah. :)
ReplyDeleteBestnye jumpe Dr Adilah.. Selalu tgk kat tv n paper je.. Semoga dipermudahkan...InshaAllah..
ReplyDeleteIly,sy pun patient dr adilah..she is so nice..skrg sy tgh wat ivf dgn dr adilah..dun give up..kite adalah org yg istimewa dgn ujian ini..
ReplyDeletebestnye dpt jumpe dr adilah!nampak mcm cost rawatan KPJ la kot. farhah arituh buat breast and scan rahim ade cyst atau tak. plus pap smear cost smpi rm443.00~next time kalau nak wat ujian, pegi pantai la kot kan? papepun, inshaallah..everything will be okay :) mesti rase lega sgt kan? hehehe. selamat berpuasa!
ReplyDeleteIly... i pernah komen blog u... i pernah cakap i dah buat IUI 3 kali (hospital swasta 2 kali dan HUKM 1 kali) dan dan buat IVF 2 kali di HUKM... last ivf u buat Dicember 2013...semua failed...
ReplyDeleteNow i'm pregnant.. about 4 months... natural conceived... :) Alhamdullilah.. Allah Maha Besar. Just nak share dgn u amalan pemakanan amalan harian i....
Start bulan Januari 2013, i cuba amalkan makanan digalakkan dalam Islam... habbatus sauda sume tu.....So i just nak share dgn u amalan harian/pemakanan..... Kita semua berusaha, Allah tentukan.... Walaupun apa2 masalah, In Sya Allah, akan ada rezeki....
Amalan harian
Istighfar 10x setiap pagi
Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah 10x setiap pagi
Selawat 10x setiap pagi
Solat Sunat Dhuha setiap hari
(Bolehkan amalkan dalam kereta semasa drive, semasa buat kerja)
Amalan pemakanan harian :
SUAMI + ISTERI + ISTERI SAHAJA
kurma, badam, buah zaitun Asid Folik
Susu dan Madu
Habbatus Sauda (boleh beli yg kapsul di farmasi)
Vitamin E ( 500 IU) dan Vitamin C (500MG)
Jus Delima (yang glamer brand Gulshan, ada jual kat kiosk dpn McD kat Alamanda tu)
Susu Alkhisbun
Cream Lumiglow
(disapu di sekitar rahim dan atas zakar lelaki (tempat penghasilan sperma))
Untuk Susu Alkhisbun n Cream Lumiglow tu, u boleh tgk FB ‘ladies houses’. kat situ ada lagi satu tambahan hulba al-khisbun… tp i tak try pun hulba tu… die satu set dgn susu alkhisbun tu.
I sebelum ni memang makan yang semua tu except susu alkhisbun n cream lumiglow tu.. masa my last period bulan Mac 2013 tu, i try susu alkhisbun and cream lumiglow tu, Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, i pregnant....
i bahagi-bahagi, ada yang makan pagi, ada yang makan petang... so terpulang.. sbb taknak sumbat sekaligus waktu pagi kan... macam pagi lepas breakfast di ofis i makan vitamin, habbatus sauda etc.... setiap kali waktu breakfast i akan minum susu + madu... memang tak minum kopi ke, teh ke etc..
tghari sambil2 buat kerja tu, amik kurma, badam.. n bila malam kt rumah minum jus delima, susu alkhisbun semua tu.
(kalau u ada gastrik, amik vitamin C yang Acid Free... kalau takde gastrik, boleh amik Vitamin C biasa)
Actually my hasben taknak mkn sgt pun, i bg die jus delima, vitamin E... (sbb bersuap baru nak makan)....
(Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk banyak berderma kepada anak yatim/orang miskin/ahli keluarga dan mengeluarkan zakat pendapatan. Walaupun menurut kalkulator zakat kita tidak perlu membayar zakat ke, namun adalah lebih baik ianya dibuat. Apabila kita memberi rezeki kepada orang lain, In Syaa Allah akan membukakan rezeki yang lebih luas untuk kita.)
Walau apa pun masalah u ke, ur husband ke... Insya Allah ada ubatnya... Macam Habbatus Sauda kan nabi kata boleh mengubati segala penyakit jika dijadikan amalan kecuali mati.... Susu Alkhisbun pun die amik rempah dari arab... Yang i baca elok untuk meningkatkan kesuburan...
Kalau kita dh usaha, masih belum ada rezeki, anggap apa yg kita makan adalah untuk kesihatan tubuh kita.. mcm habbatus sauda, kurma, jus delima, madu, susu semua tu Nabi dah cakap untuk kesihatan kita kan.... jadikan amalan harian kita untuk kesihatan :)
I doakan u dan semua wanita-wanita yang berusaha akan dapat mengandung dan memperolehi zuriat yang diinginkan.... Doakan agar kandungan i selamat semuanya sehingga bersalin dan baby sempurna tubuh badan dan akal fikiran..... :)
Bole bg email utk dihubungi.terima kasih.
Deletealternaria83@gmail.com
Dear anonymous... Amalan minum susu + madu tu susu fresh milk biasa ke?
DeleteDear anonymous.. Untuk amalan susu + madu tu just minum fresh milk biasa ke?
ReplyDeleteDear all, thanks Anonymous, sy terbaca comment anda awal tahun ini, dan sy cuba amalkan semua maknn sunnah yang dicadangkan. Alhamdulillah, sy skrang preggy 4 bulan setelah 7++ tahun kawen. Pada kwn2 yg lain, teruskan usaha, selalula tahajud minta petunjuk, sebb setiap org lain lain2 solutionnye. sy juga amalkan berbekam setiap bulan. zakat dan sedekah jadikan kebiasaan. Last sekali, cuba bernazar, insyaAllah dengan usaha kesungguhan kita, Allah akan buka pintu rezeki...
ReplyDelete